Tahukah anda bahawa daun parsli kaya dengan vitamin C dan mineral seperti provitamin A, B, E, K, beta kerotena, magnesium, fosforus, besi, sodium, kalium, sulphur dan kalsium.
Parsli juga boleh menyembuhkan penyakit antibarah, melindungi hati dan usus menetang barah, antireumatik, perangsang penghadaman dan buah pinggang, membuang toksin dan batu buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai antioksidan. Selain daun parsli, bijinya juga mampu merangsang kesuburan dan membantu menentang penyakit tumor otak.
Daun parsli bagus dimakan mentah2 kerana boleh mencuci darah, melarutkan mendapan melekit dalam vena, mengekalkan keanjalan pembuluh darah, memudahkan pembuangan batu karang, dan batu dalam buah pinggang, merawat telinga yang kurang pendengaran (pekak) dan jangkitan telinga.
Oh ya.. daun ini juga berguna untuk sistem seksual dan jika dikunyah mentah2 akan menghilangkan bau busuk mulut. So.. mana yang tak sempat nak gosok gigi boleh ler tarik 2 atau 3 helai daun dan kunyah.
Selain itu daun dan akar daun parsli yang ditumbuk lumat boleh merawat kulit kepala yang gatal, bengkak, calar akibat gigitan serangga, lebam, luka atau sakit tergeliat dan jika di tampal pada payudara ia dapat menghentikan susu badan.
Daun parsli yang direndam dengan air panas kemudian diminum boleh merawat angin dalam perut, diuretik, memulihkan otot rahim, mencuci racun dan tubuh badan, melawas haid dan merawat mata merah.
Cara2 untuk membuat air teh parsli;
Ambil 4 atau 5 helai daun parsli dan 1 gelas air panas
* rendamkan daun tersebut dalam air panas selama 10 hingga 15 minit. Kemudian minum seperti biasa.
Peringatan :
Amalan memakan dan meminum daun pasrli ini tidak sesuai untuk kaum ibu2 yang mengandung atau yang sedang menyusukan bayi kerana boleh menyebabkan keguguran berlaku dan susu ibu akan berhenti.
p/s: Banyak khasiat tumbuhan dari pemberian Allah SWT. Kita jer yang kurang tahu. Jika di kaji tafsir atau ayat2 Al Quran, memang banyak terdapat kehebatan dan kegunaan tumbuh2an atau benda2 yang boleh mengubati penyakit seperti contoh buah zaitun, buah tin dan lain2... Hebat sungguh ciptaan-Nya. Alhamdulillah..
2 comments:
daun parsli ni adakah daun ketumbar?.ingin sangat mendapat penjelasan kerana buat masa ini saya terlalu banyak memakan ubat dari hospital.kalaulah daun parsli ini boleh membantu inshaallah saya akan mencuba.
kenapa n3 ini tidak diberikan kredit kepada yang empunya
blog dari kongsibersamanora.blogspot.com??????
Post a Comment