UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, December 29, 2010

Isu Khusrin: BN Belum Belajar Dari Tsunami


Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008. Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat.

Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat ’dosa’ lama.
Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar ’only we who know the best for people.’ Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir.

Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.
Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan PKR pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap ’kemaafan’ rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat. Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil. Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR baru-baru lagi. Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat. Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat.

Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.
Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor. Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan. Khusrin boleh diibaratkan seperti ’firaun kecil’ yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan.

Jadi samalah dengan Khusrin.
Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja. Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja. Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab. Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai ’satu alat’ untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata.

Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.
Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR. KSN tidak boleh mengamalkan untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja.

Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka. Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak. BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut.

Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai ’mereka yang tahu segala-galanya’. Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.
Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan.

Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan.
Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa. Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat. Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri. Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada ’kuasa dan wang’ dalam isu malapetaka sebegitu.

Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti ’Profesor Serba Tau’ segalanya.
Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu. Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.

Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.


Dengan cara ’memboikot’ ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di
rashidzack@yahoo.com

Read more...

Sunday, December 26, 2010

Hukum Aurat Lelaki Wanita.

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.

Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.

1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.

Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya.

Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.

Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.

Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.

Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

KedahLanie
oleh Ahmad Baei Jaafar

Read more...

Sunday, December 19, 2010

PRK Tenang penentu tarikh PRU13

Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.

Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai ’tabung deposit’ atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.

Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR. Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.

Tenang adalah ’maruah’ UMNO dan BN
Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.

Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya.

Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.

Kuasa Ketiga bertanding di Tenang?
Bagaimana dengan ’Kuasa Ketiga’ di PRK Tenang? Kemungkinan besar akan ada calon yang mendakwa diri mereka ’Kuasa Ketiga’ turut meletakkan calon. Namun begitu, persediaan dalaman mereka seharusnya diperbaiki dulu sebelum mula memikirkan tentang di sini.

Yang pastinya ’Kuasa Ketiga’ yang mungkin berminat ialah parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dikini dipimpin oleh bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim. Namun begitu, pelbagai isu dalaman KITA memerlukan masa untuk diperhalusi dan diselesaikan seperti penukaran nama secara rasmi dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) kepada KITA, organisasinya, perlembagaan parti dan pemupukan perpaduan sesama pemimpin-pemimpinnya supaya selaras dengan aspirasi Zaid.

Sungguhpun begitu, sekiranya KITA meletakkan calon, bantuan dari sebuah lagi parti yang dilihat lebih kecinaannya iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) sewajarnya dialu-alukan di dalam jentera kempennya kelak yang pasti menyemarakkan pertandingan tiga penjuru nanti di Tenang dan menjadi ’pengacau’ undi.

Semasa PRU 2008, meskipun BN kehilangan 5 buah negeri (sebelum Perak kembali kepada BN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada PR, BN Johor masih mampu mengekalkan kekuasaannya ke atas negeri itu. Namun begitu, buat pertama kalinya dalam sejarah DUN Johor, calon-calon dari PR ketika itu membuat kemajuan apabila menambah dengan banyaknya kerusi mereka di negeri itu terutamanya DAP yang memenangi 4 kerusi. PAS pula memenangi 2 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Jumlah pengundinya ialah 14,511 orang. Menurut daftar ini, sekiranya daftar pemilih terbaru diumumkan (yang mana penulis merasakan tidak akan berbeza sangat) merupakan satu situasi pertandingan yang adil kerana komposisinya melambangkan pembahagian populasi seperti di peringkat nasional dan juga mencerminkan senario pilihan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, komposisi daftar pemilih berkenaan menjadi satu tanda jelas kepada parti-parti yang bertanding sebagai mewakili sentimen nasional di kalangan kaum-kaum yang ada. Hasil daripada PRK ini nanti memudahkan analisa pemerhati politik dan juga cerdik pandai politik mengenai persoalan-persoalan seperti kecenderungan pengundi Cina sebenarnya dalam politik, impak oleh pengundi India selepas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri, pandangan orang Melayu mengenai ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat dan banyak lagi indikator-indikator sentimen yang boleh terjawab.

Tenang bakal membantu Najib tetapkan PRU ke-13
Di saat suasana politik nasional hari ini masing-masing meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen sebelum penggal persidangan seterusnya bermula pada bulan Mac tahun hadapan, Tenang sepatutnya menjadi perhatian Najib sebagai menguji terlebih dahulu persepsi rakyat mengenai BN dan sambutan ke atas program-program transformasinya.

Mungkin kematian ADUN Tenang ada hikmahnya kepada BN kerana PRK yang bakal diadakan dalam masa 60 hari selepas Speaker DUN Johor memberikan notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bakal membantu BN menguji kekuatan mereka sebenarnya di dalam satu PRK yang berkomposisi populasi nasional.

Hanya selepas apa sahaja keputusan selepas PRK Tenang nanti, Najib masih mempunyai masa untuk menentukan sama ada pilihanraya umum ke 13 berbaloi atau berisiko untuk dianjurkan selepas Mac tahun hadapan bersama-sama dengan pilihanraya Dewan Negeri Sarawak. Jika BN tewas di Tenang, mungkin Najib boleh biarkan Sarawak teruskan dahulu pilihanraya negerinya. Bagi BN yang kini dilihat menguasai lebih 60 peratus undi Melayu, mereka lebih bimbangkan dengan trend pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Walaupun dalam PRK Galas melihat kepada pertambahan undi pengundi Cina kepada BN, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu petanda aras kerana semua sedia maklum hubungan baik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan komuniti Cina yang memungkinkannya berlaku. Namun di Tenang nanti, trend pengundi Cina seharusnya tidak dilihat sebagai penanda aras terbaik tetapi boleh diterimapakai setidak-tidaknya.

Lebih-lebih lagi Tenang yang terletak di bawah Parlimen Labis yang didakwa sebagai ’kubu kuat’ Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek dan kini anaknya menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Sejauh mana Tenang kubu kuat Chua Soi Lek, biar rakyat tentukan
Penganalisa politik melihat selain daripada isu tsunami politik nasional melanda Labis semasa PRU 2008, isu ’disiplin’ Soi Lek juga menjadi penyebab kepada penurunan banyak majoriti BN hampir separuh ketika itu. Pengundi Melayu dan juga pengundi Cina sama-sama melihat Soi Lek sebagai seorang yang rosak akhlak dan inilah menyebabkan bukan sahaja Parlimen Labis tetapi di DUN Tenang itu sendiri, menjadi kerusi DUN yang paling banyak kehilangan majoriti di antara semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 di negeri Johor.

Allahyarham Sulaiman memperolehi majoriti yang banyak pada PRU 2004 dengan memperolehi 5,507 majoriti tetapi berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majoritinya berkurangan sehingga lebih separuh apabila memperolehi majoriti sebanyak 2,492 undi. Situasi ini jelas sekali melihat peralihan undi besar dari kaum Cina dan India kepada calon PAS ketika itu mewakili PR.

Pastinya bagi MCA, pertandingan PRK ini bakal melihat sejauh mana Soi Lek sebenarnya diterima di negeri tersebut dan sama ada rakyat sudah memaafkan ’kecurangannya’ di dalam aktiviti yang dilihat rakyat sebagai tidak sihat itu. Penulis menjangkakan isu pita kontroversi seks Soi Lek pasti akan menggamatkan semula PRK Tenang nanti dan kesempatan ini bukan sahaja digunakan oleh parti lawan tetapi juga oleh pihak-pihak dalaman partinya sendiri sebagai menekan Soi Lek sepertimana yang mereka pernah buat dahulu untuk menjatuhkan Soi Lek sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2007.

Peluang PR lebih baik dengan PAS
Bagaimana dengan peluang PR? Sebelum menghuraikannya, jika diikut resam pembahagian kerusi di antara komponen PR, komposisi kaum di dalam daftar pemilih menjadi petunjuk. Sebelum ini, PRU 2008, PR meletakkan calon PAS yang mana sepatutnya mengikut pembahagian komposisi, PKR lebih berhak meletakkan calon sebenarnya.

Namun begitu, sehingga kini, dilaporkan bahawa PAS Johor dan PKR Johor masing-masing dikatakan cuba melobi untuk meletakkan calon di kerusi tersebut dan usaha ini dilakukan sejak mereka mendapati Sulaiman berada dalam keadaan ’kritikal’ di hospital. Tidak dinafikan ada kemungkinan PKR akan bertanding di sana tetapi tidak menolak jika PAS kekal di sana bergantung kepada apa yang difikirkan dalam benak fikiran pemimpin PR dan persetujuan mereka.

Di dalam keadaan PKR yang baru sahaja tamat pemilihan pimpinannya pada bulan lepas dan hasil darinya menyebabkan perpecahan dan masalah dalaman kini berlaku di dalamnya, bagi penulis, PKR seharusnya membiarkan PAS kekal meletakkan calonnya di situ. Maafkan saya jika terpaksa berkata, andaikata saya diberi pilihan sama ada PKR atau DAP meletakkan calon di Tenang, saya terpaksa menolak PKR dan terpaksa memilih DAP.

Ini menggambarkan betapa gerunnya saya akibat masalah dalaman PKR yang mampu menggugat kemenangan PR. Tetapi dalam kes ini, PAS adalah calon terbaik jika dilihat pada senario dan tanggapan umum ke atas masalah dalaman PKR walaupun pemimpin PKR dilihat seperti menafikan pergolakan dalamannya di kaca mata rakyat. Dan penafian inilah meresahkan rakyat dan penyokongnya kerana pemimpin utama PKR.

Kesilapan PKR memilih Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor
Walaupun tiada masalah dalaman di dalam PKR sekali pun, saya masih memilih PAS. Anda mahu tahu kenapa? Mungkin ramai tidak sedar bahawa keadaan di dalam PKR Johor sendiri dan penerimaan rakyat Johor ke atas PKR masih jauh lagi rendah. Saya boleh katakan semakin teruk apabila PKR tidak sensitif kepada ’ketuanan Melayu’ yang wujud di negeri itu.

Sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO, kesilapan besar PKR adalah melantik bukan Melayu sebagai Ketua PKR negeri. PKR telah melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menjadi Ketua PKR negeri. Kita tidak bercakap tentang hak Chua ataupun orang Cina memegang jawatan tersebut tetapi kita bercakap tentang situasi sebenar di negeri yang majoritinya orang Melayu yang kini UMNO berbangga kerana menguasai lebih 60 peratus undi Melayu.

Oleh itu, penulis berharap pemimpin kanan PAS dan DAP supaya faham akan realiti semasa dan tidak membiarkan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mendesak mereka menerima PKR sebagai calon di Tenang. Jika PAS dan DAP benar-benar mahu menyelamatkan kemampuan dan persepsi umum ke atas PR yang kebelakangan ini banyak menurun disebabkan masalah dalaman PKR, maka PAS dan DAP perlulah berkata ’Tidak!’ untuk kali ini.

Chua Jui Meng sebagai calon PR?
Saya melihat ada kemungkinan Anwar berhasrat untuk menjadikan medan Tenang ini untuk mengenengahkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon. Meletakkan beliau sebagai calon tidak salah kerana ini negara demokrasi tetapi satu langkah ke belakang jika melakukannya di kerusi DUN yang ramai Melayu yang kini kukuh bersama UMNO dan BN. Jui Meng mungkin mampu menarik undi orang Cina tetapi menarik undi orang Melayu dilihat sebagai sesuatu yang mustahil dalam senario semasa.

Namun begitu, dasar PAS yang lebih liberal bukan sahaja menarik undi orang Cina tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik sebahagian daripada undi Melayu jika dibandingkan dengan kemampuan PKR sendiri walaupun PKR meletakkan calon Melayu dan bukannya Jui Meng. Bukan itu sahaja, PKR akan lebih bermasalah untuk meyakinkan pengundi sekiranya AKIM@KITA memasuki gelanggang lawan. Yang pastinya Zaid mempunyai sebab, bukti dan hujah politik bagi membongkarkan masalah dalaman PKR di dalam kempennya.

Penggantungan 4 ahli Parlimen PR boleh dijadikan bahan kempen berkesan
Episod terbaru di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan penggantungan empat ahli Parlimen PR memang mampu memberi nafas politik kepada PR untuk menggunakan isu-isu mengenai salahguna kuasa doktrin pengasingan kuasa, APCO-Israel, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan sebagainya bagi meningkatkan semula waima perjuangan keadilan dalam diri rakyat yang kembali terpendam sejak setahun lalu.

Namun, calon PAS adalah lebih mampu dan sesuai menggunakan kesempatan isu Dewan Rakyat itu untuk menarik sokongan orang Melayu di Tenang terutamanya mereka yang berada di atas pagar yang pernah mengundi PR semasa PRU 2008. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap ’rakyat penentu’ seperti semasa di PRK di Batu Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.

Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang. Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi dirashidzack@yahoo.com

Read more...

Wednesday, December 15, 2010

Mampukah Kuasa Ketiga Ubah Politik Negara?

Hari ini kita digemparkan apabila secara rasminya blogger yang penuh kontroversi, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK mengumumkan buat pertama kalinya nama seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar sebagai antara calon ‘beliau’ yang bakal mewakili pihak Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya umum akan datang. Bukan itu sahaja, RPK yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) selama ini dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menukar pendirian.

Malah PRK sendiri dilihat mengemudi pembentukan Kuasa Ketiga dari dalam buangan sukarelanya di London melalui penubuhan Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM). RPK dikatakan kecewa dengan keadaan dalaman PKR hari ini apabila Datuk Zaid Ibrahim yang juga rakan baiknya telah dilihat beliau sebagai ‘mangsa keadaan’ kepada percaturan politik Anwar. Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya apakah itu Kuasa Ketiga atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai “Third Force” di dalam arus politik nasional hari ini.

Apakah itu politik ’Kuasa Ketiga’?

Kuasa Ketiga adalah satu kumpulan politik berbentuk kepartian dan kesepakatan yang ditubuhkan bagi mewakili satu kumpulan yang besar lagi berpengaruh yang berkongsi arah tuju perjuangan politik di peringkat nasional. Perjuangannya adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh dua kuasa politik yang pertama itu. Kuasa Ketiga mampu merubah lanskap politik dengan menjadi kuasa penentu kepada pembentukan sesuatu kerajaan selepas pilihanraya. Dalam konteks Malaysia, dua kuasa pertama yang dimaksudkan ialah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kuasa Ketiga yang digembar-gemburkan wujud di Malaysia ini adalah satu kumpulan politik beraspirasi baru yang bakal memberi tekanan kepada kedua-dua kuasa yang sedia ada terutamanya dari segi merebut undi di dalam satu-satu pilihanraya sama ada ia pilihanraya umum ataupun kecil. Lazimnya, pemimpin kumpulan Kuasa Ketiga ini adalah meliputi mereka yang pernah berada dalam dua kumpulan sebelum ini tetapi kerana kecewa dan perjuangan politik yang berbeza menyebabkan mereka membentuk pakatan baru.

Selain itu, Kuasa Ketiga juga semakin menempa tempat di hati para pengundi di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom (UK), pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah kebanyakannya akan terjun menjadi pemimpin Kuasa Ketiga di negara masing-masing. Kuasa Ketiga yang boleh dikategorikan sebagai sangat berjaya adalah yang wujud di UK. Kita akan berbicara tentang Kuasa Ketiga di luar Malaysia nanti.

Kenapa wujud Kuasa Ketiga di Malaysia?

Kewujudan Kuasa Ketiga di Malaysia disebabkan oleh faktor kelemahan oleh BN dan PR. Ramai yang berada di dalam Kuasa Ketiga ini berasa kecewa atau tidak berpuashati dengan cara pengurusan perjuangan dan idealisma politik oleh parti masing-masing yang memaksa mereka meninggalkan parti. Sebagai contohnya, kelemahan dan ketelusan di dalam PKR telah menyebabkan ungkapan Kuasa Ketiga hari ini semakin menonjol.

Ramai yang melaporkan tidak dapat menerima apa yang dikatakan berlakunya ’dinasti Anwar’ di dalam PKR yang sepatutnya menjadi satu wadah perjuangan rakyat marhaen apabila anaknya sendiri, Nurul Izzah Anwar terpilih menjadi Naib Presiden pada usia yang muda. Ada juga yang tidak berpuashati dengan perjalanan pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini dan ada juga melihat kelemahan PKR di dalam pentadbiran sebagai kerajaan terutamanya di negeri Selangor.

Sebenarnya, kemunculan Kuasa Ketiga di dalam negara banyak disebabkan oleh kepincangan di dalam PKR dan kurang disebabkan oleh masalah-masalah dalaman parti-parti komponen PR yang lain iaitu PAS dan DAP. Tetapi tidak dinafikan bibit-bibit permulaan Kuasa Ketiga ini sebenarnya sudah lama bermula dan ia berasal dari kelemahan UMNO dan parti-parti komponennya yang lain di dalam BN seperti MIC.

Perkasa Kuasa Ketiga?

Bercakap mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), kita boleh katakan Perkasa mempunyai kriteria untuk dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga tetapi tidak sepenuhnya. Ini adalah kerana penubuhan Perkasa hanya dibuat sebagai NGO dan mengelak membentuk kuasa kepartian. Membentuk parti adalah syarat utama bagi dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga. Ramai yang berpendapat bahawa Perkasa dilihat mampu membentuk Kuasa Ketiga tetapi hanya jika UMNO sendiri menjadi lemah.

Saya boleh mengagak bahawa Perkasa sebenarnya mempunyai cita-cita menjadi parti politik Melayu. Lebih-lebih lagi apabila dipimpin oleh ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali dan mendapat sokongan kuat daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti mana yang kita sedia maklum, penubuhan Perkasa dibuat semasa UMNO dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dan semua maklum bagaimana buruknya hubungan Pak Lah dengan Tun Dr. Mahathir. Sokongan Tun Mahathir kepada Perkasa adalah sebagai memberi tekanan kepada Pak Lah.

Maka, Perkasa dibentuk terlebih dahulu menjadi NGO bagi memberi peluang kepada UMNO untuk mengukuhkan dirinya semula. Kini apabila tampuk UMNO dipegang oleh Datuk Seri Najib Razak dan perpaduan di dalam UMNO dapat diperbaiki maka Perkasa dijangka tidak akan meneruskan cita-citanya di dalam menceburi politik secara rasmi. Namun begitu, daripada maklumat yang boleh dipercayai, walaupun Tun Mahathir mulai senang dengan kedudukan UMNO sekarang di bawah Najib, beliau didakwa masih mengaturkan kemungkinan tetap adanya calon Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya akan datang yang disokong oleh Perkasa secara lembut. Beliau dikatakan berbuat demikian sekadar untuk mengukur sejauh mana kekuatan UMNO selepas era-Pak Lah. Wallahualam.

Satu lagi contoh jelas Kuasa Ketiga yang muncul dalam tiga tahun lepas ialah Hindraf dan Human Rights Party (HRP) yang disebabkan dakwaan kegagalan MIC sebagai wakil masyarakat India di dalam kerajaan BN di dalam memperbaiki mutu kehidupan masyarakat itu sejak merdeka. Malah, Hindraf juga tidak percaya kepada kemampuan PR bagi memperjuangkan mereka dan keadaan ini amat sesuai untuk kita takrifkan sebagai satu contoh kewujudan ’komponen’ terawal Kuasa Ketiga di negara kita. Oleh kerana masyarakat India adalah kecil maka kewujudannya tidak dapat dirasai sebagai cabaran atau tekanan kepada BN dan PR sebagai kuasa yang mampu mengurangkan majoriti mereka di dalam satu-satu pilihanraya.

Meskipun pengundi Cina menolak parti MCA dan Gerakan semasa pilihanraya yang lepas, mereka bersepakat menyokong DAP yang secara tidak langsungnya memberi kekuatan kepada PR keseluruhannya. Faktor kekuatan DAP yang masih dilihat sebagai alternatif parti kaum Cina menyebabkan Kuasa Ketiga tidak wujud secara jelas di dalam masyarakat Cina. Jika adapun, segelintir pemimpin kurang penting dari Gerakan dan parti-parti berteras kaum Tionghua di Sarawak yang membentuk sebuah parti baru yang dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada tahun lepas. Kekuatan PCM tidak signifikan untuk membentuk Kuasa Ketiga.

Sepertimana pentingnya kuasa politik Melayu menentukan kerajaan di negara ini kepada BN dan PR, ia juga amat penting kepada Kuasa Ketiga. Dengan adanya Hindraf/HRP dan PCM yang mewakili India dan Cina masih tidak mampu mengukuhkan Kuasa Ketiga. Episod terkini dalam politik tanah air di dalam PR yang menyebabkan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti dan berjanji membentuk parti baru pastinya kesempatan yang dilihat bagus bagi mengukuhkan Kuasa Ketiga.

Kuasa Ketiga tidak semestinya parti serpihan

Mungkin ada antara kita yang berpendapat Kuasa Ketiga ini adalah kumpulan serpihan daripada BN dan PR. Mungkin ada kebenarannya hakikat itu tetapi perlu dijelaskan sekali lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Kuasa Ketiga juga merupakan mereka yang tidak pernah pun menyertai BN dan PR tetapi terlibat di dalam NGO-NGO dan berpandangan yang tidak sehaluan sama ada dengan perjuangan BN dan PR. Sepertimana Zaid yang kini dilaporkan sudah menyertai sebuah parti dorman iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan dijangka menjadi Presiden terbaru AKIM tidak lama lagi, kita tidak boleh menyebut AKIM sebagai parti serpihan kerana parti itu telah wujud sejak tahun 1995.

Jika Zaid membuka parti baru mungkin parti berkenaan boleh disebut sebagai serpihan. Namun begitu, untuk mendefinisikan Kuasa Ketiga, isu parti serpihan tidak timbul sama sekali. Untuk Kuasa Ketiga sama ada sebagai sebuah parti (tidak kira batul-betul baru atau serpihan) atau sebuah lagi gabungan parti-parti, mereka perlukan sekurang-kurangnya 20 peratus sokongan daripada undi rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk mengatakan wujudnya Kuasa Ketiga secara sepenuhnya di Malaysia hari ini masih terlalu awal. Ini kerana kita belum lagi melalui satu proses pilihanraya umum untuk mengukur sejauh mana mereka yang mendakwa menjadi Kuasa Ketiga ini mampu mengaut 20 peratus undi popular bagi melayakkan mereka menggunakan istilah tersebut.

Sejarah Kuasa Ketiga di dunia Barat

Di negara-negara maju di Barat dan mengamalkan demokrasi, kewujudan Kuasa Ketiga sudah mula wujud selepas era Perang Dingin. Seperti yang penulis sebut awal-awal mengenai kelemahan sistem dua parti yang membuatkan rakyat jelik dan kecewa dengan dasar-dasar kedua-dua parti utama inilah menyebabkan kewujudan Kuasa Ketiga. Selain itu, antara pelopor Kuasa Ketiga di rantau sebelah sana yang mulai mendapat tempat telah dimulakan sebagai parti pencinta alam sekitar.

Mungkin anda pernah mendengar nama parti ’Green’. Parti-parti berhaluan alam sekitar banyak ditubuhkan di beberapa negara di dunia Barat. Namun begitu, di Amerika Syarikat, parti Green masih dilihat sebagai ’pilihan’ ketiga kepada pengundi tetapi masih belum layak disebut sebagai Kuasa Ketiga. Ini kerana kemampuannya mengutip sebilangan peratusan undi popular masih di peringkat yang rendah. Parti-parti seperti Republikan dan Demokrat masih lagi dianggap teguh dan dipercayai di dalam masyarakat yang mengamalkan sistem dua parti yang kukuh itu.

Contoh yang terbaik adalah di United Kingdom (UK). Semasa pilihanraya umum UK pada pertengahan tahun ini, tiada satu parti pun yang memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Sepertimana yang anda sedia maklum, gergasi politik atau Kuasa Pertama dan Kuasa Kedua di UK adalah parti Buruh dan parti Konservatif. Dewan Rakyatnya yang dikenali dengan nama House of Commons mempunyai 650 kerusi dan parti yang boleh membentuk kerajaan memerlukan 326 kerusi sebagai majoriti mudah.

Di dalam pilihanraya tersebut, kedua-dua parti itu gagal memperolehi jumlah mudah tersebut. Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron (kini Perdana Menteri) memperolehi 306 kerusi manakala parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Gordon Brown pula mendapat 258 kerusi. Untuk membentuk kerajaan di dalam keadaan yang diistilahkan sebagai ’Parlimen Tergantung’, mereka perlu mencari mana-mana parti lain atau Bebas yang memenangi kerusi untuk bergabung dan membentuk kerajaan. Akhirnya, sebuah lagi parti yang layak ditakrifkan sebagai Kuasa Ketiga iaitu parti Liberal Demokrat dengan 57 kerusi akhirnya bersetuju bekerjasama dengan parti Konservatif bagi membentuk kerajaan.

Dalam lain perkataan, dengan keperluan yang teramat sangat ke atas Liberal Demokrat oleh Konservatif dan Buruh menunjukkan kepada kita betapa kuatnya pengaruhnya sebagai satu kuasa. Selain itu, Liberal Demokrat yang memperolehi hampir 23% undi popular semasa pilihanraya tersebut dan ini turut melayakkan partinya dianggap sebagai Kuasa Ketiga yang menggugat kemampuan parti Konservatif dan Liberal di dalam membentuk kerajaan bersendirian. Ini adalah satu kes yang jelas bagi menggambarkan keadaan sebenar politik tentang Kuasa Ketiga.

Konsensus Bebas di Parlimen bukan Kuasa Ketiga

Di Malaysia, kita ada sekumpulan ahli Parlimen yang berstatus Bebas dan kesemua mereka ini adalah bekas ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti tersebut kecuali Ibrahim Ali. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai ’Konsensus Bebas’ dan mendakwa mereka adalah Kuasa Ketiga. Bagi penulis, bagi memperolehi status Kuasa Ketiga tidak semudah itu kerana mereka tidak membentuk satu ikatan yang formal yang membolehkan mereka menjadi sebuah parti politik. Malah sebagai ’Bebas’ dengan sendirinya meletakkan mereka ’di atas pagar’ politik.

Dalam pilihanraya UK yang lalu juga, mereka yang tidak menyertai Liberal Demokrat dan menang atas tiket parti lain seperti parti Green, parti-parti wilayah seperti Plaid Cymru di Wales dan Parti Kebangsaan Scotland untuk Scotland serta parti Bebas. Mereka ini seramai 37 ahli parlimen yang tidak berstatus Kuasa Ketiga.

Jika mereka (Konsensus Bebas di Malaysia) mempunyai ideologi yang sama secara sahsiahnya mereka bukan lagi berstatus ’Bebas’. Untuk menjadi ahli parlimen Bebas, setiap daripada mereka tidak boleh nampak bersama dan berkaitan antara satu sama lain di dalam tindakan dan wadah perjuangan mereka. Oleh itu, dengan mengatakan Konsensus Bebas sebagai Kuasa Ketiga adalah salah dan berangan-angan menjadi Kuasa Ketiga sebagai pakatan bersama-sama mereka juga sudah menyalahi etika sebagai mereka yang ditakrifkan sebagai ahli parlimen yang benar-benar ’Bebas’.

Sejauh mana kemampuan ’Kuasa Ketiga’ dalam PRU-13?

Sepertimana yang saya ada ulas awal tadi bahawa mereka yang mendakwa mereka sebagai Kuasa Ketiga masih belum lagi sah atau layak memiliki pengiktirafan berkenaan. Mereka perlu melalui perjalanan pilihanraya untuk melihat sama ada mereka berjaya menawan lebih 20 peratus undi popular sebagai syaratnya.

Namun begitu, saya jangkakan pilihanraya umum ke-13 nanti akan memberi satu perbezaan jika dibandingkan dengan pilihanraya umum ke-12 terutamanya kewujudan calon-calon yang akan bertanding menentang calon-calon BN dan PR di dalam sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri nanti.

Mungkin terlalu awal untuk menyangka akan kemampuan mereka untuk bertanding dalam tiga penjuru di kesemua kerusi Parlimen dan DUN di negara ini. Mungkin mereka akan memilih lokasi yang sesuai yang tepat dengan jangkaan jumlah pengundi yang menyokong perjuangan mereka. Kawasan yang terbaik untuk mereka menentang BN dan PR adalah di kawasan-kawasan Melayu bandar (terutamanya di Lembah Kelang) dan juga kawasan tumpuan utama pemimpin PR dan BN seperti Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Gombak.

Saya berasa yakin tiada calon ’Kuasa Ketiga’ di kawasan penempatan calon Cina. Ini adalah kerana berdasarkan senario politik hari ini, DAP masih mampu menguasai sentimen dan undi-undi pengundi Cina. Selain itu juga, kawasan-kawasan luar bandar juga tidak sesuai untuk mereka ini mencuba nasib kerana sentimen Melayu di kawasan ini adalah masih selesa dengan perjuangan UMNO dan PAS.

Dalam kata lain, calon-calon Kuasa Ketiga ini patut lebih selesa meletakkan calon di kawasan yang kini diduduki oleh ahli Parlimen PKR. Ini adalah kerana penonjolan Kuasa Ketiga hari ini adalah hasil daripada konflik dalaman yang melanda PKR sejak pemilihan parti yang baru lepas. Dijangkakan juga beberapa ahli Parlimen PKR sendiri yang dilihat rapat dengan Zaid yang ada sekarang mungkin membuat kejutan meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon ’Kuasa Ketiga’.

PRU-13 boleh menjadi gelanggang pertama golongan yang mendakwa ’Kuasa Ketiga’ yang pertama di Malaysia ini mencuba nasib dan mencari pengalaman berpilihanraya. Namun begitu, amat sukar bagi mereka untuk mencapai kedudukan seperti parti Liberal Demokrat di UK yang dipimpin oleh Nick Clegg yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri UK hasil rundingan perkongsian kuasa dengan Konservatif yang memperolehi lebih 20 peratus undi popular di seluruh UK. Mungkin pada awalnya, Kuasa Ketiga di Malaysia ini akan hanya dianggap pengacau undi tetapi dengan manifesto perjuangan yang mantap, telus dan usaha bersungguh-sungguh mampu membolehkan mereka mencapai tahap seperti Liberal Demokrat di UK.

PRK Batu Sapi permulaan Kuasa Ketiga?

Pilihanraya kecil di Batu Sapi boleh diambil contoh sebagai permulaan kepada episod Kuasa Ketiga itu. Di dalam PRK tersebut, tiga parti yang bertanding ialah PBS(BN), PKR(PR) dan SAPP. SAPP boleh diibaratkan sebagai Kuasa Ketiga dalam konteks kecil negeri Sabah. Namun begitu, keputusan yang memihak kepada BN dengan jelas sekali menang besar walaupun jumlah undi PKR dan SAPP dicampur masih belum dapat menandingi BN. Tetapi ini adalah satu permulaan kepada sesuatu yang lebih menjuruskan kepada kepentingan Kuasa Ketiga di masa hadapan sekiranya mereka memperolehi undi besar yang menakutkan calon BN dan PR.

Nasib Kuasa Ketiga hari ini tidak dapat ditentukan lagi. Keadaan mereka ini adalah bergantung kepada kemampuan PKR di dalam menjelaskan perkara sebenar dan mengaku kesalahan yang dilakukan agar nampak telus di mata penyokongnya dan rakyat yang menyokongnya supaya terus menyokongnya. Perlu diingatkan PKR dan PR tidak boleh menolak hakikat bahawa kemenangan mereka dahulu juga disebabkan oleh pengundi atas pagar dan juga ahli-ahli UMNO dan komponen BN yang lain yang mengundi protes. Jika BN sudah bersedia dan mantap kali ini, pastinya undi protes itu akan kembali semula kepada mereka. Senario politik negara kita masih sukar diramal tetapi PR terutamanya PKR masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memenangi hati rakyat semula.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Read more...

Saturday, December 11, 2010

Awat Keturunan Syed/Sharifah Ni Mulia Sangatkah?

SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya kerana berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Mereka mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan akan diasingkan daripada orang biasa.

Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?

JOE
Selangor
Saya cukup menyampah dengan manusia yang pentingkan gelaran dan darjat, awat mulia sangat ka gelaran depa tu. Kalau bangga dengan gelaran, amalan dan taqwa ikut sunnah dan quran... Alhamdulillah.

Kalau setakat muliakan gelaran tapi kelakuan dan perangai mengalahkan mat saleh, tonggang arak, kaki betina, judi dan banyak lagi perkara mungkar yang depa lakukan, muliakah gelaran depa tu? Jangan kata Nabi nak mengaku keturunan, Baginda SAW nak mengaku umat pun dah tentu jauh sama sekali.

Di Mashyar nanti Allah tak tanya hangpa yang ada gelaran Syed/Sharifah keturunan atau susur galur dari keturunan Nabi atau tidak. Yang ditanya adalah AMALAN selama hangpa hidup di dunia, toksahlah hangpa nak bangga sangat dengan gelaran Syed/Sharifah hangpa tu.

Lagipun gelaran Syed/Syarifah takdak jaminan Syurga seperti sahabat2 baginda. Ada ka hangpa pernah terbaca atau terjumpa di mana-mana tertulis nama Nabi SAW bermula dengan Syed Muhammad...? Takda kan....

Jadi buat manusia yang ada gelaran Syed/Syarifah termasuk jugaklah yang ada gelaran Raja ka..., sultan ka...? dan apa saja.... toksah dok perasan diri hangpa tu mulia sangat.

Allah menilai kemulian hambaNYA dengan Iman dan Taqwa... sedaq diri tu sikit.

Update dengan Video klip ini;

Read more...

Wednesday, December 8, 2010

Pesanan Buat Isteri


"Isteri jangan menyakiti hati suami samada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya"

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga"

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial"

"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri"

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan"

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah"

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai"

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya"

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya"

"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat"

"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya"

"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami"

"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka"

"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga"

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"

"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"

Read more...

Tuesday, November 30, 2010

Jangan Ingat Lelaki Sahaja Yang Bersunat.


BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.

Sumber: Kosmo Online

JANGAN INGAT LELAKI JA... BERKHATAN, PEREMPUAN PUN BERKHATAN JUGA..

Read more...

Monday, November 22, 2010

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Read more...

Surat Buat Ayah (Bapa)


Buat para bapa yang mengaku sayang pada darah daging mereka. Isteri dan anak-anak adalah anugerah Allah didunia ini yang tidak ternilai dengan apa-apa pun…

Seorang perempuan yang sah bergelar isteri tatkala anda melalui saat Ijab dan Kabul, maka dia telah menjadi tanggungjawab yang Allah berikan kepada kamu untuk melindungi dan menjaganya.

Ketahuilah kamu wahai sang suami, Mulianya seorang yang bergelar isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada mu, keluarga dan anak-anak.

Wahai ayahku…kami anak-anakmu, Wahai ayah... bukankah kamu diberi tanggungjawab besar menerima amanah yang diberikan oleh Allah kepadamu saat aku lahir dari rahim ibuku, isteri kepadamu wahai ayah.

Sembilan bulan ibu bersusah payah mengandungkan aku, menjadi perantara untuk menyampaikan amanah Allah buatmu ayah, sanggup melalui saat2 getir diwaktu kewujudanku dalam rahimnya, pening dan loya tidak menjadi beban kepadanya, malah ibu terlalu gembira kerana dapat melahirkan zuriatmu wahai ayah.

Tapi ayahku... Sayangkah kamu padaku?
Sayangkah kamu pada ibu yang mengandungkanku iaitu zuriatmu ayah?

Tiap hari kamu menyedut batang putih yang aku tidak tahu untuk apa, Wahai ayahku apakah kamu tahu, asap yang dihembuskan olehmu adalah lebih beracun daripada asap yang dihisap olehmu sendiri. Tahukah kamu kadar bahan kimia yang dihembuskan adalah berlipat kali ganda berbanding dengan yang dihisap olehmu.

Kamu membiarkan kami menjadi perokok pasif, mungkin kamu tidak sedar, walaupun kami tidak menghisap batang putih itu, tapi kami yang lebih cepat akan meninggalkanmu. Tidak sayangkah kamu pada kami? Tidak sayangkah kamu pada ibuku, isterimu?

Kamu biarkan kami terdedah pada kanser paru-paru, kamu biarkan kami untuk sakit strok, apakah kamu tidak kisah lihat ibu dan aku menghidap asma? Apakah kamu tak rasa apa2 jikalau aku dan ibu terlantar sakit? Ibu sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkanku. Tapi ayah kamu tega menggadaikan nyawaku dan ibu demi benda yang kamu suka, sayangkah itu wahai ayah…

Wahai ayahku, tidakkah kamu tahu, setiap sedutan asap yang kamu hembuskan mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang kamu disedut terus dari batang itu. Kamu racuni kami wahai ayah, kamu membunuh kami perlahan2, apakah kami terlalu membebankanmu?

Wahai ayah... adakah kawan-kawanmu juga membenciku dan ibuku?

Kenapa mereka pun sama sepertimu. Uncle…!!Uncle…!!! jangan racuniku!!! jangan racuni ibuku!!! Jangan biarkan ibu menyedut racun itu. Ibu!!!!!!!!! !! Selamatkan dirimu... Lindungi aku…

Ayah... bukankah kamu sepatutnya melindungi kami? Bukankah kami amanah Allah untukmu. Apakah kami menjadi beban padamu?

Cukuplah ayah…cukuplah kamu meracuni kami, kami akan pergi. Wahai ibuku, ayah tidak perlukan kita lagi, Ibu... ayah tidak menginginkan kita disisinya.. ayah halau aku dan ibu perlahan-lahan.

Ayah tidak mahu lagi mendengar gelak tawaku, ayah tidak ingin ibu di matanya lagi. Ibu…tatkala kini, aku dan dirimu bersabung nyawa akibat perbuatan seorang insan bergelar ayah dan suami, genggam eratlah tangan anakmu ini, biarlah kita pergi menghadap Ilahi…

Wahai ayah, semoga dengan ketiadaan kami, kamu akan berbahagia, tiada lagi bebanan untukmu. Kami sayang kamu wahai ayah. Terima kasih kerana sudi mengizinkan aku menatap wajahmu walaupun seketika.

Terima kasih ayahku kerana sudi membenarkan ibu menumpang kasihmu. Aku dan ibu bahagia kerana pernah menjadi seseorang dalam hidupmu.

Read more...

Sunday, November 14, 2010

Cinta Kerana Agama.


Alkisah.... seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.

So... ramailah jejaka yang tergoda dan ingin mengoratnya, ini adalah dialog ringkas di mana si jejaka A, B dan C mencuba nasib masing2 (tapi tak juga ringkas nie). Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.


Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.


Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak. Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.


Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau.. awak jatuh cinta disebabkan rupa saya.. atau saya ni seksi.. atau.. saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, aah..., tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.


Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian...

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.


Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan? (soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya... Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya...
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab? Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP