UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, March 23, 2010

Isu Fitnah Anwar.

Fatwa Yusuf al-Qaradhawi - Sesiapa yang merancang sama ada secara langsung atau tidak maka hukumnya adalah "munafik"... Yang membantu menyebar adalah "fasik"...

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang vide o itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Adva ncement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam s idang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan ra ya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

"Mereka pukul dan aibkan k ita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertah an, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Read more...

Monday, March 22, 2010

Sister in Islam hadapi saman.

KUALA LUMPUR 22 Mac - Dewan Pemuda Masjid Malaysia hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap SIS Forum (Malaysia) bagi menuntut satu perisytiharan bahawa nama organisasi tersebut yang sah di sisi undang-undang bukanlah Sisters In Islam.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia melalui Pengarah Eksekutif dewan tersebut, Mohd. Taqiuddin Abdullah selaku pemohon dengan menamakan SIS Forum (Malaysia) selaku responden.

Dalam saman pemula itu, pemohon memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat menyurat, penerbitan atau kenyataan responden sama ada di Internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Selain itu, pemohon turut memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama Sisters In Islam daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran menggunakan nama tersebut sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.

Pemohon memohon kos dan relif yang perlu. - Utusan

Cheq... betui-betui bersetuju dan menyokong seratus peratus tindakan ini, sepatutnya SiS ini di haramkan terus... depa yang buat kalut dan mengelirukan umat Islam Malaysia, terutamanya kepada remaja2 yang jahil agama.

Read more...

Sunday, March 21, 2010

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW. :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

p/s: td tengah tulis berita pasal syarikat yg suruh pekerja subahat jual arak..mcm duty free dan 7e..terlog off ,hilang suma tulisan...hmm..letih...aku kopi paste je lah cross ref. kat atas tu...ada jugak cara menghalalkan yg haram ea...

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Awat Belanja Kahwin Mahal Sangat.

Hanya sekadar gurauan sempena musim cuti sekolah minggu depan, jadi mungkin ada pasangan yang ingin melansungkan pertunangan, di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran.

Ramai yang mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan la ni semakin mahal/tinggi harganya, dan kalau nak murah senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini cheq ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal. Hah... hangpa bacalah:-

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded

6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif

10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni depa dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.

2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..

3. Camni bilang kat depa simpan anak tu dalam store buat perhiasan.

4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.

5. Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?

6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar;

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.

3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa hangpa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya :-

1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....

2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sing dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.

4. Kita tak biasa pakai cash laaa... Hangpa pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...

5. Sebagai hadiah upacara masuk minang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni... hangpa mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Sumber: http://www.pengantin.com.my

Read more...

Thursday, March 4, 2010

Apa Pengumuman Zul Kulim Sekejap Lagi.

Panas! Zulkifli Noordin Umum "sesuatu" Pukul 3 Petang Ni?

KUALA LUMPUR 4 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dilaporkan bercadang mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi mengumumkan “satu” perkara penting.

Beliau dijadual mengumumkan “perkara” itu sejurus sebelum menghadap Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Dari KerabuBersuara

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Kartika.


PEKAN, 3 Mac (Bernama) -- Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno yang bersalah kerana meminum arak mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan bebas dari hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat.

Menurut Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi, 33, untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan.

"Saya akan sembah kepada Tuanku Sultan tentang perkara ini dalam tempoh terdekat.

"Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan)," titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Kartika Sari Dewi lebih satu jam di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), di sini, Rabu.

Menjelaskan perjumpaan itu, baginda bertitah Kartika Sari Dewi telah menyuarakan tekanan perasaan yang dihadapinya berikutan kes berkenaan ditangguhkan.

Baginda yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah semua pihak perlu memandang serius perkara berkenaan dan tidak mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat Sultan atau pelaksanaan hukuman itu nanti.

Ditanya kenapa kes ini tertangguh agak begitu lama, Tengku Abdullah bertitah: "Kes ini akan diselesaikan secepat mungkin, cuma kes ini perlu diperhalusi dari segi pelaksanaan hukuman itu".

Kartika Sari Dewi ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

Kartika Sari Dewi bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Tengku Mahkota Pahang itu.

Sebelum itu Kartika Sari Dewi tiba di perkarangan kompleks berkenaan kira-kira 9.45 pagi dengan menaiki sebuah kereta sebelum Tengku Mahkota Pahang tiba kira-kira sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di resort penginapannya di Pekan sebelum pertemuan itu, Kartika Sari Dewi berkata dia amat berharap dapat menemui Tengku Mahkota Pahang bagi meluahkan perasaan dan tekanan yang dihadapinya sejak penangguhan kes berkenaan serta berharap kesnya itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

-- BERNAMA

Read more...

Tuesday, March 2, 2010

Umno pecat Tengku Razaleigh Hamzah.

Tu dia aaiiihhh.... Puad Sarkashi dah mula menyalak dah sebagai juara rakyat dan juga hero umno, dalam usaha bodek membodek Tok Ketua Presiden. Apalagi mana pi habih juak-juak umno tak mau sambut ka? cabaran Puad Sarkashi ni? Nak tau apa dia kata?


BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) -- Umno perlu mengambil tindakan terhadap Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" di dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan anggota Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno di dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

Sumber dari Bernama.

Itu yang cheq nampak sikap umno ni, kalau hendak menyatakan yang hak terasa berat sangat bagi depa. Kalau boleh depa nak menipu sepanjang masa, sesiapa di antara depa yang cuba bercakap benar akan di cantas.

Takpa laaaa..., cheq nak tengok jugak depa semua tu berani ka? nak pecat Tengku Razaleigh, kot cakap saja besar... tapi teloq tersentot ke dalam... macam pondan tua kelaku depa..

Pecat lah cepat, tunggu apa lagi....

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP