UdangLipan. Powered by Blogger.

Friday, September 17, 2010

Ular Emas, Muslimah Yang Lemah..!!!


Assalamualaikum,

Saya bukanlah penggemar siri drama Ular Emas yang disiarkan di TV9, namun 'terjebak' juga menonton beberapa episode kerana perasaan 'menyampah' mendorong diri untuk mengetahui sedikit sebanyak siri ini.

Perasaan menyampah saya itu kerana watak Raudhah di dalam drama ini begitu LEMAH, TAK BERMAYA, LEMBIK! Apakah sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh pengarah dengan menampilkan watak seorang wanita muslimah yang sebegitu LEMAH?!

Saya malas nak terangkan secara terperinci tapi sesiapa yg menonton drama ini rasanya mesti ada at least sedikit rasa 'rimas' melihat watah Raudhah yang sebegitu.

Sedikit contoh, setelah diceraikan dan dihalau dari rumahnya sendiri oleh suami yang jahat, Raudhah hanya menangis, menangis, membawa diri, termenung, menangis.. dan mengambil sikap 'redha, takpelah dah takdir saya begini'. Kemudian, anaknya diculik, Raudhah hanya menangis, terbaring menangis, menangis lagi dan menangis tak habis2!

Apakah ini ciri2 seorang wanita muslimah yang kuat imannya? Apakah dengan menangis tak henti2 dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah dan hanya berserah pada Allah semata satu penyelesaian terbaik? Memang kita disuruh bersabar namun apakah sampai tahap begitu 'lembik'nya kita perlu bersabar dan berserah?

Apalah salahnya gambarkan Raudhah itu menjadi berani, berusaha dan bersungguh2 di akhir episode siri ini dan bukan hanya menangis dari mula, kerana dari awal2 siri ini pun kita dah tengok Raudhah ni lembik je, biarlah wataknya diakhiri dengan elemen keberanian seorang ibu yang mahu menolong anaknya bebas dari diculik, bukan terbaring di katil dan menangis, kemudian menangis di pintu pagar merayu kepada bekas suami.

Saya harap pada masa akan datang watak seorang Muslimah itu digambarkan dengan jati diri yang kuat fizikal dan rohani supaya menjadi contoh pada masyarakat, dan bukannya lembik dan tidak bermaya dan hanya berserah bulat2 tanpa satu usaha yang kuat.

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP