Jangan Ikut Perangai Depa ~ malaysiakini
Di tempat kelahiran cheq (Pusat Penternakan Udang, Pulau Sayak), cheq tengok Doktor Penyelidikan kami buat macam-macam kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan baka udang yang berkualiti tinggi dan pelbagai spesis benih dihasilkan.
Akuarium cheq pulak kebetulan bersebelahan dengan meja Dr. Penyelidikan kami ni, dan kebetulan pulak cheq tengok dia dok layan blog politik, apa lagi cheq pun intai dan tumpang baca sama pasai politik malaysia ni, khe….khe..khe….. cheq tergelak pasai lawak sungguh la bila tengok ramai dok hentam pasai Polis, SPRM, Menteri umno dengan semua suku sakat barisan nasional ni.
Betui ka depa kata Menteri-Menteri dalam umno tu semuanya takda kelulusan yang tinggi tak seperti menteri-menteri kerajaan singapura. Depa kata lagi kalau ada pun harapkan KJ sorang saja dari Oxpord (menatang apa Oxpord tu, cheq tak paham la).
Lagi depa kata, semua pengarah jabatan kerajaan macam polis, sprm, universiti dan pelbagai lagi dilantik bukan kerana kelayakan dan pengalaman depa, tapi dilantik atas dasar boleh bagi kerjasama pada pemimpin kerajaan.
Kalau betui la… cheq pikiaq lebih baik cheq kekal jadi udanglipan daripada jadi manusia lagu depa tu. Nak buat apa jadi macam depa tu, dah la dapat pangkat tinggi tapi takdak maruah dan prinsip, lepaih tu jadi barua kepada pemimpin yang kotoq dengan pelbagai skandal dan rasuah.
Pada pendapat cheq la, pemimpin umno (Pemimpin Kerajaan) ni rasanya kena belajaq dengan Dr. Penyelidikan kami macam mana nak menghasilkan pengarah atau pegawai penguatkuasa undang undang yang bersih, cekap dan amanah dalam memikul tanggungjawap depa pada masyarakat, bukannya jadi barua dan pencacai pada ketua depa.
UdangLipan: Maap la noo…. Cheq tak pandai nak gunakan terma bahasa yang elok, pasai cheq tak pi universiti, besaq pun dalam akuarium jadi cheq pakai terma orang kampung saja la….
0 comments:
Post a Comment