UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, September 23, 2010

Rajin Membaca Al-Qur'an

Dalam kitab tafsir Al-Azhar karya Buya Hamka surat At-Tin beliau menceritakan proses meninggalnya (sakaratul maut) bibinya, Uaik Tuo Aisyah meninggal dalam usia 86 tahun. Sejak beberapa tahun sebelum meninggal beliau telah pekak tuli, sehingga tidak mendengar lagi apa yang kita bicarakan dekat beliau. Tetapi sejak masih gadisnya beliau menuruti ajaran ayahnya, Tuanku Syaikh Amrullah yaitu mewiridkan membaca Al-Qur'an sekhatam-khatam.

Dan kalau tidak ada kesempatan , ia membaca sura Yaa-Siin ,Al-Waqiah ,Al-kahfi, Al-mulk dan beberapa surat lain yang beliau hapal di luar kepala. Dan surat-surat itulah yang selalu beliau baca, maka meskipun sudah tua dan telinga sudah tuli, namun beliau tidak sampai pikun, Kerja beliau sehari-hari hanya membaca Al-Qur'an sehingga tulinya tidak jadi rintangan baginya. Setelah dia sakit akan meninggal, mulutnya masih berkomat-kamit membaca Al-Qur'an.

Dan beberapa jam lagi akan menutup mata masih sempat dengan senyum dia berkata bahawa dia mendengarkan suara-suara indah merdu membaca al-qur'an. Lalu beliau suruh anak cucu yang mengelilingnya turut berdiam mendengarkan bacaan itu. Padahal bacaan itu tidak didengar oleh mereka. Dan beliaupun meninggal dalam senyum, barangkali dalam suasana mendengar suara merdu membaca Al-Qur'an itu.

Demikianlah kisah meninggalnya seorang nenek tua dalam keadaan husnul kahtimah (mati dalam keadaan islam), memang manusia tiada berkuasa untuk mematikan dirinya dalam agama Islam, akan tetapi Allah,SWT telah meluangkan baginya jalan untuk itu. Sekiranya ia inginkan yang demikian, maka hendaklah ia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya serta menurut petunjuk Allah Ta'ala. Yang demikian itulah memilih mati di dalam Islam, mencintainya , berharap dan berazam untuk mencapainya.

Disamping itu hendaklah ia membenci mati di dalam kepercayaan selain kepercayaan Islam , dan hendaklah ia terus menerus berdo'a memohon dg merendahkan diri dan meminta dari Allah,Ta'ala agar dia mewafatkannya sebagai seorang muslim.

Wallahua'lam
Salam Al-Faqir

Read more...

Sunday, September 19, 2010

Imbas Kembali - Isu Bukan Islam Masuk Masjid. Politik Umno.

Imbas kembali - Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO.. dalam Surau.

Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?

Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.

Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya boleh dikatakan sopan.

Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.

Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat dengan tidak memakai tudung...

Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau.

Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.

Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..

Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka... kerana takut kepada pemerintah iaitu kerajaan barisan nasional yang di kepalai oleh presiden umno. Maka jadilah mereka seperti syaitan-syaitan yang bisu.

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?

Kaitkan PAS, Utusan berdepan sama


KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kep
ada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bagaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.
"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.
"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa
Kebangsaan," katanya.

Pendedahan terbaru bagaimana pula dengan gambar ini, di mana Ustaz Kamalanathan juga dalam berhadas besar telah memasuki Masjid. Apa pula komen MAIS dan JAIS..? Adakah MAIS dan JAIS juga akan menjadi syaitan yang bisu, pekak serta buta tuli..?

Read more...

Friday, September 17, 2010

Ular Emas, Muslimah Yang Lemah..!!!


Assalamualaikum,

Saya bukanlah penggemar siri drama Ular Emas yang disiarkan di TV9, namun 'terjebak' juga menonton beberapa episode kerana perasaan 'menyampah' mendorong diri untuk mengetahui sedikit sebanyak siri ini.

Perasaan menyampah saya itu kerana watak Raudhah di dalam drama ini begitu LEMAH, TAK BERMAYA, LEMBIK! Apakah sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh pengarah dengan menampilkan watak seorang wanita muslimah yang sebegitu LEMAH?!

Saya malas nak terangkan secara terperinci tapi sesiapa yg menonton drama ini rasanya mesti ada at least sedikit rasa 'rimas' melihat watah Raudhah yang sebegitu.

Sedikit contoh, setelah diceraikan dan dihalau dari rumahnya sendiri oleh suami yang jahat, Raudhah hanya menangis, menangis, membawa diri, termenung, menangis.. dan mengambil sikap 'redha, takpelah dah takdir saya begini'. Kemudian, anaknya diculik, Raudhah hanya menangis, terbaring menangis, menangis lagi dan menangis tak habis2!

Apakah ini ciri2 seorang wanita muslimah yang kuat imannya? Apakah dengan menangis tak henti2 dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah dan hanya berserah pada Allah semata satu penyelesaian terbaik? Memang kita disuruh bersabar namun apakah sampai tahap begitu 'lembik'nya kita perlu bersabar dan berserah?

Apalah salahnya gambarkan Raudhah itu menjadi berani, berusaha dan bersungguh2 di akhir episode siri ini dan bukan hanya menangis dari mula, kerana dari awal2 siri ini pun kita dah tengok Raudhah ni lembik je, biarlah wataknya diakhiri dengan elemen keberanian seorang ibu yang mahu menolong anaknya bebas dari diculik, bukan terbaring di katil dan menangis, kemudian menangis di pintu pagar merayu kepada bekas suami.

Saya harap pada masa akan datang watak seorang Muslimah itu digambarkan dengan jati diri yang kuat fizikal dan rohani supaya menjadi contoh pada masyarakat, dan bukannya lembik dan tidak bermaya dan hanya berserah bulat2 tanpa satu usaha yang kuat.

Read more...

Apa Komen Badut Kerajaan Pula.

Gambar hiasan jer...

Seronok dengan gelagat menteri2 yang menerajui kerajaan malaysia, apabila terjadi sesuatu bencana... masing2 berebut buat kenyataan itu dan ini..., tindakan itu dan ini dan entah apa rabannya lagi.

"Masihkah kau ingat" dah macam lagu kopratasa pula, apakata jika kita cuba imbau kembali pada suatu masa dulu dengan kes-kes helikopter terhempas, apakah langkah dan tindajan Kerajaan dan apa yang mereka cakap, sudah tentu kesudahannya sehingga la ni, semuanya sudah menjadi sejuk beku dan senyap saja.

Sekarang ini helikopter bomba pula yang terhempas, selepas ini kita pakat2 tungu apa pula komen serta kenyataan dari badut-badut sarkas dari Kabinet Dapur Najib Tun Razak berikan.

Tunggggguuuuuuu.........

Read more...

Wednesday, September 8, 2010

Ikhlas Berzina...!!!


Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

Read more...

Monday, September 6, 2010

Contoh Melayu Mudah Lupa.


Inilah contoh melayu mudah lupa. Klik di sini.

Perlukah kita mempercayai setiap ucapan serta kata-kata manusia seperti ini? Inilah sebenarnya yang di katakan sebagai Manusia Munafik.

Read more...

Sunday, September 5, 2010

RTM3 Perosak Pemikiran Dan Akidah Umat Islam.



Masyallah.... mengapa semakin maju tamadun dan teknologi maka semakin muflis pemikiran? Apa sudah jadi dengan RTM3...?

Inikah yang dikatakan hendak memartabatkan Islam? Apa matlamat dan mesej yang hendak di sampaikan kepada penonton dengan iklan seperti ini?

Apakah kesan baik dan buruknya kepada anak2 kecil yang menonton iklan seperti ini?

Harap RTM3 dapat menarik balik iklan yang boleh merosakkan akidah umat Islam ini.

Read more...

Saturday, September 4, 2010

Persendakan Zikirullah.



Dah tak faham lagi dengan anak-anak zaman sekarang. Dalam urusan agama pun boleh di persendakan. Tiada perasaan hormat lansung.

Harap pihak berkuasa dan yang bertanggung-jawab dapat mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap mereka ini.

Bagaimana bangsa lain hendak menghormati Agama Islam, jika bangsa yang mengaku sebagai Islam sendiri mempersendakan agamanya.

Nauzubillah.....

Read more...

Golongan Orang-Orang Bodoh.

Pada suatu hari di sebuah belantara, Raja Singa telah bertitah memanggil semua rakyatnya sempena hari lawak sedunia. Semuanya pakat-pakat pergilah ke Dataran Rumput seluas 10 padang bola di tengah-tengah hutan.

Kora Abau (tortoise), rimau, badak sumbu semua jenis makhluk binatang pakat mai pasai Raja dah panggil suruh mai, kalau tidak patuh pada perintah Raja nanti kena pancung kepala macam zaman Jepun dulu.

Raja pun membuat peraturan hukum mengatakan kalau lawak jenaka si tukang lawak tu tak menjadi iaitu kalau semua binatang tidak gelak atau ketawa maka pak lawak berkenaan akan dibunuh.Untuk lawak yang pertama sang monyet buat lawak, nama monyet tu Nazri. Semua binatang gelak kecuali si kora abau. Tak pasal-pasal sang monyet kena bunuh sebab ada yang tak gelak. Selepas itu sang kaldai pulak. Dia pun kena gak pasal si kora abau tak gelak jugak.

Yang ketiga kena giliran sang harimau, baru saja sang harimau buka mulut si kora abau tergelak sakan sampai terguling terkentut. Raja Singa pun naik hangin... hang ni gila ka... apa, Sang Rimau belum lagi nak buka mulut, yang hang dah gelak sampai nak mampoih...? Pasai apa..?

Kora Abau pun berkata, ampun tuanku sembah patik harap di ampun. Yang sebenarnya lawak monyet tadi memang lucu gila babi, tapi di sebabkan hamba menyampah sangat dengan sang monyet yang selalu berlagak pandai tu, jadi sengaja hamba membiarkan tuanku membunuhnya. Begitu juga dengan sang keldai, sengaja hamba membiarkan tuanku membunuhnya.

Memandangkan sang Rimau ni jenis satu kepala hotak dengan hamba, maka apalah salahnya "You help me and I help you". La ni si Kora Abau tu dah jadi menteri, tapi tetap slow and steady macam dulu-dulu jugak.

Moral cerita ini, kita janganlah terkeliru antara Highly Qualified and Highly Intelligent.

Highly Qualified:-
Pergi sekolah cikgu ajar 1+1 = 2 bila esok cikgu tanya balik dia jawab betul. Lama lama dapat sijil, diploma, ijazah dan yang sewaktu dengannya. Kelentong pi kelentong mai jadi la menteri ka apa ka... Ada soalan di luar lingkungan dan keupayaannya?

Dia mula pening kepala dan cakap merapu. Banyak contoh dan bukti dari kalangan menteri-menteri kabinet dan YB-YB Barisan Nasional dan juga seperti Peguam Negara, KPN, SPRM dan ramailah di kalangan yang bersekutu dengan mereka.

Highly Intelligent;-
Macam Bill Gate, Lim Goh Tong, Tan Sri Syed Mokhtar dan beberapa nama lagi yang saya tak ingat, mereka-mereka ini jenis takda sijil (paper tak der) tapi bijaksana dan cerdik.

Seperti CEO TNB dan Menteri-Menteri yang dok ada la ni... depa semua tu tergolong dalam kumpulan mana...?

Read more...

Cakap Tak Serupa Bikin.


Tanyalah mana-mana menteri atau Perdana Menteri kita sendiri,
"Apakah benda yang paling unik tentang Malaysia?"

Dan majoritinya pasti akan berkata, "Kepelbagaian kaum yang hidup dalam harmoni dan saling bertolak ansur." Ironik bukan bila jawapan itu sudah menjadi satu jawapan template untuk persoalan itu.

Tanyalah Ibrahim Ali sekalipun soalan itu, sudah pasti jawapan itu juga yang akan keluar.

Kemudian bila seorang perempuan Cina masuk ke surau tak bertudung dijadikan satu isu besar negara.

Kemudiannya keluar pulak gambar perempuan Melayu masuk ke surau tidak bertudung dan tidak menutup aurat, langsung tidak ada bunyi yang keluar dari pihak2 tertentu.


Kuasa mampu membuatkan sesiapa saja diam kerana ramai yang tahu dan berilmu, takut hilang pekerjaan. Itulah kelebihan empunya kuasa. Mereka lebih tinggi dari segalanya.

Read more...

Friday, September 3, 2010

Khir Toyo Di Malukan.













MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menghantar SU beliau untuk "membogelkan" Khir Toyo. Memalukan! Saya petik:

[MK] Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP