UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, January 4, 2012

Barisan Nasional Anti Demokrasi.

Jenis dan jumlah projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

Langkah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan semua projek pembanguan Pulau Pinang kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (PPNP) adalah bercanggah dengan konsep demokrasi persekutuan-negeri, kata Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan semua projek pembangunan negeri melalui Pejabat Daerah negeri demi kepentingan rakyat.

“Bukan sahaja PR (Pakatan Rakyat) telah menangi majoriti dua per tiga dengan 29 daripada 40 buah kerusi negeri. Malah, (PR) juga menang 11 daripada 13 buah kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

“Jelas sekali wang sumbangan oleh Pulau Pinang dalam bentuk cukai pendapatan dan kastam tidak diberikan balik kepada rakyat Pulau Pinang.
“Sebaliknya, semua wang sumbangan dikuasai penuh oleh BN sungguhpun (kerajaan negeri era BN) telahpun ditolak peringkat negeri dan Parlimen oleh rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau.
Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri berhak mendapat projek pembangunan negeri secara adil memandangkan cukai yang dikutip dari rakyat di negeri berkenaan diserahkan kepada kerajaan pusat saban tahun.

Dilaporkan, kerajaan pusat menyalurkan RM231.08 juta kepada PPNP yang dikuasai oleh BN pada tahun 2008.

Dari tahun 2001 hingga 2008, kerajaan pusat menyerahkan RM794 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga diteraju oleh BN.

“Jelas BN tidak menghormati keputusan demokrasi rakyat Pulau Pinang dan menjalankan diskriminasi kewangan sedemikian,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Dari Mac 2008 sehingga 15 November 2011, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan 2822 projek bernilai RM231.08 juta.

Justeru, beliau melahirkan rasa kecewa dengan layanan pentadbiran Najib ke atas seluruh rakyat di negeri berkenaan.

Sumber: Nota Merah.

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP