UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, August 11, 2009

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor : Altantuya

PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung 'kawalan kendiri' terhadap penjualan arak dan memohon agar MB tersebut memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan kaedah itu didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan balas yang difikirkannya wajar untuk mengatasinya.

Demikan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor selepas satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Negeri yang diadakan pada 09 Ogos Ahad lepas. Mesyuarat diadakan bagi membincang segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di Selangor.

PAS Selangor juga mahu isu kontroversial ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak termasuk Umno dan BN. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan, galakkan serta pandangan positif yang mencerminkan keprihatinanrakyat, tidak pernah menyarankan ahli-ahlinya menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil dan menegaskan akan terus konsisten dengan tuntutannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh penjualannya seluruh Selangor, tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja, demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri, tetapi hanya perubahan jawatan kepada YAB MB sendiri atau mana-mana Exco lain yang MB fikirkan sesuai. (Sumber: Ibnu Hasyim)

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP