UdangLipan. Powered by Blogger.

Friday, February 11, 2011

PAS parti yang mengajar keganasan???


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berasa terpanggil untuk menceritakan sesuatu yg 'agak peribadi' dan hanya saya kongsi bersama pelajar2 saya semasa mengajar mereka tentang sistem politik di dalam Islam. Banyak kali saya berfikir ketika hendak menulis kali ini, tetapi rasanya ada baiknya saya berkongsi cerita ini. Terpulanglah kepada sahabat2 dan rakan2 di SIM utk menilai cerita saya kali ini.

Ketika belajar di England pada tahun 1999, saya diajak oleh rakan-rakan saya untuk menyertai Perhimpunan Musim Sejuk (Winter Gathering) di sebuah tempat di Scotland. Saya tidak bertanya siapa penceramah yang akan datang ke perhimpunan tersebut. Niat di hati waktu itu sekadar ingin merehatkan sekejab otak yg letih kerana cuba menyiapkan thesis utk phd saya.

Dan juga kerana ingin berjumpa dengan kawan2 seperjuangan yang berada di Scotland dan kawan2 yg akan datang dari daerah Wales, England dan Ireland. Terasa minda juga perlu diisi dengan sesuatu yg lain dari kajian saya.

Penceramah pertama di dalam perhimpunan tersebut rupanya ialah Ustaz Abdul Halim Abd Rahman. Beliau bercakap tentang senario politik di Malaysia waktu itu. Ketika sessi soal jawab, seorang pelajar lelaki yang masih muda dengan penuh semangat bertanyakan soalan ini.

" Yang dimuliakan ustaz, saya ingin bertanya... jikalau pemerintah negara kita berlaku zalim dan tidak menjalankan undang-undang Islam, adakah rakyat dibenarkan menggulingkan kerajaan atau pemerintah?"


Dewan menjadi riuh sekejab dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Kemudian, Ustaz Abdul Halim menjawab soalan dengan tenang. Jawapan beliau yg masih saya ingat hingga hari ini:

" Menjatuhkan pemerintah atau mengguling pemerintah dengan cara rampasan kuasa adalah HARAM. Selagi pemerintah itu membenarkan kita mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan kita boleh menjalankan suruhan dan ajaran Islam dengan aman, kita wajib mentaati pemerintah tersebut. Dan kita hanya boleh menukar pemimpin dengan cara yang dibenarkan iaitu pilihanraya kerana itulah cara yg digunapakai di negara kita sekarang." Kenapa tidak boleh menjatuhkan pemerintah dengan kekerasan? Beliau menyambung, " Kerana bila berlaku penggulingan kuasa, ia akan menyebabkan huru hara kepada negara. Ekonomi negara akan lumpuh dan menyusahkan semua orang termasuk rakyat yang tidak berdosa. Sistem pendidikan juga akan terkesan akibat penggulingan kuasa secara kekerasan. Jadi, kalau kita ingin menegakkan syiar Islam, kita perlu melakukannya secara betul dan bukan dengan pertumpahan darah."

Selepas perhimpunan itulah, saya selalu tertanya-tanya kenapa masyarakat selalu mengatakan PAS parti yang mengajar keganasan?

Seingat saya, saya tidak pernah mendengar mana-mana ustaz yang menyokong PAS atau menjadi pemimpin PAS mengajar pengikut2nya supaya bersikap ganas atau keras.

Kesimpulan yg lebih penting, apa yg djawab oleh Ustaz Abdul Rahman waktu itu ialah "selagi pemerintah negara kita membenarkan kita menjalankan amal ibadah dengan aman, tidak mengganggu kita bersolat, berpuasa dan lain2, maka adalah HARAM kita menjatuhkan mereka dengan kekerasan. Kerana kekerasan akan menyebabkan berlakunya huru hara di dalam negara kita. kita boleh menukar pemimpin dengan pilihanraya, bukan dengan penggulingan kuasa.

"Apa yang ditulis di atas adalah benar dan tidak ada apa-apa yang tidak benar. "

Wassalam,
Dr Fauziah
(Dari Respeks Group)

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP