UdangLipan. Powered by Blogger.

Friday, February 20, 2009

Taat Pada Pemerintah - malaysiakini

Apa lagi yang boleh cheq perkatakan mengenai kenyataan para mufti di Malaysia ni, pelbagai kecaman dan hentaman kiri dan kanan yang depa terima, akibat salah penafsiran ayat AL-Quran berkenaan "Taat Pada Pemerintah".

Kad...dang, kad...dang... menjadi bahan ketawa bersama rakan-rakan, teringat cheq pada suatu petang dua tiga hari lepaih cheq dan kawan-kawan lepak kat mapley lepaih habih kerja, kami dok bercerita isu panas terkini iaitu "DERHAKA".

Ada sorang kawan bertanya soalan pada kami, jika di beri pilihan diantara 2 negeri yang cara pemerintahannya amat berbeza, maka negeri mana menjadi pilihan untuk kami menetap.

Negeri Isketambola, Rajanya berasal dari seorang lanun yang ganas dan brutal, kalau dia buat jahat pun dia tak kacau rakyat dia, dia pandai "coverline", soal ugama tip-top menjadi asas rukun negara dan berhati mulia serta bersikap adil dalam menjaga kebajikan terhadap rakyatnya. Kiranya dari pandangan rakyat dia ni Raja yang baik.

Negeri Isketambatu pula, Rajanya adalah dari keturunan waris Raja-Raja yang berdaulat dan sememangnya berdarah Raja yang tulen. Pada asasnya nampak baik, tetapi cara pemerintahannya dibenci kerana bersikap berat sebelah dan menindas rakyat secara tersembunyi. Rakyat tiap-tiap hari dok menyumpah saja, kerana benci.
Sambil pekena teh tarik kami bergelak ketawa menjawap soalan tu, hang kutuk aku, aku kutuk hang lepas tu kutuk sekali depa-depa tu. Dan la ni cheq tinggalkan soalan ini untuk sesapa saja yang singah mai baca blog nyamuk ni, dan tak lupa juga jikalau ada tok-tok mufti terjengah kesini harap dapatlah memberi penjelasan dan penafsiran mengikut landasan syariat dan hukum Islam noooo...

Dalam pada tu, pakat-pakat mai jengok soal Derhaka dan Taati Pemimpin kat sini.

Cheq pun dah naik letih dengan perangai Mufti-Mufti ni, cheq tengok depa ni dah macam Pak Lawak Sarkis pulak.

Udanglipan: Walaupun cheq ni tak hensem dan popular macam udang-udang yang lain, tapi cheq ada akai untuk membezakan pemimpin yang mana wajib taat dan yang mana kena sanggah. Dan cheq tak pernah derhaka kat mak bapak cheq pasai depa baik, kalau depa tak senonoh sudah menjadi kewajipan cheq untuk menegoq depa, itu dah kira kewajipan anak pulak menegoq mak bapak.

2 comments:

ISA February 20, 2009 at 3:04 AM  

Kalau macam tu aku pilih negeri Isketambola, dalilnya, perangai jahat raja tu diantara dia dengan tuhan, suatu hari nanti bila nak mati dia akan bertaubat.

Asalkan dia menjalankan amanah sebagai Pemimpin yang adil. Janji negeri aman dan sempurna, rakyat bahagia.

Betul tak pilihan aku ni... dari segi hukum.

Anonymous,  February 20, 2009 at 8:57 AM  

HARON DIN: Telah berlaku beberapa kali dalam peristiwa di Malaysia, PAS menggunakan ayat-ayat al-Quran itu sebagai suatu hujah untuk mengajak manusia mengikut perintah Allah sesuai dengan dasar PAS sendiri untuk merealisasikan hukum Allah SWT. Adapun Umno-BN menggunakan ayat ini dan ayat al-Quran yang lain hanya untuk kepentingan dan memberi keuntungan kepada mereka semata-mata.

Ayat al-Quran sememangnya boleh dijadikan sandaran hujah dan ianya ayat 'muhkam.' Namun kita nampak sangat bahawa mereka hanya guna yang di hujungnya sahaja iaitu 'pemimpin di kalangan kamu' tetapi tidak memberi perhatian kepada pangkal ayat iaitu 'Taatilah Allah dan taatilah Rasul", seolah-olah menggambarkan bahawa perintah Allah dan Rasul boleh dilanggar namun, jangan langgar arahan pemerintah.

Mereka sengaja tidak mahu melihat, istilah yang Allah guna, pertamanya kalimah 'taat' hanya kepada Allah. Kali kedua disebut 'taat' hanya pada Rasul dan kali yang ketiga tiada perkataan 'taat' kepada pemimpin. Diulang dua kali perkataan 'taat'. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan 'taat'.

Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah.

Dalam Islam, tiada orang yang maksum selain daripada Rasullulah. Pemerintah Islam iaitu Ulil Amri ataupun khalifah-khalifah, tidak maksum. Contohnya, Umar al-Khatab pernah dibawa ke mahkamah dalam beberapa kes. Hatta Saidina Ali Abi Talib pun pernah dibawa ke mahkamah semasa jadi khalifah. Mereka boleh terima keadaan begitu dengan berlapang dada tanpa timbulisu atau masalah derhaka kepada pemerintah atau khalifah

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP