UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, April 20, 2009

Wang Kutipan Zakat Berjuta, Tapi Masih Ada Yang Fakir Miskin!!! - malaysiakini

Lembaga Zakat Selangor menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.83 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Klik sini

Penyerahan zakat perniagaan itu adalah berdasarkan bilangan pendeposit institusi berkenaan di Selangor. Secara keseluruhan, Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM33.4 juta pada tahun kewangan 2008 di Malaysia berbanding RM31.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya. - Bernama.

Ini baru terima zakat dari Bank Rakyat, bagaimana pula dari syarikat dan individu yang lain. Difahamkan kutipan zakat setiap tahun jumlahnya ratusan juta, yang hairan binti ajaib ialah kemana wang ini semua dibelanjakan dan taraf kemiskinan dalam setiap negeri masih tinggi.

Sepatutnya wang zakat digunakan khusus untuk membantu rakyat yang memerlukan, bukannya digunakan untuk membayar gaji pekerja Lembaga Zakat dan pelaburan lain-lain..., samalah juga dengan Lembaga Tabung Haji, banyak perkara yang tak betul dalam pengurusan agensi yang melibatkan Islam.

UdangLipan: Harapkan kopiah dan serban besaq ataih kepala saja, hati dan perangai tak melambangkan Islam pun...., duit orang pun depa gabuih.... jika wang kutipan zakat diagihkan dengan betui maka takda lagi orang Islam yang merempat dalam Malaysia ni....

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Demi Bodek Rosmah, Membazir Pun Takpa....

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau. Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rosmah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00. Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri .

".... bagaimana dengan iklan di akhbar lain? "Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan," katanya yang juga dikenali sebagai 'Chegubard'.

Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar yang sama pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat 'banner' ucapan dan sambutan. Harakahdaily.-

Read more...

Monday, April 13, 2009

Umno Lahirkan Produk Haram ~ malaysiakini

Tergelak cheq sorang-sorang bila terbaca pasai perebutan jawatan MB dan pengerusi perhubungan umno Peghelih. Sejak lepaih mengundi hari tu sampai la ni depa tak habih-habih lagi mempertikaikan perkara tersebut.

Tapi puashati jugak la..., pasai orang umno sendiri mengaku depa suka mengeluarkan produk haram, macam yang dok ada di Perak tu, macam yang terjadi dalam Pemilihan Agung Umno dan banyak lagilah.

"Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, kata ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh.Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu
harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut."

Ni depa dok kata MB Peghelih pulak salah satu dari produk haram kilang depa sendiri. Hampa baca la kat sini. Klik Malaysiakini.

Read more...

Siapa Dalang Bunuh Altantuya ~ malaysiakini

Merujuk tajuk diatas tu, jawapannya ialah Hantu Raya… pasai di negara ini saja ada gelaran Hantu Raya, negara lain mana ada? Walaupun ada desus-desus dan ramai yang dok bercerita keterlibatan Hantu Kopek, tapi semuanya tu hanya percakapan tanpa bukti.

Yang paling cheq pelik sekali ialah, perjalanan perbicaraan Mahkamah Hantu ni, sepatutnya tugas mahkamah mendedahkan kebenaran, tetapi mahkamah hantu-hantu ni pulak semacam menyembunyikan sesuatu, banyak saksi-saksi pendakwaan tidak dibenarkan memberi keterangan. Banyak perkara yang dikaitkan dihalang untuk dibawa ke mahkamah.

Dan mahkamah hantu ini juga membenarkan hantu UTK yang didakwa membunuh, menutup wajah mereka yang hodoh tu (biasalah wajah hantu mana ada yang cun) seperti hantu jepun (hantu ninja), dan timbul pula spekulasi, betul ke disebalik rupa hantu yang hodoh tu sebenarnya bukan hantu yang membunuh Altantuya, tetapi hantu yang menunggu masa nak kena gantung jer… wallahualam… hanya geng hantu saja yang tau.

Lagipun, sepanjang kes ni dibicarakan perasan tak? Hantu-hantu ni takdak ahli keluarga ka? Mak Bapak hantu-hantu tu tak sedih ka anak depa dituduh membunuh, ahli keluarga yang lain mana? Depa asal dari hutan kampung mana? Sapa kawan-kawan depa sebelum ini, mungkin pihak media boleh pi interbiu serba sedikit pasai kelakuan depa ni masa zaman sekolah dulu ka? atau sebelum masuk jadi polis?

Ini dok tunjuk muka tunang hantu yang sekoq tu adalah, tapi tengok dari reaksi tunang dia macam cool saja, entah-entah yang tu pun hantu juga yang menyamar jadi tunang hantu tu, dan jangan terlepas pandang dalam laporan soal siasat yang didedahkan ada menyebut seekor hantu betina memandu kereta merah ke Bukit Aman, siapa hantu betina tu…

Kita pedulikan sajalah kisah hantu tu nak bertukaq jadi kambing hitam ka? ulaq hitam ka? atau Panglima Hitam sekalipun. Yang penting sekali dua ekoq hantu tu kompom kena gantung dan kes ditutup. Sedangkan bos hantu terlepas macam tu saja.

La ni apa kata kalau rakyat sekalian mendesak kerajaan untuk memperlihatkan wajah-wajah hantu tersebut macam yang pernah dibuat dulu masa pameran hantu di Muzium Shah Alam. Lepaih depa kena gantung sebelum dikapan dan dikuburkan pertontonkan lagi wajah tersebut kepada orang ramai untuk pengesahan.

Mana nak pi tau, kot kot yang membunuh hantu lain, yang digantung hantu lain pulak, ini mesti cheq terlebih baca buku dan tonton filem berunsurkan aksi dan risikan, bilamana agen risikan selalunya ditukar dan diberi identiti baru.

Hantu yang bernama Musa Safri tu lagu mana cerita pulak, senyap saja… sedangkan nama dia pun disebut juga… ish… tak paham sungguh la dengan mahkamah hantu ni. Kompius cheq dibuatnya…. bala…. bala… memang bala petaka negara ni.

Read more...

Sunday, April 12, 2009

Pengalaman Seorang Isteri Apabila Suaminya Kena Serangan Jantung - malaysiakini

Ini adalah kisah nyata dari Indonesia. PENGALAMAN PERIBADI yang mungkin akan menjadi hikmah dan pelajaran bagi kita semua.

29 april 2006 : Malam kira jam 2100 setelah makan malam, suamiku merasa tidak enak badan masuk angin di sekitar perut dan punggung seperti terasa ditusuk2, rahang terasa agak kaku, mulut agak asam, minta dibikinkan air jahe hangat, minum lalu tidur.

30 april 2006: Bangun pagi sholat subuh dan bilang badannya udah enakan mau ke kantor, malam hari di jam yang sama seperti sebelumnya merasakan hal yang sama kembali seperti malam sebelumnya, dibikinkan jahe hangat kembali dan dipaksa tidur. Tengah malam sekitar pukul 0100 dinihari, keluar keringat banyak dibadan, yang ada dibenak saya dan suami mungkin angin sudah keluar, makanya badan enakan.

1 Mei 2006: PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN KELUARGA KAMI.
Rutin seperti biasa, ke kantor masih telepon siang hari, seperti biasa kerana tidak mendapat parkir di BEJ maka mobil diparkir di CAFE BENGKEL SEMANGGI dengan jarak 1 km dari BEJ.
Sore jam 1630 pulang kantor jalan kaki menuju parkir, sepanjang jalan suamiku merasa kaki tak dapat dilangkahkan, leher terasa semakin kaku, keringat dingin bercucuran, dingin dan lemas sekali seperti tak bisa bernafas, beliau berusaha mencapai tempat parkir dan berhasil masuk kedalam mobil (tidak sempat menghidupkan mobil, kacatertutup semua lampu hijet dinyalakan pintu tidak dirapatkan) dan sempatmenghubungi saya untuk mengatakan "bunda, cepat kemari ayah tidak kuat lagi"! (Suami ku jenis orang yang tidak pernah mengeluh, tidak ingin merepotkan orang, sangat mandiri kerana perantau dan biasa hidup susah).

Saya merasa pasti sesuatu terjadi kerana kenal betul sifatbeliau. Saya membutuhkan waktu kira-kira setengah jam sampai di tempat kejadian yang saya temukan beliau sudah hampir hilang kesadaran baju basah kuyup seperti berendam dikolam air, muka pucat bagai mayat, saya berteriak minta pertolongan, yang kebetulan saat itu banyak supir-supir sedang bersiap jemput majikannya. Ramai yang berlari memberikan bantuan, bahkan security membuatkan teh panas manis, dan memaksa suami saya untuk minum.

Fikiran saya bekerja saya butuh pertolongan orang yang ahli, saya telepon sabahat kami seorang dokter di JBE, saya ceritakan kronologis kejadian beliau memandu saya untuk menusuk ujung jari suami dengan benda tajam apapun (waktu itu kuku jari tangan saya) supaya suami saya terkejut dan membuat kesedaran, jika tidak ajak bicara terus dan segera bawa ke rumah sakit terdekat. Pilihan cuma ada dua Rumah Sakit PusatPertamina (RSPP) atau Rumah Sakit Jantung Harapan Kita (RSJHK). Minta lakukan ECG, check darah itu yang harus saya lakukan segera.

Pilihan saya ke RSJHK kerana arah ke Selatan sesak. Sepanjang perjalanan saya mengajak bicara terus, mengendorkan ikatan tali pinggang, kami sampai di rumah sakit kebetulan brankar sedang kosong , jadi saya dibantu securiti rumah sakit tersebut mendorong ke UGD dengan kerusi roda. Sampai di UGD suasana hiruk pikuk dan kebetulan hari itu UGD sangat penuh. Suami saya ditolak kerana dilihat masih dapat duduk di kerusi roda, dianjurkan untuk ke poli umum saja. Saya mengikuti saran ahli medik. Saya hantar suami ke poli umumnya dan sudah tutup, rasanya sakit seperti tidak diperdulikan.

Tapi Allah itu maha penyayang, CAMPUR TANGAN ALLAH mulai tampak nyata dihadapan saya. Seorang dokter sudah Senior tiba-tiba ada di hadapan saya (sepertinya selesai praktek) beliau tanya ada apa? saya ceritakan apa yang terjadi. Beliau mengajak saya kesebuah ruangan praktek dan mulai melakukan pemeriksaan lengkap. Muka beliau sangat terkejut begitu membaca hasil ECG. Dunia bagai kiamat waktu beliau mengatakan "Suami Ibu terkena Serangan Jantung Koroner"! harus segera penanganan intensif. Saya mengatakan UGD penuh, beliau katakan TIDAK ADA PILIHAN LAIN HARUS KE UGD SEKARANG JUGA.

Beliau membuat REKOMENDASI URGENT, katakan saja dari DR.AULIA SANI (ternyata beliau mantan direktur RSJHK). Yang tadinya kami ditolak kemudian diterima di UGD walau harus dirawat di kamar yang betul-betul penuh hari itu. Disitu melihat orang datang dengan keadaan sudah meninggal karena terlambat sampai di RS, saat di UGD tidak pernah satu tenaga medik yang menanyakan jaminan apapun kepada saya (Ternyata ITULAH MOTO RS tersebut, Tindakan Dahulu, Wang baru Nombor berikutnya) Dokter Aulia turun tangan langsung, didampingi Dokter Robert dokter jaga UGD saat itu, suamiku di tangani seksama. 1 jam berikutnya aku dipanggil keruangan dokter. Disana sudah ada Doktor Aulia & Doktor Robert, beliau menjelaskan kondisi suamiku yang sebenarnya. Dan mereka bertanya apa yang terjadi 1 minggu kebelakangan sebelum suamiku kena serangan jantung hari ini.

Aku cerita rangkaian kejadian, beberapa malam yang kami kira masuk angin. Beliau katakan PADA MALAM ITU SEBENARNYA JANTUNG SUDAH TERKENA SERANGAN WALAUPUN RITMA KECIL, TAPI SUDAH ADA BEBERAPA KOMPONEN JANTUNG YANG MELEMAH. Hingga saat serangan dahsyat datang langsung menganggu dan ROSAK. Rupanya itu belum selesai. Dokter minta saya banyak berdoa. Kerana dalam masa 3 jam berikutnya adalah MASA PENENTUAN. Kerana akan datang serangan KEDUA yang maha DAHSYAT sementara akibat dari serangan pertama. Ada pembuluh yang rosak, biasanya orang jarang selamat kerana faktor TIDAK MENGERTI DAN TIDAK DITANGANI DENGAN CEPAT.

Mereka mengatakan FUNGSI JANTUNG suamiku untuk sementara diganti dengan MESIN PACU JANTUNG. Mudahan ini dapat membantu bertahan (waktu serangan pertama, dada belum terasa sakit). Kira-lira jam 2100 suamiku mengalami Serangan Jantung Kedua yang membuat denyut jantung berkisar 40 bit seminit (padahal normal 70 bit seminit) jam 11.00 suamiku langsung di masukan ke ICU kerana kondisi kritikal, dada sakit hebat sesak tidak dapat bernafas (pada saat itu aku hanya bisa menangis, bingung sendiri) Allah banyak membantu kami. Aku banyak bertemu orang yang senasib sepertiku yang mereka sudah ada di RS tersebut berbulan lamanya.

Aku bertemu doktor-doktor hebat yang baik hati dan banyak memberi pertolongan penjelasan yang mudah aku mengerti. Dorongan dan sokongan dari semua teman keluarga dan sahabat dari luar daerah dan luar negeri yangmembuat aku berkata "AKU HARUS KUAT, SUAMI MEMBUTUHKAN AKU & ANAK-ANAK BUTUH AKU ". Pasangan hidupku terbaring dalam 20 hari di ICU dengan keadaan semakin drop, sementara doktor benar-benar mempersiapkan tindakan yang paling tepat.

Hari ke 20 dipersiapkan Katerisasi dipimpin Dr.Kaligis (tindakan medik mengalirkan cairan putih (kontras) ke dalam semua pembuluh jantung untuk mencari dimanakah sumber penyumbatan akibat KOLESTEROL dan pembalonan di lokasi penyumbatan diiringi pemasangan STAND/RING sesuai panjang sumbatan. (Tindakan seperti ini sangat MAHAL) hingga bila terjadi penyumbatan lebih dari tiga buah, doktor menganjurkan untuk BY PASS yang kesempatannya fifty-fifty (harga RECOVERY sebuah jantung sakit itu sama dengan harga sebuah rumah atau mobil mewah).

SAYANGILAH JANTUNG ANDA. Tapi itu belum seberapa, pasangan hidup kita akan memulai masa penyembuhan dengan banyak memerlukan perhatian makanan, kasih sayang yang lebih banyak dari semula, kesabaran yang tak TERHINGGA. Kerana mereka mulai sehat dengan proses kepercayaan diri yang hilang dan sifat yang berubah 180 darjah, sangat sensitif dan mudah tersinggung. Itu semua PROSES yang kita sebagai pasangan hidup tidak pernah tahu kapan berakhirnya. Anggap itu semua sebagai satu IBADAH.

SARANANKU, HINDARI MAKANAN PADANG kerana 75% pesakit jantung pengemar masakan Padang. Sekali-sekali cubalah datang ke RSJHK disana terlihat pesakit jantung koroneri mulai di usia 25 tahun. Apabila berumur 30 tahun kita sudah terkena risiko pengentalan darah. Perempuan jika masih haid terlindung dari penyakit jantung karena memiliki HORMON. Jika di masa subur wanita terkena sakit jantung, itu adalah cacat bawaan seperti kebocoran KATUP & KLEP.

DIANJURKAN berjalan kaki pagi hari sejauh tiga kilometer atau berenang. Hindari olahraga yang menguras tenaga, olah raga yang menguras tenaga memacu ADRENALIN, makan banyak SAYURAN dan BUAHAN untuk menghancurkan KOLESTEROL jahat ditubuh kita. Hindari Rokok walaupun Pasif. Mulailah Hidup Sehat sebelum terlambat. Kerana keluarga masih membutuhkan kita. Insya'allah berguna dan bermanfaat.

Serangan Jantung dan kebiasaan Minum Air Panas/hangat.
Artikel ini berguna untuk semua. Bukan saja anjuran meminum air panas selepas makan, tetapi berhubungan dengan SERANGAN JANTUNG!!!! Secara logik, mungkin ada kebenarannya.

Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan dan bukannya air ais. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru kebiasaan minum air panas/hangat sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa malah akan mendapat faedah dari kebiasaan ini. Kepada sesiapa yang suka minum air ais, artikel ini sesuai untuk anda baca.

Memang enak dan segar minum air AIS selepas makan, tetapi akan berakibat fatal!! Walau bagaimanapun, Air AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai PENYAKIT. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/hangat selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda perlu tahu bahawa tanda-tanda serangan jantung akan mulai terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berkeringat adalah tanda-tanda pada umumnya. Malah 60% pengidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Bacaan ini juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi!!!!

Labels: , dipetik dari blog: ferdirn.blogspot.com

Cheq: Khidmat Komuniti....

Read more...

Imam Masjid Simpang "You're Fired"

Jam 10.40 malam tadi ketika pulang dari surau, saya menerima panggilan dari sahabat saya, tuan Imam masjid Simpang yang digemparkan hari tu…saya menyangka nak bincang tugas yang saya dan beliau ditugaskan bersama minggu depan…rupanya ada cerita baru.. “ peristiwa hari tu berulang lagi” katanya memulakan bual.

Apa pulak saya memancing cerita lanjut’… “Ana jemput DS NIzar jadi Imam jumaat hari ni. Ana Khutbah tajuk ayat yang DS tak sempat nak tazkirah.” Katanya bersungguh…” Tahniah” itu yang mampu saya menambah.Beliau menceritakan apa yang berlaku antara beliau dan DS Nizar. “Ds Nizar teragak agak untuk menjadi imam kerana tak mahu sesuatu yang tak baik.” Ana kata tak kisah…. Ana bukan makan gaji dengan umNO katanya penuh semangat” saya memang kenal semangat yang ada padanya…paling kurang pun gear tiga juga..itu yang saya tahu sepanjang hampir lima tahun mengenalinya.

Kerana kecenderungan dan minat serta ideology yang serupa, kami boleh menjadi sahabat baik.Tadi pukul tiga petang lebih kurang pengerusi masjid telefon ana. Katanya dia serba salah nak cakap tetapi mendapat arahan atasan.. penaung masjid..Datuk Kadri si songkok tinggi berbaju putih yang tak bagi DS Nizar tazkirah malam tu… katanya “ANA DIPECAT”… beliau menyambung cerita…

Klik sini Anak Sengat.

Cheq: Kesian sungguh kat Imam ni, kalau bangkang saja habih la.... bila la umno ni nak sedaq diri....

Read more...

Saturday, April 11, 2009

CheDet Yang Gila Kuasa - malaysiakini

Lama sunggug cheq tak menulis, sibuk sangat… sampai perkembangan politik pun terbabas tak sempat nak ambik tau… dan terlepas perkembangan Pilihanraya Kecil Dua Bukit nan Sebatang tu… harapkan surathabaq sajalah…

Bila cheq dapat maklumat melalui surathabaq, rasa nak muntah meloya semua ada aihhh, tapi nak buat lagu mana itu ja sumber yang cheq ada di tengah laut ni… nasib cheq la yang ketinggalan maklumat… ni dah dok ada di darat boleh la cheq lepaihkan geram...

Ni cheq dok tengok Tun Mahathir dok kalut menyibuk dalam kabinet dan pentadbiran Dato Seri Najib ni pasai apa? Awat dia tu baguih sangat ka.. tak puaih lagi ka 22 tahun jadi Pm, sampai orang lain jadi PM pun dia dok menyibuk nak masuk campuq… sudah-sudah la Tun Mahathir ooiii… buat la cara dah tua… pi lah hadap tikaq sembahyang tu.. mintak ampun atas dosa-dosa yang lalu… mai cheq nak peringat sikit kat hang… pasai hang ni mudah lupa…

Pertama sekali, dulu hang selalu tuding jari menuduh Tun Abdullah Badawi gilakan kuasa, tapi hang lupa yang hang tu sampai 22 tahun memerintah tak gila kuasa ka apa tu? Tun PakLah Cuma 5 tahun saja dengan rela hati lepaihkan jawatan, hang tu yang sampai la ni cheq tengok macam orang gila jawatan pulak dah.

Keduanya, hang dok kata Tun PakLah flip flop, dan hang pulak apa kurangnya, kononnya keluaq parti pasai adanya rasuah, lepaih tu masuk balik sedangkan hang tau yang rasuah tu masih lagi dok ada dalam parti hampa tu… kan gila namanya tu. Gila kuasa ka....

Ketiganya, hari tu hang kata cara kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak tak sah, alih-alih bila hang pi bagi ceramah kempen kat Bukit Gantang hang kata sah pulak… hang ni dah nyanyok ka apa??? Kalau dah tua nyanyok baik dok rumah tingkatkan amalan untuk menghadap Ilahi lagi baguih...


Keempatnya, daripada masa Tun PakLah ambik alih jawatan PM sampai la dia dah lepaihkan jawatan pun hang dok hentam dia lagi, pasai apa? Hang ni jenih perut busuk… pendendam tak habih-habih… awat hang ingat hang terrar sangat ka? Sedangkan Tun PakLah jarang sekali nak tibai hang… asyik hang saja dok tibai dia…, awat yang tu pun hang tak perasan ka?

La ni hang tak puaihati lagi ka, anak hang dah dapat jadi Timbalan Menteri, la ni hang dok diam-diam toksah dok menyibuk. Bila cheq tengok hang jadi lagu ni, cheq makin menyampah pulak, lama-lama makin ramai mula menyampah dengan hang pasai hang suka jadi “busybody”. Cukup la dengan porak peranda yang hang dah buat dulu.

Cheq harap, hang bertaubatlah dan Tun Siti Hasmah tolong la nasihatkan orang tua tu… nanti collapse pulak…

Terima kasih… cheq nak pi menyelam pulak…

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP