Wang Kutipan Zakat Berjuta, Tapi Masih Ada Yang Fakir Miskin!!! - malaysiakini
Lembaga Zakat Selangor menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.83 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Klik sini
Penyerahan zakat perniagaan itu adalah berdasarkan bilangan pendeposit institusi berkenaan di Selangor. Secara keseluruhan, Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM33.4 juta pada tahun kewangan 2008 di Malaysia berbanding RM31.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya. - Bernama.
Ini baru terima zakat dari Bank Rakyat, bagaimana pula dari syarikat dan individu yang lain. Difahamkan kutipan zakat setiap tahun jumlahnya ratusan juta, yang hairan binti ajaib ialah kemana wang ini semua dibelanjakan dan taraf kemiskinan dalam setiap negeri masih tinggi.
Sepatutnya wang zakat digunakan khusus untuk membantu rakyat yang memerlukan, bukannya digunakan untuk membayar gaji pekerja Lembaga Zakat dan pelaburan lain-lain..., samalah juga dengan Lembaga Tabung Haji, banyak perkara yang tak betul dalam pengurusan agensi yang melibatkan Islam.
UdangLipan: Harapkan kopiah dan serban besaq ataih kepala saja, hati dan perangai tak melambangkan Islam pun...., duit orang pun depa gabuih.... jika wang kutipan zakat diagihkan dengan betui maka takda lagi orang Islam yang merempat dalam Malaysia ni....
0 comments:
Post a Comment