UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, March 11, 2010

Awat Belanja Kahwin Mahal Sangat.

Hanya sekadar gurauan sempena musim cuti sekolah minggu depan, jadi mungkin ada pasangan yang ingin melansungkan pertunangan, di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran.

Ramai yang mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan la ni semakin mahal/tinggi harganya, dan kalau nak murah senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini cheq ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal. Hah... hangpa bacalah:-

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded

6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif

10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni depa dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.

2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..

3. Camni bilang kat depa simpan anak tu dalam store buat perhiasan.

4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.

5. Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?

6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar;

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.

3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa hangpa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya :-

1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....

2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sing dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.

4. Kita tak biasa pakai cash laaa... Hangpa pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...

5. Sebagai hadiah upacara masuk minang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni... hangpa mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Sumber: http://www.pengantin.com.my

4 comments:

BUJANG SUSAH March 11, 2010 at 2:32 PM  

Dunia di akhir zaman..Agama dipinggirkan.. harta jadi rebutan... ingatlah kita semua... azab Allah itu amat pedih bagi mereka yang lalai akan akhiratnya.. wallahualam.

Anonymous,  March 18, 2010 at 8:47 AM  

inilah yang membuat anak teruna daku ingin tapi tak mampu.dunia didulu dulukan,akhirat diketepi tepikan.teringin jugak nak bertanya pada ulama berimankan alquran dan hadiths,dimana datangnya fatwa hantaran beribuan serta setegak seberdiri,sengereng seduduk barangan kemas untok pompuan ni?mari kita bincang dulang hantaran alquran,telekong,sejadah dan tasbih ni apakah ada nasnya?apakah kita mewarisi syarat putri gunong ledang?.

DAKWAH YEOP March 21, 2010 at 6:30 PM  

memang menarik dan benar2 berlaku dalam masyarakat melayu malaysia. semoga banyak perubahan kpd yang lebih baik berlaku, insyallah...

Mojo July 2, 2011 at 6:01 PM  

sampai bila budaya melayu macam ni nak berubah? aku dah umur tahap anak 8 orang belum kahwin sebab tak cukup duit.hampeh

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP