UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, August 26, 2009

Altantuya: Macam-Macam Alasan Jika Berkaitan Islam.


Kepimpinan Ulama ni dah la sesat, ciptaan memandai2 manusia, plastik, bodoh plak tu. Meh sini lu orang semua. Skang ni Kartina dah jadi maruah Islam. Dah level sama macam kes Natrah dulu.

Kes ni akan masuk dalam buku sejarah undang2 Islam Malaysia. Maruahnya ialah Kartina harus disebat. Apabila Kartina disebat, dengan relanya, dengan insafnya, ianya boleh membuka minda satu dunia.

Perbahasan merebak. Bukan tahap CNN lagi dah ni beb. Lu paham ke tak ni ulama2 bodoh?Cara penyelesaian. Dey.. ulama bangang. Lu dengar sini baik2. Baca pelan2. Skang ni, UMNO beli masa. Kartina ditekan merayu. UMNO mustahil mahu dunia melihat mereka menyebat rakyat kerana arak.

Peguam Negara kata hormat bulan pose. Hishamuddin kata takda penyebat syariah. Anak Sultan Pahang tu plak beli masa. Skang ni, lu jumpa keluarga Katina dan minta persetujuan dia dalam bentuk bertulis.

PAS sediakan penyebat syariah. Guna lulit lagi cantek. Cari satu pihak tertentu. Macam sedara mara dia ke. Senang jer. Cikgu agama pun boleh buat. Bapak dia sendiri boleh buat. Sebat yang beri ikhtibar. Satu ritual motivasi semata. Bukan la macam civil tu. Sampai terkopak urat saraf.

Petikan dari Aduka Taruna.

Cheq rasa depa semua kena menonton filem Semerah Padi kot...


Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Altantuya: Depa Tak Hormat Bulan Ramdhan?

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie, diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka menjalani hukuman itu mulai petang ini. Berita Hailan.

Apa bezanya pula dengan hukuman terhadap Kartila Sari Dewi?

Awat depa tak tau ka...? Inikan bulan Ramadhan, depa kena hormat sikit...?

UdangLipan: Pening dengan alasan dan undang2 Malaysia ni... tak konsisten lansung.

Read more...

Monday, August 24, 2009

Altantuya: Apa Punya Alasan Ni....!!!

Hangpa baca kat sini.... "Selamatkan Islam" punca sebenar PKR Padang Serai Bubar.

Apa selama ni Islam tak selamat ka?

Makin lama makin mengarut puak-puak ni, cari alasan lain kalau nak menghalalkan cara sekalipun.

Politik haru-biru dan gila....

Read more...

Sunday, August 23, 2009

Era Najib-Altantuya: Benarkah Umno Yang Perjuangkan Kemerdekaan?

Penulis tidak menafikan sumbangan UMNO dalam memerdekakan Tanah Melayu pada waktu itu. Cumanya kejayaan ini sering digembar-gemburkan sebagai kejayaan mutlak milik UMNO.

Perjuangan puak-puak berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan didiamkan. Jarang sekali kita dapat mendengar komentar mengenai perjuangan mereka, walhal merekalah antara pencetus kemerdekaan ketika UMNO masih lagi diulit mimpi dengan slogan 'Hidup Melayu'.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) antara pertubuhan politik yang aktif sebelum merdeka. Ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Ahmad Boestaman, Abdullah CD dan Baharuddin Tahir adalah antara tokoh-tokoh besar dalam PKMM.

Mereka kemudiannya bersama dengan Dato' Onn mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya Pertama yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman. Kongres ini disertai oleh 47 buah pertubuhan Melayu. Seterusnya, pada kongres yang kedua di Istana Besar Johor, UMNO ditubuhkan. Dato' Onn diberi mandat mengetuai UMNO. Pertubuhan-pertubuh an Melayu di dalam UMNO pada waktu itu sebulat suara menentang gagasan Malayan Union.

Pada 29 Jun 1946, PKMM mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Keputusan ini dibuat atas dasar prinsip perjuangan pertubuhan itu. Bermula dari saat itu, PKMM mengambil bentuk perjuangan berhaluan kiri yang anti kepada British. UMNO pula ketika itu yang mendapat sokongan kuat dari Raja-raja Melayu dan golongan bangsawan memilih untuk menjadi proksi kepada British.

Jawatankuasa Kerja yang terdiri darpada 6 orang wakil British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO dibentuk untuk membincangkan draf Perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. PKMM menolak jemputan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana berpendapat ia sepatutnya mengambil kira pandangan masyarakat bukan Melayu pada waktu itu.

Akhirnya, apabila draf Perlembagaan Persekutuan siap dan diluluskan, banyak pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu yang menentang draf Perlembagaan tersebut. Mereka bergabung di bawah Pan-Malayan Council of Joint Action(PMCJA) . PMCJA merupakan salah sebuah pertubuhan yang menentang kuat draf Perlembagaan tersebut.

Tan Cheng Lock mengetuai pertubuhan yang terdiri daripada masyarakat bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu pada waktu itu. Beberapa siri demonstrasi kemudiannya diadakan bagi menunjukkan penentangan mereka terhadap draf tersebut.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) kemudian dibentuk. PUTERA menggabungkan 29 buah pertubuhan Melayu termasuklah PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) kemudian diangkat sebagai pengerusi.

PUTERA dan PMCJA kemudiannya bermesyuarat bersama dan bersetuju untuk menubuhkan PUTERA-AMCJA. Pakatan yang ditubuhkan ini ternyata menggerunkan British sehingga memaksa Bristih untuk memperkenalkan semula Societies Ordinan bagi menyekat pertubuhan-pertubuh an baru dari menyertai pakatan ini.

Pakatan ini bergerak bersama atas 10 prinsip rakyat. Mereka kemudiannya bersama-sama membentuk draf Perlembagaan sendiri. Ia diberi nama Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan ini dibuat dengan berasaskan kepada perundingan bersama semua kaum di Tanah Melayu pada waktu itu. PUTERA-AMCJA meluluskan secara rasmi Perlembagaan ini pada 10 Ogos 1947.

Perlembagaan Rakyat ini mendapat publisiti yang meluas oleh media pada waktu itu. Rapat umum yang diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat umum mengenai Perlembagaan itu berjaya mendapat sambutan orang ramai. Ramai yang mula sedar dan bantahan terhadap cadangan Perlembagaan Perseketuan yang direstui oleh British semakin hebat.

Cadangan Perlembagaan Rakyat tidak mendapat perhatian langsung dari pihak British. Pakatan PUTERA-AMCJA mula mengambil tindakan yang lebih keras. Mereka mengumumkan untuk mengadakan Hartal di seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947 bersamaan dengan hari di mana Parlimen British membahaskan Perlembagaan Persekutuan.

Hartal yang dianjurkan oleh pakatan PUTERA-AMCJA itu mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Malaya. Semua aktiviti masyarakat dan perkhidmatan tidak bergerak pada hari tersebut.

British tetap berdegil walaupun Hartal tersebut berjaya menunjukkan suara hati sebenar rakyat. Mereka tetap melaksanakan Perlembagaan Persekutuan pada 1 Februari 1948. Bagi memadamkan api amarah rakyat yang semakin membara, British mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948.

Ancaman komunis dijadikan alasan oleh British pada waktu itu. Banyak pertubuhan-pertubuhan politik diharamkan pada waktu itu. Sebanyak 29, 857 orang telah ditangkap dengan hampir 10,000 orang daripadanya adalah orang Melayu. Mereka telah dituduh sebagai agen komunis.

Banyak sekali coretan sejarah perjuangan mereka yang berhaluan kiri ini dinafikan dan didiamkan begitu sahaja. Walaupun merekalah sebenarnya yang terlebih dulu sedar akan perjuangan kemerdekaan sebelum UMNO.

Penulis memberikan kredit dan setinggi tahniah kepada saudara Fahmi Reza atas usahanya bagi membongkar semula sejarah yang selama ini dikunci dalam peti besi.

Sumber dari: http://demahdali. blogspot. com

UdangLipan: Umno hanya pandai mengambil kesempatan saja, padahal sejarah sebenarnya di sorokkan dari buku sejarah sekolah-sekolah. Lihatlah kini, ramai anak murid tidak mengerti tentang erti perjuangan kemerdekaan. Siapakah pejuang sebenarnya?

"Umno adalah warisan Penjajah British"

Read more...

Friday, August 21, 2009

Altantuya: Suci Dalam Debu...

Iskk..iskk..iskk... saja suka-suka, untuk iktibar kita semua... terutamanya kepada golongan remaja, supaya berhati-hati dalam meneruskan kehidupan dan memilih pasangan hidup masing-masing. Semoga berjaya.... dan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

Wanita 1: Sayang, you cintakan I?

Lelaki : iskk, you ni.. of course la I cinta kan you sangat2 tau. Klo you xde mati I..

Wanita1: betul?

Lelaki: ye sayang, I tak tipu.

Wanita1: You ni..., jangan la raba2 I....

Lelaki: I raba sikit je sayang...

Wanita1: Tak nak la... kalau terlanjur macam mane?

Lelaki: Kita kawen la.. I jumpa parents you

Wanita1: Betul? You nak kawen dengan I?

Lelaki: Betul sayang. . . sumpah. . you diam je ... jangan cakap ape2.... I pegang sikit2 je...

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : Sampai hati you. . . tipu I. Dulu you kate nak nak kawen dengan I. Tapi bile u dah dapat. You kawen dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, you ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan macam you. Yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. Yo ingat I bodoh nak kawen dengan you?

Wanita1: Sampai hati you cakap macam tu, dulu. . mase you nak.. macam2 janji manis you bagi. Tapi sekarang you salahkan I..?

Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji you. . tapi you bagi. . I ambil la. .

Wanita1: You memang jantan tak guna..., I menyesal kenal dengan you.

Lelaki: You menyesal...? Tapi I puas... jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: You akan dapat balasannye nanti....

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: Sayang..... I love you so much. .

Wanita2: Me 2.... sayang. .

Lelaki: I bertuah kawen dengan you.

Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu you.

Lelaki: Apedia sayang?

Wanita2: Sebenarnya.... you bukan lelaki pertama yang tidor dengan I..., I pernah tidor dengan semua teman lelaki I, untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. I cari lelaki baik macam you untuk jadi suami I. Harap you tak kesahkan?

Lelaki: WHAT??????????????????

ahahaha.. ape moralnye kat sini erkk. .

Sumber : Deqyah

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Altantuya: Melayu Johor Di Khianati Umno Lama Dah.

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:

1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup.

Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ).

Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta.

Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA).
Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor.

Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya. Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.

Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

Nasib peneroka Felda Cahaya Baru.

Masai Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur.

Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi.

Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara. Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan.

Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang (Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik.

Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008.

Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

UdangLipan: Kalau orang Johor tak buka mata dan sedar Pengkhianatan UmnGok terhadap orang Melayu Johor... entahlah... tak tau nak kata apa dah...

Read more...

Sunday, August 16, 2009

Altantuya: Helikopter Nuri Hak Milik Siapa?


Mai... sini cheq nak tanya sikit kat hangpa yang cerdik pandai, kot hangpa boleh tolong jawap soalan ni....?

Helikopker Nuri, siapa punya? Berkhidmat untuk siapa?

Muhyidin Yassin tu siapa? naik helikopter Nuri atas urusan apa?

Kerajaan Malaysia siapa?

Parti umno tu menatang apa? Depa ada helikopter sendiri ka...? Atau perkudakan TUDM..?

Siapa yang tanggung kos penerbangan helikopter tersebut? Umno atau TUDM.

Ceritanya kat sini - klik Bernama

Cheq: Boleh ka... gunakan harta Kerajaan Malaysia untuk kepentingan dan urusan Parti Umno.

(Bagi cheq baik terhempas saja, lagi baguih....)

Read more...

Thursday, August 13, 2009

1Malaysia Untuk Orang Kaya!!! - Altantuya

Beralaskan akhbar lama, ada yang baru, masing-masing mencari tempat strategik untuk mendengar sendiri jawapan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka.

Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat.

Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.....

..... "1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

Sumber: Wartamaya.

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor : Altantuya

PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung 'kawalan kendiri' terhadap penjualan arak dan memohon agar MB tersebut memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan kaedah itu didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan balas yang difikirkannya wajar untuk mengatasinya.

Demikan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor selepas satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Negeri yang diadakan pada 09 Ogos Ahad lepas. Mesyuarat diadakan bagi membincang segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di Selangor.

PAS Selangor juga mahu isu kontroversial ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak termasuk Umno dan BN. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan, galakkan serta pandangan positif yang mencerminkan keprihatinanrakyat, tidak pernah menyarankan ahli-ahlinya menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil dan menegaskan akan terus konsisten dengan tuntutannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh penjualannya seluruh Selangor, tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja, demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri, tetapi hanya perubahan jawatan kepada YAB MB sendiri atau mana-mana Exco lain yang MB fikirkan sesuai. (Sumber: Ibnu Hasyim)

Read more...

Saturday, August 1, 2009

Altantuya: "UMNO vs PAS sampai bila?"

Topik ni "UMNO vs PAS sampai bila?" memang menarik sebab menyentuh kaum Melayu yang berpegang kepada agama tauhid iaitu Islam. Dan Islam kah kita? Hanya Allah saja yang tahu. Tapi, selagi mana seorang itu mengakui sepenuh hati bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai panduan. Maka, kita akan kata dia saudara Islam kita. Hanya Alah saja yang Maha Mengetahui segala yang terkandung didalam hati sanubari manusia.


Tetapi bila kita orang Islam (Melayu) dihalang dari mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan larangan, maka orang yang menegah dari kita mengamalkan itu wajib kita tentang. Tentang la sedaya yang kamu mampu untuk menjaga keimanan kita (masyarakat) dan supaya yg buruk tidak menjadi ikutan. Sebaik baik iman ialah sabar dan semulia-mulia iman ialah berjuang (mati) dijalan Allah. Perjuangan ini lah yang ramai memahami dan tidak teliti sebenarnya. Kita umpama hamba yang tidak memahami tuntutan TUANnya (iaitu Allah).

Syaitan (ramai syaitan yg bertopeng manusia) menakutkan kita dengan kemiskinan, padahal rezeki Allah itu dimana-mana. Adakah kamu ingin mempertikaikan ketetapan Allah itu. Dan sesungguhnya, kamu termasuk dalam golongan yang rugi. Kenapa keadaan umat Islam (Melayu) di bumi Melayu ini mundur.

Senang saja, hak kita beragama dinafikan. Hak kita untuk berbincang hal hal agama secara terbuka (public speaking) ditutup sepenuhnya kerana pemerintah takut, itu isu yang sensatif dan takut menjadi porak-peranda. Kalau begitu sampai bila-bila pun yang bukan Islam tidak akan paham dengan tuntutan Islam dalam menjalankan cara hidup. Semuanya inginkan keadilan, hanya dengan perintah Allah saja yg mampu memberi semua keadilan itu. Tetapi, adakah kamu berakal dan adakah kamu berfikir. Tak usah la berselindung disebalik kemunduran bangsa sendiri untuk terus memegang tampuk kuasa kerana sesungguhnya demi Tuhan yang menciptakan segalanya diantara langit dan bumi, bumi Malaysia (sila baca bangsa Melayu) tak ubah seperti kaum-kaum nabi terdahulu yg telah diazab semasa didunia.

Sesungguhnya orang Islam dibumi Malaysia masih tidak sedar lagi akan tuntutan menjalankan hukum Allah ini. Banyakkan lah membaca al-quran ,bukan menyanyi, tetapi memahami.Bumi Malaysia sekarang sudah ada golongan homoseksual, tipu daya dalam berjual beli, bermegah dengan membangunkan bangunan-bangunan tinggi, meranapkan bukit bukau dan lain-lain lagi. Pembangunan dibenarkan dalam Islam, tapi biarlah memadai dan jangan berlebihan kerana itu menimbulkan riak dan takbur.Saya menyeru agar pemuda-pemuda Islam sekalian bangun menuntut pemerintahan Islam sepenuhnya. Dan kepada kaum wanita sila beri sokongan kepada suami atau keluarga anda.

Kita orang Melayu memang cukup pandai menyanyi, tak cukup dengan AF ditambah dgn 1 in Million. Yang sebenarnya, kita memang suka menyanyi bait-bait dan rangkap-rangkap dari al-quran, tetapi amat kurang yg memahami intipati dan kandungan didalamnya.Maka barangsiapa yang mengatakan hukum Allah itu ketinggalan zaman, atau Islam tak sesuai dengan corak kehidupan sekarang, bertaubatlah. Maka sedarlah bahawa janji Allah itu benar dan mahkamah agung di padang mahsyar itu juga benar.

Silap siapakah hukum Islam tak tegak dibumi Malaysia? Silap kita sendiri kerana menzalimi diri sendiri dan lalai dengan tuntutan Islam. Kita disini adalah aku dan kamu yang lupa bahawa Islam itu mempunyai kedudukannya mulia dan teratas dan bukannya perlembagaan dan perundangan yang dicedok dari orang kafir. Ya.... asyik dengan perjuangan bangsa sampai lupa perjuangan Islam. Ini lah yg terjadi apabila ramai tidak memahami al-quran dan tidak mengikuti sunnah.

Memang lubang kubur lain-lain, tetapi kau juga menumpang dibumi Allah yang dihuni oleh aku dan dia (yang lain). Kalau bukan kerana menguruskan jenazah itu fardu kifayah, maka galilah kubur sendiri dan tidurlah didalam kubur supaya kamu paham apa itu maksud "kubur lain-lain". Jangan belagak sombong. Fikirkan sejenak, apa yg kamu ingin bawa bersama apa bila mati?

Dari DepaKata

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP