UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, July 26, 2010

Masih Ada Yang Susah.

Sekadar renungan, buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja…"
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…" Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar, Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

P/s: Kisah ini di petik dari ruang email saya. Untuk kita semua bermuhasabah diri, jika kita anggap diri kita susah, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah. Jadi hargailah kehidupan dan elakkan pembaziran dalam segala hal.

Read more...

Menangani stress dengan cara lalu dan buat

Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.

Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menangani stress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita.

Kunci untuk menangani stress adalah dengan "get trough it". Lalu dan buat.

Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan.

Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja.

Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.

Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress.

Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men'stress`kan kita, makin tertekan kita jadinya.

Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.

Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress.

Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.

Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan. Ibarat melawan api dengan menyimbah air.

Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.

Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

p/s: Sekadar berkongsi maklumat, semoga berjaya.

Read more...

Sunday, July 25, 2010

"wassup bro...."

Panggilan ‘Bos’ kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, “Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,”

Beliau mengulas perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

Sedikit nota untuk Prof Emeritus Abdullah Hassan;

Gua bukanlah dari golongan cerdik pandai yang terlalu amat tetapi gelaran Tuan jika diInggeriskan bererti ‘Sir’. Tok nenek gua dah jenuh sebut perkataan tu semasa zaman penjajah dulu. Gua belajar sejarah pun penjajah Inggeris suruh panggil depa dengan gelaran sir @ tuan sambil jalan memberi tunduk hormat! Makanya sampai bila kita harus di jajah…(?)

p/s: hmm..susah jugak...atte nak panggil ape? takkan nak..... "wassup bro...."

dari semutapi

Read more...

Monday, July 19, 2010

Pemimpin Tiada Akal.

Mengapa tidak diumumkan seawal pagi?

Rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga barang kegunaan utama iatu bahan bakar (petrol, diesel), gas lpg dan gula pada lewat petang Khamis lalu. Seperti biasa berita ini disahkan melalui berita perdana jam 8.00 malam di tv.

Scara ironiknya kali ini berita kenaikan harga barang “dimaniskan” dengan perkataan “dilaraskan” demi membantu kerajaan menjimatkan RM 750 juta subsidi, kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Menurut PM, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Secara ikhlas, saya tidak tahu sama ada hendak menerima, menyokong atau membangkang “pelarasan harga” atau kenaikan harga ini berdasarkan perkembangan ekonomi sedia ada di Malaysia dan juga di dunia.

Bagaimanapun saya tidak bersetuju cara (masa sebenarnya) berita “pelarasan harga” ini diumumkan. Mengapa perlu diumumkan (disahkan) berita ini pada waktu berita perdana jam 8.00 malam? Kenapa tidak diawalkan dan kalau boleh seawal pagi?

Kenaikan harga sebelum ini (ketika itu belum digunakan perkataan pelarasan harga) dan juga sebelum-sebelumnya juga diumumkan pada waktu malam.

Mungkin pelarasan harga kepada barang makanan tidak membimbangkan saya dari segi kesan masa pendek (dari aspek keselamatan) tetapi pelarasan harga untuk bahan bakar akan mencetuskan “mini crisis” di mana pemilik kenderaan akan berderu-deru ke stesen minyak berdekatan untuk memenuhi tangki kenderaan masing-masing.

Walaupun kenaikan hanyalah 5 sen seliter dan secara logik untuk tangki kenderaan 50 liter kenaikan itu hanya menyebabkan penambahan bayaran berjumlah RM 2.50, pemilik kenderaan akan sedaya-upaya “berjimat” hinggalah ke saat akhir jam 12 malam ataupun sehingga bekalan bahan bakar habis dijual mengikut yang yang mana dahulu!

Suasana di stesen minyak di mana-mana pun di Malaysia ini pada malam berita pelarasan harga ini menyaksikan kesesakan yang ketara. Malah motosikal kecil dengan muatan tangkinya hanya sehingga empat hingga lima liter turut “memeriahkan” suasana ini.

Kalau adapun mungkin Bangla Kasyer dan Pam Attendan malah pemilik stesen hanya mengeluh seketika tetapi tepat jam 12 malam suasana menjadi lenggang selenggang-lenggangnya.

Sebagai pengamal keselamatan, “mini crisis” ini sebegini amat menakutkan saya. Pengalaman menyaksikan sendiri beberapa buah kenderaan bertembung sesama sendiri di Stesen Minyak Changlung di malam hari semasa berita kenaikan harga diumumkan sebelum ini menyakinkan saya akan adanya kemalangan ataupun kejadian nyaris hampir pada malam hari Khamis lepas.

Secara mudah, kemalangan dirumuskan berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu; Carakerja Tidak Selamat (Unsafe Acts) dan Keadaan Kerja atau Persekitaran Tidak Selamat (Unsafe Conditions), dan kajian juga merumuskan kemalangan berpunca dari gabungan kedua-dua faktor ini.

Inilah suasana yang ketara semasa “mini crisis” malam pelarasan harga ini. Pemilik kenderaan tergesa-gesa ke stesen minyak. Hampir kesemuanya bergegas keluar dari kediaman masing-masing dengan berpakaian ala-kadar yang sempat seperti berkain palekat, berselipar dan ada yang hanya menyarung singlet. Sudah tentu mereka ini semuanya bergegas untuk mengejar masa sebelum pukul 12 malam ataupun sebelum bekalan bahan bakar kehabisan dijual.

Pada masa yang sama keadaan persekitaran juga membimbangkan dengan suasana kegelapan malam hari Khamis lepas kebanyakan tempat dilaporkan hujan.

Inilah faktor-faktor cara kerja dan keadaan kerja tidak selamat yang boleh menyumbangkan kepada kemalanga.

Mengapa pihak berkuasa (terhadap pelarasan harga ini) tidak mengumumkan seawal pagi?

Saya difahamkan pengamal media elektronik dan juga media edisi on-line diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam dalam suatu taklimat khas kepada pengarang pada jam 4 petang Khamis tersebut oleh penasihat media PM.

Secara ikhlas saya memohon pihak berkuasa yang berkaitan, sekiranya akan ada lagi pelarasan harga atau kenaikan harga terutama bahan bakar biarlah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan seawal pagi mungkin melalui media elektronik jam 6.00 pagi.

Sekurang-kurangnya pengumuman seawal sebegini akan memberi peluang pemilik kenderaan mempunyai masa selama 12 jam untuk mengisi sepenuh-penuhnya tangki kenderaan mereka.

Tetapi yang paling penting pemilik-pemilik kenderaan ini tidak akan mencetuskan “mini crisis” dengan menyerbu ke stesen-stesen minyak .

Read more...

Thursday, July 15, 2010

Tiada Jin Yang Di Tugaskan Menjadi Guru Kepada Manusia.

SOALAN:
Suami saya belajar ilmu tasauf daripada guru alam ghaib, iaitu mempelajari ilmu fikah, tauhid, persilatan dan perubatan. Guru ini berumur lingkungan 568 tahun. Untuk mengajar, dia perlukan sandaran, dan beliau bercadang untuk ke sebuah negara jiran.

Saya sangsi dengan ilmu yang dipelajari, takut kalau dia menjadi sesat. Dia memberitahu, kalau apa yang dipelajari bercanggah dengan ajaran Islam, dia akan segera meninggalkannya.

Jawapan:

Ajaran tasauf ialah ajaran berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kesucian rohani dan jasmani dalam usaha menghampirkan diri kepada Allah dengan mengikut jejak langkah nabi.

Seorang sufi dibenarkan mencari kehidupan rohani untuk mengenal bentuk kebenaran atau hidup sebagai seorang soleh dan takwa melalui ibadah.

Ilmu tasauf mengajar manusia mengenal kehidupan batin, yang amalannya melalui hati, menuju falsafah kerohanian untuk mencapai kesucian hati ataupun batin.

Tujuan utama kehidupan sufi ialah mencari nilai-nilai kebenaran yang tinggi, sebagaimana yang diakui oleh falsafah-falsafah sufi tentang tanda-tanda kebenaran adanya Tuhan melalui tanda-tanda, keindahan dan kebenaran iaitu dengan meninggalkan nafsu jahat, menyingkirkan hidup keduniaan dengan dasar mengikut jejak nabi, menyingkirkan sifat-sifat insan yang buruk, menasihati manusia dan sentiasa berada dalam kebaikan.

Usaha menuju kepada kebenaran yang hakiki dalam amalan sufi melalui zikir kepada Allah, mengingati nama Allah sebanyak mungkin dinamakan tarikat. Tarikat dalam bentuknya yang ada sekarang ini muncul pada abad ke-9 Masihi, kemudian mengalami pembaharuan pada abad ke-11 Masihi, yang berlaku dalam dunia Islam secara menyeluruh.

Pemimpin-pemimpin tarikat yang terkenal di antaranya ialah Junaid, Hallaj, Sarraj, Qusyari dan Hujwiri. Kehidupan sebagai seorang sufi (adabu `s-sufiyah) pernah ditetapkan atau ditulis oleh Sulmi, Makki, Ibnu Tahir Maqdisi dan Ghazali.

Zikir-zikir yang diamalkan kebanyakannya berdasarkan ayat-ayat al-Quran dengan disertai tafakur yang kuat, tenang dan diucapkan dalam hati.

Gurunya disebut mursyid, sedangkan ahli yang terlibat disebut ikhwan. Ketekunan dan amalan seorang murid dalam zikir, atau tingkah laku membolehkan mursyid memberi ijazah kepada murid.

Ahli-ahli fikah menetapkan bahawa tarikat yang tidak berlandaskan ajaran al-Quran dan sunah adalah bida'ah, iaitu ibadah baru yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Terdapat pelbagai aliran tarikat, antaranya ialah Tarikat Ahmadiyah (Mesir), Idrusiyah (Yemen), Bakriyah (Mesir), Jazuliyah (Morocco), Junaidiyah (Baghdad), Qadiriyah (Baghdad), Khalwatiyah (Khurasan), Naqsyabandiyah (Turkistan), Ghazaliyah, Syaththariyah dan lain-lain lagi aliran. Kegiatan ahli tarikat memainkan peranan yang besar dalam usaha penyebaran Islam di Nusantara.

Di Malaysia, juga di tempat-tempat lain termasuk di negara jiran, terdapat ajaran tarikat sesat, yang melibatkan amalan bida'ah kepada Allah yang melibatkan amalan syirik, tidak atas dasar sunah nabi, yang dicampuradukkan dengan unsur-unsur tasauf dari luar Islam yang kebanyakan melibatkan jin-jin biarpun nama-nama tarikat tersebut sama dengan nama tarikat asal yang sebenarnya.

Dalam pemahaman umum, terdapat alam zahir di mana terdapat kehidupan manusia dalam dunia, juga alam ghaib, iaitu alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, atau dirasa oleh manusia, biasa, lawan bagi alam zahir, seperti alam akhirat yang merangkumi kehidupan di kubur, syurga juga neraka.

Termasuk dalam kategori kehidupan alam ghaib ialah malaikat dan jin-jin. Dalam masyarakat Melayu, apabila disebut sahaja ``alam ghaib'' ia selalunya dirujuk alam jin-jin dan terlalu jarang dirujuk kepada alam malaikat.

Berdasarkan keterangan ini, apabila puan menyebut bahawa suami puan belajar ilmu tasauf daripada guru alam ghaib, ia lebih berkecenderungan bahawa suami puan mempelajari ilmu, yang dianggap sebagai ilmu tasauf daripada guru alam ghaib iaitu terdiri daripada jin-jin, bukan manusia ataupun malaikat.

Khalifah

Sesungguhnya tidak terdapat daripada mana-mana sumber hujah atau alasan membuktikan bahawa Allah menyatakan bahawa adanya jin-jin yang ditugaskan untuk menjadi guru, menjadi ``mursyid'' kepada manusia untuk mempelajari apa-apa ilmu, termasuk ilmu tasauf.

Apa yang berlaku terdapat bukti bahawa terdapat jin-jin yang belajar daripada manusia, malah Allah subhanahu wa taala mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai nabi dan rasul kepada manusia dan jin-jin, mengajar makhluk ini mengesakan Allah, membaca al-Quran dan sebagainya termasuk memberi petunjuk jenis makanan yang dimakan dan sebagainya.

Fenomena ini membuktikan bahawa manusia itu adalah lebih tinggi martabatnya berbanding dengan jin-jin, lebih bertamadun dan berilmu yang sewajarnya menjadi guru, bukan sebaliknya, iaitu manusia berguru kepada jin yang hidup di alam ghaib. Allah menjelaskan bahawa manusia itu adalah khalifah di muka bumi, bukan jin.

Rasulullah pernah bersabda menyatakan bahawa umur umat baginda ialah antara 60 hingga 70 tahun. Hanya sedikit sahaja di kalangan manusia yang menjangkau umur lebih daripada 70 tahun.

Walaupun demikian umur jin adalah lebih panjang daripada manusia. Setelah Allah sempurna menjadikan manusia, Allah memerintahkan agar malaikat sujud menghormati kejadian Adam. Semua malaikat sujud, kecuali iblis. Ia enggan dan berasa takbur, lalu Allah melaknatnya, menghukumkannya kafir dan akan dimasukkan ke dalam neraka.

Iblis pernah bersumpah akan mengganggu, menggoda manusia, menyebabkan manusia itu menganggap perbuatan yang baik, yang disuruh atau diwajibkan oleh Allah itu buruk dan perbuatan buruk itu dianggap baik. Iblis juga bersumpah akan menyesatkan manusia.

Dalam usaha menyesatkan manusia iblis memohon kepada Allah agar dipanjangkan umurnya dan Allah telah memperkenankan. Kerana itulah iblis dan keturunannya mempunyai umur yang panjang.

Berdasarkan keterangan ini, iaitu bukti yang jelas, yang tertulis nyata dalam al-Quran dakwaan bahawa guru tasauf iaitu guru suami puan berumur lebih daripada 500 tahun itu adalah terdiri daripada jin bukan manusia, kerana manusia tidak boleh menjangkau umur yang disebutkan.

Perlu disedari dan dijelaskan bahawa dalam sejarah perkembangan ilmu tasauf di Nusantara, juga di seluruh dunia Islam, tidak terdapat seorang pun guru-guru yang mursyid itu mempunyai umur sehingga lebih 500 tahun.

Guru-guru ini adalah terdiri daripada manusia biasa, yang mempunyai isteri, makan dan minum, tidur serta bermasyarakat. Kerana itu, berdasarkan keterangan yang puan beri, terbukti bahawa pembelajaran ilmu tasauf yang sedang suami puan lalui mengandungi amalan bida'ah yang tidak dilakukan oleh ahli tasauf atau amalan terikat yang sebenar.

Suami puan juga seumpama mencabar orang yang meragui pembelajaran yang sedang dilalui. Sekiranya apa yang dipelajari bercanggah dengan ajaran Islam, dia akan segera meninggalkannya. Apa yang diluahkan seumpama satu cabaran, tetapi kepada siapa diberi cabaran itu. Kepada puan? Amalan tarikat sesat selalunya dilakukan penuh rahsia dan tersembunyi, yang tidak diuar-uarkan atau disebarluaskan, biarpun kepada isteri sendiri.

Ilmu-ilmu seperti ini selalunya membabitkan jin-jin atau amalan kebatinan menyebabkan seseorang yang dianggap sebagai guru itu dapat menguasai dan menundukkan murid-muridnya. Apabila hal demikian berlaku, iaitu apabila seseorang itu terlibat dengan jin-jin, lalu dia melakukan sesuatu dengan penglibatan jin-jin, maka dia sebenarnya telah melakukan perbuatan sihir kerana itulah amalan yang dianggap sebagai amalan sufi atau tarikat, salah itu disertai dengan amalan kebatinan mempertahankan diri.

Dalam amalan kebatinan Melayu, ciri-ciri amalan tasauf sering dimasukkan, yang disertai dengan amalan zikir, tafakur dan sebagainya. Murid-murid diajar amalan kebatinan mempertahankan diri, membolehkan mereka bersilat, biarpun mereka tidak pernah mempelajari ilmu persilatan yang melibatkan pergerakan badan.

Mereka boleh bersilat kerana adanya resapan jin-jin dalam tubuh, yang menggunakan tubuh manusia. Ketika jin tersebut keluar dari tubuh, orang yang berkenaan langsung tidak boleh melakukan silat, seperti sebelumnya, kecuali sekiranya dia mempelajari ilmu persilatan yang melibatkan pergerakan jasmani sebelum itu.

Oleh kerana ilmu yang dipelajari itu dirahsiakan dan penuh dengan amalan yang tersembunyi, bagaimana dia hendak dibuktikan bahawa amalan tersebut bertentangan atau bersesuaian dengan ajaran Islam, apatah lagi apabila cabaran itu diajukan kepada seorang isteri yang mempunyai rasa sangsi semata-mata dengan apa yang sedang dipelajari oleh si suami.

Amalan seperti ini lebih cenderung kepada masalah personal. Andainya seseorang itu terlibat dengannya, ia adalah melibatkan masalah iktikad, melibatkan iman seseorang, sama ada terus menjadi seorang Islam yang sebenar, atau menjadi syirik ataupun murtad. Kepada siapa hendak dipertanggungjawabkan untuk meyakinkan atau membuktikan bahawa amalan yang sedang dipelajari itu salah atau betul.

Adakah ia tanggungjawab seorang isteri, seorang guru agama, pejabat agama ataupun tanggungjawab yang mesti ditanggung oleh diri sendiri semata-mata kerana itu masalah cabaran untuk membuktikan kebenaran atau kepalsuan amalan tersebut tidak perlu, kerana yang menanggung akibat ialah orang yang mengamalkannya.

Walaupun demikian perlu dijelaskan amalan ingat- memperingatkan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman. Jawapan ustaz yang puan tanya mengenai ilmu yang dipelajari oleh suami puan yang tidak meyakinkan bukan bukti bahawa apa yang dipelajari itu betul, tidak salah.

Saya yakin puan tidak kehilangan pedoman untuk meraih kebenaran atau keyakinan terhadap apa yang sedang berlaku. Hanya sedikit usaha dan keyakinan yang diperlukan dalam usaha mencari kebenaran berbanding dengan kesan amalan yang akhirnya menentukan hidup sebenar seseorang di akhirat kelak.

Sesungguhnya terlalu banyak unsur agama, termasuk penggunaan ayat-ayat al-Quran, doa-doa al-mathurat, upacara keagamaan dan sebagainya, termasuk amalan zikir, puasa, nasihat-nasihat agama dan sebagainya dijadikan alat atau wasilah untuk menyesatkan manusia. Apabila ini dilakukan, orang ramai, termasuk mereka yang mempelajarinya berasa sangsi untuk menganalisis atau mengimbangi kebenaran atau kepalsuan amalan yang dilakukan.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, Allah menjelaskan bahawa iblis itu tidak mempunyai kekuatan terhadap hamba-hamba-Nya kecuali ke atas mereka yang mengikut langkah-langkah iblis, yang terdiri daripada golongan sesat.

Memang terdapat manusia yang meminta perlindungan daripada jin, maka jin-jin itu akan menambah lagi dosa dan kesalahan mereka (al-Jinn: 6).

Barang siapa menjadikan syaitan itu temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman (an-Nisa: 38).

Syaitan-syaitan itu tidak akan turun, kecuali kepada setiap pendusta lagi banyak dosa (asy-Syuara: 221-222).

Oleh: Dr. Amran Kasimin

Read more...

Wednesday, July 7, 2010

Pantang Larang Orang Melayu Tentang Makan

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.

Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

*Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

*Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

*Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

*Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda.

Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.

Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan dikalangan anak-anak.

*Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.

*Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.

*Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

*Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

*Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

*Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.

*Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

*Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

*Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.

*Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

*Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

*Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.

*Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.

Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan.

Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Read more...

Monday, July 5, 2010

Dunia Akan Kiamat.

HARI NI DAPAT LAGI MESEJ.. NAK PERCAYA @ TAK PERCAYA PADA BENDA2 NI TERPULANG PADA DIRI MASING2.

Umat Rasulullah hanya bertahan selama 1500 tahun.

Assalamualaikum…

Mesti terkejutkan.. anyway, just baca dulu dan evaluate it later.

Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan pada tahun 1999/2000 gambar itu diambil oleh NASA.

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun, sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah… daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.

Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007, Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

Wallahu'alam…

Semua ini telah dikaji, Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yang seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.

Hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi, berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar dan korang jangan risau la... aman dunia akhirat. Sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP