UdangLipan. Powered by Blogger.

Saturday, May 15, 2010

Apalah Dosa Bayi Ini..!!!!

Labels:
Kg Bukit Lancung, Puchong, Selangor - 6 Mei, 2010

Bayi ini sebenarnya dilahirkan cukup sifat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Malangnya, bayi yang masih bertali pusat ini kemudian dipecayai dicampakkan ke dalam Sungai Klang.

Samada bayi ini meninggal dunia sebaik dilahirkan , atau setelah dicampakkan ke dalam sungai, hasil bedah siasat akan menentukannya.

Bagi dua pemancing, satu objek yang mencurigakan, kelihatan terapung di dalam sungai ,lalu mengambil keputusan untuk mengambilnya dan alangkah terkejutnya mereka bahawa objek itu ialah mayat seorang bayi.


Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

Bgaimanapun, lokasi sebenar bayi ini dicampak kemudian hanyut sehingga kawasan Bukit Lancung, masih belum dikenalpasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-389481421 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

source: ondscene

Read more...

Thursday, May 13, 2010

Saiful Bukhari: Kisah Hidup Saya (Karangan)

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bahasa Malaysia (Karangan)
Masa : 2 jam
Soalan :

Sila ceritakan biodata diri anda dan keluarga. Karangan mestilah tidak kurang 1000 patah perkataan. Selitkan dengan gambar bagi menguatkan hujah dan isi karangan. Ingat, jangan meniru. Allah tak suka. Selamat menjawab. (100 markah)

Tajuk Karangan Saya : ISTIMEWANYA SAYA DI MATA MEREKA.

Saya Saiful Bukhari. Ditakdirkan oleh Allah SWT saya dilahirkan dalam keadaan yang istimewa. Apa yang insan lain tidak ada, tetapi saya ada. Saya boleh menahan berak selama 2 hari, saya juga boleh solat jumaat tanpa mandi junub dengan betul.

Selain daripada itu, saya juga menjadi perbualan sekian warga negara Malaysia (mungkin juga negara luar), samada di kedai makan, di hadapan televisyen, di dalam Dewan Rakyat, dalam ceramah-ceramah parti pembangkang, di dalam kempen2 pilihanraya kecil sehinggalah di dalam laman web sosial facebook.

Lihatlah betapa istimewanya saya di mata mereka. Saya juga merupakan bekas pimpinan pelajar di Uniten, mendapat cgpa yang cukup-cukup 'memberangsangkan', maka tidak hairan jika saya layak memohon pinjaman Mara dengan kelulusannya diperolehi dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri (kini dah jadi PM).

Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang Pilot. Saya yakin keputusan cemerlang yang saya perolehi semasa di Uniten melayakkan saya menjadi seorang Pilot. Kamu semua cemburu bukan? Jangan begitu teman-teman.

Rezeki itu datangnya dari Allah. Pohonlah dengan seikhlas hati padanya. Jika keikhlasan itu anda panjatkan kepada Allah Azzawajalla, sudah pasti tanda keimanan itu akan terpapar di raut wajahmu.

Lihat wajah saya. Bukankah anda semua dapat melihatnya? Dahi saya hitam bukan. Itu hasil dari keikhlasan saya kepada Allah SWT. Ameen ya Rob.

Baiklah, ayuh saya perkenalkan kepada anda semua mereka-mereka yang menjadikan saya berjaya sehingga ke tahap ini.

Ini ayah angkat saya (gambar). Ketika saya ditimpa musibah, saat maruah saya di cabul, punggung saya dirobek, kepada beliaulah tempat saya mengadu.

Butir-butir nasihat yang keluar dari bibir merahnya cukup-cukup menenangkan hati saya. Terima kasih Datuk Seri Najib. Rahmat Allah untuk kamu.


Hari Ibu baru sahaja berlalu. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau merupakan ibu angkat saya. Seorang yang komited dengan kerja.

Juga merupakan zaujah/ isteri kepada DS Najib. Mereka pasangan bahagia walaupun pelbagai kata nista dilemparkan. DS Najib digelar Mat Monggol, terlibat dengan skandal pembelian kapal selam tak boleh menyelam, skandal pembunuhan Aminah Abdullah aka Altantuya, dan skandal-skandal yang lain. Saya yakin ia fitnah dari pihak yang suka memfitnah.

DS Rosmah pula digelar Bik Mama. Yang lebih teruk lagi diberi gelaran Perempuan Puaka. Ish ish ish. Saya sedih apabila ibu dan ayah angkat saya diperlakukan sedemikian rupa.

DS Rosmah juga difitnah melihat sendiri saat Altantuya diletupkan dengan C4, dituduh queen control, dituduh menghabiskan berjuta wang rakyat ketika membeli belah di luar negara serta lain-lain tuduhan yang tidak berasas.

Alhamdulillah, DS Rosmah tidak melayan gosip-gosip yang dilemparkan ke atas batang tubuh comelnya. Beliau steady, dan layan karaoke.



Ini pula Ayah Angkat saya yang kedua. Sepertimana yang anda sedia maklum, Tan Sri Musa Hasan merupakan ketua polis yang cukup baik. Saat beliau memegang kepimpinan tertinggi PDRM, prestasinya cukup memberangsangkan.

Pandangan masyarakat cukup-cukup tinggi kepada PDRM. Musa Hasan dianggap idola anak muda. Semua bercita-cita ingin menjadi polis. Alhamdulillah. Saya juga menyimpan hasrat menjadi Polis. Ingin berbakti kepada masyarakat.

Namun perjuangan saya belum selesai. Saya akan lawan sehingga ke lubang dubur yang terakhir. Namun dalam kecemerlangan yang dibawa, ada juga bunyi-bunyi yang tidak baik dihamburkan kepada Tan Sri Musa Hasan.

Apalah sangat. Biasa la kes jenayah meningkat, rogol menjadi-jadi, sumbang mahram bermaharajelela, Mat Rempit bertambah setiap hari, buang bayi di merata-rata tempat serta gejala ragut meningkat dengan drastik.

Namun ujian yang cukup dahsyat bagi Tan Sri Musa Hasan ialah dituduh Pro Kerajaan Barisan Nasional, dituduh memalsukan bukti kes DS Anwar Ibrahim yang pertama, dituduh menerima sogokan RM 5 juta bagi melepaskan cukong, dituduh penyebab kematian Aminulrasyid, dituduh anti Pembangkang, dituduh memberi arahan supaya FRU membelasah pembangkang ketika mengadakan demontrasi aman dan pelbagai lagi tuduhan.

Semua ini tidak berasas sama sekali. Ayah angkat saya yang ini cukup warak. Anak Ulamak. Adiknya pun dikenali ramai di dalam bidang lakonan. Kenapa mahu menjatuhkan insan yang cukup-cukup mulia ini? Anda kejam.

Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada TS Musa Hasan kerana sudi melayan panggilan telefon daripada saya ketika saya berada di dalam kesusahan, ketika buntut saya terasa pedih, ketika saya memerlukan keasih sayang seorang bapa.

Dan terima kasih juga kepada DS Najib kerana memperdengarkan kepada saya no telefon Tan Sri Musa Hasan. Saya akan simpan nombor ini sehingga mati. Biar ia menjadi saksi perjuangan ikhlas seorang anak muda dan juga seorang ketua polis negara. Allahuakhbar!



Ini Senator Ezam. Dahulu beliau Ketua AMK. Lantang orangnya apabila berbicara. Hujahnya bernas. Pejuang keadilan. Pejuang kotak. Juga pejuang yang merentas arus menentang gejala rasuah dengan GERAK.

Beliau Abang Angkat saya. Ketika saya masih menahan pedih di bahagian dubur akibat ditusuk senjata 'tajam', beliaulah yang telah memberi nasihat, memberi tips yang berguna, serta memberi kata semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang beriman
.

Butir-butir bicara beliau cukup-cukup menusuk kalbu. Lagak gaya beliau laksana pejuang Melayu. Inilah wira yang kita nanti-nantikan. Wajah beliau saya sematkan sebaik mungkin di dalam jiwa ini supaya suatu hari nanti saya akan menjadi sepertinya.

Gambar yang terakhir ini tiada kaitan dengan kisah saya. Saya jumpa di Google Cikgu. Nampak comel. Macam saya masa kecil. Saya muat turun la. Karangan bergambar kan. ngeh3

Justeru itu, jika Cikgu tidak memberi markah penuh untuk karangan saya ini, saya akan membuat laporan polis. Cikgu bersubahat dengan individu tertentu membuat ugutan bunuh kepada saya.

Sekiranya Cikgu masih berdegil untuk memberi markah penuh kepada saya, saya akan melaporkan perkara ini kepada DS Najib, DS Rosmah, TS Musa dan juga kepada Senator Ezam. Akhir kata, Selamat hari guru Cikgu. Juga selamat menyambut 13 Mei.

Selanjutnya boleh baca di sini.

Read more...

Tuesday, May 11, 2010

Musa Hassan Hentikanlah.

Musa Hassan dok kelentong apa.

Jika tanya, dia memang akan mengaku dia yang terbaik. Lepas tu, dia akan berkata PDRM terbaik. Lebihkurang macam Samy Vellu la...

Satu demi satu cerita rakyat Malaysia menjadi mangsa tembakan polis dok keluaq mai.

Apa cerita Musa ?

La (sekarang) bukan zaman tok nenek Musa. La zaman globalisasi Musa.

Malas nak tulis banyak-banyak. KPN letak jawatan la. Itupun kalau dia ada muka malu.

  1. Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta
  2. LAGI PEMBUNUHAN OLEH ANGGOTA POLIS DIDEDAHKAN
  3. Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
  4. Kisah Polis Tembak Pemuda di Perlis
  5. Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
  6. Anggota polis tembak lelaki buru ayam hutan akan didakwa
  7. Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
  8. Anggota polis tembak guna peluru hidup di Batu Buruk wajar didakwa
  9. Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab...

from alkerohi by AFRAR YUNUS

Read more...

Saiful kata DOKTOR bohong...? Karpal kata SAIFUL pembohong...!!!

"Saiful Bukhari Azlan hari ini memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.

Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.

Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.

Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat."

Sepenuhnya di sini.

Itu kisah semalam, dia kata Doktor Pusrawi pembohong, Karpal Singh pula kata si Saiful yang berbohong.

Hari ini mai... kita pakat tengok pulak siapa yang berbohong sebenarnya.

Read more...

Sunday, May 9, 2010

Syabas Pak Polisi.

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.

Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.

Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan

p/s: okay..kalo macam ni semua orang akan terima kasih pada polis... takda yang nak hentam2... terima kasih kerana bergadai nyawa menjaga keamanan rakyat... semoga polis yang berani macam ni dicontohi oleh rakan2 polis yang lain.

Syabas!.

Read more...

Friday, May 7, 2010

Tatacara Majlis Perkahwinan.

Orang sekarang ini dikenali sebagai orang moden dan tidak lagi mengamalkan adat-adat atau syariat Islam dalam perkahwinan mereka. Orang sekarang bercinta dahulu sehingga kenal habis semua sifat dan tingkah laku pasangan mereka. Ada pasangan sehingga terlanjur melakukan zina atau maksiat dengan alasan mereka saling mencintai dan akan berkahwin kemudian.

Orang yang tahu sikit-sikit agama, menggunakan alasan agama dalam menghalalkan percintaan mereka untuk meneruskan niat dan keinginan nafsu mereka, alasan mereka ialah bercinta tidak menjadi masalah selagi mana cinta itu tidak laqa (lalai) dan cinta untuk mencari pasangan mereka untuk dijadikan isteri atau suami yang sah.

Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya untuk menjalinkan percintaan sesama manusia. Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri seperti merisik, meminang, akad dan kahwin (kenduri). Inilah cara Islam untuk mencari jodoh dan menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kalau dilihat orang tua-tua dahulu berkahwin tanpa kenal dan cinta, mereka bercinta dan kenal selepas mereka kahwin, mereka kekal bahagia.

Sebenarnya tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin, sebab orang yang bercinta dahulu sebelum kahwin, lazimnya mereka akan rasa jemu dengan pasangan mereka sebab mereka telah mengetahui segalanya tentang pasangan mereka semasa bercinta. Pasangan yang pernah melakukan
maksiat, berpegangan tangan dan sebagainya, maka Allah akan menarik nikmat tersebut ketika mereka telah berkahwin nanti.

Hantaran berlebihan dan menyukarkan bakal suami untuk berkahwin, hal ini memang saya tidak setuju dengan sesetengah masyarakat yang meletakkan harga hantaran begitu tinggi. Kononnya anak mereka kelulusan tinggi, anak perempuan mereka cantik dan sebagainya.

Saya na
sihatkan kepada semua, janganlah meletakkan harga hantaran berlebihan dan jangan sesekali memberatkan bakal suami dengan masalah hantaran ini. Ambillah hantaran dengan sekadarnya sahaja untuk melepaskan kos perbelanjaan kenduri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Biarlah hantaran dan mas kahwin sekadarnya sahaja dan tidak memberatkan bakal suami, kerana sesiapa yang mengambil hantaran dan mas kahwinnya sekadar kemampuan bakal suaminya, maka perkahwinan mereka akan diberkati Allah. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

Pasangan yang ingin berkahwin dengan membuat pinjaman bank untuk perbelanjaan perkahwinan mereka kurang keberkatannya, kerana duit dari hasil hutang, sedikit sebanyak akan tersangkut dengan riba bank, apabila wang perkahwinan bukan dari sumber titik peluh sendiri, maka kurang rasa kesusahan dan kenikmatannya apabila memiliki seorang isteri.

Biar susah mengumpulkan duit untuk berkahwin, apabila dapat isteri dengan titik peluh empat kederat sendiri, kita akan rasa satu kepuasa dan kenikmatannya, kerana isteri yang diidamkan selama ini dapat dengan penat lelah sendiri. Pepatah melayu mengatakan bahawa “selalunya perkara yang susah dimiliki ini akan dihargai dan akan dijaga sebaik mungkin.”

Sebenarnya boleh buat pinjaman bank untuk perbelanjaan kahwin jika tidak berkemampuan setelah berusaha, memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi juga, kerana gaji bulanan sangat kecil. Maka bolehlah untuk buat pinjaman perbelanjaan kahwinnya.

Elakkan tunggakkan hutang kahwin tidak berbayar, kerana dikuatiri perkahwinannya tidak berkat dan menghadapi masalah dihari akan datang nanti. Perbelanjaan kahwin ini biarlah dari sumber rezeki yang halal dan berkat, kerana hal ini mempengaruhi perkahwinan dan zuriatnya. Apabila rezeki yang halal digunakan sebagai perbelanjaan kahwinnya, maka Allah akan menurunkan keberkatan kepadanya dan keluarganya, Allah akan sentiasa memelihara keluarganya dari perkara-perkara maksiat dan dosa.

Kenduri kahwin yang berlebihan akan berlakunya pembaziran dan kelalaian dan jauh dari apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat sekarang berbangga dengan dirinya apabila melaksanakan kenduri besar, kenduri yang hebat, ada lagu, ada DJ, ada persandingan, ada persembahan silat dan banyak lagi. Cuba fikir, sebenarnya kenduri kahwin ini hendak mencari keberkatan atau hendak mencari kemegahan? Jika hendak mencari keberkatan, biarlah kenduri itu dihiasi dengan perkara-perkara yang berlandaskan dengan syarak Islam.

Jangan adakan persandingan, jika adapun biarlah bersanding dihadapan keluarga sahaja atau ditempat yang tertutup, bukan untuk ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Pakaian pengantin mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan bukan muhrim, kerana perkara yang haram tetap haram dan perkara yang halal tetap halal. Jangan memasang lagu-lagu yang laqha (lalai) atau berunsurkan cinta dunia, lagu Hindustan, lagu melayu dan sebagainya, kerana malaikat tidak datang ke kenduri yang memasang lagu-lagu lalai untuk memberikan rahmat. Boleh untuk berlagu, tetapi biarlah lagu-lagu nasyid, selawat dan bacaan Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Carilah keberkatan dalam perkahwinan kita semua, kerana keberkatan itulah yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia, biarlah perkahwinan berlandaskan kepada syariat Islam, alam berumahtangga memerlukan orang yang menghayati Islam untuk membimbing keluarganya kearah yang dikehendaki oleh Islam. Keluarga bahagia ini mestilah berlandaskan Islam dalam semua amalan rumahtangga mereka.

Anak-anak yang akan dilahirkan juga akan mudah ditarbiah, mudah ditegur dan taat kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa tersebut meletakkan prinsip perkahwinan Islam ketika mencari jodoh, semasa kahwin dan selepas kahwin. Maka sebab itulah mereka memperolehi zuriat yang baik. Apabila keluarga yang mengamalkan kehidupan Islam, maka secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat Islam yang saling hormat menghormati, ingat mengingati antara satu sama lain dan beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Dari sinilah masyarakat Islam dapat digelar sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) dan khairul ummah (umat terbaik).

Di petik dari: Ustaz Noramin.

Read more...

Kilang Coca Cola...

Assalamualaikum wrt bth,

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama.

Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions – Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia – sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L’oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Pusat Kecemerlangan Palestin)


--
MKR,
BIJAN VICE PRINCIPAL.
www.pemudabijan.blogspot.com

Read more...

Surat Tijah...!!!!

Read more...

UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA.


"Aduh!! Maka terkejutlah seluruh Malaysia apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mendedahkan betapa Malaysia kerugian RM 320 ribu juta apabila menyerahkan 2 kawasan telaga minyak kepada Brunei tanpa mencabarnya di mahkamah dunia. Najib selaku ketua UMNO-AMCO yang baru berjaya meraih sokongan lebih 20,000 pengundi Melayu UMNO Hulu Selangor, enggan mengulas sebaliknya mengarahkan orang-orang bawahannya saja menguruskan.

Ada 3 rahsia yang tidak kita semua ketahui berhubung penyerahan RM320 billion kepada Brunei ini sebenarnya:

1) Serah RM 320 ribu juta tak merugikan Malaysia.

Begitulah hujah Pak Lah kerana beliau mendakwa kononnya wujud persetujuan bahawa Malaysia akan diberi kebenaran oleh Brunei untuk turut sama membangunkan kawasan tersebut. Inilah antara hujah paling bodoh yang dibawa oleh UMNO.

TAK SAMA memiliki dengan sekadar tolong menguruskan! Contohnya, ada kebun 100 ekar. Kita setuju kebun tu milik aku tetapi kau boleh tolong uruskan. Kedudukan kau hanyalah setakat pengurus bodoh sahaja, aku yang menjadi pemiliknya. Sampai begitu tak cerdiknya UMNO.

Itulah antara sebab pengundi Cina menolak rasuah UMNO pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pengundi Cina yang reti mengira sedar bahawa khazanah negara yang dikaut UMNO jauh lebih banyak dari sedekah dan ehsan yang ditaburkan oleh UMNO-Apco.

2. Kita kena hormati jiran.

Begitulah Malaysia. Rakyat Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mendapat royalti minyak dan dilayan bagaikan pengemis apabila menuntut hak ke atas minyak di kawasan sendiri.

Malaysia dengan mudah menyerahkan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Sebelum ini, Malaysia sudah melepaskan Batu Putih kepada Singapura dalam apa yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai 'win-win situation'.

Nampaknya, benarlah pepatah 'anak monyet dihutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan!'

3) Malaysia negara UMNO.

Selaku sebuah negara yang diperintah oleh UMNO tindakan UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM320 billion ini mengesahkan kehebatan UMNO selaku parti pemerintah yang mampu berbuat apa sahaja yang diingininya. Ahli UMNO seumpama Pak KAdok yang 'menang sorak kampung tergadai'.

RM 320 billion tu banyak mana sebenarnya? Duit PTPTN yang budak-budak graduan berhempas pulas kena bayar balik tuh (RM30,000 seorang) boleh dihalalkan kesemuanya.

Tol dijalanraya boleh dimansuhkan sepenuhnya.
Cukai pintu, dan pelbagai jenis cukai boleh dimansuhkan juga.
Puluhan malah ratusan rumah anak yatim boleh dibina.
Peluang pekerjaan boleh dibuat untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.
Buku teks percuma dan pendidikan percuma sehingga tahap universiti boleh dibuat.

Kesemua ini tidak akan berlaku kerana UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA.

Apa pun, asalkan sedikit fulus masuk ke poket, sedikit berita perkauman disebarkan berita UMNO, sedikit isu agama dibakar dan direka, maka melompat-lompatlah penyokong Melayu UMNO dan akan taat setialah mereka kepada UMNO.

Bagi penulis pula, benarlah kata Tengku Razaleigh bahawa golongan profesional Melayu semakin lari dari Malaysia yang semakin korup. Dengan berat hati, penulis mengambil keputusan menerima saja tawaran bekerja secara permanent di luar negara yang menawarkan suasana kerja bebas tekanan dan penganiayaan politik dengan gaji lebih 5 kali ganda berbanding di Malaysia.

Wassalam.

Di petik dari sumber: dewa

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP