UdangLipan. Powered by Blogger.

Saturday, March 7, 2009

Maxis, Digi, Celcom menganiaya rakyat Malaysia ~ Nizar

Ini sekadar maklumat komuniti yang cheq terima melalui "groups email".

Cheq yakin semua di antara kita menggunakan telefon bimbit (handphone, mobilephone, cellphone) apa saja yang sesuai di sebut. Cheq hanya ingin berkongsi maklumat bersama sahabat semua berkenaan harga atau kadar panggilan yang kita selalu terlepas pandang, akibatnya kita yang rugi, dan syarikat telekomunikasi mengaut untung gila... gila... baca komen sahabat cheq bernama Iskandar Jebat yang merasa tertipu.

Baru2 ni saya call kawan saya. Saya guna 016, dia pun guna 016. Tak lama borak, dalam 2-3 minit je tapi tiba2 saya dapati credit saya susut dengan banyaknye. saya pelik. Bila cerita kat kawan saya, dia bagitau no dia yang 016 tu sebenarnya dah ditukar jadi maxis. Saya rasa teraniaya kerana saya sangka 016 dia tu masih digi.

Jadi dengan menggunakan no 012 saya, saya sms kawan saya tadi ke nombor 016 yang didakwa telah ditukar kepada maxis. Alamak, charge untuk sms tu sama dengan saya hantar sms dari maxis ke digi, bukan maxis ke maxis..apa dah jadi ni..?Sekarang kita tak dapat pastikan lagi adakah 012/017 itu Maxis atau bukan, adakah 016 itu digi atau celcom atau maxis, begitu juga 013/019.

Isunya sekarang ialah charge berlebihan yang mereka kenakan takkan dapat kita trace lagi. Saya pernah buat aduan kepada maxis tentang beberapa masalah berkaitan charge dan maxis membuat refund kepada saya sebanyak RM58.00. Itu kepada saya yang sedar charge berlebihan ini. Kalau ada 100 orang? keuntungan buta maxis adalah RM5800 sedangkan maxis ada lebih 11juta pengguna. Camne ek?

Udanglipan: Pakat check la lepas ni, betoi ka tidak charge yang dikenakan pada setiap langganan hampa semua.

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP