UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, June 4, 2009

Pasai Apa Katak Tak Kena ISA...

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berbentuk hasutan dan fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Sosial dan Kebajikan Pemuda MIC, S.Subramaniam di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3 petang tadi. Subramaniam berkata Pemuda MIC mahu Ibrahim memohon maaf kepada Samy Vellu.

"Kita juga meminta Utusan Malaysia agar lebih bertanggungjawab dan melihat semula artikel yang disiarkan serta memberhentikan penulisan artikel yang menyentuh isu perkauman ini," katanya. BERNAMA

Cheq: Hairan pasai apa kalau pembangkang cepat saja tindakan depa... silap haribulan terus ISA... yang katak sekoq ni... pasai apa depa tak tangkap... bukannya sebab cheq nak sokong MIC... tapi si katak ni cuba mencetuskan isu perkauman dalam negara yang berbilang kaum ni...

2 comments:

ISA June 4, 2009 at 11:22 PM  

Sebab tak ada penjara untuk sang katak... tempurung dah tak relevan lagi...

ha...ha..ha...

dukun misai June 5, 2009 at 8:46 AM  

sang katak dan sang ular adalah dari satu kawasan yg sama,kumpulan yg sama,kadang2 katak belasah ular,kekadang ular sembur katak, berlakon je yg lebih nya,

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP