UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, December 29, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin.

TASKHENT, 29 Dis (Bernama) -- Proses pilihan raya di Uzbekistan bagi pemilihan anggota Parlimen negara itu yang berlangsung pada Ahad adalah mematuhi standard antarabangsa, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Demokrasi didukung dengan amat baik di Uzbekistan dan saya ingin nyatakan bahawa proses pilihan raya adalah mengikut standard antarabangsa," katanya kepada Bernama pada Isnin malam selepas keputusan penuh pilihan raya itu diumumkan.

"Bagi saya perkara penting yang saya nampak ialah demokrasi didukung dengan amat baik di Uzbekistan dan walaupun kami tidak berpeluang menyaksikan proses berkempen kerana kami tiba lewat dan tidak mendapat banyak peluang menyaksikan kiraan undi, tetapi daripada segi proses pengundian, saya gembira mengatakan ia mematuhi standard antarabangsa".

Wan Ahmad dan tiga lagi pegawai Malaysia, bersama-sama dengan kira-kira 270 pemerhati asing dari 36 negara dijemput memantau pilihan raya bagi anggota baru Majlis Oliy (sama seperti Dewan Rakyat di Malaysia) Uzbekistan.

Dipetik dari: Bernama.

Bila sembang tentang negara orang macam baguih sangat, tapi bila kat negara sendiri terkedu. Demokrasi kah sistem pengundian di Malaysia dan tercapaikah standard antarabangsa seperti kenyataannya kepada Uzbekistan.

Di Uzbekistan ada pengundi hantu tak? Pembaziran dakwat kekal bernilai RM2juta siapa yang nak bertanggung-jawap?

Read more...

Thursday, December 17, 2009

Sotong Masak Cili Api.

Resepi ni cheq dapat melalui email, kebetulan sotong masak cili api memang kegemaran keluarga cheq, selalu juga buat tapi kali ini nak try cara lain pula, maklumlah cara masakan setiap orang berlainankan.

Jadi untuk resepi masakan hari ni, toksah pening kepala dok pikiaq nak masak apa? Hangpa pi beli sotong sekilo dan semua bahan-bahannya, kita pakat ramai-ramai makan lauk sotong hari ni...


Bahan-Bahan:
250 gm sotong ~ potong bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar ~ ditumbuk
10 ( kurang @ lebih ) cili api ~ di tumbuk
1 biji bawang besar ~ belah 8
1 biji tomato ~ potong dadu
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga agak garing.
Kemudian masukkan tomato dan sos tiram.
2. Masakkan tomato sehingga masak dan masukkan sotong, kacau rata.
3. Masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Kacau 2-3 minit dan bolehlah diangkat.

Untuk mendapatkan resepi resepi masakan, hangpa layari di sini.

Biasalah orang pompuan kalau tak melibatkan resepi masakan dalam kehidupan seharian, maknanya tak makanlah suami dan anak-anak kita.

Selamat mencuba.

Read more...

Tuesday, December 15, 2009

Kiasah Hantu Bodoh

Ini kisah benar berlaku malam tadi.

Bertempat di Parlimen, sebuah bangunan untuk semua hantu berkumpul. Semua hantu dalam bangunan tu masing2 mengaku diorang yang paling terbaik, jujur dan amanah. Ada hantu pakai kot dan tali leher kononnya macam hantu Eropah. Ada juga hantu yang pakai jubah dan serban mengaku sebagai hantu arab, ada yang islam dan ada juga yang kapir.

Dalam bangunan tu semua hantu2 ni selalu bertengkar, tapi bila time minum2 makan2 siap sekali dengan sesi pekena the tarik semua hantu ni coool… jer. Pada malam tadi ada hal penting di bangunan Parlimen. Ada dua puak hantu sebenarnya, satu ni puak hantu berbarisan dan satu lagi puak hantu berpakatan.

Di khabarkan semalam ada pengundian dalam Dewan Hantu. Ketua hantu Berpakatan menjadi risau dan terus menangis mencari anak2 hantu yang entah kemana. Pada masa itu, anak2 hantu yang seramai 20 orang tak tahu ntah di mana, mungkin mereka berpakatan agaknya buat hal masing2 atau pergi tengok bola Sukan Sea.

Tiba-tiba seekor kucing hitam menjelma dan menggosok2 kepalanya di kaki Ketua Hantu Berpakatan. Dia terus termenung ke arah gambar rusa yang ada di dalam bangunan tu.

Ketua Hantu Berjubah pula terus bangun masuk lif bersama Ketua Hantu Berpakatan yang pakai kot. Lu orang nak tau tak, ketua hantu berjubah merenung ketua hantu pakai kot dari tingkat lapan sampai lobby bangunan tak berkelip-kelip matanya. Ketua hantu pakai berpakatan merasa sangat takut dia terus pandang butang-butang lif itu, kecut perut dia.

Sampai lobby parlimen ketua hantu berpakatan berjalan dengan pantas keluar lif. Ketua hantu yang berjubah terus keluar dan menuju ke pintu keluar lobby Parlimen. Tiba-tiba semua orang yang ada kat lobby parlimen termasuk anjing pengawal terkejut cipan apabila mendengar ketua hantu berjubah mengilai begitu kuat sekali. Berkali-kali pulak tu.

Ketua hantu puak yang satu lagi pun terperanjat jugak, walaupun dia dah biasa dengan suasana mengerbang dan mengilai tak tentu masa oleh hantu betinanya, maka itu perkara biasa jer pada dia.

Geng2 hantu berpakatan tadi memanggil geng2 hantu berjubah dan berserban lalu menyuruh mereka membaca Ayat Kursi dan doa-doa yang lain, tetapi dek kerana rasa takut dan tergamam melihatkan ketua hantu berjubah mengilai dan menjerit macam histeria, lalu mereka terbaca doa makan!!!

Ketua hantu puak satu lagi tu mengambil begnya yang berisi dokumen rahsia kerajaannya lalu menghempuk2 ketua hantu berjubah tiga kali, hantu berjubah menangis dan mengilai kemudian pengsan. Yang hantu lain-lainnya sangat takut lalu blah dari situ sambil mengeleng-gelengkan kepala masing2.

Hari ini ramai yang bertanya, "Sheikh… apa yang terjadi semalam???''

Ketua hantu berjubah pun bertanya balik, "Apa yang terjadi?"

Ketua hantu berjubah kelihatan pucat, lalu selaku ketua hantu geng berpakatan menceritakan apa yang terjadi malam tadi. Rupa-rupanya, ketua hantu berjubah terlalu tension dan stress mengenangkan kekalahan secara demokrasi kepada puak hantu yang di sebelah sana tu, akibat kecuaian mereka sendiri yang tak tahu nak jaga anak2 buah mereka.

Paling menyakitkan hati apabila dia terbayangkan ketua hantu berbarisan sebelah sana tersengih sambil mempamerkan bibirnya yang kemerahan macam baru menyedut darah 10 pain yang tersengih ngeh..ngeh..ngeh...

Rupanya geng2 hantu yang berpakatan asyik kalah dengan geng hantu yang berbarisan, apalah nasib bodoh malang mereka?

Hari ini semua media maya mengutuk kow2 sebab kebodohan hantu-hantu yang berparlimen. Akibat marah teramat kerana hantu-hantu tu semua sepatutnya memperhambakan diri kepada golongan manusia, dan menjadi khadam yang berkhidmat kepada golongan manusia.

Sia-sia saja golongan manusia membayar upah pada hantu-hantu nih, semua jenis hantu ni tak boleh di percayai… makan upah buta jer… baik hantu eropah dengan hantu arab… 2 x 5 perangainya.

Kategori: Merapu dan Menyampah.

Petikan dari ikutsukaaku.

Read more...

PR Cakap Berdegar Tapi Hampas.

Malam tadi, Pakatan Rakyat (PR) kalah lagi dalam undian di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan mengenai Kementerian Dalam Negeri, kalah satu undi. Dalam meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 pula, kalah tiga undi.

Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap dan tidak ada dalam Dewan itu.

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Saya tak tau berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.

Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Apa pun, syabas PR atas apa yang terjadi itu. Buatlah lagi lain kali!

Sumber Penarik Beca.

p/s: Depa yang tak hadir di Perlimen semuanya makan gaji buta dan menghampakan Rakyat.

Read more...

Lawa Jugak Kereta Ni?

Honda Insight - Yang ini cheq dah bayar deposit, hangpa toksah nak mengatal, duit hasil titik peluh cheq. Tak perlu hangpa bersusah payah nak bongkar.

Kalau nak bongkar sangat, tu yang kat bawah tu hangpa pi cari sapa tuan dia?

Cantik no.platnya, PAS 17. Pemilik kereta ini merupakan peribadi keempat di Kelantan yang mampu memakai Honda Elysion. Siapa pemiliknya? Daripada mana sumber pendapatannya?

BONGKAR!!!!???

Read more...

Benarkah? Rakyat Malaysia Di Dahulukan Dan Di Utamakan.

Lantik PM baru, satu slogan baru dipromosikan tapi semua slogan yang gah kononnya satu pun tak terpakai. Semuanya hanya retorik slogan dari PM ke 4 hingga yang dok ada la ni. PM lama berambus, ganti pula dengan PM baru dengan slogan terbarunya.

Slogan PM Najib 1Malaysia "Rakyat Di Dahulukan", Bunyi Slogan macam baguih tetapi kebenarannya tiada, dan jadilah ia sebagai Slogan Penipu Rakyat.

Contoh dan bukti bahawa rakyat diDahulukan melalui Slogan PM yang satu ini;

KUALA LUMPUR: Jarno Trulli dari Itali dan Heikki Kovalainen dari Finland dipilih sebagai pemandu Pasukan F1 Malaysia, Lotus F1 Racing, demikian diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi.

Pemandu tempatan, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi siapa yang bakal menjadi pemandu pasukan yang akan bersaing pada musim depan.


Betul tak..? seperti apa yang diperkatakan sebelum ini, slogan Rakyat DiDahulukan semuanya kelentong, yang sebenarnya Rakyat DiDahulukan untuk di tipu oleh umno/bn yang menerajui sebagai Kerajaan Malaysia hasil dari sokongan rakyat/pengundi yang buta mata dan hati.

Hakikat yang sebenarnya ialah Jarno Trulli & Heikki Kovalainen 2 orang Rakyat Malaysia Yang Di Dahulukan.

Manakala Fairuz Fauzy adalah rakyat Finland dan Alex Yoong rakyat Italy, tak layak jadi Pemandu F1 Malaysia, kerana PM 1Malaysia mendahulukan Rakyatnya.

Buta-buta saja kita semua "1Malaysia" kena kelentong bulat2!!! Itu pun masih ramai lagi yang tak sedar.

.

Read more...

Friday, December 4, 2009

KISAH BENAR - Pembalasan Isteri Curang.

Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 07 May, 2009, 05:47:34 AM

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

”Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.

Wallahualam

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP