UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, July 24, 2011

Kerenah Birokrasi Puzat Zakat.

Minta pandangan tuan2 dan puan2:

Saya kebetulan berada di sebuah pejabat zakat di Kedah dan terdengar perbualan berikut antara seorang pegawai zakat (nampak macam Pengurus sebab keluar dari bilik = PZ) dengan seorang makcik (kedengaran macam ibu tunggal = IT).

IT : Encik, makcik mai ni nak tanya tentang bantuan zakat tahun ni? Dengag kata kena isi borang, tapi makcik tak dapat borang pun. Tok Imam tak bagi borang pun..

PZ : Ya.. tahun ni kena isi borang, borang dah tutup. Kalau tok imam tak bagi kira tak dapat la. Lagi pun tarikh serah borang dah tutup. Kira tak dak la... tapi pi check tengok dengan imam tu lagu mana...

IT : Tulong la encik... saya sangat harap bantuan ni.... saya bukannya ada apa-apa

PZ : Nak buat macam mana dah tarikh tutup dah lepas... lagipun kita suruh imam pilih sapa yang layak untuk bagi borang.... kena tunggu tahun depan la pulak...


PERSOALAN:

1)Patutkah karenah birokrasi menafikan hak orang yang sepatutnya layak menerima bantuan zakat..?

2)Prosedur pemilihan patut diperluaskan lagi seperti membenarkan penerima yang layak datang mendaftar di pejabat zakat dan seterusnya diberi borang untuk mendapatkan pengesahan dari imam kawasan. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur pilih kasih yang mungkin timbul di pihak imam atas sebab2 tertentu (Imam pun manusia biasa).

Sekian terima kasih.... terpanggil untuk menulis sebab sedih dok dengag makcik tu merayu kat pegawai tu. Pegawai tu pulak macam tak tunjuk inisiatif untuk menolong makcik tu.... nasib baik kat dalam opis.. kalau kat luag, tak tau la apa nak jadi kat Pusat Zakat tu....

Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan dalam hal ini. Wakil dari Pusat Zakat kaaa..

1 comments:

waksab August 8, 2011 at 8:07 AM  

Wak bukan ingin memburukkan Pusat Zakat tapi realitinya dan sebahagiannya yang dikatakan oleh Dr.MAZA ada kebenarannya dimana Wak sendiri mengalami keadaan sedemikian.Dahulu sewaktu Wak kerja kilang dengan pendapatan seadanya dan diuji Allah anak Wak memerlukan pembedahan kecil pada jantungnya dan kos pembedahannya adalah sebanyak RM15,000,maka Wak dengan berat hati memohon bantuan zakat.Alkisahnya kerenah birokrasi menyebabkan permohonan Wak lambat diproses sehingga 6 bulan walaupun surat tawaran mengatakan permohonan diluluskan kerana kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.Setelah turun naik ke Pusat Zakat dan membuat surat aduan terus kepada Mufti Selangor maka barulah cek diterima yang bertarikh hampir nak lupus.Tarikh cek hampir 3 bulan selepas diterima .Siapakah punya angkara,Wak hanya bersangka baik dengan mereka.

Itu kisah Wak dahulu lah tahun 90an..moga kini bertambah baik dan efisien selaras dengan kemajuan Pusat Zakat kini,siap kini boleh membuat potongan zakat melalui online lagi,tak kan kisah di atas terjadi sehingga ada ibu tunggal memohon bantuan daripada orang yang bukan Islam.

Moga menjadi iktibar buat mereka supaya melakukan kerja kerana Allah dan menjalankan amanah dengan sejujurnya dimana setiap sen yang mereka belanjakan adalah urusan Allah semata-mata.

http://waksab.blogspot.com

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP