UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, February 22, 2009

Alahai Nenek Umno.... - malaysiakini

Dua malam lepaih, cheq tertonton berita dari Astro Awani lalu keluaq berita pasai wanita umno dan apa kisahnya pun cheq tak berapa ambik tau, pasai menyampah dan mampuih pi kat depa lah. Ntah apa yang nenek pidah dok melalut pun cheq tak ambik tau.... tapi tengok gaya melalut macam orang frust nak mampuih..


Yang cheq nampak, kebanyakkan ahli yang keliling meja mesyuarat dan yang berdiri belakang nenek tua ni, boleh dikatakan bertudung samada tudung yang tutup semua atau pun tudung yang macam kak ijat dan siti nurhaliza pakai tu, takpa la asal depa mau jugak bertudung, lama-lama nanti bila hati depa dah terbuka sepenuhnya nak bertudung mengikut hukum yang di tuntut, kita ucap dan doakan alhamdulillah kat depa.

Cheq tengok nenek tua ni pulak, dah la sebagai ketua wanita tapi tak menunjukkan tauladan dan contoh yang elok kepada anak-anak buah dia, dah la tua gayut cucu dah berteraboq masih tak ingat akhirat, dosa dan pahala. Dok kira lawa lagi kot dengan rambut dia tu, yang paling cheq kesalkan AL-Quran yang didepan dia tu buat apa? Nak tunjuk dia ni atau semua wanita umno ni agama Islam kot, tapi tak mengamalkan tuntutan Islam pun.

Wahai nenek pidah, ni cucu nak habaq sikit kat nenek...., tolong simpan AL-Quran tu ditempat yang tinggi dan hormatilah kitab tu, walaupun ianya sekadar kertas tetapi didalamnya penuh dengan kalam dari ALLAH tolong hormat sikit, jangan buat sebagai bahan olokan atau perhiasan.

Hampa ni nama saja Islam pada ugama, tapi kelakuan tak menunjukkan ciri-ciri seorang Islam pun, jauh panggang dari api.... adoi la... kesian cheq tengok orang-orang umno ni mengaku islam tapi dok bawak perangai mat saleh barat sekular, mat saleh yang masuk islam pun pandai ikut hukum Islam, hampa saja yang mengaku Islam tapi menentang secara terangan.

Udanglipan: Umuq dah lanjut... lupakanlah dunia ingatkan akhirat... tak lama lagi nak pindah rumah pulak... bukan apa... nak bagi elok saja.. jangan marah no....

Bukan cheq sorang saja yang perasan perangai hodoh nenek tua gayut sekoq ni. Ada lagi yang perasan dengan perangai dia ni... dunia..dunia... { link kat sini }

3 comments:

Anonymous,  February 22, 2009 at 1:48 PM  

Memang buku itu nampak macam Quran. Tapi betul ke buku tu Al-Quran? Atau mungkin Al-Quran plus Tafsir sahaja bukan teks asli?. Kalau Tafsir sahaja tak sama dengan Kalam Allah. Entah entah buku resepi Mee bandung Muar.


The point is sebagai orang Islam jangan lah membuat apa-apa spekulasi melainkan anda betul-betul pasti. Buku yang di atas itu belum tentu Al_quran yang asli. Jelas dari gambar di atas kita tidak dapat memastikan ianya AL-Quran. Walaupun hakikatnya ianya Al-Quran tetapi apabila memberi kan satu pandangan tanpa kepastian dan displin maka anda di jalan yang salah.

Kesimpulannya apa yang anda tulis di atas tidak berlandaskan asas yang kukuh dan tidak berdisplin. Dalam keadaan yang lebih teruk lagi boleh menjadi fitnah. Pikir-pikir lah sendiri.

Alahai dunia- dunia mudah sangat nampak salah orang lain tapi diri sendiri tak periksa. Periksalah dulu buku tu Al-Quran atau tidak...

Unknown February 22, 2009 at 1:59 PM  

Anon 1.48pm,

Hang tonton tak berita tu, kalau tak tonton toksah dok pertikaikan, pasai cheq tonton la berani cakap. Bukan saja2 nak cerita kalau takda bukti nyata.

Walaupun teks tafsir sekalipun ianya masih ada huruf-huruf jawi/al-quran yang perlu dihormati.

Alahai dunia-dunia, masih ada lagi orang yang berhukum pakai akai, liberal agaknya...

budi baik February 26, 2009 at 12:27 PM  

kalu bukan al quran pon kenape??
bile ada al quran baru nak pakai tudung??
islam cakap aurat perempuan nih bile nak menghadap tuhan je ke??
ni la bila agama di asingkan dengan kehidupan.. akhir zaman la katakan... pulak tu ada yang membela.. ape nak tanggung sama ke dosa nenek tua tu?? fikir la sebelum terlambat.. jangan jadi melayu kuno...

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP