UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, March 15, 2009

TUDM - nizar vs zambri

Petang tadi cheq ikut profesor cheq pi jumpa kawan dia di Telok Ayaq Tawar, kawan dia ni kheja di Pengkalan TUDM Butterworth ada pangkat la jugak agaknya…, cheq dok peghati saja dan bang dengaq apa yang depa dok sembang.

Ada juga isu campuq tangan politik dalam kementerian pertahanan, yang ni cheq dengaq dengan penuh minat. Dengaq cheghita baru-baru ni salah soghang kawan kepada pegawai ni kena tukaq serta merta pasai tak meluluskan kontrak pembelian alatan kapal terbang kepada satu syarikat kroni.

Menurut cheghitanya Pegawai yang membuat kelulusan ini telah turun padang pi melawat syarikat yang direkomenkan tu, mana taknya pasai permohonan syarikat tu ada lampiran surat sokongan dari Pak Menteri, tu yang payah untuk dia buat kelulusan sedangkan banyak lagi syarikat lain yang berpotensi dan layak jika merujuk kepada profail syarikat.

Maka dalam lawatan ke pejabat syarikat tersebut yang beroperasi di Subang Jaya, beliau mendapati syarikat tersebut adalah sebuah kedai buku yang tiada pengalaman lansung dalam industri pembekalan alatan penerbangan. Di ringkaskan cheghita, keputusan pegawai tersebut ialah menolak permohonan syarikat itu.

Selang tak beberapa hari Pegawai tersebut telah dipanggil oleh Pegawai atasannya, dan beliau telah mengemukakan laporan yang benar dan bertanggungjawab. Kesudahannya beliau mendapat arahan pertukaran tak lama lepaih tu. Apa boleh buat dah arahan kena patuh la jugak.

Kesimpulannya connection syarikat tersebut memang power betui, kuat betui kabel dia nooo…, cheq pun seriau dengaq cheghita lagu ni. Dan banyak lagi la ketirisan dalam kementerian pertahanan dari segi pembelian kapal terbang (jet pejuang) dan alatan gantian penerbangan yang cheq dengaq.

Tapi cukup la takat yang ni saja. Takdak ka sapa-sapa yang boleh memantau perkara ni. Bukan apa depa yang dalam TUDM pun dok berkata, kalau nak ikutkan helikopter dan jet pejuang tu bukannya layak atau melepasi tahap piawaian penerbangan, hanya berbekalkan kepada arahan dan semangat juruterbangnya sahaja maka pesawat itu diterbangkan.

Baru la cheq tau, betui la orang dok kata selama ni, rupanya juruterbang angkatan tentera udara malaysia bukan mati berjuang tapi mati pasai pesawat terhempaih. Innallillah…. dan Al-Fatihah untuk depa semua.

Udanglipan: Cheq isthigfar panjang dengaq cheghita kawan Prof. ni.

2 comments:

Unknown March 16, 2009 at 12:50 AM  

Begitulah saudara betapa malangnya anak-anak Malaysia yang ingin berjuang tetapi nyawa mereka dipertaruhkan beberapa juta keuntungan.

Unknown March 16, 2009 at 3:15 AM  

Terima kasih saudara kerana sudi berkunjung ke blog udang ni.

Nak buat lagu mana, dah macam tu cara pentadbiran negara oleh pemimpin yang dok ada la ni. Kita setakat tumpang sedih saja, pasai depa ketegaq nak mampuih. Dok pikiaq lagu mana nak buat duit saja.

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP