Nizar: Kenapa Ramai Sangat Jantan Dayus???
KUALA LUMPUR: Sanggup membutakan mata dengan kecurangan isteri, membiarkan isteri menyara keluarga sementara suami lebih selesa duduk goyang kaki di rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Itu realiti yang seakan-akan menjadi ‘trend’ masyarakat masa kini apabila ramai suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak tidak melakukan tanggungjawab itu, sebaliknya membiarkan isteri lebih berperanan sebagai ketua keluarga.
Lebih memalukan, ada di antara suami dayus itu membiarkan isteri melakukan maksiat kerana mereka sendiri sibuk menjalin hubungan dengan wanita lain dan ada juga disebabkan takut kepada isteri.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata fenomena suami dayus kini antara punca utama berlakunya perceraian kerana daripada 15 kes permohonan fasakh yang diterima secara purata oleh firma guamannya setiap bulan, 10 memberi alasan suami dayus.
Selanjutnya di sini....
1 comments:
Ya ALLAH.... Dijauhkan lah aku & keluargaku daripada perkara2 seperti itu. Biar lah hidup ku & keluarga tak semewah mana tapi tidak tergolong Suami dayus....
73,
Lawati http://9w2znl.blogspot.com
Post a Comment