UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, April 7, 2010

Sikap Buruk Umno - Jijik Dan Berhati Busuk.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Di zaman BN menerajui kerajaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) tidaklah begitu menonjol. Keda berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Namun apabila BN hilang kuasa di Kedah, Keda tiba-tiba menjadi sebuah ‘kerajaan bayangan’ di negeri ini.

Menterinya adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kedah manakala Pengerusi Keda adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno. Betullah, gandingan mereka berdua dalam Keda menjadikan Keda adalah ‘kerajaan kedua’ di Kedah seleps kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Baru-baru ini Datuk Shafie Afdhal mengarahkan Keda menangani isu air di Kedah kerana kononnya kerajaan negeri gagal menguruskan air dengan baik. Dakwaan kononnya kerajaan negeri gagal menguruskan air adalah propaganda politik, tetapi mengarahkan Keda menangani isu air menunjukkan dia adalah seorang menteri yang tidak faham bidang tanggungjawab Pusat dan negeri.

Kata Dato’ Ismail Kamus, “bila buka mulut nak bercakap nampak macam tak tau apa-apa tapi bila bercakap ‘confirm’ bangang.” Ucapan Dato’ Ismail tidaklah ditujukan kepada Shafie, tapi maksudnya lebih kurang begitulah. Dia menteri yang jaga Keda tapi tidak tahu bahawa tugas Keda bukan uruskan bekalan air.

Sekalipun hari ini Keda nampak macam sibuk uruskan kebajikan rakyat tetapi bukan semua rakyat susah mendapat manfaat. Keda tetap macam perangai kerajaan BN di mana-mana iaitu ‘penyokong BN didahulukan, bukan BN diketepikan’. Penempatan Keda dibuat kononnya untuk memberi rumah kepada golongan miskin tetapi permohonan untuk mendudukinya mesti mendapat sokongan Ketua Umno Bahagian.

Tidak ada seorang pun ahli PAS yang terlepas masuk kepenempatan Keda. Jika ada, mungkin kerana kecekapannya menyamar atau keinsafan datang kemudian. Hari ini apabila BN menjadi pembangkang di peringkat negeri, Keda semakin menyerlahkan ketidakadilannya.

Seorang penduduk di Kampung Teluk Yan, Alor Setar, Ahmad Sobri Mat Rautin membuat permohonan mendapatkan rumah Keda. Beliau gembira kerana permohonannya diluluskan dan rumah baru tersebut akan dibina di atas tapak rumah uzur yang sedang didudukinya.

Sobri akur dengan kehendak kontraktor yang meminta dia merobohkan rumah asal tersebut untuk dibina rumah baru pemberian Keda. Rumah itu dirobohkan dan terpaksa menumpang sementara di rumah saudaranya.

Malangnya kontraktor kemudiannya menyampaikan berita sedih bahawa Pengerusi Keda Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah membatalkan projek tersebut. Mudah sungguh dia membatalkan projek yang diperuntukkan kepada orang miskin seolah-olah orang miskin bukan jenis manusia.

Setelah siasatan dilakukan barulah diketahui sebabnya, iaitu Ahmad Bashah tidak mahu bantuan Keda dihulurkan kepada bukan penyokong Umno. Bagi tuan rumah, dia tidak peduli apa pun syarat yang kenakan Keda tapi kesal mengapa pembatalan dibuat setelah rumah asalnya dirobohkan.

Bukankah ini suatu kezaliman? Sekarang dia sudah tiada rumah sendiri untuk berteduh. Keda boleh memilih untuk tidak menolong dari awal, sekurang-kurangnya orang itu ada rumah untuk berteduh sekalipun uzur. Tetapi memilih untuk menzalimi manusia lain asalkan nafsu serakah politik dapat dipuaskan. - KedahLanie..

Sila lawat Laman Web KEDA.

Kepada rakyat Kedah yang bukan penyokong umno, lebih elok hangpa persoalkan duit nak bayaq cukai nanti hangpa suruh LHDN pi minta kat penyokong umno. Duit cukai depa nak... bila nak bagi bantuan ada pilih kasih pulak...

Dak pun..., tak boleh ka... Kerajaan Negeri Kedah bubarkan KEDA... apa perlu ada Kementerian Wilayah dan Luar Bandar jika tak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri, lagipun itu bukan negeri umno lagi...

Read more...

Saturday, April 3, 2010

P-94: Warga Felda Tuntut Janji.

Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.

Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.

“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.

“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh sercara beransur-ansur,” katanya

Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.

Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya berjanji sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam pilihanraya tetapi sebaik menang calon itu, mereka gagal melunaskannya walaupun memenangi kerajaan persekutuan.

“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.

“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula.

“Kalau janji selepas plihan raya sudah banyak kali kami dengar dan semuanya sudah lepas dan janji hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap bebanan buat kami anak peneroka,” katanya.

Begi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.

Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.

“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.

“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhir ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penetu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.

“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.

“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.

“Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya

Anwar Ibrahim Blog

Read more...

Harussssssani..... dan Hududnya.

Lucu pun ada, marah pun ada, bila baca artikel-artikel di bawah ini. Pak Mufti dari Perak ni sat cerita hukum sebatnya Kartika (sebab minum arak) boleh pinda , sebab ia bukannya hukum Hudud.

Pada pendapat saya, sebab ia cuba dipinda oleh Dato Najib dan berhasil bila Sultan Pahang menghantar surat memindanya semalam. Bila rujuk hukum kesalahan meminum arak dalam Islam, jelas ianya termasuk dalam kategori Hudud, jadi tak boleh pinda.

Tapi Haaruuuussaani tidak pula bersungguh berusaha untuk mengHUDUDkan perundangan di Malaysia. Begitulah cerita orang yang mengharusssskan banyak benda.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula tidak bersetuju dengan pindaan itu.

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud “yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda”, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir. Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas. Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.” sumber: Malaysiakini

Khidmat masyarakat: Peguam Muslim bantah.

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

“Hak dan kuasa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Sebatan syarie amat ringan. Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.

Kartika mula jalani khidmat masyarkat

“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”

Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit. Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu. Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010."

Read more...

DBKL Ternganga, JAWI Tidur...

Kini di tengah bandar Kuala Lumpur wujud satu shopping mall yang begitu gah dan sangat popular dikalangan warga KL malah juga menjadi salah satu lagi tarikan pelancong utama di Kuala Lumpur. Itulah Pavilion.

Apabila melalui jalan Bukit Bintang pasti kita terlihat dinding cermin bangunannya yang nampak moden dipenuhi iklan butik2 yang berada didalam shopping mall 5 bintang ini. Hanya melihat dari luar sahaja kita dapat mengagak barangan yang di jual didalamnya pasti sangat berjenama dan terlalu mahal belaka.

Namun bukan itu yang ingin saya tuliskan. Deretan kafe dan restauran yang berada disitu yang menjadi kebimbangan saya sebenarnya. Kafe dan restaurant disitu bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan warga KL untuk berehat minum dan makan malah dikawasan itu juga adalah salah satu sebahagian laluan utama para pengunjung shopping mall ini.

Yang saya khuatirkan adalah deretan kafe dan restauran disitu seperti pesta tempat meminum beer. Dengan perang iklan promosi harga beer yang ditawarkan di setiap kafe dan retauran disitu yang begitu banyak dan meriah sekali membuatkan kita seperti berada di kawasan kelab malam pula seperti berada di Jalan P Ramlee, Jalan Changkat mahupun di Heritage Dorai.

Namun kawasan2 kelab ini bukanlah laluan utama pejalan kaki tetapi di Pavilion sebaliknya. Malah kita dapat melihat sign board iklan berelektronik yang begitu banyak tersusun disepanjang laluan mempromosikan air haram ini. Seolah2 pihak Pavilion tidak sensitif terhadap perkara haram sebegini.

Banyak lagi cara untuk menarik pengunjung. Tidaklah perlu dijadikan kawasan ini tempat menjahanamkan rakyat. Kita sebagai negara islam dan majoriti rakyatnya beragama islam. Tidak kisahlah jika tuan punya Pavilion ini bukan beragama islam namun dia harus sedar bahawa mereka membuka perniagaan di Malaysia yang penuh dengan adab dan batasan. Apatah lagi majoriti rakyatnya beragama islam. Janganlah jadikan kawasan tumpuan semua warga kaum dan agama ini menjadi tempat pesta meminum arak.

Bayangkan apabila kita membawa ibu bapa serta keluarga kita mengunjung ke shopping mall ini dan melalui kawasan ini pasti kita rasa tidak selesa dengan situasi ini.
Apatah lagi anak2 muda memang suka mengunjung ke Pavilion dan ini boleh mendedahkan mereka dengan tempat2 sebegini. Sudah pasti suatu hari nanti pasti mereka juga menjadi pelanggan di restaurant2 ini.

Setiap kali saya lalu disitu pasti saya melihat ada orang melayu islam yang duduk disitu sambil meminum beer tanpa segan dan malu. Malah saya rasa mereka berbangga meminum air kencing syaitan di situ.

Saya berharap sangat pihak2 yang mempunyai kaitan dengan masalah ini bertindaklah dengan segera. Jadikanlah shopping mall Pavilion ini tempat kunjungan dan riadah seisi keluarga. Bukannya tempat pesta minum beer!!!...

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP