UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, February 26, 2009

Bagaimana dengan Laporan Ketua Audit Negara - Malaysiakini

Cheq tengok SPRM kena hentam teruk pasai sikap pilih kasih dalam siasatan dan dakwaan, dan menjadi lembu kepada kera...jaan barisan nasional dan umno. Dalam semua dok kalut menghenyak SPRM dengan isu rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana pulak dengan laporan Ketua Audit Negara yang setiap tahun ada saja yang tak kena dan mencurigakan yang melibatkan menteri dari kalangan bn/umno.

This audit report revealed that the federal government of Malaysia had RM571.93 billion income but incurred a deficit budget due to its expenditure that stood at RM574.40 billion. It also identified 459 cases of weaknesses in managing expenses among ministries. RM 8.92 million was spent without approved allocation involving 9 ministries in 16 cases.

The local authorities have an outstanding balance of RM477.61 million whereas cooperative societies have yet to pay back RM 15.80 million to the government. These and many more revelations can be found in this report that is specifically covering financial management of ministries and federal government departments.

Continue...

Ini laporan untuk tahun 2007, bagaimana pulak dengan tahun sebelumnya, tiada apa tindakan dan siasatan yang diambil bagi mengenal pasti dan mendakwa menteri-menteri ini diatas segala penyelewengan dalam mentadbir dan menguruskan kewangan yang melibatkan kementerian masing-masing.Dan ianya berlalu sepi begitu sahaja sambil mereka tersenyum, sebabnya tiada siapa yang ambil peduli dan mendesak kepada siasatan terhadap mereka.

Padahal ini kes yang jelas dan nyata.


Read more...

Sunday, February 22, 2009

Alahai Nenek Umno.... - malaysiakini

Dua malam lepaih, cheq tertonton berita dari Astro Awani lalu keluaq berita pasai wanita umno dan apa kisahnya pun cheq tak berapa ambik tau, pasai menyampah dan mampuih pi kat depa lah. Ntah apa yang nenek pidah dok melalut pun cheq tak ambik tau.... tapi tengok gaya melalut macam orang frust nak mampuih..


Yang cheq nampak, kebanyakkan ahli yang keliling meja mesyuarat dan yang berdiri belakang nenek tua ni, boleh dikatakan bertudung samada tudung yang tutup semua atau pun tudung yang macam kak ijat dan siti nurhaliza pakai tu, takpa la asal depa mau jugak bertudung, lama-lama nanti bila hati depa dah terbuka sepenuhnya nak bertudung mengikut hukum yang di tuntut, kita ucap dan doakan alhamdulillah kat depa.

Cheq tengok nenek tua ni pulak, dah la sebagai ketua wanita tapi tak menunjukkan tauladan dan contoh yang elok kepada anak-anak buah dia, dah la tua gayut cucu dah berteraboq masih tak ingat akhirat, dosa dan pahala. Dok kira lawa lagi kot dengan rambut dia tu, yang paling cheq kesalkan AL-Quran yang didepan dia tu buat apa? Nak tunjuk dia ni atau semua wanita umno ni agama Islam kot, tapi tak mengamalkan tuntutan Islam pun.

Wahai nenek pidah, ni cucu nak habaq sikit kat nenek...., tolong simpan AL-Quran tu ditempat yang tinggi dan hormatilah kitab tu, walaupun ianya sekadar kertas tetapi didalamnya penuh dengan kalam dari ALLAH tolong hormat sikit, jangan buat sebagai bahan olokan atau perhiasan.

Hampa ni nama saja Islam pada ugama, tapi kelakuan tak menunjukkan ciri-ciri seorang Islam pun, jauh panggang dari api.... adoi la... kesian cheq tengok orang-orang umno ni mengaku islam tapi dok bawak perangai mat saleh barat sekular, mat saleh yang masuk islam pun pandai ikut hukum Islam, hampa saja yang mengaku Islam tapi menentang secara terangan.

Udanglipan: Umuq dah lanjut... lupakanlah dunia ingatkan akhirat... tak lama lagi nak pindah rumah pulak... bukan apa... nak bagi elok saja.. jangan marah no....

Bukan cheq sorang saja yang perasan perangai hodoh nenek tua gayut sekoq ni. Ada lagi yang perasan dengan perangai dia ni... dunia..dunia... { link kat sini }

Read more...

Saturday, February 21, 2009

Jangan Ikut Perangai Depa ~ malaysiakini

Di tempat kelahiran cheq (Pusat Penternakan Udang, Pulau Sayak), cheq tengok Doktor Penyelidikan kami buat macam-macam kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan baka udang yang berkualiti tinggi dan pelbagai spesis benih dihasilkan.

Akuarium cheq pulak kebetulan bersebelahan dengan meja Dr. Penyelidikan kami ni, dan kebetulan pulak cheq tengok dia dok layan blog politik, apa lagi cheq pun intai dan tumpang baca sama pasai politik malaysia ni, khe….khe..khe….. cheq tergelak pasai lawak sungguh la bila tengok ramai dok hentam pasai Polis, SPRM, Menteri umno dengan semua suku sakat barisan nasional ni.

Betui ka depa kata Menteri-Menteri dalam umno tu semuanya takda kelulusan yang tinggi tak seperti menteri-menteri kerajaan singapura. Depa kata lagi kalau ada pun harapkan KJ sorang saja dari Oxpord (menatang apa Oxpord tu, cheq tak paham la).

Lagi depa kata, semua pengarah jabatan kerajaan macam polis, sprm, universiti dan pelbagai lagi dilantik bukan kerana kelayakan dan pengalaman depa, tapi dilantik atas dasar boleh bagi kerjasama pada pemimpin kerajaan.


Contohnya depa kata Polis dan SPRM, macam macam laporan rasuah dan pelbagai lagi melibatkan pemimpin umno berkaitan politik wang (rasuah la tu, depa ubah perkataan bagi sedap idgham maalkhunah saja), Polis dan SPRM macam lambat ambil tindakan, tapi kalau kena kat musuh politik depa Polis dan SPRM merapak kalut nak siasat dan buat dakwaan. Betui ka lagu tu ?

Kalau betui la… cheq pikiaq lebih baik cheq kekal jadi udanglipan daripada jadi manusia lagu depa tu. Nak buat apa jadi macam depa tu, dah la dapat pangkat tinggi tapi takdak maruah dan prinsip, lepaih tu jadi barua kepada pemimpin yang kotoq dengan pelbagai skandal dan rasuah.

Pada pendapat cheq la, pemimpin umno (Pemimpin Kerajaan) ni rasanya kena belajaq dengan Dr. Penyelidikan kami macam mana nak menghasilkan pengarah atau pegawai penguatkuasa undang undang yang bersih, cekap dan amanah dalam memikul tanggungjawap depa pada masyarakat, bukannya jadi barua dan pencacai pada ketua depa.

UdangLipan: Maap la noo…. Cheq tak pandai nak gunakan terma bahasa yang elok, pasai cheq tak pi universiti, besaq pun dalam akuarium jadi cheq pakai terma orang kampung saja la….

Read more...

Friday, February 20, 2009

Taat Pada Pemerintah - malaysiakini

Apa lagi yang boleh cheq perkatakan mengenai kenyataan para mufti di Malaysia ni, pelbagai kecaman dan hentaman kiri dan kanan yang depa terima, akibat salah penafsiran ayat AL-Quran berkenaan "Taat Pada Pemerintah".

Kad...dang, kad...dang... menjadi bahan ketawa bersama rakan-rakan, teringat cheq pada suatu petang dua tiga hari lepaih cheq dan kawan-kawan lepak kat mapley lepaih habih kerja, kami dok bercerita isu panas terkini iaitu "DERHAKA".

Ada sorang kawan bertanya soalan pada kami, jika di beri pilihan diantara 2 negeri yang cara pemerintahannya amat berbeza, maka negeri mana menjadi pilihan untuk kami menetap.

Negeri Isketambola, Rajanya berasal dari seorang lanun yang ganas dan brutal, kalau dia buat jahat pun dia tak kacau rakyat dia, dia pandai "coverline", soal ugama tip-top menjadi asas rukun negara dan berhati mulia serta bersikap adil dalam menjaga kebajikan terhadap rakyatnya. Kiranya dari pandangan rakyat dia ni Raja yang baik.

Negeri Isketambatu pula, Rajanya adalah dari keturunan waris Raja-Raja yang berdaulat dan sememangnya berdarah Raja yang tulen. Pada asasnya nampak baik, tetapi cara pemerintahannya dibenci kerana bersikap berat sebelah dan menindas rakyat secara tersembunyi. Rakyat tiap-tiap hari dok menyumpah saja, kerana benci.
Sambil pekena teh tarik kami bergelak ketawa menjawap soalan tu, hang kutuk aku, aku kutuk hang lepas tu kutuk sekali depa-depa tu. Dan la ni cheq tinggalkan soalan ini untuk sesapa saja yang singah mai baca blog nyamuk ni, dan tak lupa juga jikalau ada tok-tok mufti terjengah kesini harap dapatlah memberi penjelasan dan penafsiran mengikut landasan syariat dan hukum Islam noooo...

Dalam pada tu, pakat-pakat mai jengok soal Derhaka dan Taati Pemimpin kat sini.

Cheq pun dah naik letih dengan perangai Mufti-Mufti ni, cheq tengok depa ni dah macam Pak Lawak Sarkis pulak.

Udanglipan: Walaupun cheq ni tak hensem dan popular macam udang-udang yang lain, tapi cheq ada akai untuk membezakan pemimpin yang mana wajib taat dan yang mana kena sanggah. Dan cheq tak pernah derhaka kat mak bapak cheq pasai depa baik, kalau depa tak senonoh sudah menjadi kewajipan cheq untuk menegoq depa, itu dah kira kewajipan anak pulak menegoq mak bapak.

Read more...

Thursday, February 19, 2009

Apa kata PAS dan UMNO - malaysiakini

Apa kata PAS dan apa kata umno dalam menghadapi Pilihanraya Kecil di antara 2 Bukit yang bakal di adakan serentak pada 7 April 2009.

(Kata PAS)
PAS akan menggunakan pendekatan sama diguna pakai ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kata Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Beliau berkata pendekatan itu dilihat lebih strategik dan praktikal dalam usaha memenangkan calon parti itu.

Bagaimana pula dengan lawannya.

(Kata Umno)
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Jawatankuasa Pengurusan parti yang bermesyuarat semalam memutuskan pembahagian negeri sebagai negeri angkat kepada kedua-dua kerusi berkenaan. "Dalam mesyuarat semalam, kita telah tetapkan supaya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) menjadi negeri angkat Bukit Selambau manakala negeri-negeri lain akan ditugaskan untuk Bukit Gantang," katanya.

UdangLipan pula ingin mengucapkan selamat bertempur dan memohon supaya pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan pastinya umno akan menggunakan segala kekuatan wang ringgit dan penyalahgunaan jentera kerajaan seperti amalan biasa mereka sebelum ini untuk merebut kedua-dua kerusi Bukit ini.

Harapannya adalah gelombang penolakan rakyat akan berterusan untuk menolak umno dan barisan nasional, pastikan umno berkubur tanpa nesan. Dan pastikan juga kerusi DUN untuk kawasan 2 bukit tersebut kekal bersama Pakatan Rakyat.

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

Salam Perkenalan

Salam Semua,


Blog ini cheq lahirkan sempena pilihanraya dua bukit. Pertamanya cheq menyampah sangat dengan kaum barisan nasional terutama sekali bapak depa si umno keparat tuh.....

Cheq berharap sangat-sangat supaya otai-otai bloggers dapat memberi kerjasama dan tunjuk ajaq pada cheq yang baru ni.

terima kasih batang lidi, nanti kita jumpa lagi.

yang benar sahaja, yang tak benar tu umno.
Udanglipan, goreng bercili pun sedap woooo...

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP