Tapi bila ada blogger yang minta sedekah..minta bantuan…ada pulak bloggers lain yang kutuk.” Tak ada sapa suruh hangpa jadi bloggers! Kalau anak bini tak makan..lebih baik cari kerja. Kalau nak glamer…tanggung sendiri la.” Macam blogger kat sini.
Ini blogger tak pakai akai. Orang politik juga ada yang reformis. Ada kapitalis dan ada opportunis.
Selanjutnya di sini : Kembara Blogger Jalanan
Samalah juga dengan blogger hebat wartamaya, lepaih posting cheq berkenaan Blogger Sengkek tu, saudara wartamaya teruih kluaqkan posting nak berhenti jadi blogger, bagi cheq toksahlah ambik hati dengan apa yang cheq cuba ketengahkan. Cheq mintak maap la noooo….. kalau ada sapa-sapa atau mana-mana blogger yang yang kecik hati atau marah dengan posting cheq tu.
Dan ada juga komen yang mengutuk cheq, kononnya cheq ni masih kanyiaq lagi… tak kenal erti kehidupan. Takpa cheq terima dengan ucapan Alhamdulillah. Cheq tak kisah semua tu.
Cuma apa yang cheq cuba sampaikan ialah pentingkan keluarga hangpa dahulu sebelum mementingkan orang lain.
Adakalanya manusia ni melihat sesuatu isu itu dari mata kasaq saja, depa jarang sekali melihat dengan mata hati, pasai tu sistem pemahaman depa lebih terarah kepada sudut negatif maka keluaqlah komen-komen yang berbentuk negatif.
Berbicara soal minta sumbangan, cheq akui memang tak salah dan pembaca dengan ikhlas akan menyumbang selagi termampu, tapi adakah itu dalam bentuk sumbangan sekali sahaja atau sumbangan secara bulanan. Jika ianya berbentuk sumbangan sekali sahaja maka berapa lama wang hasil sumbangan itu akan bertahan untuk membayar bil internet dan elektrik.
Dan begitulah sebaliknya jika ianya berbentuk sumbangan bulanan, persoalannya adakah pembaca akan menjadikan ianya satu komitmen untuk membuat sumbangan kepada bloggers setiap bulan. Hangpa pikiaq la elok-elok….
Itulah sebabnya, cheq dah habaq supaya perkukuhkan ekonomi rumahtangga kita dahulu dengan pendapatan tetap, itukan satu kewajiban bagi kita semua supaya pentingkan makan minum anak bini dan rumahtangga kita terlebih dahulu, sebelum sebut tentang perjuangan.
Kot lah kalau apa yang di perjuangkan itu sudah tentu jaminannya syurga yakni kesudahannya mati syahid seperti yang Allah Taala janjikan, itu dah soal lain cerita dan kalau lagu tu cheq pun mau jugak pasai ganjaran pahalanya besaq.
Ini bercakap soal perjuangan parti yang belum tentu tahu kesudahannya, kot yang di perjuangkan itu mendapat pahala baguih la, kalau yang di perjuangkan itu terjurus kepada fitnah dan dosa lagu mana pulak. Hangpa pikiaq la sendiri.
Atas alasan perjuangan juga, sewa rumah pun tak mampu nak bayaq angkut anak bini tidoq bawah pokok beramai-ramai. Itukah namanya perjuangan. Itu baru kita boleh kata takdak akai kot. Orang tabligh pun cerdik, sebelum keluaq merantau atas nama mengembangkan dakwah cara depa la (itu pun perjuangan jugak), depa dah siap tinggalkan wang ringgit sebagai nafkah zahir buat anak bini sepanjang peninggalan depa.
Jadi apa yang cheq tegoq tu, atas sebab untuk menyedarkan bloggers yang terlena kerana ketagih nak memblog hingga lupa makan minum anak bini dan diri sendiri. Macam cheq yang dok asyik mengadap komputer pun laki cheq dah mula berletiaq, inikan pulak blogger yang dah ada anak bini, kot blogger bujang tu cheq tak tau la sapa pulak yang nak berletiaq kat depa.
Cheq pun malaih nak cerita panjang, pasai yang dok baca ni semua pun cerdik pandai belaka, pi la jengok kat dapoq tu beraih ada lagi ka tak dak. Kalau takdak habaq mai la kat cheq, boleh cheq bagi sumbangan, tapi setakat sekali ni saja la... kalau nak tiap-tiap bulan pi bukak bank sendiri la.
Hangpa kaji betui-betui ayat ni, sesuaikah untuk dipraktikkan pasai bagi cheq tak sesuai lansung dengan konsep perjuangan.
“Perjuangan memerlukan pengorbanan…dan perjuangan ini memerlukan bantuan dari Tuan-tuan. Kalau tak ada seringgit…bagi la sepuluh ringgit.” Kalau dulu tadah kopiah…sekarang dah ada punjut khas. Dan orang kampong yang ada duit untuk beli susu anak..terpaksa juga memberi sedekah untuk perjuangan orang politik. Anak kecik minum teh O tak apa… tapi perjuangan perlu diteruskan. Takbirrr!!!
“Memang takdak akai betoi, bagi sedekah pada orang politik sampai anak sendiri tak makan"
(Kepada bloggers yang kreatif yang membuat promosi tapak iklan di blog masing-masing, baguihlah... sekurangnya ada juga pendapatan)
Read more...