UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, November 23, 2009

5A vs 5E

Tahniah kepada 48, 171 pelajar sekolah rendah berjaya meraih keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semalam. Pelajar gembira, ibu ayah tumpang ceria begitu juga para guru.

Manakala lebih 3,000 pelajar mendapat keputusan 5E, usah bersugul. Peringatan sama juga disasarkan kepada guru dan ibu bapa mereka. Saya percaya pelajar terbabit bukan dungu. Keluarga dan guru perlu menilai semula faktor penyebab mereka mendapat keputusan sebegitu.

Hakikatnya, segelintir pelajar pada usia 12 tahun masih tidak mengerti kepentingan ilmu lantas kurang berminat semasa belajar di dalam kelas. Kadangkala, segelintir guru pula samada secara sedar atau tidak menganaktirikan kelompok sama.

Maksudnya guru lebih cenderung memberikan tumpuan membimbing pelajar lebih cemerlang. Bukan menuduh tetapi senario itu mungkin kerap berlaku sebelum ini, kini dan di masa akan datang.

Pelajar sama juga barangkali tidak berpeluang mendapatkan latihan tambahan berbanding rakan lain. Banyak faktor penyebab, antaranya sikap ibu bapa tidak ambil pusing berhubung prestasi pelajaran anak mereka di rumah.

Perhatikan, majoriti ibu bapa berkemampuan menghantar anak ke kelas tuition. Sebahagian lagi tidak, berikutan kekangan ekonomi biarpun mereka juga berhasrat melihat anak lebih berjaya.

Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam bidang pendidikan dilihat berhubungkait rapat dengan sikap guru dan keluarga. Jika pelajar mencatat keputusan cemerlang, sebahagian daripada kejayaan dicapai hasil titik peluh usaha gigih guru dan keluarga. Jika sebaliknya berlaku, sebahagian daripada kegagalan harus ditanggung dan dikongsi kumpulan sama.

Apapun semua harus sedar, keputusan 5A atau 5E bukan faktor penentu mutlak kejayaan atau kegagalan kehidupan anak-anak di masa hadapan. Mereka masih berpeluang memperbetulkan keadaan. Kebanyakkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah dan berpeluang meimba ilmu di universiti.

Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar mendapat keputusan 5A, usah cuai, ramai pelajar kita cemerlang dari aspek keputusan peperiksaan sebelum ini tetapi kemudian hancur kehidupan sewaktu dewasa akibat gagal mendepani pelbagai cabaran secara sempurna.

Ketika itu guru, ibu dan ayah sudah tiada untuk memimpin tangan mereka.

http://mazidulakmal.blogspot.com/

Read more...

Thursday, November 19, 2009

Nizar: Rukun Islam Ada Berapa Perkara...? Enam...!!!

Isu “Tajaan Haji TGNA dan SPRM” sudah selesai, takpa lah… Alhamdulillah.

Cuma cheq terkilan satu saja dalam dok menghentam sana sini dalam isu tersebut, ada juga kekhilafan yang berlaku samada secara sengaja atau tidak.

Cheq hanya berbaik sangka sajalah, jika di sebabkan kesalahan menaip (teknikal error), takpa lah… boleh dimaafkan.

Jika disebabkan kejahilan dalam agama…, yang ini cheq tak tau nak kata apa…, terpulang pada persepsi masing-masing.

Tetapi jangan sampai membodohkan diri sendiri. Pasai apa cheq berkata lagu tu…, sebabnya dalam Rukun Islam ada berapa perkara? Menunaikan Haji jika berkemampuan adalah rukun yang keberapa?

Cuba anda baca Mstar Online (klik), laporan wartawannya berkaitan TGNA. Baca dan perhatikan betul-betul.

Kesimpulannya, berapa ramai lagi yang di luar sana yang masih jahil dalam memahami Rukun dan hukum hakam Islam. Itulah sebabnya ramai anak muda sekarang yang hanyut dan sesat akidah mereka kerana pengajaran dan pemahaman dalam ilmu Islam itu sendiri terlalu jauh dari mereka.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal seperti ini?

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Pkfz/Nizar - Allah Masih Sayang Pada Mu.

"Pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian"

Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan aku pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan seribu kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, aku masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang aku kira-kira 15 tahun lalu.

"Pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan aku tertunduk.

"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata aku mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana aku dihurung musibah. Kadang-kadang aku merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila aku mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati aku reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"

Aku bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding diriku.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah kamu tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakalanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan aku terdiam seketika.

Ya benar…, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, aku menerima panggilan bahawa bapa saudara aku meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, aku yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Aku di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Aku bertawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Niat aku untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, aku akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, aku berdoa, jauhilah diriku dari melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.

Selesai pemakaman jenazah, aku ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan ku.

"Nah, wang belanja sedikit untuk kamu. Pakcik dah pasang niat bila nampak kamu tiba subuh tadi. Pakcik tahu kamu pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan aku menangis termanggu-manggu.

Sangka orang, aku sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, aku cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan aku dengan bantuan yang tidak diduga.

Peristiwa kedua pula cukup menyeramkan diriku, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda aku) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, aku tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, aku berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Chenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk aku bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.

Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjuk jalan yang kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai….. Ya… Allah, aku mengharapkan bantuanMU.

Aku cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang... rasa macam lama je... tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.

"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..."kataku, cuba berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam aku memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba aku ternampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila pula adanya sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan aku sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari. Sesat selama sejam…

Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, aku memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat aku, akal, minda dan perasaanku sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kataku menyembunyikan perasaan takut tadi.

Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doaku kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.


Aku menarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian aku memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

Tiba-tiba, kurang lima minit aku terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.

Alhamdullilah...., Allah menyelamatkan kami ketika aku berharap benar akan pertolongan-Nya.

Suatu hari, sekitar tahun 2002, kami kehabisan barang keperluan. Ketika itu, dalam hatiku berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh sikap aku sehingga berdoa begitu. Bukan apa… tetapi aku malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.

Ya…, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan Agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa aku tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati aku berbolak-balik. Aku memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun, sebagai hidangan.

"Tak pa…, kami datang ni nak tengok anak sulung kamu, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman..., Benarlah kata Tuhan, Nabi dan Agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan aku merasa kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai Tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagiku selepas itu.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan aku, kami sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan. Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Aku sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allah sahajalah yang menentukan dan memilih jodoh buat diriku tanpa perlu aku tercari-cari lagi, getus hati kecewa. Aku adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat juga di kala susah. Aku ketika itu berusia 20an manakala majikan/kawan rapat itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah... kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari... tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang, jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasakan dirinya sebagai 'aku'.

Ya, setahun selepas berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati aku dan kini aku tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.

Ya..,. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguh pun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walau sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)

Renung-renungkan... lah.

Read more...

Sunday, November 8, 2009

PKFZ/Nizar: Jualan Arak Di Negeri UBN dan PR.

Sebuah kedai di Pekan Merlimau, Melaka hanya memasang papan tanda yang berterabur tulisan Bahasa Melayunya dengan hanya menyatakan Arak tidak dijual kepada seseorang yang mabuk, (selagi tidak mabuk boleh beli??!!!) , dan di bawah 21 tahun (ISLAM berumur lebih 21 tahun boleh beli !!??).
Foto: Author Faethal (pulakdah.blogspot.com)

Petugas kedai serbaneka di Seksyen 9, Shah Alam menunjukkan poster larangan menjual alkohol kepada mereka yang beragama ISLAM dan yang berumur di bawah 18 tahun. Majlis Bandaraya Shah Alam turut mengedar pelekat dan risalah kepada pemilik kedai serbaneka supaya kaedah kawal selia sendiri penjualan minuman beralkohol di bawah 8.8 peratus dapat dijayakan seperti yang diarah oleh Pejabat Menteri Besar Selangor.
Foto : Fadzillah Aishah Ismail (BERNAMA)

UdangLipan: Hangpa pikiaq sendiri, Kerajaan mana yang lebih telus dalam menentang penjualan arak kepada orang Melayu Islam.

Sumber: Dari Blog EM..Pulak Dah!

Read more...

Saturday, November 7, 2009

Pkfz: Umno/Kerajaan Pelingkup Melayu.

Komen ni cheq ambik dari blog Chedet, satu komen yang bernas yang telah tibai MAHA..DEY dalam blog beliau sendiri.

By hysteria on November 2, 2009 9:38 PM

Dear Tun and all bloggers,

Car Prices In Malaysia.

"Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Raping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP policy doing ?? Ripping off the Malays (which forms 65% of the consumer base) to benefit a few UMNO politicians !!!"

"We cannot choose the things that will happen to us. But we can choose the attitude we will take toward anything that happens. Success or failure depends on OUR attitude" Malaysia Boleh.. Buy Malaysian Products... Long Live Malaysia.. Malaysia Ku Cemerlang... !!!

BMW 535i sells for RM178,000 in the US.

In the United States of America (a developed country which we are also aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 - about the price of a Toyota Camry 2.4L here in Malaysia . The same BMW sells in Malaysia for about RM450,000.

BMW 328isells for RM155,000 in the US.

The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or RM155,369.00 in the US . In Malaysia the same car sells for over RM460,000.This is an untenable situation.

Audi A4 2.0T Cabriolet Convertiblesells for RM142,000 in the US.

The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the US for USD40,328.00 or RM142,357. In Malaysia the same car would sell for about RM265,000.

VW GTI 2.0Tsells for RM85,000 in the US

In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or RM85,000 only. In China the same car will cost around RM60,000. Over here the same VW car sells for about RM200,000.

And the 2010 model Toyota Camry 2.4L sells in the US for USD 19,659.00 or RM69,396 the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for RM170,000.-in malaysia Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US.

Car prices in Malaysia are about three times higher than the prices in the United States.We are a developing nation. Our land and labour costs are so much cheaper than the US. Why are our cars so expensive? It does not make any sense. Tak masuk akal.

Then here are some car prices from our neighbour Indonesia . The Toyota Altis sells in Indonesia for about RM46,000. The same car sells here for around RM 112,000. Again we are three times more expensive than Indonesia. (kerajaan Indonesia pun tak hentam rakyat dia macam kat malaysia!)

The Honda Jazz sells here for RM108,000. In Indonesia the Jazz sells for RM 36,000. Three times more expensive. We are paying ridiculously high prices (and actually impoverishing the Malays, who are the largest buyers of cars in Malaysia) to support an out of date, out of touch with reality motor car policy.

We are paying the highest car prices in the world to support the Proton and other locally made cars as well as support a mind boggling AP policy which only benefits a relatively few rich Malays.

A disproportionately large number of Malays and other Malaysians are being impoverished to subsidise the wealth of a few inefficient rich. 26 million Malaysians have to pay three times more for their cars just to support Proton and 120,000 people who are directly and indirectly involved in the motor sector in Malaysia and the AP holders. That is a ratio of 216:1

This ratio of 216:1 is too skewed. 26.0 million happier people can contribute many more votes than 120,000 members of an inefficient motor industry. 26 million unhappy people can change a Government. (The maths is not really difficult here)And this outdated policy is impoverishing the Malays more than anyone else.

Here is some news from our DPM Tan Sri Muhyudin Yassin about our car policy. This is truncated:

Muhyiddin assures govt support for automotive parts and component sector:

1. KUALA LUMPUR, May 26 - The deputy prime minister said special focus will be given to "facilitate and encourage" the development of the automotive parts and component sector despite the current global and regional economic downturn.

2. "Under the CEPT and Asean Trade in Goods Agreements, Malaysia has agreed to eliminate import duties on all products in the Normal Track on January 1, 2010. This includes motor vehicles, auto parts and components," he said.

3. He pointed out that . . . the motor vehicle sub sector in Malaysia will not be directly impacted because of its heavy dependence on the domestic market.

4. "The Malaysian government recognises the contribution of the domestic automotive industry towards the development of the country."*

Para 2 sounds promising but then Para 3 and 4 basically says that the Malaysian motor car industry will continue to be protected. This means we will continue paying the highest car prices in the world for automobiles.

Cuba kita kira: kalau kereta Honda Jazz di jual dengan harga yang sebenarnya (lebih kurang RM36,000 saja) dan bukan pada harga sekarang (RM108,000) maksudnya bayaran bulanan pembeli kereta akan jadi kurang, mungkin sepertiga sahaja daripada bayaran bulanan sekarang.

Jika sekarang orang bayar RM1,500 sebulan untuk beli Honda Jazz, kalau harga kereta
lebih menepati harga pasaran dunia, orang kita perlu bayar sekitar RM500 saja sebulan.

Maksudnya tanpa Kerajaan perlu membuat apa pun (merangsang ekonomi, belanja berpuluh billion Ringgit duit rakyat untuk stimulus dan sebagainya) setiap rakyat Malaysia yang membeli kereta yang seharga dengan Honda Jazz akan dapat menjimatkan sehingga RM1,000 sebulan daripada kos sara hidup bulanannya.

This is like giving the car buyer an RM1000 pay rise without incurring any extra costs for the taxpayer, the Government or the economy. It will greatly reduce the cost of living in Malaysia and spur greater economic growth too.

Tapi sekarang, yang menjadi mangsa dulu dan yang menjadi miskin dulu orang Melayu juga. Orang Melayu yang paling ramai sekali menjadi pembeli kereta dalam negara kita. Orang Melayu kebanyakannya makan gaji, tiap bulan dapat gaji tetap. Bila harga kereta naik gila, yang menjadi miskin di saf depan sekali adalah orang Melayu juga.

In absolute numbers, the Malays are suffering the most because they are the most in number among the fixed income people who also buy cars. Some folks said the other day that Proton has 150 major component suppliers, dealers, distributors and about 500 other parts suppliers too. Of the 150 major component suppliers, about 15 of them are listed companies.

In total they employed about 120,000 people. The Proton supply chain is a mix of bumiputras and non bumiputras. But here is a sad fact : none of them are operating at their level best efficiency.

Our motor car policy is forcing Malaysians to subsidise Proton so that Proton can sustain major inefficiencies in the Malaysian economy. This is not a good thing at all.

We have to unwind this situation. Set a target of 18 months from now to unwind all protection for our motor industry. Remove the impoverishing AP policy also in 18 months. Let Malaysian car prices reflect world market prices for the same makes of cars.

If a BMW 535 sells for RM178,000 in America , it should sell for a little less here in Malaysia (our rentals and salaries are cheaper). Fw: Car Prices In Malaysia. The Ministers continue making pronouncements about the car industry as though nothing has happened. I hope everyone will please wake up. The Government has a real chance of getting thrown out of office in about three years. The people will not accept inept answers anymore.

The ridiculous car prices in Malaysia is an issue that is just beginning to get more attention and publicity. It is going to become a really big issue in the near future. Be forewarned.

1malaysia- rakyat didahulukan???
piiiiiiiirah!

(Jadi apa macam semua Melayu dan Ketuanan Melayu sekalian... nak sokong lagi ka.. umno/ubn... depa bukannya menolong melayu... tetapi depa lah pelingkup Melayu dari dulu, kini dan selamanya...)

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Nizar/pkfz: Nasib Penghuni Kuarters OKU

Suatu pagi.

Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku.

Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif.

Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebih prihatin, tetapi waktu pagi anak-anak semua ke sekolah.

Saya sendiri, pernah terjatuh tangga hingga berjahit bibir kerana gagal mengimbangkan badan. Sebab tergopoh-gapah mahu pergi bekerja (kejadian itu berlaku ketika saya masih berkerja).

Apa salahnya, pihak pengurusan sedikit prihatin? Rumah bawah yang terbiar kosong itu, diberikan kepada merka yang benar-benar memerlukan. Contohnya, berilah rumah bawah untuk pekerja yang tidak dapat melihat seperti abang itu.

Bukan saya mahu mempertikaikan hak pegawai atasan yang sihat walafiat diberikan hak mereka untuk menduduki rumah banglo di bawah. Ini asal kamu pegawai, bolehlah tinggal di rumah tersebut. Nasiblah, kalau oku tersebut pegawai.

Cuma seorang dua sahaja, yang diberikan pengecualian. Yang benar-benar tidak boleh berjalan, hatta merangkak sekali pun.

Manja?

Ya..memang kami manja. Kami manja kerana keadaan kami yang tidak berdaya. Oleh itu, kami perlu berada di rumah yang selamat supaya keadaan tidak menjadi bertambah teruk. Takut. Bimbang. Jika berlaku kemalangan, kami tidak mampu mengurus diri.
Saya dengar yang menjaga kebajikan selalu juga datang ke pusat ini. Rasmikan acara itu ini.

Pernahkah dia bertanya, golongan minoriti yang tinggal di sini. Tak lain, menerima laporan muluk-muluk dari pihak atasan. Lawatannya pun, alah sampai depan dewan perdana yang tersergam indah itu sahaja.

Apa? Kamu fikir jika kami berkaki, tiada sebarang kesusahan bagi kami untuk tinggal di rumah yang bertingkat ini?

Barangkali ada yang tidak suka mendengar keluhan begini. "Kalau tak suka pindahlah!."
Ya..., Kalaulah kami mampu dari segi kewangan. Jika tempat ini, mempunyai kemudahan lif. Jika kami sihat, tidaklah kami merungut-rungut begini. Bukan maksud kami mahu bermanja. Kami minoriti. Berdiam-diam sahajalah.

Mungkin saya mampu menulis di blog. Tapi berapa kerat sangatlah yang membaca. Ramai yang sekadar terima dan memendam rasa. Lainlah kalau menteri cakap. Dia ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog pun jadi topik cerita.

Meloyakan!

Oh! Lupa mahu beritahu. Saya tinggal di kuartes pusat oku terbaik di Asia Tenggara.

Petikan dari Blog Waterlily

Read more...

Nizar/pkfz: Melayu Tipu Melayu

Teknik menggunakan perkataan pelbagai makna adalah kaedah usang dan lapuk dalam era internet dan teknologi masa kini. Adalah memadai dengan mengatakan harta kau harta kau. Harta aku tetap harta aku kepada rakyat Kelantan.

Mengambil hak orang lain adalah satu kezaliman dalam semua sistem termasuk sistem kapitalis. Sekarang ini kita masih ternanti-nanti komen semua hulubalang Melayu TULIN seperti MP Pasir Mas untuk menghimpunkan segala hulubalang Melayu, Persatuan Seni Silat, Persatuan Prowaris dan segala macam persatuan.

Termasuk Persatuan Mamak campur Melayu yang akan mempertahankan hak rakyat 99% Melayu sebuah negeri yang mempunyai peratusan pelajar Melayu dan kakitangan kerajaan untuk bercakap.

Semua rakyat Melayu Malaysia sedang menanti juga kepada komen Mat Misai Jason King Alias mamak Tanjung Keling untuk menghimpunkan semua pelajar untuk berarak ke Putrajaya untuk mempertahankan hak orang Melayu di negeri orang Melayu paling ramai.

Kita juga sedang menunggu semua pejuang-pejuang putera dan puteri Melayu dengan baju Melayu sedondon berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum agar hak orang Melayu di negeri Melayu paling ramai diperkasakan.

Kita juga sedang menunggu satu raptai besar-besaran semua orang Melayu di peringkat antarabangsa akan memastikan minyak negeri orang Melayu teramai ini tidak disedut dan diturunkan di negara bukan Melayu seperti Siam dan Singapura.

Ayuh orang Melayu!!!!

Ayuh kita tolak orang Melayu yang menipu orang Melayu!!!

Atau orang Melayu cuma pada kertas saja ker???

(N3 ini di petik dari ruang komen TT)

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP