UdangLipan. Powered by Blogger.

Friday, July 10, 2009

PRK Manek Urai ~ Chedet Sedih, PakLah Kata Baguih.

Tengah dok sibuk menjaga anak cheq yang demam dan lepaih bagi dia makan ubat sat-sat, sempat juga cheq menonton Berita Nasional TV 1 sambil mendodoi anak. Banyak juga perkara yang berlaku hari ini contohnya Rais Yatim kata Pak Menteri semua mesti ada blog masing-masing bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ini adalah kerana medium (blog) ini sudah menjadi trend dan salah satu sumber atau alternatif bagi rakyat mendapatkan maklumat.

Haaa.... baru hangpa tau noooo... peranan blog terhadap politik semasa. Tapi yang tu cheq tak heran sangat pasai... dua tiga bulan lepaih Rais Yatim dah sebut, cuma la ni dia perulangkan
balik apa yang dia cakap sebelum ni.
Yang cheq paling syok pabila Chedet merasa sedih dengan pemansuhan PPSMI, awatnya tak sedih orang tua tu... nak habaq kat hangpa ni, sedih sungguh la Chedet pasai itu idea dia dulu. La ni... semenjak jadi bekaih PM, semua projek, idea atau program yang dia buat dulu habih pakat kena cantaih satu persatu.

Masa zaman PakLah kena cantaih, mai zaman Najib pun kena cantaih jugak ka? Teriak sakan la dia... pasai depa buat lagu kat dia. Dalam berita TV 1 tadi pun ada kenyataan atau komen dari PakLah berkenaan PPSMI ni tapi tak lama la, sat saja depa tayang... orang kata buat syarat saja. Hangpa tau apa PakLah kata " Saya setuju PPSMI dimansuhkan " tup...tup teruih kena potong... sat sangat depa tayang.

Kalau Chedet menonton berita tu, cheq rasa dah tentu bertambah sayu hati dia.... pandai betui media nak perlecehkan Chedet noooo.... kesian kat dia... pasai apa depa layan dia lagu tu... kan ka dia dah tua... hormatlah sikit kat dia...

Kat sini "Bernama" pun dah keluaqkan cerita PakLah pasai PPSMI ni, hangpa pakat baca la kat situ. Anak cheq dah merengek tu... lapaq susu la tuh...

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP