UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

Jangan Ingat Lelaki Sahaja Yang Bersunat.


BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.

Sumber: Kosmo Online

JANGAN INGAT LELAKI JA... BERKHATAN, PEREMPUAN PUN BERKHATAN JUGA..

Read more...

Monday, November 22, 2010

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Read more...

Surat Buat Ayah (Bapa)


Buat para bapa yang mengaku sayang pada darah daging mereka. Isteri dan anak-anak adalah anugerah Allah didunia ini yang tidak ternilai dengan apa-apa pun…

Seorang perempuan yang sah bergelar isteri tatkala anda melalui saat Ijab dan Kabul, maka dia telah menjadi tanggungjawab yang Allah berikan kepada kamu untuk melindungi dan menjaganya.

Ketahuilah kamu wahai sang suami, Mulianya seorang yang bergelar isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada mu, keluarga dan anak-anak.

Wahai ayahku…kami anak-anakmu, Wahai ayah... bukankah kamu diberi tanggungjawab besar menerima amanah yang diberikan oleh Allah kepadamu saat aku lahir dari rahim ibuku, isteri kepadamu wahai ayah.

Sembilan bulan ibu bersusah payah mengandungkan aku, menjadi perantara untuk menyampaikan amanah Allah buatmu ayah, sanggup melalui saat2 getir diwaktu kewujudanku dalam rahimnya, pening dan loya tidak menjadi beban kepadanya, malah ibu terlalu gembira kerana dapat melahirkan zuriatmu wahai ayah.

Tapi ayahku... Sayangkah kamu padaku?
Sayangkah kamu pada ibu yang mengandungkanku iaitu zuriatmu ayah?

Tiap hari kamu menyedut batang putih yang aku tidak tahu untuk apa, Wahai ayahku apakah kamu tahu, asap yang dihembuskan olehmu adalah lebih beracun daripada asap yang dihisap olehmu sendiri. Tahukah kamu kadar bahan kimia yang dihembuskan adalah berlipat kali ganda berbanding dengan yang dihisap olehmu.

Kamu membiarkan kami menjadi perokok pasif, mungkin kamu tidak sedar, walaupun kami tidak menghisap batang putih itu, tapi kami yang lebih cepat akan meninggalkanmu. Tidak sayangkah kamu pada kami? Tidak sayangkah kamu pada ibuku, isterimu?

Kamu biarkan kami terdedah pada kanser paru-paru, kamu biarkan kami untuk sakit strok, apakah kamu tidak kisah lihat ibu dan aku menghidap asma? Apakah kamu tak rasa apa2 jikalau aku dan ibu terlantar sakit? Ibu sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkanku. Tapi ayah kamu tega menggadaikan nyawaku dan ibu demi benda yang kamu suka, sayangkah itu wahai ayah…

Wahai ayahku, tidakkah kamu tahu, setiap sedutan asap yang kamu hembuskan mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang kamu disedut terus dari batang itu. Kamu racuni kami wahai ayah, kamu membunuh kami perlahan2, apakah kami terlalu membebankanmu?

Wahai ayah... adakah kawan-kawanmu juga membenciku dan ibuku?

Kenapa mereka pun sama sepertimu. Uncle…!!Uncle…!!! jangan racuniku!!! jangan racuni ibuku!!! Jangan biarkan ibu menyedut racun itu. Ibu!!!!!!!!! !! Selamatkan dirimu... Lindungi aku…

Ayah... bukankah kamu sepatutnya melindungi kami? Bukankah kami amanah Allah untukmu. Apakah kami menjadi beban padamu?

Cukuplah ayah…cukuplah kamu meracuni kami, kami akan pergi. Wahai ibuku, ayah tidak perlukan kita lagi, Ibu... ayah tidak menginginkan kita disisinya.. ayah halau aku dan ibu perlahan-lahan.

Ayah tidak mahu lagi mendengar gelak tawaku, ayah tidak ingin ibu di matanya lagi. Ibu…tatkala kini, aku dan dirimu bersabung nyawa akibat perbuatan seorang insan bergelar ayah dan suami, genggam eratlah tangan anakmu ini, biarlah kita pergi menghadap Ilahi…

Wahai ayah, semoga dengan ketiadaan kami, kamu akan berbahagia, tiada lagi bebanan untukmu. Kami sayang kamu wahai ayah. Terima kasih kerana sudi mengizinkan aku menatap wajahmu walaupun seketika.

Terima kasih ayahku kerana sudi membenarkan ibu menumpang kasihmu. Aku dan ibu bahagia kerana pernah menjadi seseorang dalam hidupmu.

Read more...

Sunday, November 14, 2010

Cinta Kerana Agama.


Alkisah.... seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.

So... ramailah jejaka yang tergoda dan ingin mengoratnya, ini adalah dialog ringkas di mana si jejaka A, B dan C mencuba nasib masing2 (tapi tak juga ringkas nie). Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.


Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.


Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak. Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.


Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau.. awak jatuh cinta disebabkan rupa saya.. atau saya ni seksi.. atau.. saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, aah..., tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.


Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian...

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.


Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan? (soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya... Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya...
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab? Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

Read more...

Friday, November 5, 2010

Undi UMNO Masuk Syurga.

Saya tidak pernah dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis ini. Tidak pula saya disogok dengan pelbagai imbuhan kain batik, tin Milo mahupun biskut Marie sehingga penulisan ini dikeluarkan. Kemungkinan besar "spiritual reward" yang mengasak diri saya untuk menulis penulisan ini. Itupun kalau anda samakan spiritual reward itu dengan pahala. Ya, pahala! Benda yang kita semua cari. Orang bukan Islam sekarang pun sudah faham konsep dosa pahala. Tinggal nak mengucap syahadah sahaja. Insya Allah.

Saya rasa sesak. Jiwa saya rasa kusut. Sejak dari tadika hingga sekolah rendah, menjengah sekolah menengah hingga kini saya di pengajian tinggi di luar negara, dua isu yang asyik-asyik diulang tiada berkesudahan. Saya harapkan penulisan ini bukan hanya didengar oleh orang yang berbuat perkara ini semata-mata sebaliknya pihak-pihak yang belum buat dan kemungkinan bakal buat, sila cakna dan ambil perhatian. Anda semakin menghampiri kuasa, semakin itu kami selaku rakyat biasa perlu ingatkan anda. Lagipun, semakin pemimpin ditegur dan pemimpin berubah lantaran akur, semakin kami sayang anda semua - wahai para pemimpin yang sudi mendengar teguran dan nasihat.

Pertama, isu biasiswa. Ada kawan saya menyuntik provokasi. Kenapa apabila kita bercakap tentang dasar-dasar baik seperti pemberian biasiswa, ia selalunya dinisbahkan kepada 'kerajaan Malaysia', tetapi apabila bila apabila kita bercakap tentang dasar-dasar jahat seperti percambahan kelab-kelab malam atau konsert Adam Lambert, serta merta ia dinisbahkan kepada 'Umno'?

Provokasi yang terbaik pernah saya terima. Saya fikir dan terus fikir. Sekali imbas macam betul kenyataan itu. Tetapi dua kali imbas, baru saya sedar, rakan saya sedang mengajar saya untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Setiap kerajaan ada tanggungjawab asasnya. Tanggungjawab asas kerajaan mudah, untuk memastikan kemudahan asas kepada rakyat dipenuhi. Asas seperti makanan dan tempat tinggal adalah di antara yang pasti. Ini termasuk juga pendidikan. Sejak tahun 1952, Artikel 2 di dalam Protokol Pertama di dalam Konvensyen Eropah berkenaan Hak-Hak Asasi Manusia telah mewajibkan semua pihak autoratif untuk memastikan hak pendidikan dalam kalangan rakyat dipenuhi. Di peringkat global, Perjanjian Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Ekonomi, Sosial dan Hak-Hak Budaya tahun 1966 turut menekankan hak yang sama di dalam Artikel 13-nya.

Oleh itu, memandangkan tanggungjawab memberikan pendidikan sebagai contohnya biasiswa adalah tanggungjawab asas kerajaan, maka biasiswa sama ada daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional mahupun daripada Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat hatta Kerajaan Persekutuan Sosialis mahupun Komunis, tidak harus dijadikan modal politik murahan semata-mata untuk menonjolkan perkara yang memang sepatutnya dilaksanakan. Ia perkara biasa, bukan perkara luar biasa yang harus sangat-sangat dibangga sehingga ke tahap menjadikan ia agenda. Menyebutnya kita faham, tetapi menyanjungnya suatu perkara yang bagi saya agak berlebihan.

Dari segi dasar yang bukan asas, atau dalam erti kata lain, dasar alternatif seperti undang-undang atau kelulusan program-program hiburan contohnya, itu sememangnya bergantung kepada pembawaan ideologi dan kefahaman pemerintah berkenaan isu-isu alternatif berkenaan. Dalam kes konsert hiburan oleh artis gay Adam Lambert, bagi kerajaan yang mementingkan hiburan untuk mendidik rakyat dengan mengetepikan sebarang anasir jahat daripada terpahat pasti akan sedaya upaya untuk tidak meluluskan konsert berkenaan.

Bagi kerajaan yang mementingkan hiburan untuk mendidik rakyat dengan mengetengahkan hiburan yang menjulang nilai-nilai positif yang proaktif dan efektif pasti akan sedaya upaya untuk mengetengahkan figur-figur yang layak dijadikan contoh kepada masyarakat.

Nama-nama artis teladan seperti Sami Yusuf yang baru menerima anugerah Doktor Kepujian daripada University Roehampton di London kerana sumbangannya terhadap dinamisme dunia muzik global mahupun Cat Steven yang telah menerima anugerah Man for Peace oleh Mikhail Gorbachev itu akan dijulang konsert mereka. Namun, syabas untuk kerajaan Umno atas kelulusan konsert Maher Zain yang begitu menyuntik jiwa untuk menyebarkan kebaikan. Cuma lagi elok, konsert-konsert yang menyebarkan kejahatan turut sama dinyahkan.

Isu kedua adalah isu undi sesebuah parti akan masuk syurga ataupun neraka. Saya menarik nafas panjang. Menghelanya dengan tenang untuk cuba memikirkan dengan rasional berdasarkan ilmu tegukan 'alim ulama'.

Berdasarkan kefahaman saya, kalau kita sokong orang buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita gantikan orang baik dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita dapat pahala, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan syurga. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat baik, sudah pasti insyaAllah, syurga akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk PAS malah juga untuk Umno. Kalau Umno urus negara dengan baik, ikut apa yang Allah swt suruh, tinggal dan cegah apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong Umno, kita akan masuk syurga juga.

Sebaliknya, kalau kita sokong orang buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita gantikan orang jahat dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita dapat dosa, nauzubillah, Allah swt mengazab kita dengan neraka. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat jahat, sudah pasti nauzubillah, neraka akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk Umno malah juga untuk PAS. Kalau PAS urus negara dengan teruk, tinggal apa yang Allah swt suruh, buat apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong PAS, kita akan masuk neraka juga.

Maka, isunya bukan sama ada PAS memainkan isu undi masuk syurga atau tidak, isunya sama ada kerajaan PAS atau Umno yang membawa kita kepada syurga atau neraka dek kerana dasar-dasar mereka.

Saya sudah kata dari awal, penulisan ini tidak dibayar. Ia adalah untuk mereka yang sudah buat salah dan bakal buat salah kalau tidak ditegur awal.

Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Yang belum buat salah, berazamlah untuk tidak berbuat salah. Kelak, kami tidak akan mengundi orang yang menyeru kami ke neraka!

Muhammad Mohamad-Australia

Read more...

Kemenangan BN di Galas sudah dijangka


Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat ’bangsawan’ di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin ’feudal’ Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah ’Presiden’ Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau.

Walaupun pernah ’keluar Umno lama’ dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno ’Baru’ tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988) melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno ’lama’ Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya.

Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda ’protes BN’ kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya.

Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas.

Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008)

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas.

Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian ’zakat’ oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri.

Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang ’ganas’ dalam sejarah kempen pilihanraya negara.

Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling ’hemah’ selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

Kajian semula (post-mortem) di pihak PAS dan BN

Tetapi ingatlah kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja oleh PAS tentang kekalahannya tetapi juga oleh Umno di Gua Musang kerana memenanginya. Terlalu jauh sekali untuk mengandaikan keputusan di Galas sebagai indikasi kepada kemampuan kerajaan PAS boleh ditumbangkan oleh BN pada PRU ke 13. Kajian boleh dilakukan oleh Umno supaya melihat perkara-perkara yang menyebabkan mereka menang dengan majoriti besar kali ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan PRU 2004 apabila setelah memenangi dengan hebat sekali dalam sejarah pencapaian BN sehinggakan melupakan janji-janji kepada rakyat. Alamatnya BN selepas itu hampir tersungkur terus semasa PRU 2008 angkara dihukum rakyat dan ahli mereka sendiri yang protes. Nasib baiklah, ada deposit di Sabah, Sarawak dan Johor.

Terpulanglah kepada Umno selama mana mereka hendak merayakan kemenangan ini tetapi usaha kuat dan kesedaran kejayaan ini perlu disedari sebagai amanah dan bukannya ’habuan’ daripada rakyat. Mereka boleh menganggap kemenangan ini sebagai satu motivasi di hari hadapan tetapi tetap ingatlah pada prinsip ’kami memilih dan kamu berkhidmat sebagai Yang Berhormat’. Saya pasti Ku Li sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sedar akan hakikat ini. Oleh kerana itulah Ku Li sendiri pun sudah bertahan menjadi pemimpin rakyat lebih 40 tahun kerana tahu kerjanya itu penuh dengan amanah.

Survival politik Ku Li dan kesan ke atas Perkasa

Sungguhpun begitu, kesan kemenangan ’jentera’ Ku Li bakal memberi kesan kepada Umno pusat lambat-launnya. Suka atau tidak, pasti ada pemimpin pusat yang tidak senang duduk dengan kejayaan Ku Li ini. Kemenangan ini menunjukkan Ku Li adalah watak atau pelaku politik yang masih relevan sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman untuk menyumbang kepada proses ’penyembuhan ’ Umno dan BN. Usaha Ku Li yang nampak tidak selari dengan kerajaan pusat mengenai isu royalti petroleum kepada negeri Kelantan adalah satu lagi isu yang disimpan oleh semua pihak sepanjang kempen Galas. Kita akan lihat sejauh mana kedudukan kerajaan pusat di dalam bertoleransi dengan ketidakselarasan dengan Ku Li ini dalam isu royalti.

Satu kesan lagi yang nampak selepas ini ialah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Pribumi) yang tidak menyertai PRK Galas kali ini sepertimana mereka menyertai beberapa siri PRK yang lalu dengan menyokong calon dari BN. Perkasa pastinya hilang taringnya dengan kemenangan Umno di Galas kerana selama ini Perkasa cuba menunjukkan betapa pentingnya pertubuhannya itu sebagai punca utama sokongan orang Melayu. Nampaknya, kali ini dengan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang masih berehat selepas pembedahan jantung perlu mencari jalan baru untuk ’memaksa’ Umno melihat Perkasa miliknya itu mempunyai pengaruh yang besar bagi menentukan kelangsungan Umno dalam politik perdana.

Shaharul Shafie

Read more...

Thursday, November 4, 2010

Makhluk-makhluk mitologi dari Arab.

Bahamut

Bahamut adalah ikan besar yang membantu bumi dalam Mitologi Arab. Dalam beberapa sumber, Bahamut digambarkan memiliki kepala menyerupai kuda nil atau gajah.

Dandan

Dendan adalah makhluk laut mitologi yang muncul dalam buku 1001 malam volume 9. Muncul dalam kisah Abdullah si Nelayan dan Abdullah si Merman, di mana nelayan ikan duyung jantan mengatakan bahwa Dandan adalah ikan terbesar di laut dan merupakan musuh duyung. Seekor Dendan mampu menelan kapal dan seluruh awaknya dalam satu tegukan.

Falak

Falak legenda Bahamut adalah ular yang hidup di bawah Fire Realm. Ular ini dikatakan begitu besar sehingga hanya karena rasa takut terhadap kekuatan Allah saja yang bisa mencegahnya menelan semua ciptaan-Nya.

Genie

Dalam kebudayaan Arab, Genie atau Jin adalah makhluk gaib yang menempati dunia paralel dengan umat manusia, dan bersama-sama dengan manusia dan malaikat membentuk tiga mahluk ciptaan Allah. Memiliki kehendak bebas, yang dapat berupa jin baik atau jahat.

Ghoul

Ghoul adalah makhluk mitologi rakasa dari cerita rakyat Arab kuno yang tinggal di kuburan dan tempat-tempat tak berpenghuni. Kata bahasa Inggris berasal dari nama Arab untuk makhluk yang secara harfiah berarti "setan". Ghoul adalah jenis jin jahat yang diyakini menjadi bapak iblis.

Ifrit

Ifrit adalah jin kelas neraka, di bawah tingkat malaikat dan setan, terkenal akan kekuatan dan kelicikannya. Ifrit adalah makhluk bersayap api, baik perempuan atau laki-laki, yang tinggal di bawah tanah dan sering pergi ke reruntuhan. Menurut beberapa sumber, Ifrit hidup dalam sebuah masyarakat yang terstruktur di sepanjang garis suku Arab kuno, lengkap dengan raja-raja, suku, dan klan seperti manusia.

Karkadann

Ibnu Battuta dalam perjalanannya, menyebut badak di India adalah Karkadann. Karkadann adalah binatang yang sangat kejam, dapat mengusir binatang sebesar gajah. Ia akan melawan gajah dan membunuhnya. Kemudian akan mengangkatnya di atas kepala dalam kemenangan menggunakan tanduk. Memang rada mirip badak, tapi ada juga yang gambarin kayak Unicorn.

Marid

Marid seringkali digambarkan sebagai jenis yang paling kuat dari jin, memiliki kekuatan besar khususnya. Mereka adalah yang paling sombong. Seperti setiap jin, mereka memiliki kehendak bebas dan belum bisa dipaksa untuk melakukan tugas. Mereka juga memiliki kemampuan untuk memberikan harapan kepada manusia, tetapi biasanya membutuhkan pertempuran, ritual, atau penyembahan.

Nasnas

Nasnas adalah makhluk raksasa dalam mitologi Arab. Menurut Edward Lane, penerjemah abad ke-19 dari The Arabian Nights, Nasnas adalah "setengah manusia; memiliki setengah kepala, setengah tubuh, satu tangan, satu kaki, yang mana banyak melompat dengan kelincahannya". Hal ini diyakini sebagai keturunan setan disebut Shikk.

Sandwalker

Sandwalker umumnya dikenal sebagai makhluk yang sangat besar, paruh tajam dan ekor seperti kalajengking. Ia memiliki cakar besar seperti kepiting yang digunakan untuk membawa pergi korbannya. Ia mengubur diri dalam pasir pada siang hari untuk menghindari deteksi, dan keluar pada malam hari untuk makan. Jarang memangsa manusia, biasanya berburu unta atau kuda.

Werehyena

Werehyena adalah makhluk mitologi yang mampu berubah bentuk menjadi hyena atau manusia. Mereka yang hadir dalam cerita-cerita dari beberapa budaya Arab, Afrika dan Eurasia. Seperti manusia serigala cerita rakyat Eropa, werehyena digambarkan sebagai shapeshifters, meskipun tidak seperti manusia serigala yang biasanya digambarkan sebagai manusia awalnya, beberapa pengetahuan mengenai werehyena bercerita tentang bagaimana mereka juga dapat menyamar sebagai manusia hyena.

Read more...

Wednesday, November 3, 2010

Saatnya Untuk Menikah.

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama Dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi Dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi Dan Ahmad

Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan Allah

Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit Dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.

Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa Ada alasan Syar'ie Dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.

Atau Ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung Ada yang mahu serius.

Lingkaran Ketakutan Berlanjutan

Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.

Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).

Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.

Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.

Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak Ada yang sesuai dengan keinginan Kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah Ada orang yang mau menikah dengannya?

Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.

Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.

Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, Ada ketakutan lain yang mencekam.

Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.

Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.

Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa

Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara Kita sehingga mereka sanggup menitiskan air Mata.

Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. Berpesan:

Wahai Ali, Ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, Dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.

Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.

Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.

Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau Wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.

Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-Mata hanya kerana masalah ini.

Saya sangat khawatir akan keruhnya niat Dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.

Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan Kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang Ada).

Pilihlah Yang Bertaqwa

Suatu saat Ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, IA memuliakannya, Dan jika IA tidak menyenanginya, IA tidak akan berbuat zalim kepadanya."

Nasihat Al- Hasan menuntun Kita untuk menjernihkan fikiran. Jika Kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.

Wallahu alam bi showwab.

Sumber Rujukan: Seminar Keluarga Sakinah, 16 Ogos 2002 (Keluarga Muslim), Catatan: Mohd Fauzil Adhim, Sumber Grafik: http://bayan.blogmas.com/, Info: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®

Read more...

Monday, November 1, 2010

Lawak KFC.


Lawak KFC.


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu.. tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la…

Sumber : oleh Naz Canduriking ( Facebook ) pada pada 26hb Oktober 2010 pukul 3.00 ptg

Read more...

Ekonomi Bukan Kerana Wang Semata-Mata.


KAHERAH, 27 Oktober - Ketua Badan Ekonomi PMRAM, Saudara Al-Hidayat Khalid mengulas berkaitan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang bakal membuka ruang hiburan sosial dan kelab malam yang lebih banyak bagi meningkatkan tarikan terhadap pelancong luar negara adalah suatu perancangan yang tidak tepat.

Dalam memacu masa depan negara ke arah yang lebih maju dan moden, nilai etika akhlak tidak boleh dipisahkan daripada ekonomi atas alasan kemajuan semata-mata. Bahkan sektor ekonomi amat menekankan mengenai etika sosial dan akhlak dalam membangunkan modal insan serta kemajuan negara.

"Sebab itu kita lihat bagaimana sejarah kaum nabi-nabi terdahulu yang maju dari sudut ekonomi dan pembangunan namun dimusnahkan oleh Allah SWT disebabkan keruntuhan akhlak mereka yang sangat parah," ujar beliau ketika ditemui dalam Program Kutub Sittah Siri II di Nadi Riadhi, Hayyu Sabik.

Mengenai dengan rancangan menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan dengan memperbanyakkan kelab-kelab malam, beliau menyatakan bahawa ia merupakan perancangan yang tidak sepatutnya dilakukan demi meraih keuntungan wang semata-mata.

Bahkan sekiranya perancangan tersebut dilaksanakan ia akan memberikan impak negatif yang sangat besar ke atas masyarakat, dengan keruntuhan akhlak yang semakin parah.

Selain itu, Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan bahawa ETP yang sepatutnya ingin dijalankan mestilah melihat kepada bentuk perancangan yang sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan secara serius, selain memperbanyakkan projek-projek pelaburan.

"Kita risau, apabila kita hanya menumpukan satu skop sahaja iaitu hanya menarik pelaburan luar tanpa memperkasakan perancangan dalam membasmi kemiskinan di negara kita maka ia semestinya suatu perkara yang tidak seimbang, bahkan negara tetap tidak menjadi negara yang maju dan moden.

Bimbang sekiranya ia tetap berlaku, hanya mereka golongan yang kaya akan bertambah kaya, namun secara tidak langsung akan menindas golongan yang sedia ada miskin dan kurang kemampuan," Jelas beliau lagi apabila merujuk kepada 75% golongan termiskin adalah daripada kalangan keluarga melayu dan peribumi, yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.

Sambung beliau lagi bahawa selagimana golongan majoriti yang menjadi golongan termiskin di Malaysia, maka bagaimana perancangan yang dijalankan mampu memaju ekonomi negara dalam menjadikan Malaysia negara yang maju menjelang tahun 2020.

Tambahan beliau lagi, perancangan ekonomi yang dilakukan itu terlalu mengharapkan pelaburan dari sektor swasta semata apabila peratusan yang besar diletakkan iaitu sebanyak 92% daripada jumlah pelaburan yang diperlukan oleh Malaysia iaitu sebanyak 2.2 trilion.

Maka, ia merupakan perancangan kewangan yang rapuh memandangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada "pump priming" dan pertumbuhan swasta adalah begitu kecil.

Justeru, perancangan ekonomi yang dilakukan dalam membawa Malaysia ke kelompok negara yang maju mestilah memastikan ia tidak hanya fokus wang semata-mata, bahkan etika akhlak dan sosial mesti diambil kira.

Selain itu, pastikan gerak kerja yang dijalankan fokus ke arah membasmi kemiskinan, bagi menjamin bukan hanya sebelah pihak sahaja yang akan merasai kemewahan.

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP