Kisah Ah Jib yang bodoh.
Ah Jib seorang yang kuat berhutang dan menabur janji dengan jiran, suatu hari... sekumpulan penjenayah bersenjata memecah masuk rumah Ah jib. Penjenayah memasuki satu bilik dimana anak-anak, isteri serta ahli keluarga Ah jib berada. Mereka menjerit meminta pertolongan daripada Ah jib. Ah jib yang pada ketika itu berada di bilik sebelah bersama rakan-rakannya iaitu Ah mudin, Ah nuar, Ah Tiang Cuak mendengar jeritan tersebut.
Ah jib dan Ah mudin yang pada ketika itu masing2 memegang sepucuk pistol dan keris terus menggigil ketakutan. Ah mudin terus berkata, " xpe-xpe... jangan risau.... mereka bukan penjenayah... mereka tidak akan memberikan ancaman kepada keluarga kamu... biar aku pergi berunding dengan mereka".
Sementara Ah mudin pergi ke bilik sebelah untuk berunding.... penjenayah tersebut telah membunuh dua orang anak Ah jib!!! Ah mudin berlari kembali semula ke bilik Ah jib. Ah mudin memaklumkan kepada Ah Jib kematian tersebut. Tambah Ah mudin lagi, " takpa..... kau jangan risau... keadaan masih terkawal...". Ah Jib pada ketika itu terus risau beliau akan dipersalahkan oleh bapa mertuanya.
Ah jib terus membuat panggilan kepada jiran beliau bertanyakan siapa yang bersalah membuka pintu rumah beliau hinggakan penjenayah masuk ( tanpa menyedari pada ketika itu, beliau sedang mengenggam kunci rumah ditangan kiri beliau).
Jiran Ah Jib memberitahu, ini mungkin kerja Ah Nuar (jirannya terus membuat tuduhan disebabkan mereka tidak sebulu dengan Ah Nuar) . Ah Jib terus bergaduh dengan Ah Nuar. Ah jib Berkata, " kita akan tubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat siapa yang membenarkan penjenayah tersebut memasuki rumah ini!!!
Pada masa yang sama, penjenayah terbabit menjerit. " Ah jib...!!! sila tunaikan janji kau pada aku!!!" Ah jib terus bertelagah dengan rakan2nya, menuding jari mencari salah siapa hingga penjenayah boleh memasuki rumahnya. membuat perancangan untuk mendakwa di mahkamah, mengupah penyiasat untuk mencari dalang disebalik kejadian tersebut.
Pistol dan keris terus berada di tangan. Sementara itu penjenayah tersebut terus membunuh keluarga Ah Jib. Persoalannya....:
1) Wajarkah tindakan Ah jib bergaduh dengan rakannya semasa penjenayah masih berada dalam rumahnya tanpa menggunakan kuasa dan senjata yang ada untuk membunuh penjenayah tersebut?
2) Ada telurkah Ah Jib?
3) Ada telurkah Ah Mudin?
4) Apa yang sepatutnya Ah jib dan Ah mudin buat dengan pistol dan keris dan pistol ditangan mereka?
5) Layakkah Ah jib menjadi ketua keluarga?
6) Siapa yang membuka pintu rumah?
7) Siapakah Ah Jib dan Ah Mudin?
Selamat mencuba - Jkkk Fan Club
1 comments:
uuuihh teka teki ni kena pnggil csi dtg jwab... aku ni ssah nk teka sbb xpndai... siapa depa yg brnma datas... penin2.. sbb apa xlh jwb... sbb dpt BR1M ckup untk 1thun. kna knci mulut ha ha.. igat aku bodo mcm n****.
Post a Comment