UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, September 30, 2009

PKFZ: Sayangi Haiwan (Makhluk Allah) Ada Ganjarannya.

Bismillahirahmannirahim..

Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia punggut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.

Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR CHEQ TAK TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

Di petik dari sini.

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Pkfz - Apa Itu "DAULAT" Bagi Sultan/Raja.

Terbaca tulisan seorang wartawan "Jangan terlalu suka mempertikaikan segala sesuatu sehingga tanpa sedar kedaulatan Raja-Raja Melayu sedang cuba diheret ke tahap yang rendah" di MalaysianInsider.

Dan apabila terbaca di Malaysiakini lain pula ceritanya.

Dimanakah keDaulatan Sultan? Inikah Sikap dan Tauladan yang perlu ditunjukkan kepada Rakyat. Perlukah rakyat menghormati Ketua Agama Islam seperti ini.

Untuk menutup mulut rakyat dari bercakap akan keburukan intitusi raja-raja, rakyat di ugut dengan tindakan undang-undang menghina sultan atau raja.

Hilang rasa hormat kepada orang sebegini.

Read more...

Thursday, September 24, 2009

PKFZ: Pendedah Dokumen Kabinet Tak Penting. Siapa Penyamun Yang Penting!!!

Awat la..., sistem perundangan dan siasatan di 1Malaysia ni makin lama kelamaan makin pelik pulak cheq tengok. Dalam kes PKFZ yang hilang belasan bilion hasil kraf tangan pemimpin barisan nasional, tolak pi... tolak mai... semuanya dok berdalih sana sini macam kes VK Lingam jugak, lama kelamaan senyap lagu tu saja.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. BERNAMA


Bila ada orang kemukakan bukti buat pengetahuan rakyat 1Malaysia, depa pakat guna Akta Rahsia Rasmi pulak dah. Talibarut umno dan barisan nasional sedaya upaya cuba nak mengalihkan isu ini, konon nak cari siapa pembocor maklumat dokumen rahsia kabinet isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.

La ni dok sibuk nak cari pembocor maklumat yang mendedahkan dokumen tersebut, yang puak terlibat dengan skandal PKFZ tu depa tak sibuk nak cari pulak. Kalau boleh perbodohkan rakyat, selama itulah depa akan teruskan sikap bodoh membodohkan.

Hangpa toksah la nak buat wayang siasatan macam Khir Toyol dok buat tu..., alih-alih dok pi bersembang sampai 6 jam, apa haram satu pun takdak tindakan. Berlakon boleh la... lepaih ni semua akan senyap dengan harapan rakyat Malaysia akan lupa. Itulah trend siasatan di Malaysia.

18 kes berprofail tinggi apa cerita, itukan salah satu contoh dan bukti yang menunjukkan budaya siasatan di Malaysia. Apa yang nak dihairankan dengan apa yang anak ustaz tajwid ni cakapkan, pasai tu khidmat lakonan dia diperlukan untuk setahun lagi.

La ni apa yang cheq nak tau dan tak terkecuali jugak semua rakyat 1Malaysia nak tau siapakah individu-individu Bapak Menteri Penyamun yang telah melesapkan RM12 bilion dalam skandal PKFZ itu yang UTAMA.

Kami tak mau tau siapa yang dedahkan dokumen tersebut, itu tak penting bagi kami. Yang penting tolong tangkap dan bicarakan siapakah penyagak yang melesapkan wang rakyat.

Read more...

Monday, September 21, 2009

PKFZ: Melayu Dan Islam.

Melayu oh Melayu, bagi cheq Islam tetap didahulukan, walau mungkin cheq tidak setaat Aisyah AS, para sahabat-sahabat Nabi SAW.

Bangsa adalah ciptaan Tuhan, apa yang hendak di kecohkan dan digaduhkan. Sejarah telah membuktikan bahawa yang menjatuhkan sesuatu bangsa adalah bangsa itu sendiri. Yang banyak menjahanamkan Islam dahulunya dari bangsa Arab. Yang banyak menjahanamkam Palestin adalah bangsa Arab juga yang tidak pernah bersatu, dengan sendirinya jauh dari Islam.

Orang melayu pun begitu juga. Selagi Islam tidak diberi keutamaan, maka asyik bergaduhlah sesama Melayu, lebih-lebih lagi dalam isu politik, maaflah!!! perjuangan bangsa melayu tidak akan kemana apatah didunia mahupun akhirat.

Kita harus yakin bahawa jika kita dirikan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat, InsyaAllah semua kaum akan selamat, penganut agama lain akan lebih hormat kepada Islam dan memeluk Islam.

Sekarang ini dan perkara yang berlalu, melihatkan sikap dan tingkah-laku orang melayu yang mengaku Islam, mendatangkan persepsi seolah Islam yang dipamerkan tidak cantik (walhal tingkah-laku itu yang menyimpang dari Ajaran Islam).

Jika Melayu hendak dihormati oleh bangsa lain, maka sehendaknya menunjukkan contoh tauladan yang baik yang telah di ajar oleh Nabi SAW.

Melayu sepatutnya bersatu dalam Islam bukannya bergaduh sesama sendiri. Selalunya jika sesama kita melayu bergaduh bangsa lain yang menjadi pemerhati akan mendapat keuntungannya. Sedarlah wahai melayu bahawa senjata perpaduan dalam Islam adalah senjata melayu Islam yang hanya tinggal untuk masa depan generasi yang akan datang.

Amalkanlah ajaran Islam yang di tinggalkan oleh Nabi SAW kepada kita, bukannya amalan Islam yang di amalkan oleh golongan NGO seperti Sister In Islam mahupun golongan Gerombolan Umno.

Mereka-mereka itu hanya mengamalkan Islam sekerat-sekerat, walau tak semuanya ahli umno sebegitu tetapi tauladan buruk dari pemimpin mereka janganlah dijadikan ikutan, jika patuhi ajaran Islam yang sebenarnya, mungkin ramai golongan Gerombolan umno akan INSAF dan kembali ke pangkal jalan.

Pastikanlah diri anda dan ahli keluarga anda dalam golongan beragama dan mengamalkan suruhan agama, nescaya anda dan keluarga anda selamat di dunia dan di akhirat. Amin.

Moga kita sama-sama kembali kejalan yang benar, kembali pada Islam yang dibawa oleh Nabi kita. Ada akal kita memikir... Ada Quran dan Sunnah jadikan petunjuk.

UdangLipan: Selamat Meraikan Hari-Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Read more...

Sisters In Islam - Sendiri Pun Tak TerIslam Lagi.

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

Boleh baca lagi di sini.

UdangLipan: Bagi cheq.., SIS ni lebih merbahaya dari Rasul Melayu yang kena tangkap bulan posa hari tu. Depa ni lagi menyesat dan mengelirukan umat Islam, liberal konon.. mak bapak depa dari keturunan penjajah kot...

Read more...

Saturday, September 19, 2009

Undang-Undang Negara Sarkis - PKFZ

Fullamak cheq cukup respek dan kagum dengan undang-undang Malaysia ni, bila orang buat laporan polis, orang yang buat laporan kena tangkap, bila ada orang dedahkan rahsia penyelewengan menteri dan mereka yang terbabit dalam kerajaan, orang yang membocorkan maklumat yang di buru.

Bukannya depa nak pi tangkap orang yang di studuh dan siasat penyelewengan tersebut, macam mana punya undang-undang ni... macam undang-undang negara Setan, yang dekat dengan negara Go Head Gostand.

Hangpa baca kat sini.

"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut.

"Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.

UdangLipan: SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA....

Read more...

Thursday, September 17, 2009

pkfz Bagan Pinang: Projek Bas PLKN..!!!


Cuba bayangkan daripada projek ni saja syarikat kroni yang bermodal RM2/= boleh kaya sebanyak RM240juta!!

Hanya dengan modal air liur dan kenal menteri sana menteri sini, puak-puak haram jadah ni memboncitkan perut dan menebalkan kantung masing-masing.Padanlah rakyat naik muak dengan puak-puak ni.

Tunggulah PRU13, memang bungkus lah Be End ni..

Projek Bas PLKN.

UdangLipan: Kroni siapa tuuuuuu.......

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Nizar Altantuya: Anak Kecil Misteri Bulan Ramadhan

"Hey kamu... mari sini!" sapa Luqman halus kepada seorang anak kecil yang dengan sengaja mengganggu anak kecil lain yang sedang berpuasa.

"Siapa nama kamu...? Dari mana kamu asalnya ...?" tanya Luqman sambil memegang lengan anak kecil itu.

Meski ditanya dengan sopan, anak kecil itu masih berdegil dan memandang ke arah Luqman sambil tertawa menyeringai! Tawa anak kecil itu membuat Luqman melepaskan pegangannya seketika.

Luqman merasakan anak kecil ini bukanlah anak sembarangan. Sungguh pun penampilannya seperti anak anak biasa. Hanya bercelana pendek. Agak lusuh, tapi bersih.

Luqman melihat mata anak kecil itu. Mata itu bukanlah mata anak manusia pada umumnya. Ditambah lagi, sebelumnya Luqman tidak pernah melihat anak kecil itu di kampungnya. Luqman sudah bertanya ke sana kemari, adakah tetangga kampungnya atau orang di kampungnya yang mengenali siapa anak kecil itu dan siapa keluarganya. Semua orang yang ditanya Luqman menggelengkan kepala, tanda tidak tahu.

Anak kecil itu menjadi pembicaraan di Kampung. Sudah tiga hari ini ia mundar-mandir sekeliling kampung. Ia menggoda anak-anak sebayanya, menggoda anak-anak remaja di atasnya, dan bahkan orang-orang tua. Hal ini, bagi orang kampung amat menjengkelkan. Bagaimana tidak mengjengkelkan, anak itu menggoda dengan berjalan kesana kemari sambil tangan kanannya memegang roti isi daging yang tampak coklat menyala.

Sementara tangan kirinya memegang ais kelapa, lengkap dengan tetesan air dan butiran-butiran ais yang melekat di plastik ias tersebut. Pemandangan tersebut menjadi pemandangan biasa bila orang-orang kampung melihatnya bukan pada bulan puasa.

Pemandangan tidak enak ini justeru terjadi di tengah hari pada bulan puasa! Bulan ketika banyak orang sedang menahan lapar dan haus dahaga. Ais kelapa dan roti isi daging tentu saja menggoda orang yang melihatnya.

Pemandangan itu semakin bertambah tidak biasa karena kebetulan selama tiga hari semenjak anak kecil itu ada, matahari di kampung itu lebih terik dari biasanya.

Luqman mendapat laporan dari orang-orang di kampungnya mengenai anak kecil itu. Mereka tidak berani melarang anak kecil itu menyodor-nyodorkan dan memeragakan bagaimana dengan nikmatnya ia mengecapi ais kelapa dan roti isi daging tersebut. Pernah ada yang melarangnya, tapi kemudian orang itu dibuatnya mundur ketakutan sekaligus kehairanan.

Setiap kali dilarang, anak kecil itu akan mendengus dan matanya akan memberikan kilatan yang menyeramkan. Membuat mundur semua orang yang akan melarangnya. Luqman memutuskan menunggu kehadiran anak kecil itu.
Kata orang kampung, belakangan ini, setiap waktu dzuhur, anak itu akan muncul secara misteri. Anak kecil itu akan muncul dengan pakaian lusuh yang sama dengan hari-hari kelmarin dan akan muncul dengan ais kelapa dan roti isi daging yang sama juga!

Tidak lama Luqman menunggu, anak kecil itu hadir. Benar, ia menari-nari sambil menyeruput ais kelapa itu. Tingkah anak kecil itu jelas mengundang orang lain untuk menelan ludah tanda ingin meminum ais itu juga. Luqman menegurnya...

"Bismillah..." Luqman kembali mencengkam tangan anak kecil itu. Ia kuatkan mentalnya. Ia berfikir kalau memang anak kecil itu adalah jadi-jadian, ia akan korek keterangan, apa maksud semua ini. Kalau memang anak kecil itu "anak manusia" pun, ia akan mencari keterangan, siapa dan dari mana sesungguhnya anak kecil itu.

Mendengar ucapan bismillah itu, anak kecil tadi mendadak menuruti tarikan tangan Luqman. Luqman menyentakkan tangannya, menyeret halus anak kecil itu, dan membawanya ke rumah. Gerakan Luqman diikuti dengan tatapan mata penuh tanya orang-orang yang melihatnya.

"Ada apa Tuan melarang saya meminum ais kelapa dan menyantap roti isi daging ini? Bukankah ini adalah kepunyaan saya?" tanya anak kecil itu sesampainya di rumah Luqman seakan tahu bahwa Luqman akan bertanya tentang kelakuannya. Matanya masih lekat menatap tajam pada Luqman.

"Maaf ya... Itu kerana kamu melakukannya di bulan puasa...," jawab Luqman dengan halus, "apalagi kamu tahu, bukankah seharusnya kamu juga berpuasa... Lalu bukannya ikut menahan lapar dan haus, kamu malah menggoda orang dengan tingkahmu itu...."

Sebenarnya Luqman masih mau mengeluarkan ungkapan memujuk sambil mengomeli anak itu. Tapi secara mendadak anak kecil itu berdiri sebelum Luqman selesai. Ia menatap mata Luqman lebih tajam lagi.

"Itukan yang kalian lakukan juga kepada kami semua!!!
Bukankah kalian yang lebih sering melakukan hal itu kepada kami...? Kalian selalu mempertontonkan kemewahan ketika kami hidup di bawah garis kemiskinan pada sebelas bulan di luar bulan puasa?

Bukankah kalian yang lebih sering melupakan kami yang kelaparan, dengan menimbun harta sebanyak-banyaknya dan melupakan kami?

Bukankah kalian juga yang selalu tertawa dan melupakan kami yang sedang menangis?

Bukankah kalian yang selalu berobat mahal bila sedikit saja sakit menyerang, sementara kalian mendiamkan kami yang mengeluh kesakitan hingga kematian menjemput ajal?

Bukankah juga di bulan puasa ini hanya pergeseran waktu saja kalian menahan rasa lapar dan haus? Ketika beduk maghrib bertalu, ketika azan maghrib terdengar, kalian kembali pada kerakusan kalian...?"

Anak kecil itu terus saja berbicara tanpa memberi Luqman kesempatan menyela. Tiba-tiba suara anak kecil itu berubah. Kalau tadinya ia berkata demikian tegas dan terdengar sangat "menusuk", kini ia bersuara lirih, menghiba.

"Ketahuilah Tuan.... Kami berpuasa tanpa hujung... Kami senantiasa berpuasa meski bukan waktunya bulan puasa lantaran memang tidak ada makanan yang bisa kami makan.
Sementara Tuan berpuasa sepanjang siang hari saja.

Dan ketahuilah Tuan, justru Tuan dan orang-orang di sekeliling Tuanlah yang menyakiti perasaan kami dengan berpakaian yang luar biasa mewahnya, lalu kalian sebut itu menyambut Ramadhan dan Idul Fitri?

Bukankah kalian juga yang selalu berlebihan dalam mempersiapkan makanan yang luar biasa bervariasi banyaknya, segala rupa ada, lantas kalian juga menyebutnya dengan istilah menyambut Ramadhan dan Idul Fitri?

Tuan... sebelas bulan kalian semua tertawa di saat kami menangis, bahkan pada bulan Ramadhan pun hanya ada kepedulian yang seadanya.

Tuan... kalianlah yang melupakan kami, kalianlah yang menggoda kami, dua belas bulan tanpa terkecuali termasuk di bulan Ramadhan ini. Apa yang saya lakukan adalah yang kalian lakukan juga terhadap orang-orang kecil seperti kami.

Tuan, sedarkah Tuan akan ketidak-abadian harta? Lalu mengapakah masih saja mendakap harta secara berlebih?

Tuan... sedarkah apa yang terjadi bila Tuan dan orang-orang sekeliling Tuan tertawa sepanjang masa dan melupakan kami yang semestinya diingat?

Bahkan, berlebihannya Tuan dan orang-orang di sekeliling Tuan bukan hanya pada penggunaan harta, tapi juga pada dosa dan maksiat. Tahukah Tuan, akan adanya azab Tuhan yang menimpa...?

Tuan, jangan merasa aman lantaran kaki masih menginjak bumi.
Tuan, jangan merasa perut akan kenyang esok lantaran tersimpan bekalan untuk setahun.
Tuan, jangan pernah merasa matahari tidak akan pernah menyatu dengan bumi, kelak..."

Wah!!! entahlah apa yang ada di kepala dan hati Luqman. Perkataan demi perkataan meluncur deras dari mulut anak kecil itu tanpa bisa dihentikan. Dan hebatnya, semua yang disampaikan anak kecil tersebut adalah benar adanya!!!

Hal ini menambah keyakinan Luqman bahawa anak kecil ini bukannya sembarangan. Habis berkata pedas dan tajam seperti itu, anak kecil itu pergi begitu saja meninggalkan Luqman yang dibuatnya terbengong-bengong.

Di kejauhan, Luqman melihat anak kecil itu menghilang bak ditelan bumi. Apabila tersedar, Luqman berlari mengejar ke luar rumah hingga ke tepian jalan. Ia edarkan pandangan ke seluruh sudut yang bisa dilihatnya, tapi ia tidak menemukan anak kecil itu.

Di tengah deru nafasnya yang memburu, ia tanya semua orang di hujung jalan, tapi semuanya menggeleng bingung. Bahkan, orang-orang yang menunggu penasaran di depan rumahnya pun mengaku tidak melihat anak kecil itu keluar dari rumah Luqman! Anak kecil itu benar-benar misteri! Dan sekarang ia sudah menghilang!

Luqman segera melangkah kembali ke rumah. Ia ambil sajadah, sujud dan bersyukur. Meski peristiwa tadi irasional, tidak masuk akal, tapi ia mahu menyakini bahagian yang masuk akal saja. Bahawa betullah adanya apa yang dikatakan anak kecil misteri tadi. Anak kecil tadi memberikan pelajaran berharga, betapa kita sering melupakan orang yang seharusnya kita ingat.

Iaitu mereka yang tidak berpakaian, mereka yang kelaparan, dan mereka yang tidak memiliki penghidupan yang layak. Anak kecil tadi juga memberi Luqman pelajaran bahawa seharusnya mereka yang sedang berada di atas, yang sedang mendapatkan kurnia Allah, jangan sekali-kali menggoda orang kecil, orang bawahan, dengan berjalan membusungkan dada dan mempertontonkan kemewahan yang berlebihan.

Marilah berfikir tentang dampak sosial yang akan terjadi bila kita terus menjejali tontonan kemewahan, sementara yang melihatnya sedang membungkuk menahan kelaparan.

Luqman berterima kasih kepada Allah yang telah memberikannya hikmah yang luar biasa. Luqman tidak mahu menjadi sebahagian yang Allah sebut Mati Mata Hatinya.

Sekarang yang ada difikirannya, mahu dipercayai atau tidak, ia akan mengkhabarkan kejadian yang dialaminya bersama anak kecil itu sekaligus menjelaskan hikmah kehadiran anak kecil tadi kepada semua orang yang dikenalnya, kepada sebanyak-banyaknya orang.

Kejadian bersama anak kecil tadi begitu berharga bagi siapa saja yang mengkehendaki kebercahayaan hati. Pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir. Sejak itu Luqman tidak pernah lagi melihatnya, selama-lamanya.

Luqman rindu kalimat-kalimat pedas dan tudingan-tudingan yang memang betul adanya. Luqman rindu kehadiran anak itu agar ada seseorang yang berani menunjuk hidungnya ketika ia salah.
***********************************************

Kami terus berpuasa meski bukan saatnya berpuasa,
Lantaran ketiadaan makanan,
Lantaran ketiadaan minuman.
Kami berpuasa tanpa ujung!

Kami lapar... sementara perut kalian kenyang.
Kami sakit, tanpa ada ubat, apalagi biaya berubat...
Sementara kalian menambah terus kesakitan kami dengan mempertontonkan kemewahan dunia di hadapan kami... di depan mata kami.... yang sedang berpakaian kemiskinan.
Kami menangis, kami merintih, adakah di antara kalian yang peduli...?

***********************************************

UdangLipan: Bukan mudah nak buat orang faham apa maksud yang ingin kita sampaikan, walaupun sesaat kita berbicara songsang.

(Artikel dipetik dari Yahoo Group)

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Nizar: Cara Penghapusan Islam

KISAH UNTUK TELADAN

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN..

Di petik dari blog Sheikh Teluk Intan.

Read more...

Sunday, September 13, 2009

Nizar: Pertama Kali..., Samy Vellu Jujur Memberi Kenyataan.

Samy Vellu, ahli politik berusia 73 tahun, berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Selanjutnya Malaysiakini.


Sebagai seorang ahli politik yang bahasa malaysianya lintang pukang dan cakap yang sentiasa berbelit-belit, tapi kali ini dalam sejarah Samy Vellu telah bercakap dengan penuh sifat kejujuran.

Jika Umno sebagai tunjang kepada Barisan Nasional masih buta hati dan pekak hendak memahami apa yang Samy Vellu katakan, ntahlah tak tahu apa nak dikatakan lagi.

Cheq kata: Baguih...., MIC sudah menendang belakang, MCA retak menanti belah... Umno... tunggu masa nak hancuq... PRU-13... mai kita nyanyi lagu Selamat Jalan UBN.

Masanya sudah tiba UBN akan hancur.....

Read more...

Saturday, September 12, 2009

Altantuya PKFZ: Siapa Belit Siapa Ni...???



Dr Mahathir juga mendakwa bekas anggota kabinetnya itu pernah berbohong kepadanya berhubung kenyataan bahawa mantan pengerusi BN itu tidak pernah menolong kaum India.

"Tentang beliau kata saya tidak pernah tolong orang India, dulu sekali beliau berkata pada akhbar.

“Lepas itu, semasa (saya) di Syria, beliau telefon saya, kata beliau tidak pernah berkata (demikian). (Samy Vellu beritahunya) itu semua laporan tidak benar.

"Apabila saya balik sini, akhbar itu tunjuk rakaman, beliau benar-benar berkata saya tidak pernah menolong orang India. (Kenyataan Samy Vellu) itu tidak benarlah. Saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," jelas Dr Mahathir panjang lebar.

Tambahnya, jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Mau baca lagi kalu..., lu orang sini klik juga...

Aiyoyoooo...., ini Samy Vellu banyak belit punya orang la..., Sama itu PM dulu pun dia mau belit juga ka...? Atau itu bekas PM mau belit sama Samy Vellu...? Aiyoyooo... apa saya sudah cakap ini... belit belit juga ka...

Cheq: Yang syok tu bukannya apa pun, cheq syok kat ayat terakhir tu.... harap betui kot...?

Read more...

Friday, September 11, 2009

Pkfz: Antara Emak dan Isteri.

Jika di tanya antara Emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri wajib dilaksanakan kerana syurga dibawah tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah saya dahulu perkahwinan dia dengan ibu saya tidak mendpt restu dari parentsnya namun dengan semangat dan azam serta doa dengan Izin Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu + Belanda.. tapi masing-masing ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa mereka saling bermusuhan tak tahu kenapa dengan semangat cinta ayah saya terhadap ibu saya lahirlah 5 cahaya mata tapi dua darinya meninggal dunia walaupun ibu saya banyak terluka dgn sikap family ayah saya, dgn dorongan & semangat ayah, ibu tabah pelbagai tohmahan ibu terima namun ayah tetap setia pada ibu.

Walau bagaimanapun ayah saya tak pernah menderhakai ibunya perkahwinan merekapun atas pujuk rayu ayah kadang2 tersentuh juga hati ibu apabila ayah tak pernah memarahi parentsnya ketika ibu di lemparkan kata2 nista ayah tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar dgn hati yg suci, ayah tetap tidak pernah meninggikan suara terhadap parentsnya ayah mempunyai 13 adik beradik dan merupakan anak kedua.

Ayah saya mempunyai pelajaran tinggi akan tetapi ayah lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding dengan abang adik beradiknya yang lain.. ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup keluarganya dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit (ibu kpd ayah), ayah cepat2 pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak rumah nenek dengan rumah saya hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan parentsya... ayah hanya mendiamkan diri.. ketika rezeki ayah datang bercurah=curah, ayah tak pernah melupakan nenek & familynya... apapun nenek hendak, ayah akan turutkan.. ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yang kaya kerana datuk saya seorang Arkitek.. ayah selalu berterus terang jumlah duit yang telah dia serahkan kepada ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah merahsiakannya...

Walaupun kadang-kadang ibu saya terasa dipinggirkan, ayah cepat-cepat menghiburkan hati ibu... hari-hari saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.. kadang-kadang saya lihat ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban untuk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan utk diri sendiri apatah lagi untuk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa terhadap orang tua mesti diutamakan kerana dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yang baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada pertelingkahan yang berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11 tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dengan gadis pilihan nenek tapi ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan yang berat & tidak sanggup pula berlaku tidak adil suatu hari nanti.. dan ayah tidak mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata ayah cukuplah kehidupan begini yang telah teruji..

Kata-kata ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yang ayah mampu hanyalah
memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dengan baik..

Namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yang berjiwa kuat dan menerima dengan hati yang tabah.., suatu hari dengan berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat kami ingin melihat kegembiraan yang hadir setelah 30 tahun di nantikan selama ini... ayah telah dijemput oleh Allah S. W. T... betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah mendengarnya..manakala ibu pula memelukku dgn erat dan menangis... apa yg paling kami terkejut, pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dengan wajah tersenyum.. dan berseri-sei seolah ayah tak mati.. kemudian keluar buih-buih halus dari mulutnya dan berbau kasturi.. semua pengziarah yg hadir menyebut ALHAMDULILLAH... PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.. WALLAHUA'LAM...

Namun ibu benar-benar seorang yang tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan..sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang tanpa setitik airmatapun ... ibu banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu.. setelah seminggu ayah dikebumikan, nenek pula meninggal dunia.. alangkah peritnya menerima ini semua sebagai lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil.. pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dapat sedikit sebanyak pengajarannya...

- AL-FATIHAH.....-

UdangLipan: Anda pula bagaimana...?

Read more...

Monday, September 7, 2009

Al-Kisah Cucu Seorang Umno tahun 2020 - Altantuya


Di sebuah beranda rumah kampung yang menghadap lautan yang terbentang luas, sekujur tubuh tua yang dimamah usia sedang meraut pujuk nipah untuk dibuat rokok daun.

Di temani oleh cucunya yang baru pandai mengeja dan membaca, lumrah kanak-kanak tidak boleh duduk diam maka terpandanglah akan helaian akhbar yang digunakan untuk membungkus ikan kering jualan yang dihasilkan oleh neneknya. Maka dengan tergagap-gagap mengeja anak kecil ini cuba membaca, sambil diperhatikan oleh atoknya. Sampai pada satu perkataan anak kecil ini bertanya kepada atoknya;

"U.M.N.O… ? tu apa benda tuk? biskut merry ke tuk? itulah soalan seorang cucu yang amat petah berkata-kata.

Jawap si atok: UMNO tu ialah sebuah Pertubuhan Kebangsatan Melayu tak Bersatu. Depa semua tu dah jadi bangkai bernyawa... depa semua tu waris-waris melayu yang perangai binatang! atok pun dulu salah sorang dari penyokong depa, tapi last sekali depa tipu tok... ada ka… patut depa tuduh tok liwat nenek hang! mana ada tok buat kheja tu!!!

Pasai apa depa tuduh tok lagu tu?

Masa tu nenek hang tu cunnnn giler… nak habaq kat hang, dia salah sorang dari puteri umno tu la…, atok termengorat nenek hang, ada pulak malaun yang jealous dan dengki, atok kena fitnah, sebab nak cover malu tu pasai la tok terpaksa menikah dengan nenek hang. Dalam umno ni… depa semua kuat mendengki kalau hang nak tau…, tu yang lepas menikah takdan lapan bulan Pak hang pun keluaq…

Tok… tok…. Tapikan cheq tengok bapak takdaq kheja apa, mana dia dapat duit???

Pak hang tu…. huh… kuat makan rasuah, kheja dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dah berapa kali tok pesan kat dia toksah berkawan dengan puak umno tu… dia degil… hati dah gelap, lagu tu jadinya…

Pasai apa hati Bapak gelap tok…? Kalau hati Bapak gelap, nanti hati cheq pun gelap sama, pasai Bapak beli beras pakai duit rasuah.

Hat tu… tok tak tau nak jawap…, takpa hati hang nanti terang pasai nanti atok hantaq hang pi mengaji pondok, ish… banyak sangat soalan hang nih… malaih tok nak layan…

Secara spontan tanpa di ajar oleh sesiapa pun si anak kecil itu pun berkata;
KESIAN... DAN BANGANG... punya bapak.

Sekian Al Kisah.

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Sembang RoN95 & RoN97 - Altantuya

Petikan dari sebuah akhbar perdana tanah melayau.

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35 berkata, "Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."

Read more...

Friday, September 4, 2009

Altantuya: Misi Pertama Kapal Selam 1Malaysia.

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menarik perhatian orang ramai petang kelmarin beberapa jam sebelum berbuka puasa. Orang ramai telah berkerumun di tebing Sungai Klang untuk melihat lelaki memasang lukah.

Lelaki ini difahamkam sedang menahan lukah untuk memerangkap barang-barang yang sedang hanyut dalam sungai ini. Mengikut ajensi berita luar negara lelaki yang tidak dapat dipastikan kewarga negaraannya ini telah mendapat arahan untuk mencari sehelai seluar dalam size 85 XXL yang diberitakan telah hanyut.

Mengikut pandangan seorang kakitangan DBKL seluar dalam ini jika tidak ditemui akan menjadi rintangan untuk laluan sampah sarap. Besar kemungkinan rintangan ini akan mengakibatkan banjir di Sungai Klang.

Sumber diplomatik Barat yang tidak mahu memberikan nama telah menafikan berita awal yang melaporkan bahawa seluar dalam ini ialah milik seorang pelayan di sebuah bar di Brickfield yang bontotnya telah diraba-raba dan seluar dalam nya telah terlucut.

Diplomat Barat ini tidak menafikan yang seluar dalam sebesar ini hanya seorang sahaja yang memilikinya. Apabila terus ditanya diplomat Barat ini tersenyum dan berkata ‘ ancok mak kau… kapal selam ni sedang mencari seluar dalam bik mamalaaa kah kah kah.

Sumber berita dari Tukar Tiub.

Read more...
Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP