UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, August 23, 2010

Keberkahan Di Sebalik Ujian Allah SWT.

Ujian yang terberat dalam hidup kita adalah ketika kita sedang bahagia. Kerana disaat kita bahagia biasanya kita lengah, kita biasanya terlupa sehingga jika ujian itu datang menimpa diri kita hal itu membuat kita terkaget. Kita sama sekali tidak mempersiapkan diri dengan baik.

Kebahagiaan sering kali membuat lupa diri. Kita tidak sedar dan tidak awas terhadap sekeliling kita kerana kita sedang merasakan suatu kenikmatan yang tidak terhingga . Biasanya hati terbuai kenikmatan begitu tertimpa kesedihan akan terasa seronok dengannya.

Saya pernah mengenali seorang teman yang sangat sukses di dalam kariernya. Sebelumnya ke tempat kerja dengan menaiki bas kemudian naik memiliki motorkar dan berjaya mempunyai motokar mewah, gaji besar dan rumah begitu indah bagai istana. Hinggakan terlupa anak dan isterinya terabaikan. Sibuk berhura-foya dengan kenikmatan dunia dan kehidupan malam.

Tiba-tiba perusahaannya bankrup, semua aset disita untuk membayar hutang dan terpaksa memulai hidupnya dari awal kembali namun beruntunglah semua peristiwa yang sempat membuat lupa diri menyedarkannya agar kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan pulang ke rumah menemui anak dan isterinya. Beruntunglah beliau kerana anak dan isterinya menyambut dengan penuh cinta dan kasih sayang.

'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru kepada Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahuinya. (QS. az-Zumar: 49).

Setiap kali Allah memberikan ujian maka disaat itulah Allah melimpahkan keberkahan pada diri kita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji hambaNya apakah mampu melewati ujian disaat dia sedang diatas? dipuncak kejayaannya? Disaat seperti inilah kita harus bermuhasabah diri. Apakah kita bersyukur atas nikmat yang telah diberikan olehNya? Apakah kita lalai kewajiban kita sebagai seorang muslim? Apakah kita lalai sebagai kepala rumahtangga atau tanggongjawap sebagai seorang suami atau isteri?

Dan bila kita lulus melewati ujian itu, Allah melimpahkan keberkahan untuk diri kita dan keluarga kita. Bila menghadapi ujian mendadak lagi dalam kehidupan maka kita sudah tidak lagi terkejut dibuatnya kerana sudah pernah mengalaminya. Selain itu Allah melimpahkan kenikmatan dan meninggikan darjat kita dan keluarga kita ke tempat yang lebih mulia iaitu ditempat hamba-hambaNya yang senantiasa diberikan petunjuk oleh Allah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Dan Sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiu'un (Sungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya jualah kami kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurna dan rahmat Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baraqah : 155-157).

Wallahuaklam.....

Read more...

Thursday, August 19, 2010

Tragedi 'Memali' - hakikat & realiti !



Gambar Hiasan dipetk daripada : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/04/tragedi-memali-masih-segar-dalam.html
Hampir 25 tahun berlaku ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan.

Sebelum itu, pada 18 Januari 1985 tercetus pula apa yang disebut ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap. Dikatakan di mana lebih 200 ahli UMNO menyerang pekerja pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia, esok harinya.

Saya masih ingat lagi, waktu ‘Tragedi Berdarah Memali’ itu, saya dan kawan-kawan masih dalam proses mengusahakan penubuhan PAS cawangan Kampung Perlis dan Kawasan Parlimen Balik Pulau. Saya dan kawan-kawan dari KL datang dengan sebuah van Datsun berwarna putih, menyusun program dailog dan ceramah kecil di beberapa tempat dalam kawasan Balik Pulau. Selepas kira-kira seminggu di Balik Pulau kami pun pulang ke KL. Sebelum sampai di KL, sempat pula kami singgah di Cameron Highland, “Penat! Kita pun nak rehat juga, nak cari tempat sejuk, tambah sehari lagi!” kata salah seorang dari kami.

Esoknya ketika sampai di KL, rupanya ramai kaum keluarga dan kawan-kawan saya kelam kabut sedang mencari saya, termasuk ibubapa saya di Pulau Pinang. Yang di Pulau Pinang telefon ke KL, saya tiada. Yang KL hubungi Pulau Pinang, pun tiada juga. Waktu itu, telefon bimbit masih belum ada lagi. “Kenapa?” Saya tanya.

“Hang tak dengaq berita? Berlaku pembunuhan di Baling Kedah. Kami diberitahu, yang terlibat dalam kematian itu termasuk beberapa anak muda datang dengan sebuah van putih. Kami bimbang kalau hampa terlibat, Pasai aku hubungi hang di KL tak dapat!!” Kata salah sorang kaum keluarga saya di Pulau Pinang. Begitulah peristiwa kenangan dalam sejarah awal perjuangkan PAS di Balik Pulau. Roh Peristiwa Memali akhirnya menjadi pemangkin ke arah menggerakkan perjuangan Islam Balik Pulau dengan lebih mantap lagi.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama: Kerana saya sendiri pernah bertemu Ustaz Ibrahim Libya sebelum menemui syahid. Saya bersama seorang pemimpin tinggi PAS yang diutuskan oleh PAS Pusat menemui Ustaz Ibrahim supaya menyerah diri kepada pihak penguasa. Tetapi jawabnya, tidak. Beliau tetap akan pertahankan kebenaran dan keadilan, tidak tunduk kepada undang-undang yang zalim (tangkap tanpa bicara). Kalau terjadi apa-apa, beliau memilih syahid sebagai jalan dekat menuju syurga. Walaupun beliau terkorban, namun kesan pengorbanannya adalah manfaat bagi masyarakat dan agama.

Begitu, beliau yang pernah bekerja di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri meluahkan perasaannya kepada saya dan berpesan menyuruh kawan-kawan lain, antaranya menyebut nama seorang ustaz kawan saya, katanya, “Beritahu dia, kalau nak syahid datanglah ke sini…

Terasa bahang syahid sudah dekat. Apa lagi bila diceritakan, kira-kira seminggu sebelum itu sebuah van dipenuhi beberapa polis datang ke rumahnya. Mereka naik ke rumahnya bila dijemput. Ketika sedang berbincang, tiba-tiba di keliling rumahnya sudah dipenuhi ramai orang-orang kampung yang sangat cinta kepada beliau sebagai tuan guru mereka. Bila seorang mula bertakbir, maka disambut bergemuruh oleh seluruh orang kampong yang hadir. Memali sudah bergema dengan jeritan takbir… menyebabkan seluruh polis-polis yang datang itu terjun lari tak bertangga.

Tinggal semua senjata, tinggal kasut-kasut, cepat-cepat menaiki van balik ke balai. Besoknya wakil Ustaz Ibrahim menghantar balik semua barangan polis tersebut. Di situlah buktinya, mereka adalah pendakwah, bukan penderhaka dan pengganas. Bahkan senapang patah yang sudah diberi lesen oleh kerajaan pun diserah balik.

Kedua: Bila berlaku peristiwa Memali, kerajaan cuba menutup kisah sebenar yang terjadi. Bahkan cuba dilakonkan dan ditayang semula di tv sesudah diputarbelitkan, menyebabkan rakyat ingin tahu realitinya. Maka, bila PAS Balik Pulau adakan ceramah, sambutannya sungguh luarbiasa. Saya masih ingat ceramah yang paling dapat sambutan, ialah di Kampung Perlis bertajuk ‘Darah & Airmata di Memali’. Penceramahnya Ustaz Harun Mat Isa yang tangannya cedera (lumpuh) dalam peristiwa tersebut, menceritakan terus apa yang dialaminya.

Hingga ada beberapa kanak-kanak menghabiskan masanya sepetang, tiada kerja lain kecuali membilang berapa jumlah kereta yang lalu di depan rumahnya untuk pergi dengar ceramah PAS itu. Orang sudah tidak kira apa parti lagi, demi nak tahu yang sebenar. Di situlah simpati kepada PAS mencurah-curah, menyuburkan PAS Balik Pulau.

Antara penceramah Memali yang pernah dijemput ialah Ustaz Zaki, saya tidak tahu di mana beliau sekarang. Saudara Yusuf Husin dan banyak lagi, terutamanya dari Kedah.

Ada seseorang menjumpai saya di KL, memberi gambar-gambar syuhada-syuhada Memali yang mati tersenyum, dan kaset-kaset ceramah Ustaz Ibrahim semasa hidupnya untuk disebar dan diperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Puluh ribu yang dicetak dan disebarkan. Antara tajuk kaset ceramah Ustaz Ibrahim ialah ‘Kafir dan Murtad’ dan ‘Amanat Terakhir’.

Read more...

Dialog Ramadhan Dengan Allah.

Ramadhan bulan mulia. Bersyukurlah kerana kita semua masih berpeluang merasainya pada tahun ini berbanding dengan saudara2 kita yang telah kembali kepada-Nya.

Di akhirat kelak, semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama, sementara amal kejahatan kelihatan amal buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt.

Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?

Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang pengamal puasa di bulan ini.

Allah lantas memperkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Disamping itu ada satu tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di Syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak.

Allah bertanya : Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?

Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus.

Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap Bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Subhanaallah… Maha hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Oleh yang demikian, marilah bersama kita berpuasa dengan sepenuh kesempurnaan “puasa”. Janganlah sesekali membiarkan diri kita daripada berpuasa sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja. Hayatilah erti kata puasa yang sebenarnya dan amalkanlah PUASA dengan sebaik-baiknya.

AMAT rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

Wassalam...

Read more...

Sunday, August 15, 2010

Sedap Juboq Saiful.

Antara liwat dan zina, mana satu yang betul?

Lepaih satu hal, timbul pula hal lain, selesai satu hal, di timbulkan pula hal yang lain, atau betui ka... budak Saiful ni bermasalah? Kronik sangat dah?

Lepaih dia buat sumpah laknat ikut definasi cara dia dan bapak dia, cheq tengok budak sekoq ni tak habis-habis terlaknat dan dilaknat. Cerita dengan Farah yang semakin Parah belum lagi habis.

Kini timbul pula cerita jangan main belakang dengan Pegawai Khas Perdana Menteri, isshhh... takan sorang yang bertaraf Profesor nak buat perangai kotoq tu kot? Kalau dia buat jugak tak mustahilkan? Lagipun Prof. pun manusia biasa juga, ada nafsu dan bernafsu.

Apa yang cheq perasan, sesiapa yang ada hubungan dengan Saiful ini pasti ada isu bersangkutan dengan juboq dia.

Cheq pernah dengaq cerita Saiful pernah semalaman di rumah Ezam Sesumpah untuk mendapatkan nasihat, issshhh... tak mau berburuk sangka apa depa buat semalaman. Dan cheq pun pernah dengaq cerita budak Saiful ni pernah jumpa PM untuk mendapatkan nasihat, PM kata tangan budak Saiful ni sejuk, yang ni pun cheq tak mau berburuk sangka juga.

Mana nak pi tau kan, kot-kot satu hari nanti RPK akan dedahkan pula budak SuperFool sekoq tu dah meliwat atau menadah juboq dia pada 2 individu tu..., baru semakin celaru episod cerita lawak sarkas liwat ni...

Nauzubillah....

Read more...

Permata Hati - Pesanan Buat Anak Ku.

Anakku yang dikasihi,
Tanpa kita sedari terlalu cepat masa berlalu dan kau yang suatu ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan Ibu, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar erti hidup. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cabaran. Cabaran yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsu mu, kewibawaan dan tugas-tugas mu. Ketika inilah kau, kau ingin merasai semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung ramai. Kau ingin disayangi dan menyayangi.

Anakku...
Jika tiada iman, nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, Ibu berpesan agar betullah kau dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah kerana tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang terkecuali, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,

"Seorang remaja jika dapat melalui cabaran di zamannya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya, selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal mengunakan zaman remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan akan datang".

Wahai anakku,
Seringkali ibu menangis, melihat perubahanmu. Dulu, kau tidak begini. Kau seorang yang taat pada perintah ibu, yang cukup malu bila auratmu terdedah, walaupun ditiup angin. Kau amat teliti dalam menjaga solat-solatmu dan kau cukup suka bila ibu ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu dan anakku, ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Anakku...
Wanita itu dijadikan Allah penuh keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat itu. Jikapun kau cantik, anakku, tak ke mana cantikmu itu. Jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih terlalu ramai yang mempunyai kelebihan mengatasi dirimu. Usah kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu.

Jagailah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagailah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrim mu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakerawala asalkan kau dapat pertahankan panggilan wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Anakku...
Kau berpakaian anakku sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak nipis dan satu lagi syarat anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik.

Perhatikan hadith ini..."Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk syurga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasakan dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah, penciptamu dengan sengaja.

Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.

Anakku Sayang...
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan ianya berat. Setiap arahan Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apatah lagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar.

Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langkah-langkah yang diredhai Allah.

Itulah doa dan harapan Ibu dan Ayahanda.

Read more...

Saturday, August 14, 2010

Petua Lembutkan Hati Suami.


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara untuk anda semua.

Semoga Ramadan yang disambut pada tika ini akan berjalan dengan sebaik penamatnya kelak. Amin. Bagaimanakah cara atau petua untuk melembutkan hati suami/ isteri/ anak-anak. Apa kata kita ambil seketika waktu ini untuk memberikan fokus pada bacaan dibawah ini.

Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah. Di sini, saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.

Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga. Untuk melembutkan hati suami yangg garang dan menurunkan kadar suhu ‘panas baranannya’ amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - “Ya ALLAH lembutkan hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud”

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa di dalam hati dgn ayat:


1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah. Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang.

Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar.

Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadirkan diri untuk majlis ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah. Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami/isteri dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

Pertolongan Allah akan datang bersama kesabaran.

Sumber:http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=9877 (Bistari)

Read more...

Thursday, August 12, 2010

Bunga Bangkai.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini, bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai.

Bunga bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di hutan Asia Tenggara.
SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu
mereka sanggup beratur panjang untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan.

Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.
Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000 orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah 500 pengunjung setiap minggu.

Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada keluarga
Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula tumbuhan ini.

Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91 meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman. Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10 kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah 91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani, namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.


Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai.

Read more...

Wednesday, August 11, 2010

Tabiat Pemakanan Di Bulan Ramadhan.

Puasa yang dilakukan dengan betul memberi kesan baik pada kesihatan. Puasa membantu menyingkirkan toksin, mengurangkan berat badan dan merehatkan sistem penghadaman. Kajian juga menunjukkan berpuasa boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah.

Menahan lapar dan dahaga sepanjang siang ada kalanya menguji daya ketahanan seseorang. Justeru, tidak hairan ada yang cepat berasa letih, mudah diserang sakit kepala, gayat, masalah penghadaman, sembelit, gastrik, peptik ulser dan pedih ulu hati. Namun, ada yang berupaya menurunkan berat badan manakala yang lain bertambah gemuk hingga tidak boleh menyarung baju kebaya baru yang ditempah untuk Hari Raya Puasa.


Tabiat Makan;
Ramai tidak mengambil perhatian mengenai tabiat makan sepanjang bulan puasa. Kita boleh lihat ada orang yang makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dan ada pula yang tidak bersahur. Kita semua biasa melihat orang ramai berpusu-pusu ke bazar Ramadan yang menjual aneka juadah berbuka puasa. Permintaan yang meningkat bagi bufet buka puasa di hotel dan restoran juga mencerminkan tabiat makan berlebihan ketika berpuasa.

Tabiat makan secara berlebihan bertentangan dengan prinsip puasa kerana berpuasa tidak bermakna seseorang itu perlu makan banyak untuk menyimpan tenaga atau menggantikan khasiat pemakanan yang kurang.

Diet kita ketika puasa tidak seharusnya berbeza daripada diet biasa yang sihat dan seimbang. Kita tidak perlu makan lebih ketika berbuka puasa kerana badan kita mempunyai mekanisme kawalan yang diaktifkan ketika berpuasa. Ia akan menggunakan lemak badan dengan cekap untuk membekalkan tenaga yang kita perlukan. Justeru, diet biasa dengan pengambilan jumlah makanan secara normal dan seimbang adalah mencukupi untuk membolehkan kita sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadan.

Sebaliknya, kebanyakan orang memilih untuk tidak bersahur atau makan terlalu sedikit ketika sahur. Sahur penting kerana seseorang itu akan makan makanan terakhir sebelum mula berpuasa sepanjang hari. Walaupun susah atau penat, kita perlu makan ketika sahur. Ini untuk membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.

Apabila bersahur, segelas air sejuk atau secawan minuman panas tidak mencukupi. Katanya, setiap orang perlu mengambil makanan yang betul sekalipun lebihan makanan daripada juadah berbuka puasa.

Diet Makanan Seimbang;
Satu lagi aspek yang tidak dihiraukan ketika berpuasa ialah pilihan makanan, khususnya diet makanan berkhasiat dan seimbang.

Ketika berpuasa, badan memerlukan makanan sebelum subuh dan selepas senja untuk memastikan imbangan pemakanan yang sihat dan membekalkan vitamin, mineral selain tenaga yang tahan sepanjang hari.

Badan kita juga memerlukan nutrien untuk pemulihan pada waktu malam. Disebabkan kekurangan tenaga dan kandungan gula dalam darah menjelang penghujung waktu puasa, terdapat kecenderungan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat dan kuih manis ketika berbuka puasa hingga kita mengabaikan kumpulan makanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Perbezaan antara karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas juga perlu difahami. Karbohidrat ringkas cepat mengenyangkan tetapi tidak dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Antara contoh karbohidrat ringkas adalah kuih, kek, roti putih dan emping jagung bersalut gula. Alternatif lebih sihat termasuk roti mil penuh, nasi bijian penuh dan mi.

Sebaliknya, makanan berkarbohidrat kompleks yang lambat hadam membekalkan tenaga selama 8 jam, berbanding makanan cepat hadam yang hanya membekalkan tenaga untuk 3 hingga 4 jam.

Diet yang sederhana dan meliputi semua kumpulan makanan utama adalah penting dan lebih baik daripada satu kumpulan makanan saja.

Sekiranya nutrien, vitamin dan mineral tidak dapat diperoleh dengan secukupnya pada bulan puasa, disyorkan mengambil multivitamin sebagai tambahan.

Kesihatan ketika berpuasa bukan saja bergantung kepada makanan yang seimbang tetapi juga air yang secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 9 gelas atau satu liter air sehari walaupun pada hari berpuasa. Strategi terbaik ialah minum 9 gelas air ini secara beransur-ansur dari saat kita berbuka puasa hingga sahur.

Panduan Mudah Untuk Kekal Sihat Ketika Berpuasa;
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.

Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;
# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.

Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :

# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.

Lagi info tentang PUASA :

Petua Buka Puasa
Puasa Lindungi Mulut dan Gigi
Rawatan Tidak Membatalkan Puasa
Pesakit Diabetes Boleh Berpuasa (1)
Pesakit Diabetes Boleh Berpuasa (2)
Menangani Masalah Kesihatan Ketika Berpuasa

oleh Hafizah Iszahanid

Read more...

Friday, August 6, 2010

Bahaya Demam Malam.

Kanak-kanak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius.

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat.

Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.

Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.

Mengapa demam?

1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis) atau penyakit auto imun.

INFO: Demam yang memerlukan rawatan serius.

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Cintaku Terhadap Mu.


Cinta lahir dari hati, tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain.

Melalui pemerhatian, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu perkara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.

Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu?

Iaitu cinta kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.

Bila kita bicara tentang cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”.

Kita bicarakan cinta kepada ibu bapa suami/isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Kita bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Kita bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.

Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta? Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt?

Suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya. Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih illahi dengan sewajarya.

Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadah bersama-sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.

Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri.

Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami itu kerana keimanannya terhadap Allah swt.

Bukankah indahnya keluarga jika mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia. Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.

Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita?

Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga.

Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.

Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda bercinta denganNya?

..........Cinta Ilahi melebihi segala-galanya.............

Tanpa Cinta
Kita hilang tenaga
Tanpa Cinta
Kita bakal memiliki jiwa yang gersang
tandus kasih sayang
Tanpa Cinta
Kita tiada arah
mencari panduan hidup

Cinta Ilahi.............
Cinta terhadap pemilik alam ini
Cintailah Dia melebihi segala-galanya
Jadilah kita orang yang paling berbahagia di dunia ini

Read more...

Video Hahaha... KDN.



dari Hanief Blogspot.

Sepatutnya kata dua di berikan kepada Hishamudin KDN supaya meletakan jawatan.

Biar video menceritakan betapa teruknya Barisan Nasional.

Read more...

Monday, August 2, 2010

The Superstar of Barisan Najis.

Kangaroo Court Entertainment akan mempersembahkan satu tayangan opera kontemporari yang dibintangi oleh Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Di jangkakan opera ini akan menjadikan Ling seorang superstar dalam sekelip mata.

Sesi promosi bagi opera ini baru saja selesai di Mahkamah Sesyen Putrajaya, dengan memperkenalkan bintang utamanya dan sepintas lalu synopsis ceritanya. Pada mulanya, opera ini akan kelihatan menarik.... tapi plotnya pula dijangka akan berbelit-belit. Malah.... dijangkakan akan berlaku anti-klimaks pada ending cerita ini.

Tak tau ler sama ada opera ini akan menjadi hits atau tidak. Jika dikaji dari plotnya... ramai yang kata Kangaroo Court Entertaiment menciplak plotnya daripada sebuah cerita yang pernah ditayangkan oleh Malaysia Boleh Production House iaitu The Eric Chia Connection. The Eric Chia Connection juga berakhir dengan anti-klimaks. It's a disappointment!! Harap-harap, yang ini tidak.

Opera yang bakal ditayangkan oleh Kangaroo Court Entertaiment ini, mengisahkan seorang menteri dalam kabinet kerajaan Banyak Najis yang berjaya menipu seluruh jemaah menteri termasuklah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, yang bernama Mr Memang Bangang. Penipuan itu dibuat melalui satu urusan perniagaan yang dikenali sebagai PKFZ Scandal.

Fuiyooo.... hebatnya, Ling... the chinese star dalam cerita ini, berjaya memperdaya seluruh jemaah kabinet yang terdiri daripada badut yang dungu-dungu belaka. Inilah akibatnya jika sebuah kerajaan ditadbir oleh the dungu's and the bangang's. Pasti lingkup punyer!!

Well.... dalam ceriter ini lagi, banyak lagi pihak yang terlibat dengan Ling dalam Skandal PKFZ. Kalau tidak.... mana bisa mungkin, Ling berjaya dalam misinya menipu kerajaan Banyak Najis yang diterajui PMnya, Mr Memang Bangang daripada parti AMNO Menggong [Angkatan Melayu No Otak= Menggong]

Kah... kah... kah... No wonderlah kabinet menterinya, bangang.... bengap dan bongok!! Kacang jer.., mereka kena perdaya dan kena tipu dengan Ling.

Aha.... di sinilah diselitkan unsur-unsur humour. Giler babas punyer bangang mereka ni...

Ling tidak didakwa. Dia terlepas bebas dan hidup senang lenang. Ini menimbulkan kemarahan rakyat marhaen kerana wang yang dicuri itu adalah wang rakyat. Namun, akhirnya.... setelah bertahun-tahun menanti, barulah Jabatan Pendakwaan yang diketuai oleh Mr Bullshit, membawa Ling ke muka pengadilan.

Malang sungguh nasib Ling. Tetapi... bertambah malang lagi.., kerana.... hanya dia saja yang diheret ke muka pengadilan. Di sini ada sedikit unsur suspens diselitkan. Apakah ada nama lain yang akan terheret sama dalam Skandal PKFZ. Tak mustahil kerana Skandal PKFZ yang merupakan satu mega skandal, melibatkan orang-orang ternama dan politikus daripada kerajaan Banyak Najis. Cina ada... Melayu ada dan India pun mungkin juga ada!!

Para peminat opera mengjangkakan cerita ini akan berakhir dengan anti-klimaks, kerana pendakwaan terletak di bawah bidang kuasa watak Mr Bullshit.... seorang penjilat kerajaan Banyak Najis.

Mr Bullshit seorang yang hopeless kerana tidak berintegriti dan tidak ada kredibiliti langsung!! Biasanya, dalam kes-kes melibatkan kerajaan vs rakyat.... kemenangan pasti menyebelahi kerajaan dan para pemimpinnya yang memegang tampuk kuasa.

Anti-klimaks... kan??

Ada juga orang yang skeptikal akan tuduhan terhadap Mr Bullshit. Betul ke dia bias dan penjilat kerajaan Banyak Najis??

Suara dari seluruh pelusuk negara berteriak.... "Correct!! Correct!! Correct!!"

So.... no doubt about it. Itulah perwatakan Mr Bullshit!!

Semalang-malang nasib Lee, malang lagi nasib rakyat negara tersebut. Mengapa?? Kerana Scandal PKFZ ini telah menyebabkan, wang mereka dirompak..... wang mereka dibazirkan.... wang mereka diselewengkan dan wang mereka disalah urus. Ini semua kerana kebangangan PM dan kabinetnya.

Pengajaran daripada opera ini....

* Rakyat jangan jadi bangang.
* Rakyat jangan pilih kerajaan yang bangang.
* Rakyat jangan biarkan diri mereka terus dibangangkan.
* Kerajaan dan para pemimpinnya yang bangang.... mesti dibuang dan diterajang!!

Sumber: Mum of 3 Mohd

Read more...

Buat Pasangan Yang Bakal Menimang Anak.



KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM.
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan. Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14, Maksudnya: “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran: Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. - Riwayat Abu Daud.

Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak. Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud.

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak. Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari (sebut nama anak).

Gesaan Aqiqah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah: Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut. Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah: Hikmah kesihatan. Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan. Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. - Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud.

Khurafat yang perlu ditinggalkan. Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu.

Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Mengkhatankan anak. Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan: Maksudnya: “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.- Riwayat Abu Daud. Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah: Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak. Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233: Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”. Imam As-Syafie berkata: “Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak: Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Read more...

Sunday, August 1, 2010

Muslihat Seorang Ayah.

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....


"Ada duit? Minta ayah sedikit.."


Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.


"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.


"Takkan 5 ringgit?"


Emak mengganguk.


Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.


Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.


Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).


Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.


"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.


Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.


"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.


"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.


Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!


Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:


"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.


"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Walau bagaimana pun hubungan kita dgn ibubapa kita (baik atau buruk), asal-usul kita tetap daripada mereka!

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP