UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, November 5, 2009

Nizar/pkfz: Nasib Penghuni Kuarters OKU

Suatu pagi.

Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku.

Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif.

Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebih prihatin, tetapi waktu pagi anak-anak semua ke sekolah.

Saya sendiri, pernah terjatuh tangga hingga berjahit bibir kerana gagal mengimbangkan badan. Sebab tergopoh-gapah mahu pergi bekerja (kejadian itu berlaku ketika saya masih berkerja).

Apa salahnya, pihak pengurusan sedikit prihatin? Rumah bawah yang terbiar kosong itu, diberikan kepada merka yang benar-benar memerlukan. Contohnya, berilah rumah bawah untuk pekerja yang tidak dapat melihat seperti abang itu.

Bukan saya mahu mempertikaikan hak pegawai atasan yang sihat walafiat diberikan hak mereka untuk menduduki rumah banglo di bawah. Ini asal kamu pegawai, bolehlah tinggal di rumah tersebut. Nasiblah, kalau oku tersebut pegawai.

Cuma seorang dua sahaja, yang diberikan pengecualian. Yang benar-benar tidak boleh berjalan, hatta merangkak sekali pun.

Manja?

Ya..memang kami manja. Kami manja kerana keadaan kami yang tidak berdaya. Oleh itu, kami perlu berada di rumah yang selamat supaya keadaan tidak menjadi bertambah teruk. Takut. Bimbang. Jika berlaku kemalangan, kami tidak mampu mengurus diri.
Saya dengar yang menjaga kebajikan selalu juga datang ke pusat ini. Rasmikan acara itu ini.

Pernahkah dia bertanya, golongan minoriti yang tinggal di sini. Tak lain, menerima laporan muluk-muluk dari pihak atasan. Lawatannya pun, alah sampai depan dewan perdana yang tersergam indah itu sahaja.

Apa? Kamu fikir jika kami berkaki, tiada sebarang kesusahan bagi kami untuk tinggal di rumah yang bertingkat ini?

Barangkali ada yang tidak suka mendengar keluhan begini. "Kalau tak suka pindahlah!."
Ya..., Kalaulah kami mampu dari segi kewangan. Jika tempat ini, mempunyai kemudahan lif. Jika kami sihat, tidaklah kami merungut-rungut begini. Bukan maksud kami mahu bermanja. Kami minoriti. Berdiam-diam sahajalah.

Mungkin saya mampu menulis di blog. Tapi berapa kerat sangatlah yang membaca. Ramai yang sekadar terima dan memendam rasa. Lainlah kalau menteri cakap. Dia ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog pun jadi topik cerita.

Meloyakan!

Oh! Lupa mahu beritahu. Saya tinggal di kuartes pusat oku terbaik di Asia Tenggara.

Petikan dari Blog Waterlily

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP