UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

Bising Sangat Mulut Dia.

 
Ibarat kata pepatah rumah dah siap pahat masih berbunyi. Begitulah dengan keputusan perbicaraan DSAI yang memakan masa lebih 2 tahun tapi keputusannya dibaca tak sampai lima minit. Ada yg  kata terimalah keputusan mahkamah tetapi dalam hati tetap bengkek.
 
Tak puashati selagi DSAI belum sampai ajal. Kalau ditakdirkan DSAI jadi PM agaknya terus bernanahlah hati yang dah ada PHd.

Di tambah parah lagi dengan ucapan Hassan Ali yang saban hari berkumandang di TV. kalau dulu semasa dia dalam PAS susah sangat nak bersuara. Dulu dialah yg berkobar2 berceramah sana sini menyokong DSAI 1998 sampai orang jerit 'we want anwar ' baru dia terpaksa berhenti bercakap.
 
Hassan Ali ni memang pakar motivasi, rugi kerajaan tak lantik dia jadi menteri awal2 lagi. Cuma dia kena akur, kasirma dan aura DSAI lebih manthop dari dia, jadi berilah DSAI laluan... nanti bila ajalnya sampai orang lain take overlah. Janganlah awal2 lagi kata orang tu tak betul/tak layak kalau jadi PM nanti begitu dan begini.

TG Hadi pun layak jadi PM yang penting sekarang menangkan Pakatan, kemudian baru cerita sapa nak jadi PM. Ni belum apa2 dah kecoh, macam ada agenda nak porak perandakan pakatan pulak. Mungkin saya ni bersangka buruk, tapi sangkaan tu datang dari rentetan bukti2 yang nyata.

Kita dilarang sangka buruk ke atas sesorang yang zahirnya baik, tapi kalau zahirnya dah zalim apakah patut kita sangka baik?

Sedangkan yahudi dan nasrani pun ramai yang baik zahirnya tapi Allah suruh kita berhati2 dengan mereka kerana mereka itu musuh Allah. Nak bersangka baik pun agak2lah kan, biar bertempat. jangan sangka buruk kepada orang baik tapi bersangka baik pula kepada orang zalim/fasik.

Wallahuaklam....
Ummu Waheedah

Read more...

Tuesday, January 10, 2012

Rahsia Duduk Bersimpuh.

Kesimpulannya ?

Read more...

Harga Murah, Kualiti Berlendir.


Ahad lepas sempat menziarah sebuah kedai Agro di MAEPS berhampiran Mardi Serdang kerana tertarik dengan satu banner pembukaan Agro Hypermart.

Semasa sampai di sana pukul 9.00 pagi ada sebuah kedai yang diistilahkan sebagai pasar borong Agro ala-ala mungkin 1Malaysia shop kot. Agro Hypermart belum buka tunggu pak menteri mari rasmi pukul 10.30 pagi.

Ada sebahagian barang boleh katakan murah. Setelah membelek-belek, yang berkualiti dan segar harga tetap mahal. Ikan dan ayam harga boleh dikatakan murah di sini tetapi kualitinya agak menyedihkan.

Ayam RM4.50/kg berlendir seperti ayam lama, ikan-ikan pula kulit dah berkedut lembik serta agak menyedihkan. Bawang-bawang yang ditawarkan murah juga lembik dan busuk.

Namun bagi setengah-setengah orang kelihatan membeli sakan yang berharga murah. Mungkin ini yang termampu untuk di bawa balik untuk makan keluarga di rumah. Agak menyedihkan.

Ada seorang pakcik membelek bawang yang berkualiti baik berharga lebih mahal kemudian menukarnya semula dengan bawang lelong yang berair dan lembik.

Apakah kehidupan ini semakin menghimpit begitu sekali?
Apakah keadilan hanya untuk monopoli dan permainan bagi yang berkuasa?

Ya, Allah! Bantulah kami menegakkan keadilan di bumi ini.

Wassalam.

Read more...

Perlukah Ada Simpati Pada Saiful?

"Persoalannya, apa motif beliau bertemu mereka?. Saya risau Saiful akan diancam dan bakal menjadi seperti Altantunya Shaariibuu sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Rakyat perlu tahu motif sebenar, sedangkan Saiful ternyata tidak diliwat oleh sesiapa", kata Dato' Fauzi ketika dihubungi krew PDO siang tadi.

"Kenapa mereka tidak halang Saiful ketika itu?. Kenapa biarkan anak muda itu membuat laporan palsu tentang kes ini?" kata beliau lagi.


Perlukah ada simpati kepada manusia sebegini?
Sendiri buat sendiri tanggunglah, mengapa pula kita perlu gusar akan keselamatan dirinya. Dia sendiri dengan rela menempah Keranda dan korek lubang kubur, biarlah dia terjun ke sana.

Hatta kalau dia nak terjun bangunan tinggi sekalipun mampuih pi kat dialah. Itu antara dia dengan tuhan. Dosa dia memfitnah sesama manusia lagu mana pula?

Tak perlulah nak berbicara soal budak ni, lebih baik serahkan kepada urusan di Mashyar nanti. Biarlah Allah Hakim MAHA Adil yang tentukan. Lagipun budak ni dah bersumpah laknat kononnya, maka biarlah Allah sahaja yang melaknat beliau.

Nauzubillah....

Read more...

Sunday, January 8, 2012

Kau Di Pecat Jua



Akhirnya kau pergi jua...!!!!

Borang umno sudah tersedia, boleh isi borang dan tunggu PM Najib Rosmah pulang dari Afrika untuk majlis rasmi penyerahan borang. Selamat jalan buat Hasan anak Ali.

Kepada PAS jadikan ini sebagai pengajaran, lain kali nak angkat naik sebagai seorang pemimpin biarlah dari peringkat bawahan, jangan kerana ada nama dan publisiti sikit masuk PAS dan terus diberi pangkat.

Read more...

Saturday, January 7, 2012

Pekida Perkumpulan Gangsterisme Melayu.

Tengok muka pun dah macam samseng.

Dan dan tu juga depa ada Program Qiamullail di Masjid Wilayah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Dah tu pula siap bagi AMARAN. Kesian sungguh dengan barua-barua umno ni, dalam dok amal mungkar nahi makruf depa pun nak qiamullail.

Takpa biaq pi kat depa la... mungkin dah toubuat kot nak kembali ke pangkal jalan, Alhamdulillah di ucapkan. Dalam pada itu terfikir juga;

1) Mengapa depa pilih tarikh yang sama.
2) Pasai apa depa gatai burit bagi amaran supaya penyokong 901 jangan buat onar.
3) Kalau dah ramai sangat pi qiamullail, siapa yang nak jaga disko dan pub.
4) Siapa yang nak tarik kereta yang dalam senarai blacklist bank.

Kemusyikilan tetap terpahat dengan agenda Pekida ni, umumnya tahu bahawa perkumpulan Pekida kebanyakannya adalah budak2 tak cukup akal yang berlagak samseng.

Tiba-tiba dok tak dok nak berqiamullail?

Biar betik wahai ayahanda, abang long, kak long, makbonda sekalian.

Cuma nak peringat saja kepada ahli pekida yang nak berqiamullail pada 8hb Januari 2011 nanti. Sesudah selesai majlis qiamullail toksahlah sarung balik rantai emas kaaa... rantai perak kaaa... gelang tangan sebesaq sauh kapal kaaa... dok pi jadi bouncer disko, kelab malam dan pub kaaa... toksah dok tonggang arak lagi dan angkut Gro tala belakang tiang.

Bukan apa hanya sekadar nasihat saja, kot lepaih ni taubuat hangpa Allah reject terus. Walau apa pun Allah jua yang MAHA Mengetahui niat hangpa pada hari tersebut.

Salam Qiamullail buat hangpa semua harap kembali ke pangkal jalan. Aminnnnn.....????????????

Read more...

Friday, January 6, 2012

Sihir Dalam Masyarakat Melayu.

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.

Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

Read more...

Thursday, January 5, 2012

Ibrahim Ali Katak Beracun.

Nak tergelak dengan wayang hampas Raja Segala Katak SeMalaya ini.

Sebelum perhimpunan Bersih 2.0 kedengaran bak gegak gempita halilintar membelah bumi cabaran dari Raja Katak Pasir Mas ini.

Kesudahannya beliau sendiri tak nampak batang hidung, hanya mengharapkan anak-anak buahnya bermain kejar-mengejar ditepian tasik titiwangsa sambil berilooonnnn cak... ilooooonnnn cak sesama mereka. Manakala Presiden mereka sedang sedap balun celah kangkang bini di rumah.

Hari ini Presiden Perkasa yang jantungnya sendiri masih tak berapa nak elok, tetap berdegar lagi kokoknya. Entah apa yang dimerapukannya, masih bising sama seperti ritual habitat asalnya apabila awan mendung dengan halilintar sabung menyabung mengharapkan hujan turun.

Akhirnya sejarah bakal berulang, hujan sudah turun Raja Katak yang kuat melolong ini akan melekat di celah kangkang bininya sekali lagi. Akibat malu maka tidak keluarlah ianya dari rumah sehingga ada pengikutnya hendak buat solat ghaib memikirkan mungkin Presiden mereka sudah mati di ranjang.


Inilah muka melayu talam berlapis-lapis kerana terlebihnya aura "Ultra Kemelayuannya". Memekak berdegar2, sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Seeloknya dilenyek dengan tayar lori tangki minyak petronas hingga penyek dan campak bangkainya dalam longkang.

Katak seperti ini wajib disumbat ke dalam Internal Security Act kerana selalu menimbulkan kekecohan, kekeliruan, provokasi terlampau, bermain dengan isu perkauman dan suka ugut mengugut.

Katak yang berjawatan Presiden Perkasa ini hanyalah sejenis Parasit Bahaya yang berada dalam kelompok Rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Wajib dihapuskan secara total, sila telefon 1-300-200-300-100 bahagian pemusnah katak-katak 1Malaysia.

Read more...

Jahatnya UMNO Selangor

Kenapa jahat sangat parti umno selangor, kerajaan negeri selangor sedang mencuba buat yang terbaik untuk rakyat. Mengapa pula hendak disabotaj perkhidmatan yang diberikan.

Justeru itu..., kepada ahli2 umno selangor fikirkanlah kebaikkan kepada rakyat daripada memperjuangkan niat busuk umno selangor yang terdesak untuk merampas negeri selangor.

Inilah yang dikatakan, Melayu yang membunuh Melayu.

Jadi apakah yang diperjuangkan oleh umno selama ini?

Penyangak Selangor.
Sumber beritanya di sini.

Read more...

Wednesday, January 4, 2012

Celakalah Umno/Barisan Nasional, Cakap Tak Serupa Bikin.


Kerajaan Malaysia mengatakan tidak boleh berpolitik di sekolah.

Jangan pergunakan murid sekolah atau pelajar untuk tujuan politik.

Dan pelbagai lagi.

Dengan gambar di atas itu, apakah tangapan anda semua dengan Amaran dari pihak Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada umno/barisan nasional.

Read more...

Barisan Nasional Anti Demokrasi.

Jenis dan jumlah projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

Langkah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan semua projek pembanguan Pulau Pinang kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (PPNP) adalah bercanggah dengan konsep demokrasi persekutuan-negeri, kata Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan semua projek pembangunan negeri melalui Pejabat Daerah negeri demi kepentingan rakyat.

“Bukan sahaja PR (Pakatan Rakyat) telah menangi majoriti dua per tiga dengan 29 daripada 40 buah kerusi negeri. Malah, (PR) juga menang 11 daripada 13 buah kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

“Jelas sekali wang sumbangan oleh Pulau Pinang dalam bentuk cukai pendapatan dan kastam tidak diberikan balik kepada rakyat Pulau Pinang.
“Sebaliknya, semua wang sumbangan dikuasai penuh oleh BN sungguhpun (kerajaan negeri era BN) telahpun ditolak peringkat negeri dan Parlimen oleh rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau.
Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri berhak mendapat projek pembangunan negeri secara adil memandangkan cukai yang dikutip dari rakyat di negeri berkenaan diserahkan kepada kerajaan pusat saban tahun.

Dilaporkan, kerajaan pusat menyalurkan RM231.08 juta kepada PPNP yang dikuasai oleh BN pada tahun 2008.

Dari tahun 2001 hingga 2008, kerajaan pusat menyerahkan RM794 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga diteraju oleh BN.

“Jelas BN tidak menghormati keputusan demokrasi rakyat Pulau Pinang dan menjalankan diskriminasi kewangan sedemikian,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Dari Mac 2008 sehingga 15 November 2011, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan 2822 projek bernilai RM231.08 juta.

Justeru, beliau melahirkan rasa kecewa dengan layanan pentadbiran Najib ke atas seluruh rakyat di negeri berkenaan.

Sumber: Nota Merah.

Read more...

Kenyataan Seorang Ibu Ayam.


“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.  sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. - Metro

Emak Amalina ini serupa dengan Emak Fasha Sandha, kedua-duanya jenis sengaja menjahilkan diri dalam pengetahuan agama. Dulu anaknya elok bertudung dibelikannya pakaian yang membogelkan anaknya.

Kenyataan dari seorang Ibu yang berjawatan sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2 ini sungguh menyedihkan dan memperlihatkan kebodohan Agama Islamnya kepada umum.

Dunia semakin hampir kiamat beginilah jadinya. Bukankah lebih elok jika ibu sebegini jual/lacurkan anaknya di UK, banyak pendapatan yang boleh diraih dan bertambah glamour.

Ibu sebegini tidak boleh jadi contoh Ibu Mithali.... hanya lebih layak menjadi Ibu Ayam sahaja.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP