tag:blogger.com,1999:blog-7287165408147721845.post6608367750147277984..comments2024-03-29T16:25:15.401+08:00Comments on UdangLipan: Kerenah Birokrasi Puzat Zakat.Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7287165408147721845.post-64942546074295481952011-08-08T08:07:02.690+08:002011-08-08T08:07:02.690+08:00Wak bukan ingin memburukkan Pusat Zakat tapi reali...Wak bukan ingin memburukkan Pusat Zakat tapi realitinya dan sebahagiannya yang dikatakan oleh Dr.MAZA ada kebenarannya dimana Wak sendiri mengalami keadaan sedemikian.Dahulu sewaktu Wak kerja kilang dengan pendapatan seadanya dan diuji Allah anak Wak memerlukan pembedahan kecil pada jantungnya dan kos pembedahannya adalah sebanyak RM15,000,maka Wak dengan berat hati memohon bantuan zakat.Alkisahnya kerenah birokrasi menyebabkan permohonan Wak lambat diproses sehingga 6 bulan walaupun surat tawaran mengatakan permohonan diluluskan kerana kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.Setelah turun naik ke Pusat Zakat dan membuat surat aduan terus kepada Mufti Selangor maka barulah cek diterima yang bertarikh hampir nak lupus.Tarikh cek hampir 3 bulan selepas diterima .Siapakah punya angkara,Wak hanya bersangka baik dengan mereka.

Itu kisah Wak dahulu lah tahun 90an..moga kini bertambah baik dan efisien selaras dengan kemajuan Pusat Zakat kini,siap kini boleh membuat potongan zakat melalui online lagi,tak kan kisah di atas terjadi sehingga ada ibu tunggal memohon bantuan daripada orang yang bukan Islam.

Moga menjadi iktibar buat mereka supaya melakukan kerja kerana Allah dan menjalankan amanah dengan sejujurnya dimana setiap sen yang mereka belanjakan adalah urusan Allah semata-mata.

http://waksab.blogspot.comwaksabhttps://www.blogger.com/profile/04727026611404825841noreply@blogger.com