UdangLipan. Powered by Blogger.

Friday, January 22, 2010

Sahabat & Polis Trafik.

Suatu Hari...

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja..."Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya..

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham.Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau... selalu sangat kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.


"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ahh.., satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
------------ --------- --------- --------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Di langgar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sangat. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Read more...

Sunday, January 3, 2010

MADE IN MALAYSIA - SIZE: SMALL

Ini ada satu cerita bagaimana Lee Kuan Yew dikenakan Dr Mahathir semasa kedua-dua mereka Perdana Menteri.Ada satu masa Lee Kuan Yew dikejutkan oleh bunyi talipon pada pukul 4 pagi. Dia angkat talipon dan dengar Menteri Kesihatannya menalipon. Cakap omputih skit. Taulah Singapura ni pisang; kuning diluar omputih di dalam.

“Sir, it’s the Minister of Health here. Sorry to bother you at this hour but there is an emergency! I’ve just received word that the Durex factory in Bukit Timah has been burnt to the ground. It is estimated that the entire Singapore supply of condoms will be gone by the end of the week.”

Rupanya kilang kondom di Bukit Timah terbakar dan Singapura akan kehabisan kondom. Mereka takut ini akan menyebabkan kenaikkan kadar penduduk.

Lee Kuan Yew terkejut, “What a disaster! The economy will never be able to cope with all those unwanted babies - we’ll be ruined! We’re going to have to ship some condoms in from abroad…”

Mereka mahu impot segera kondom.Menteri tersebut bertanya, “Indonesia?”

Lee Kuan Yew tak mahu, “No chance! The tabloids will have a field day on this one!”
Dia tak mahu pasal malu. Menteri bertanya lagi, “What about Malaysia?”

Lee Kuan Yew agak selesa tapi perangai kiasu tak mahu kalah tidak boleh buang.
“Maybe … but we don’t want them to know that we are stuck. Call their Prime Minister to tell him we need one million condoms; coloured white and red; ten inches long and eight inches thick! That way they’ll know how big we really are!”

Tak mahu kalah. Macam Cina Singapura punya jaguh-jaguh.Kesian Menteri tersebut kena panggil Dr Mahathir. Nasib dia sedia menolong puak-puak kiasu ini yang sedang dalam keadaan terdesak.

Tiga hari kemudian, satu penerbangan sampaikan ke lapangan terbang Changi penuh dengan kotal-kotak. Lee Kuan Yew begitu lega lalu dia sendiri berlari mendapatkan kotak-kotak untuk dibuka segera.

Terdapat dalam kotak kondom-kondom seperti yang dipesan. Panjang 10 inci, lebar 8 inci, dan
berwarna merah dan putih.Lee Kuan Yew sedar pada setiap kondom itu ada tulisan kecil. Diambil cermin mata bacanya.

Tertulis:MADE IN MALAYSIA - SIZE: SMALL

Wow! Bab jual Singapura, hanya Dr Mahathir yang cekap. Bukan setakat Singapura... 1Malaysia pun kena jual.

Read more...

Friday, January 1, 2010

Anak Derhaka

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

Sumber : Harian Metro Online

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP