UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, January 31, 2013

Pembangkang Kedah Dah Sasau

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang Kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah Raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.


Yang hairan bin ajaib.. tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?


MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.

Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini.. yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati... antaranya "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Hah... kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir.. setia apa namanya.


Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dah naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.

Mungkin juga, mereka malu..., malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff Menteri Besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan. Tapi tangguh-tangguh... akhirnya tak buat. PK tanyalah... "kenapa tak buat." ... jawab sipenyampai tu.... "nak buat macamana.. asyik dok buat padang golf saja.. Ustaz Azizan ni dia pulun.. tu yang boleh siap cepat.".

Betulah tu.. PK pun setuju.. UMNO ni kalau projek menguntung mereka.. lebih-lebih lagi untuk mereka, cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat... "hemmmmm... tak apalah.. gunalah hat tu dulu... lagi pun jurusan agama saja.. buat apa dok buat besaq-besaq.. nanti-nanti.. lawan kita balik".



Oleh : PARANG KEDAH

Read more...

Sunday, January 13, 2013

Menteri Akal Kontot Dengan Peniaga Untung

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR- #KL112) telah dirancang lama, tiba2 pencacai umno termasuk Tim. Presiden Umno telah menukarkan nama perhimpunan itu kepada Perhimpunan Shamsidar.

Mungkin kerana sudah tiada modal agaknya untuk mempolitikan dan memutarbelitkan cerita membuat isu baru. Biarlah nampak bodoh asalkan ada isu dimainkan oleh media pencacai untuk memperbodohkan makcik pakcik serta rakyat di luar sana.

Biarlah apa saja dakyah yang keluar daripada pihak pencacai umno sekarang ini ianya sudah tidak memberi kesan lagi kepada rakyat, ini adalah kerana rakyat sudah semakin cerdik untuk membuat perbedaan berita yang didengari.

Jika sebelum ini, semua perhimpunan melibatkan parti pembangkang, semuanya tak betul dan salah. Para peniaga akan rugi dan pelbagai dakwaan lagi, sehinggalah kemuncaknya apabila adanya protes terhadap BERSIH 2.0 dimana tarian punggong diamjurkan dihadapan rumah Ambiga (Pengerusi Penganjur BERSIH 2.0.

Pihak media pula mengembar-gemburkan berita yang diputar belitkan bersama pembohongan mereka yang tidak berkesudahan. Terutamanya sumber berita daripada Utusan Malaysia sebuah media umno yang menjadi perosak pemikiran rakyat.

Berlainan pula dengan perhimpunan terbaru ini (HKR), saya agak terkesima apabila membaca Utusan Online dengan beritanya ini. Apakah berita ini benar atau lagi fitnah daripada media pencacai ini.

Wallahuaklam....

Sekurang-kurangnya ada juga berita benar dari utusan malaysia, itupun jika ianya benar. Jangan jadi seperti Menteri ini yang kebodohannya nyata terlampau melangkaui dimensi ultra gaban.

Read more...

Thursday, January 10, 2013

A B C D = BODOH

Tadi Puteri terima call dari Tok Ketua Puteri... tanya dia kepada Puteri.."awat lama sangat hang tak tulis dalam Kedahla?". Puteri pun temonyeh sekejap... pastu Puteri jawab... fikiran Puteri dah benak.. dah tepu..

Puteri sengaja diamkan diri... tapi Puteri tak terlepas perkembangan semasa. Kui sehari.. kui sehari Puteri tengok UMNO ni dok kian meraban dari satu cerita ke satu cerita..

Dengaq kata... kerap sangat la ni Ketua Pemuda UMNO Kedah.. Bang Badrul dok angkat geng buat demo depan Wisma Darul Aman. Puteri memang la tak boleh pi pasai Puteri sibuk sangat 2-3 menjak ni....

Katanya... mula tu pasai "rakus tebang balak", mai yang hat dekat ni... nak bagi sijil Mohon Bajet Defisit kat MB. Hahahahha... 2-2 isu pun... Puteri teropong... nampak sangat 100 peratus tak cerdik. Samalah dengan penulis cerpin lawak jenaka Kedah Si AUPUN II.

Bila Puteri buka tape2.. dengaq apa isi ucapan MB Kedah yang memang Puteri tabik spring.. sangat bijak memerintah Kedah.. kalau nak banding dengan hat dolu-dolu.. hehehhe... (jangan marah)... MB dok bagitau... dok bagitau.. kut2 telinga depa ni banyak taik telinga.. atau ada masalah ke...

"Balak tebang lama dah... sekarang ni kita nak tanam semula. Nak buat ladang buah-buahan di tanah seluas 1000 ekar" tu lah lebih kurang kata-kata MB...

Tapi... yang Puteri heran... pasai apa dok buat demo.. hentikan penebangan balak.. hentikan... balak untuk anak cucu kami.. wow.. hebat sungguh. Tuuu.... yang orang nak tanam pokok buah-buahan tu untuk anak cucu sapa...? anak cucu Jepun ka.. Korea kaaa.. anak cucu Keling Karpet ka...?

Bila nanti ladang buah-buahan tu mula beroperasi, memerlukan tenaga kerja.. silap2 yang dok pegang sepanduk berdemo tu yang mula-mula yang apply kerja kat situ... wahhh kahhh.. kahhh.. tak kisahlah.. boleh saja... asalkan kerja halal...

Tunggu laa 2-3 tahun lagi... hijau la bukit tu... awat hat tu pun tak leh pikiaq ka... timbul pulak.. pencemaran Tasik Pedu. Puteri tak mau ulas.. pasai yang tu dah banyak kali geng-geng KedahLa... dok tulis dah....

Dah la hat bodo punya demo tak habis lagi kena kutuk..., mai pula satu demo yang seribu kali bodo... maaplah.. tapi memang bodo pun... takdak manusia didunia ni yang boleh cipta isu sebodo tu...

Kalau tak tau baca bajet negeri.... minta la orang mai ajaq... minta tolong.. kelas free lagi orang bagi.. sejam pun dah cukup.. lebih-lebih nanti hampa lena pulak.. maklumlah tak boleh nak minum ayaq ketum time mengaji..

Puteri sebenarnya kesian kat puak-puak ni... bukanlah jahat sangat... tapi dah UMNO dok perguna depa... maka macam tulah jadinya...

Puteri harap.... sudah-sudahlah hampa dok buat kerja bagi orang gelak kat hampa.. mai la kita sama-sama berjuang dalam pilihanraya secara sihat.... barulah kalau menang pun... menang yang dihormati, kalau kalah pun.. kalah yang terpuji..

botoi takkkkkkkkk??? 

 

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP