UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, February 19, 2009

Apa kata PAS dan UMNO - malaysiakini

Apa kata PAS dan apa kata umno dalam menghadapi Pilihanraya Kecil di antara 2 Bukit yang bakal di adakan serentak pada 7 April 2009.

(Kata PAS)
PAS akan menggunakan pendekatan sama diguna pakai ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kata Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Beliau berkata pendekatan itu dilihat lebih strategik dan praktikal dalam usaha memenangkan calon parti itu.

Bagaimana pula dengan lawannya.

(Kata Umno)
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Jawatankuasa Pengurusan parti yang bermesyuarat semalam memutuskan pembahagian negeri sebagai negeri angkat kepada kedua-dua kerusi berkenaan. "Dalam mesyuarat semalam, kita telah tetapkan supaya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) menjadi negeri angkat Bukit Selambau manakala negeri-negeri lain akan ditugaskan untuk Bukit Gantang," katanya.

UdangLipan pula ingin mengucapkan selamat bertempur dan memohon supaya pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan pastinya umno akan menggunakan segala kekuatan wang ringgit dan penyalahgunaan jentera kerajaan seperti amalan biasa mereka sebelum ini untuk merebut kedua-dua kerusi Bukit ini.

Harapannya adalah gelombang penolakan rakyat akan berterusan untuk menolak umno dan barisan nasional, pastikan umno berkubur tanpa nesan. Dan pastikan juga kerusi DUN untuk kawasan 2 bukit tersebut kekal bersama Pakatan Rakyat.

2 comments:

Pengasas February 19, 2009 at 11:18 PM  

Salam UdangLipan,
Selamat datang ke alam maya. Sekarang anda dah jadi Pemaya. Teruskan.
Tahniah!.
Saya akan linkan ke:
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
Di situ lebih terbuka.

Unknown February 20, 2009 at 2:34 AM  

Salam Tuan Pengasas,

Terima kasih, cheq harap dapat tunjuk ajar dari tuan, dan tuan pun bukan calang2 orangnya.

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP