UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, June 7, 2009

Blogger Sengkek

Mula-mula cheq baca di sini Al-Banjari kemudian cheq baca di sini Radenjowo, apa yang depa dok kecoh sangat ni…, kononnya blogger tak dapat pengiktirafan dari parti politik tak di pandang walau sebelah mata peranan blogger, diperlukan masa pilihanraya saja. Habis madu sepah di buang dah macam ceghita uda dan dara pulak kisah blogger ni.

Pertama sekali cheq nak tanya, nawaitu asal sewaktu jadi blogger dulu apa dia? Katalah jawapannya untuk memperjuangkan kebenaran dan membantu parti mencapai kemenangan dalam pilihanraya atau menyedarkan rakyat (pembaca) pasai keburukan umno dan barisan nasional.

Hampa semua mempergunakan kemudahan yang ada seperti komputer, line internet dan pelbagai lagi tanpa meminta sumbangan dari sesiapa pun. Dan kini apabila segala jerih lelah hampa selama ini dalam membantu parti tidak dipedulikan hampa nak hinggaq pulak. Dah jadi caca marba pulak, kalut tak tentu pasai.

Ada blogger yang demand tinggi, ada blogger yang mintak sumbangan untuk teruih memblog dan terus jadi goblog, kalau tak mampu blogging berhenti saja. Takdak sapa aih yang suruh hampa blogging, ada ka sesiapa para pemimpin yang suruh hampa blogging untuk parti? Kalau ada hampa berhak mintak bayaran hasil kheja hampa semua.

Kalau setakat suka-suka blogging lebih baik pi buat kheja yang berfaedah yang mendatangkan hasil untuk ekonomi rumahtangga hampa.

Ni ada cheq dengaq cheghita dari seorang blogger yang bagitau cheq tentang kawan dia soghang blogger hebat jugak di mana duit dalam poket tinggal RM20.00 saja masa pilihanraya Penanti. Takdak sapa yang ambik tau pasai makan minum dia, apa pun takdak, harap makan maggi dan minum ayaq paip saja di rumah yang dia tumpang berteduh selama 2 – 3 hari. Nasib baik dalam tak ketahuan dan berduka nasib ada sorang kawan dia telepon dapatlah dia mintak pinjam duit untuk buat tambang balik, sebelum tu semua sms yang masuk dia tak boleh nak jawap atau nak buat panggilan pasai credit satu sen pun takdak.

Lagipun depa ni bukannya ada apa-apa peruntukan untuk membuat liputan, kalau ada peruntukan takpa la boleh buat kheja, ni apa pun takdak lepaih tu suruh pi buat kheja, mampuih la kawan tu.

Lepaih tu dah la punca pencarian dan pendapatan tetap takdak, mula publishkan dalam blog masing-masing mintak sumbangan itu dan ini. Rakyat malaysia ni pemurah hati tetapi hampa kena ingat walau sepopular mana pun dalam dunia cyber ni sebagai blogger tegar, berapa duit sangat yang mampu hampa dapat dari hasil sumbangan pembaca hampa dan lama mana boleh bertahan.

Yang penting sekali balik kepada persoalan pertama pasai apa nak memblog, jadi toksahlah dok teriak sakan nakkan perhatian dan pengiktirafan dari pemimpin parti. Penghargaan bukan boleh di minta rayu. Hampa pikiaq la sendiri, kalau diri dan rumahtangga sendiri tak terurus lebih baik beghenti blogging pi cari kheja untuk menampung perbelanjaan rumahtangga. Ni sampai susu anak pun tak mampu nak beli apa dah jadi. Apa faedah yang hampa dapat.

Pemimpin parti yang hampa dok sokong siang malam tu bukannya peduli pun, pembaca pulak depa syok baca artikel hampa pasai free tak payah bayaq pun walau sekupang dua. Jadi kalau gian sangat nak menulih, buatlah secara sambilan dan hobi saja, toksahlah fanatik sangat sampai takdak sumber pendapatan lansung.

Dulu hinggaq pasai pemimpin parti tak ucap terima kasih pasai penglibatan blogger dalam kemenangan parti, hari ni hinggaq pasai tak dapat Pas Media untuk Muktamar, kalau cheq jadi urusetia pun cheq akan persoalkan hampa sapa dia, yang perlukan Pas Media nak buat liputan, hampa berdaftar ka? hampa wartawan bertauliah ka? Hampa kena sedaq diri sikit yang hampa tu kosong takdak apa pun, yang dok kalut nak buat liputan konon di persidangan yang besaq ni buat apa, sapa suruh? gila ka apa?

Satu jaa… cheq nak pesan kat blogger semua, baik yang nyamuk ka atau yang dah famous dan otai-otai semua, muhasabah diri hampa balik apakah niat sebenaq masa mula-mula start blogging dulu.

Kalau nak jadi blogger yang berbayaq hampa pi daftar dengan umno, kot boleh dapat RM2 – RM3 ribu sebulan pun kira Alhamdulillah boleh jugak buat sara hidup dan keluarga.

6 comments:

dukun misai June 8, 2009 at 12:27 AM  

Setuju, pak iong hanya memblog secara 9 je, tak minta ape ape pun,sekadar berpuas hati dapat menyatakan pendapat, menyuarakan ke tidak puasan ht..

Unknown June 8, 2009 at 1:13 AM  

Cheq pun setuju dengan cara Pak Long Misai, cheq pun sama macam Pak Long, sekadar meluahkan pendapat cheq saja.

Tapi depa2 tu dah lebih sudu dari kuah pulak, sampai pendapatan dan ekonomi keluarga pun terjejaih.

Paling cheq malu sampai mintak duit sumbangan macam orang mintak sedekah pulak,bukan cheq nak hina tapi depa kena sedaq apa tujuan depa blogging. Itu saja.

jentayu,  June 9, 2009 at 11:18 AM  

hai udang lipan saya rasa yang minta sumbangan tu bukannya paksa orang.Lagi pun pembaca2 yang puas hati dengan berita2 yang di sampaikan depa tak kisah menyumbang.So tak salah rasanya !

matbanci,  June 9, 2009 at 12:27 PM  

blog yang mendapat hit harian yang tinggi boleh mendapat sumber pendapatan dari iklan yang disiarkan seperti malaysia-today, albanjari dan tukar tiub. anda boleh dengan cara buat sendiri(diy) atau melalui ajensi pengiklanan.

Anonymous,  June 12, 2009 at 10:37 AM  

hang nie cakap mcm hang nie baguih sangat...pirahhhh.... Kalau naiwatu depa nak blogging atas nama jihad? hang tau ka? bagi aku hang nie masih kanyiaq lagi dlm kehidupan nie... org kata..kencing pon bercabang lagi.... tosah la... dok kondem org... sumbangan blogger dlm lanskap politik la nie... besaq... org2 mcm hang nie la...kalau duk dlm amno...lagi baguih.... dan aku mmg harap pon hang nie org amno..

byk hang tatau pasal kehidupan... pikiaq2 la noo...

ABGPA,  June 12, 2009 at 8:25 PM  

aku tak setuju BLOGGER minta derma neh. Nak jadi blogger silakan tak salah, tapi jangan jadi BLOGGER SENGKEK. Memang tak salah menyumbang wahai JENTAYU dah minta derma pun tak salah. Tapi cuba fikir dari awal, sapa suruh hampa tulis cerita itu ini? Bukan ada sapa suruh pun. jadi bila dah tak dak sapa suruh, kenapa perlu minta bantuan orang untuk terus ber blogging? Kalau nak duit cari saja sebanyak iklan, masukkan dalam blog korang ... PENDEK CERITA KALAU SENGKEK JGN JADI BLOGGER. Satu lagi bab PAS masuk ni, hampa bukan pemberita rasmi jadi JANGAN DOK KALUT BILA PENGANJUR TAK BAGI PAS.

.... NAK DATING DENGAN UDANGLIPAN DI PANTAI MERDEKA .. HUHU

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP