UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, March 2, 2010

Umno pecat Tengku Razaleigh Hamzah.

Tu dia aaiiihhh.... Puad Sarkashi dah mula menyalak dah sebagai juara rakyat dan juga hero umno, dalam usaha bodek membodek Tok Ketua Presiden. Apalagi mana pi habih juak-juak umno tak mau sambut ka? cabaran Puad Sarkashi ni? Nak tau apa dia kata?


BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) -- Umno perlu mengambil tindakan terhadap Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" di dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan anggota Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno di dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

Sumber dari Bernama.

Itu yang cheq nampak sikap umno ni, kalau hendak menyatakan yang hak terasa berat sangat bagi depa. Kalau boleh depa nak menipu sepanjang masa, sesiapa di antara depa yang cuba bercakap benar akan di cantas.

Takpa laaaa..., cheq nak tengok jugak depa semua tu berani ka? nak pecat Tengku Razaleigh, kot cakap saja besar... tapi teloq tersentot ke dalam... macam pondan tua kelaku depa..

Pecat lah cepat, tunggu apa lagi....

1 comments:

Anonymous,  March 3, 2010 at 2:02 PM  

Jadi Puad ini tidak berpegang pada hak asasi dan kebenaran. Minta Puad beri pengertian istilah Ehsan/Ihsan menurut kamus terkenal dalam bahasa Melayu atau Arab. Mengapa orang politik suka melanggar peraturan dan undang-undaang ? Jangan bentuk Melayu mencari makan melalui POLITIK. Bentuk melalui saluran pekerjaan seperti berkebun, bertukang, jadi tabib, guru peniaga, peguam dan lain. Pemimpin politik semestinya tidak boleh jadi kaya, kerana politik bukan satu pekerjaan. ~ahmad

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP