UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, May 31, 2009

Berita Mana Satu Yang Betui Ni - Penanti

Hampa mai pakat baca dua kenyataan yang berbeza yang cheq kutip dari Malaysiakini dan Bernama.
Cheq pun hairan jugak? sat kata kalau keluaq mengundi nanti khianat pada parti, dok tak dok dia menafikan pulak? Tapi yang berkata tu orang yang sama... pelik sungguh la puak-puak umno ni... jenih mulut bercabang-cabang ni bukan boleh percaya lansung nih....

Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi: Muda Mohd Noor May 30, 09 9:12am.
Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi. Selanjutnya Malaysiakini



Umno Pulau Pinang Nafi Arah Anggotanya Di Penanti Tidak Mengundi Esok. By: Ramjit-

BUTTERWORTH, 30 Mei (Bernama) -- Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya supaya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini. Selanjutnya Bernama

Cheq rasa sah dia ni dah gila kot....., atau pemberita yang menulis ceghita ni pemuhung, dak pun saja putaq belit ceghita... kalau lagu tu kena ambik tindakan saman ni. Berani ka dia nak saman... Nanti Tok Nenek depa tak marah ka.... kalau cakap macam pariah....

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

Penanti: Al Kisahnya Sebuah Ceritera

Adalah mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bilamana matahari belum sepanas hari ini. Bilamana siang amat panjang dam malam amatlah gelap. Ketika inilah hikayat kita ini berceritera.Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti seekor penguin.

Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah.

Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meloloskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahlah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar.

Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air. Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut. Ada yang terapung. Ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.Ketika bumi tenggelam rupa-rupa nya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampong.

Setelah lama terapong, pada satu hari yang maha panas pelampong Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu. Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah sarap tersangkut di pelambong. Bila air mula kering maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung.

Ada tanah yang menjadi pulau. Pelampong Datuk Seri ini telah membukit kini kering untuk menjadi sebuah pulau yang kemudianya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampongnya dan terus membuka negeri di Putera Indera. Demikian seadanya mengikut kesah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kesah hikayat kita ini. Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera pada tahun 3089 al-kesah ini disambung lagi.

Datuk Seri Menggeliga sedang duduk termenong memikirkan masalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.‘Cam na ni Datok.. ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak’ suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasehati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.

Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang, mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ini juga gagal. Kerana semua ini gagal Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih dari lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini.

Mengikut pandangan dan nasehat Tun Bodek jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung maka semangat ayam dari seteru Datuk Seri akan berkurangan. Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampong yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini ada memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kesahnya ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam piliharaan orang asli Hulu Semantan. Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.

Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera, sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali maka orang ini akan di hanyutkan ke dalam sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri. Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelimomor yang telah lama bersarang di kepalanya.

Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah maka sohehlah dia akan dihanyutkan. Ada satu pekara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit, semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh.

Sabung belum bermula orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri. Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan mengelupur kena taji oleh ayam Tok Rayat. Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut.

Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang. Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat di takuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang, Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya. Bayangkan setiap kali di adakan pesta sabung ayam maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual.

Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rashianya akan terbocor. Datuk Seri takut bila behadapan dengan orang ramai, entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini adalah Datuk Baginda dan Dol Air Batu. Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi , walau pun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.

Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malam yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya. Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini? Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilar sekeliling kampong berjaja.

Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan. Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung menyabung orang yang bersorak sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan. Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu.

Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu. Sambil mengoyangkan locengnya Dol Air batu telah melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Ketika itu dengan serta merta badan Datuk Seri mengigil dan mukanya menjadi pucat. Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya.

Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.‘Cam mana ni Datuk… orang ramai sedang menanti… tim kita masuk gelanggang atau tidak…’ Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak dari ngelamun. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata: ' Tidak … kita tidak masuk melawan kali ini…nanti ada orang jual ais skrim dari magnolia pula’. Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud dari cakap Datuk Seri.

Sebagai seorang Tun Bodek yang setia walau pun tidak faham tetapi dia berlagak seperti faham.Esoknya Tun Bodek memberi tahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu dari menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera. Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga.

(Artikel ini di petik dari Tukar Tiub)

Read more...

Monday, May 25, 2009

Jawapan Isu Majikan Tidak Benarkan Solat.


Berkaitan dengan isu majikan tidak membenarkan solat, ini adalah jawapan yang diberikan oleh saudara Izlan yang mendakwa beliau adalah kawan kepada si pengadu yang bekerja dengan Syarikat tersebut. Hampa baca jat bawah tu;
Izlan said...
Saya rakan kepada En Saiful dalam memo tu. FYI, syarikat ni memang saja cari pasal. Waktu rehat lunch rakan saya tu 12-1pm. So memang tak sempat nak tunggu zohor. Selepas keluar memo tu, dia telahpun mohon utk tukar waktu lunch ke pukul 1, dan boss membenarkan.

Tapi bila dia mohon kunci surau (ya, surau dikunci. Kunci dipegang pengurusan), pada waktu lunch, dia tetap tidak dibenarkan solat, kunci tak diberi, dengan jawapan, "You tak payah sembahyang".Memang ada kes staf salahguna waktu solat, tapi dlm kes ni, pengurusan MPE tu laa yang memang cari pasal. (posted on May 24, 2009 3:54 PM)

Cheq tak mau komen banyak, eloklak jika pihak berkenaan bertindak dalam hal ini.

Read more...

Thursday, May 21, 2009

Sebagai Pedoman....

CERITA BURUNG PIPIT.

Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut.

Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati..

Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.

Dari kisah ini, banyak pesanan moral yang dapat dimanfaatkan sebagai pelajaran:

Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai buat kita. Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.

Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap Orang yang memberikan janji yang berlebihan.

P/S: Bukankah ALLAH ada berpesan dalam Al-Quran.. barangkali yang kita suka itu tak elok buat kita, dan barangkali yang kita benci itu sebenarnya yang terbaik untuk kita. Sama-samalah kita beringat, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.

Read more...

Sunday, May 17, 2009

Lagi Isu Majikan Tidak Benarkan Solat!!!! - malaysiakini



Salam... semua, la nie... cheq dah jarang-jarang dan kad...dang-kad...dang baru boleh menaip... sibuk sesangat semenjak dua menjak nih....

Kali ni cheq nak bawak isu... pekerja Islam dilarang menunaikan solat dalam waktu kerja, nampaknya arahan ini jika di lihat secara umum cheq pun amat tidak bersetuju, apa lagi kalau arahan tersebut datangnya dari pengurusan bukan Islam. Tetapi....

Jika difikirkan sebaliknya pula, perkara ini adakalanya berpunca dari pekerja Islam itu sendiri, yang tidak tahu menfaatkan waktu makan tengahari yang ditetapkan untuk menunaikan solat. Itu tidak termasuk lagi pekerja yang menipu mengatakan ambik rehat untuk menunaikan solat, padahal melencong pi sedut sebatang dua rokok atau apa-apa lagi.

Tak terkecuali ada juga pekerja, seperti contoh pada hari Jumaat yang diperuntukkan masanya untuk Fardhu Jumaat, ada juga yang menggunakan waktu tersebut untuk aktiviti lain dan ponteng solat Jumaat.

Cuba bayangkan..., sekiranya perlakuan semua itu di lihat oleh pihak pengurusan yang bukan Islam, apa pula takrifan serta pandangan depa kepada pekerja-pekerja ini. Mustahilkah jika mereka mempertikaikan masa yang diberikan untuk bersolat telah disalahgunakan untuk perkara lain. Siapa yang harus di persalahkan. Janganlah kerana pekerja yang sekoq dua buat perangai, maka pekerja yang taat kepada agama mendapat kesusahan, hampa pikiaq tengok la noooo....

Ni cheq tampalkan surat dari pihak pengurusan sebuah syarikat nih.... yang melarang pekerjanya menunaikan solat... cheq nak tengok... ada dak sesapa dari pihak yang berkuasa keatas isu seperti ini mengambil tindakan atau tutup sebelah mata...


Cheq dah katakan tadi, perkara ini adalah persefahaman kedua belah pihak.... antara pekerja melayu Islam dan pihak pengurusan, maklumlah orang melayu ni bagi cheq jenih suka mengambil kesempatan, walaupun tak semua lagu tu... maksud cheq ada yang jenih... waktu kheja lapan jam depa kheja enam jam... selebihnya... hampa pikiaq la sendiri.

Tapi bila pihak pengurusan berkeras sikit... mulalah tak puashati.... maaflah no... cheq bercakap melalui pengalaman sebagai pekerja bawahan dan kapasiti sebagai pihak atasan jugak..., sebab cheq dah lama naik pangkat... pasai tu cheq berani bercakap soal ni... bukannya nak persalahkan bangsa sendiri dan banggakan bangsa lain...

Untuk cerita selanjutnya dan gambaq yang lebih besaq, hampa melawat di sinilah.

Read more...

Monday, May 4, 2009

Babi Rupa Monyet

La ni satu dunia tengah dok kalut dengan wabak influenza A (H1N1) dalam nama lainnya di sebut selsema babi dan ramai yang dah terkorban akibat wabak tersebut di Mexico.

Penduduk sebuah dusun di China digegarkan dengan kelahiran seekor anak babi yang memiliki wajah serupa monyet di perkampungan Fengzhang di wilayah Xiping.

"Itu sangat aneh. Tidak ada seorangpun ingin membelinya. Babi itu membuat keluarga kami takut, bahkan hanya melihatnya," ujar Feng kepada akhbar Oriental Daily."

Wajah babi kecil itu memang begitu menyerupai seekor monyet. Bibirnya tipis, hidungnya kecil dan mempunyai dua bola mata yang besar. Kaki belakangnya agak aneh kerana lebih panjang dari dua kaki dibahagian hadapan, apabila bergerak ianya seakan seperti meloncat-loncat dari pada berjalan.

Isteri Feng mengatakan babi berwajah monyet itu adalah salah satu dari lima anak babi yang baru lahir dipenternakan yang diusahakan oleh keluarga mereka sejak lima tahun lalu.

"Tuhan ku! Itu sangat menakutkan. Saya tidak tahu makhluk apakah itu, ia sangat menakutkan," tutur Feng.

Namun demikian Feng mengakui merasa serba salah samada untuk membuang anak babi tersebut, karena anak-anaknya seronok bermain-main dengannya. "Anak saya sangat suka bermain dengannya dan marah jika kami berusaha menjauhkan anak babi itu darinya." keluh Feng.

Manakala jiran-jirannya pula menyarankan supaya memelihara anak babi itu agar dapat melihat bagaimana rupa wajah babi itu apabila membesar dewasa.

Sumber dari: Ananova

Udanglipan : Macam-macam kejadian pelik yang berlaku dalam dunia ni.... seperti dalam negara kita jugalah...

Read more...
Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP