tag:blogger.com,1999:blog-7287165408147721845.post276603908546611209..comments2024-03-28T18:16:01.583+08:00Comments on UdangLipan: Taat Pada Pemerintah - malaysiakiniUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7287165408147721845.post-39049242200074174502009-02-20T08:57:00.000+08:002009-02-20T08:57:00.000+08:00HARON DIN: Telah berlaku beberapa kali dalam peris...HARON DIN: Telah berlaku beberapa kali dalam peristiwa di Malaysia, PAS menggunakan ayat-ayat al-Quran itu sebagai suatu hujah untuk mengajak manusia mengikut perintah Allah sesuai dengan dasar PAS sendiri untuk merealisasikan hukum Allah SWT. Adapun Umno-BN menggunakan ayat ini dan ayat al-Quran yang lain hanya untuk kepentingan dan memberi keuntungan kepada mereka semata-mata.

Ayat al-Quran sememangnya boleh dijadikan sandaran hujah dan ianya ayat 'muhkam.' Namun kita nampak sangat bahawa mereka hanya guna yang di hujungnya sahaja iaitu 'pemimpin di kalangan kamu' tetapi tidak memberi perhatian kepada pangkal ayat iaitu 'Taatilah Allah dan taatilah Rasul", seolah-olah menggambarkan bahawa perintah Allah dan Rasul boleh dilanggar namun, jangan langgar arahan pemerintah.

Mereka sengaja tidak mahu melihat, istilah yang Allah guna, pertamanya kalimah 'taat' hanya kepada Allah. Kali kedua disebut 'taat' hanya pada Rasul dan kali yang ketiga tiada perkataan 'taat' kepada pemimpin. Diulang dua kali perkataan 'taat'. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan 'taat'.

Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah.

Dalam Islam, tiada orang yang maksum selain daripada Rasullulah. Pemerintah Islam iaitu Ulil Amri ataupun khalifah-khalifah, tidak maksum. Contohnya, Umar al-Khatab pernah dibawa ke mahkamah dalam beberapa kes. Hatta Saidina Ali Abi Talib pun pernah dibawa ke mahkamah semasa jadi khalifah. Mereka boleh terima keadaan begitu dengan berlapang dada tanpa timbulisu atau masalah derhaka kepada pemerintah atau khalifahAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7287165408147721845.post-8812095734453913092009-02-20T03:04:00.000+08:002009-02-20T03:04:00.000+08:00Kalau macam tu aku pilih negeri Isketambola, dalil...Kalau macam tu aku pilih negeri Isketambola, dalilnya, perangai jahat raja tu diantara dia dengan tuhan, suatu hari nanti bila nak mati dia akan bertaubat.

Asalkan dia menjalankan amanah sebagai Pemimpin yang adil. Janji negeri aman dan sempurna, rakyat bahagia.

Betul tak pilihan aku ni... dari segi hukum.ISAhttps://www.blogger.com/profile/05233784051975063761noreply@blogger.com