Suami Dan Lelaki Dayus.
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata:
Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi:
"IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi: Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman.. jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda:
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad, Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
1 comments:
sekarang ni da x yah tunggu bersalin .. cek up bulanan pun biar isteri sendiri2 p jumpe doktor pakar sakit puan .. siap bersolek lagi .. pakai cantik2 .. wangi .. ade yang siap cukur .. maklum la doktor nak tengok .. nak masukkan jari .. pompuan suke tunjuk .. kat lelaki len .. lebih2 lagi kat doktor lelaki .. xkisah la .. doktor melayu jenis laknat .. cina dan india yang dah pasti kapir ...
lagi pun pompuan cakap doktor lelaki cek rapi .. xmcm doktor pompuan .. heran kenape kite semua mcm x kisah .. kite ade agama da mcm xde agama .. kalo ade pun da mcm ugama len .. mane maruah kite .. mane maruah agama Islam .. kite soh anak kite bertudung .. bini kite bertudung .. tapi bile bab ni kite kate wat x kisah je .. pakai tudung tapi kangkang serupe je ..
sekarang ni bende ni da mcm x jadi hal da .. semua org wat .. kalo ade pun degelintir je yang sedar ..
saye ade kenal 1 family .. dari mak die sampai bini dan ank die semua p kat doctor lelaki yang same .. serasi konon .. doctor India tu baek .. ntah la .. ape nak jadi ... kat amerika pun ade pompuan yang sensitif walaupun die org bukan Islam .. nak jugak cari doktor pompuan at whatever cost .. ni kite kat sni nak senang je .. ade kes tiap2 bulab p cek up kene kangkang .. pakai tudung lak tu .. p doktor lelaki cina ..ape nak jadi ngan org Islam ntah la .. kite betul2 menjatuhkan martabat Ugama kite ..
Kerajaan pun is not really helping .. x nak cube hidup kan balik institusi perbidanan ..dimana Pompuan dilatih menjadi bidan .. kat america pun profession midwife masih hidup ..
kite xyah sibuk pasal judi haram .. (memang x elok .. mmg harampun ) rase2 bende ni kite patut lebih memberi tumpuan .. kerana ianya maruah agama ..
kalo semua pompuan .. anak bini kite senang2 je kangkang kat doktor lelaki .. x kira la .. melayu .. cina .. india ke ... mana nilai agama kite .. xde ape yang special la pasal agama Islam ... same je cam agama len ...
Post a Comment