UdangLipan. Powered by Blogger.

Saturday, April 3, 2010

DBKL Ternganga, JAWI Tidur...

Kini di tengah bandar Kuala Lumpur wujud satu shopping mall yang begitu gah dan sangat popular dikalangan warga KL malah juga menjadi salah satu lagi tarikan pelancong utama di Kuala Lumpur. Itulah Pavilion.

Apabila melalui jalan Bukit Bintang pasti kita terlihat dinding cermin bangunannya yang nampak moden dipenuhi iklan butik2 yang berada didalam shopping mall 5 bintang ini. Hanya melihat dari luar sahaja kita dapat mengagak barangan yang di jual didalamnya pasti sangat berjenama dan terlalu mahal belaka.

Namun bukan itu yang ingin saya tuliskan. Deretan kafe dan restauran yang berada disitu yang menjadi kebimbangan saya sebenarnya. Kafe dan restaurant disitu bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan warga KL untuk berehat minum dan makan malah dikawasan itu juga adalah salah satu sebahagian laluan utama para pengunjung shopping mall ini.

Yang saya khuatirkan adalah deretan kafe dan restauran disitu seperti pesta tempat meminum beer. Dengan perang iklan promosi harga beer yang ditawarkan di setiap kafe dan retauran disitu yang begitu banyak dan meriah sekali membuatkan kita seperti berada di kawasan kelab malam pula seperti berada di Jalan P Ramlee, Jalan Changkat mahupun di Heritage Dorai.

Namun kawasan2 kelab ini bukanlah laluan utama pejalan kaki tetapi di Pavilion sebaliknya. Malah kita dapat melihat sign board iklan berelektronik yang begitu banyak tersusun disepanjang laluan mempromosikan air haram ini. Seolah2 pihak Pavilion tidak sensitif terhadap perkara haram sebegini.

Banyak lagi cara untuk menarik pengunjung. Tidaklah perlu dijadikan kawasan ini tempat menjahanamkan rakyat. Kita sebagai negara islam dan majoriti rakyatnya beragama islam. Tidak kisahlah jika tuan punya Pavilion ini bukan beragama islam namun dia harus sedar bahawa mereka membuka perniagaan di Malaysia yang penuh dengan adab dan batasan. Apatah lagi majoriti rakyatnya beragama islam. Janganlah jadikan kawasan tumpuan semua warga kaum dan agama ini menjadi tempat pesta meminum arak.

Bayangkan apabila kita membawa ibu bapa serta keluarga kita mengunjung ke shopping mall ini dan melalui kawasan ini pasti kita rasa tidak selesa dengan situasi ini.
Apatah lagi anak2 muda memang suka mengunjung ke Pavilion dan ini boleh mendedahkan mereka dengan tempat2 sebegini. Sudah pasti suatu hari nanti pasti mereka juga menjadi pelanggan di restaurant2 ini.

Setiap kali saya lalu disitu pasti saya melihat ada orang melayu islam yang duduk disitu sambil meminum beer tanpa segan dan malu. Malah saya rasa mereka berbangga meminum air kencing syaitan di situ.

Saya berharap sangat pihak2 yang mempunyai kaitan dengan masalah ini bertindaklah dengan segera. Jadikanlah shopping mall Pavilion ini tempat kunjungan dan riadah seisi keluarga. Bukannya tempat pesta minum beer!!!...

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP