UdangLipan. Powered by Blogger.

Saturday, April 3, 2010

P-94: Warga Felda Tuntut Janji.

Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.

Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.

“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.

“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh sercara beransur-ansur,” katanya

Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.

Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya berjanji sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam pilihanraya tetapi sebaik menang calon itu, mereka gagal melunaskannya walaupun memenangi kerajaan persekutuan.

“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.

“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula.

“Kalau janji selepas plihan raya sudah banyak kali kami dengar dan semuanya sudah lepas dan janji hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap bebanan buat kami anak peneroka,” katanya.

Begi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.

Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.

“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.

“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhir ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penetu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.

“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.

“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.

“Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya

Anwar Ibrahim Blog

1 comments:

Anonymous,  April 4, 2010 at 10:42 AM  

Lain kali dengar baik2 ayat dan setiap perkataan yang mereka gunakan tu. Biasanya mereka akan gunakan perkataan AKAN. Yang lain pulak, kalau sebut 'sudah dipohon ....', 'dah diluluskan', 'kertas kerja dah siap..' dan seumpamanya. Persoalannya, BILA? Ada tarikhnya? Jadi jangan salahkan mereka, salahkan diri sendiri, yang kurang menguasai Bahasa Melayu. Guru pencen.

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP