UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, February 6, 2013

Najib Bukannya Cerdik


Psikology hanya memperlekehkan minda cerdik pandai... KENAPA MAHU RAKYAT DILIHAT SEPERTI PENGEMIS

Saya hairan dengan sikap kerajaan yang memberikan wang RM100 untuk anak yang bersekolah. Kenapa tidak sahaja, yuran persekolahan yang bernilai lebih RM100 itu dihapuskan. Ia lebih mudah daripada menyusahkan ibu bapa berbaris panjang berjam jam lamanya atau terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk mengambil wang tersebut. Atau sekadar mahu melihat rakyat seperti pengemis berbaris untuk mengambil wang sebanyak RM100 itu.

Sedangkan wang tersebut adalah milik kita juga bukannya wang yang jatuh dari langit. Begitu juga dengan pemberiam BRIM. Jika Kerajaan Barisan Nasional bijak bistari, adalah lebih baik kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.40 sen. Kerajaan seolah-olah mahu menunjukkan keegoaan, "tengok kami beri RM100, kami juga bagi BRIM RM500"...sedangkan ia adalah wang rakyat.

Ini kerana rakyat yang kini cerdik pandai tahu, mereka telah diikat dengan pelbagai cukai. Cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan raya, cukai kereta, cukai makan dan banyak lagi. Peliknya hinggakan makan minum pun, kita disuruh bayar cukai oleh kerajaan. Cuba anda kira berapa setahun cukai makan minum sahaja yang kita bayar ??? RM10 ribu atau lebih....!!!

Di sinilah kita kena bijak dalam habuan segera yang tidak mendatangkan faedah jangka panjang. Dalam perniagaan kita panggil apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah "memberikan ikan, bukannya mata kail". Mereka suka rakyat meminta-minta agar dijadikan bahan ugutan pilihanraya. "You tolong I, I tolong you'...ini tidak bagus atau dalam kata lain memperbudakkan dan memperbodohkan rakyat.

Antara yang kita tidak setuju pemberian rebat RM200 untuk smartphone. Pertama anak2 orang kampung mampukah memiliki HP Smartphone. Kedua ia akan menyusahkan ibu bapa yang terpaksa berbelanja tinggi untuk membeli HP. Yang ibu bapa mahukan bukan rebat RM200 ini tapi mahu harga minyak masak, gula, susu, tepung dan sebagai turun unttk diberi anak2 makan YB.... HP tak boleh mengenyangkan perut anak2 kami tetapi untuk kroni.


Kesimpulannya, Perdana Menteri, Kabinetnya serta Ahli Parlimen dan ADUN yang menerajui Kerajaan Malaysia ini tidak cerdik bagi membantu memperjuangkan hak rakyat. Maka mereka2 itu WAJIB di tolak dalam PRU-13 akan datang.

Tumbangkan UMNO/Barisan Nasional, lihatlah perubahan dan hala tuju negara demi kesejahteraan rakyat. In Shaa Allah....

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP