UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, November 28, 2011

Sujud Terakhir.....

True Strory Told By Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad", it Happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"After Performing Salat Al Maghrib, She Put Her Make-Up, Wore Her Beautiful White Dress Preparing Herself For Her Wedding Party, Then She Heard The Adhan Of ‘Ishaa
And She Realized That She Broke Her Wudu.

She Told Her Mother : “ Mother, I Have To Go To Make Wudu And Pray "Ishaa"
Her Mother Was Shocked : “Are You Crazy ? Guests Are Waiting For You, To See U! What About Your Make–Up..??? It Will Be All Washed Away By Water !!
Then She Added ”I Am Your Mother And I Order You Not To Perform Solah Now..!!! Wallahi if You Make Wudu Now, I Will Be Angry At You”

Her Daughter Replied: ”Wallahi I Won’t Go Out From Here Till I Perform My Solah..!!!
Mother You Must Know That.. There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator."

Her Mother Said: ”What Would Our Guests Say About You When You'll Show Up in Ur Wedding Party Without Make-Up..??? You Won’t Be Beautiful in Their Eyes..!!! And They Will Make Fun Of You..!!!”

The Daughter Asked With A Smile: ”Are You Worried Because I Won’t Be Beautiful in The Eyes Of Creations..??? What About My Creator..??? I'am Worried Because, if I Miss My Solah, I Won’t Be Beautiful in His Eyes...

”She Started To Make Wudu, And All Her Make-Up Was Washed Away, But She Didn’t Care
Then She Began Her Solah And At The Moment She Bowed Down To Make Sujud.


She Didn’t Realize That it Will Be Her Last One..!!! Yes.. She Died While in Sujud.
What A Great Ending For A Muslimah Who insisted On Obeying Her Lord. Many People Who Heard Her Story Were So Touched...

She Put Him And His Obedience First in Her Priorities, So He Granted Her The Best Ending That Any Muslim Would Have..., She Wanted To Be Closer To Him, So He Took Her Soul in The Place Where Muslim Are The Closest To Him. SubhanaAllah....

She Didn’t Care if She Would Be Beautiful in The Eyes Of Creatures So She Was Beautiful in The Eyes Of Her Creator. Imagine if You Are in Her Place...
What Will You Do..???
What Will You Choose: Pleasing Creations Or Your Creator

Do You Guarantee That You Will Live For The Next Minutes..? Hours..? Months..? No One Knows When Their Hour Will Come... Or When Will They Meet Angels Of Death..? So Are You Ready For That Moment..???

What Do You Choose: Pleasing Yourself By Non Wearing Hijab Or Your Lord..??? Are You Ready To Meet Him Without Hijab..??? And What About You..??? Sister Who Are “In Relationship” Or “Open Relationship ”, Are You Ready To Meet Your Lord Today..??? Tomorrow..???

What Do You Choose Pleasures Of This Dunya Or Pleasures Of Akhirah..???

Read more...

Sunday, November 20, 2011

Mati itu adalah Syarat menemui Cinta

alt

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa.

Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya... kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi..?

Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibukanlah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.

Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah "pemutus" segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti Khadijah A.S... Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu dihadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang?

Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan... ketika itulah baginda menyebut, "rafiqil a'la, rafiqil a'la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!"

Dalam "kamus" kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakaratul yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita... umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
"Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: "Mengapa engkau kerjakan?" Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: "Mengapa engkau tidak kerjakan?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: "Mengapa ada pula barang ini?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:"Alangkah baiknya kalau barang itu ada." Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: "Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!"
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat:
"ana abdullahi walan yudhi'ani"
aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!"

Read more...

Sunday, November 6, 2011

Fikir-fikirkan...........


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma. Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Fikir-fikirkan...........

Read more...

Monday, September 19, 2011

Islam Unik Di Malaysia.


Kadang-kadang, gua pelik dengan jabatan- jabatan kerajaan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni. Penyebaran agama Islam disekat dengan pelbagai alasan dan keperluan tauliah umpama suatu isu yang wajib dalam Islam. Jika ada pihak yang mahu mengembangkan Ilmu Allah, mengapa disekat-sekat? Ini negara kafir atau negara Islam?

Mungkin alasan mereka, mereka gusar ajaran salah dan sesat akan dikembangkan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni tetapi bukankah itu alasan yang kebudakan? Mungkin ada aduan dari mana- mana pihak yang menuduh mana-mana ilmuan/ ustaz/ ulama sesat dan menyesatkan, tetapi usahlah ditangkap dengan membuta tuli. Siasatlah dahulu. Kalau kamu yang keliru dengan ilmu, janganlah pula mengelirukan orang lain.

Yang Syiah tu, tak payah siasat pun gua sokong lu tangkap tapi ni Ahlussunnah Wal Jamaah! Manhaj Salaf!

Jakim dan Jabatan Agama Islam perlukan muka-muka baru; yang bukan sahaja bijak mentadbir tetapi beragama Islam tanpa hati seorang George Bush.

Bagaimana mahu menyampaikan ayat Rasulullah walau satu ayat jika disekat penyebarannya?

Tak pernah pula gua mendengar para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain memberikan tauliah pada mereka yang menimba ilmu dengan mereka. Tak pernah juga gua membaca riwayat pemberian tauliah kepada Al-Imam Syeikhul Islam As-Syafie atau Al imam Nawawi atau Al Imam Ahmad Bin Hambal? Siapa JAIS/JAINS (dalam isu Ustaz Fathul Bari dan Dr. Asri) untuk memberi tauliah? Adakah ilmu mereka setinggi Gunung Uhud? Jangan buat sang kuffar bergelek dengan gendang tari kita yang bunyinya sumbang. Mereka menarik ribuan Muslimin dan Muslimat masuk agama mereka sedangkan kita heboh dengan tauliah dan benda yang bukan-bukan.

Mungkin apa yang gua bangkitkan ini perkara lama tetapi percayalah, jika kita leka sangat dengan politik Malaysia, kita banyak tertinggal perjuangan Islam yang jatuh hukum wajib untuk kita perjuangkan.

Sedang kalian mengatakan kalian berpanas terik ketika PRU atau berpenat lelah ketika menyambut orang kenamaan di tempat kalian atau merasa "azab" pedihnya tembakan water cannon FRU atau berasak-asak memegang sepanduk mempertahankan pemimpin kalian, percayalah, kesakitan dan keperitan Batu di perut Bilal Bin Rabah r.a. berjuta lebih pedihnya azabnya dari itu semua. Itu belum kita bezakan hala tuju pengorbanan dan pernjuangan kita dengan Bilal r.a.; dah tentu berjuta batu jauh bezanya. Ini yang kita yakin sangat kita masuk syurga?

Wallahua'lam Bissawab.

Di petik dari Blog Bila Harimau Sudah Menaip.

p/s: Inilah yang dinamakan sebagai Islam Orientalis, di mana Ajaran Islam hanya pada Asasnya sahaja dan mengikut acuan penjajah atau pemerintah.

Read more...

Tuesday, August 23, 2011

Di Malaysia Ada Ke... Macam Ni...???



Susah sangat ke..???

Read more...

Wednesday, August 3, 2011

Lelaki = Kucing Jantan

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan dan cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan dan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia.

Read more...

Tuesday, August 2, 2011

Jahatnya Utusan Malasia, Fitnah KuLi

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pakatan pembangkang telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, maklumat itu diperolehinya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam PKR pagi ini. - Utusan


Kenapa utusan malaysia terlalu jahat, sanggup memfitnah veteran umno kononnya untuk menjadi Ketua Pembangkang. Apakah tiada agenda lain lagi ke? Selain dari melaga-lagakan sesama melayu untuk menjadikan bahan dan isu politik murahan.

Selain daripada itu, isu ini di petik daripada mulut Zahrain Bayan Baru, yang sememangnya di kenali sebagai seorang munafik dan tiada pendirian.

Namun begitu, itulah hakikatnya permainan politik umno. Sesiapa yang bersuara demi rakyat dan seolah kelihatan menyebelahi pihak pembangkang akan di cop sebagai pengkhianat. Tiada yang telus dan bersih dalam umno.

Read more...

Sinetron Rakyat Di Perbodohkan Sudah Tamat.

Oleh: tokpepijat

" Setelah 6 orang ahli Partai Sosialis Malaysia(PSM) dibebaskan semalam, tamatlah episod "filem"BERSIH 2.0" arahan UMNO dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ahli PSM yang ditahan sejak 2hb Julai yang lalu (seminggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0) mengikut Ordinan Darurat (EO) juga di sabit di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.


Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Bebasnya mereka bererti segala tohmahan terhadap BERSIH adalah karut dan ciptaan UMNO dengan bantuan polis.

Menjelang BERSIH 2.0 pada 9hb Julai, pelbagai andaian dan provokasi ciptaan UMNO dan polis.
Antaranya dikatakan BERSIH di danakan oleh NGO Kristian luar negara. Seterusnya BERSIH di resapi fahaman komunis dengan dikaitkan Partai Sosialis Malaysia.

Digawatkan lagi penemuan berbotol-botol bom petrol dan parang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor oleh polis.

Akhirnya episod "filem BERSIH 2.0" arahan UMNO/Polis ditamatkan dengan penahanan seorang lelaki Kemboja membawa bahan letupan yang dikaitkan untuk di bawa ke perhimpunan BERSIH..

Semua babak itu dibuat oleh UMNO/polis menjelang 9hb.

Selepas 9hb Julai, tiada satu pun "babak-babak" itu betul dan "real" terjadi. Semua lakonan belaka.

Hasilnya, pada 9hb lalu tiada sebijipun batu dilontar oleh rakyat, tiada satupun pasu yang dipecahkan , tiada seorangpun anggota polis berdarah kepala dan tiada satupun kereta polis terbalik dan dibakar rakyat.

Yang pasti berlaku, seorang rakyat terbunuh gara-gara aksi polis, pipi pembantu Anwar ditembak, kaki Mat Sabu patah dan ribuan rakyat digari, ditangkap, disepak, dimaki hamun, ditumbuk, ditembak gas dan pancutan air.

Amat berbeza dengan propaganda UMNO, RTM, Tv3 dan polis yang "meracuni" fikiran rakyat kononnya BERSIH 2.0 bakal "membakar" Kuala Lumpur pada 9hb lalu.

Rakyat ingin tahu....dimana polis simpan botol-botol bom petrol dan parang yang "dijumpai" dulu?

Pesan rakyat...jangan dibuang benda itu. Membazir!


Bukankah ianya boleh digunakan lagi dalam "filem-filem" mendatang? "

Beginikah caranya rakyat diperbodohkan oleh pihak yang berkuasa, oleh kerajaan Barisan Nasional?

Mengapa kita harus membiarkan diri kita diperbodohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Jawapannya hanya pada PRU-13, Barisan Nasional WAJIB di tumbangkan.

Read more...

Monday, August 1, 2011

Peniaga Melayu Seperti Ketam.


Satu kisah perumpamaan yang boleh dikongsi bersama.

Ada seorang pakcik yang ingin makan lauk ketam. Maka dia pergilah ke sebuah kedai milik cina yang menjual ikan dan sayuran.

Pakcik: Apek, ketam ada?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Pakcik: Aik! Ketam pun ada melayu, ada cina? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup... ketam cina... sana dalam bekas tak ada tutup... ketam melayu la….

Pakcik: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup… ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor mau keluar, yang lain kasi tolong tolak keluar. Bila sudah keluar, dia tolong tarik lain ketam keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam keluar dari bekas. Itu pasal kena tutup.

Pakcik: Ketam melayu apa macam pulak?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor mau keluar yang lain kasi tarik itu ketam tadi…jangan kasi keluar. Kalau dia satu ekor sudah keluar, dia terus lari, tak mau tolong lain ketam keluar. Jadi tak tutup pun tak apa…

**********

Moral dari cerita tersebut, orang melayu/usahawan/peniaga melayu hanya mementingkan diri dan saling menindas sesama lain. Sedangkan orang cina saling bantu membantu sesama mereka dan meningkatkan ekonomi bangsa mereka.

Jadi macam mana dengan orang Melayu? Saya sendiri pun dah banyak pengalaman sebegini dan ditipu. Ada segelintir orang melayu/usahawan yang jujur tetapi yang kaki menipu untuk jalan shortcut jauh lebih banyak.

Kepada orang melayu/usahawan-usahawan sekelian, sentiasalah berwaspada dan beringat…, beringat akan balasan atas setiap perbuatan.

Read more...

Berhati-hati Kurma Israel.

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Sebelum ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che'GuBard telah banyak kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus 'segar' dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin. - HarakahDaily

Kurma Israel

Read more...

Ekonomi Malaysia Terbalik.


Apabila membaca penjelasan di sini, maka saya bersetuju benar dengan pandangan dari Dr Jomo, sayangnya pentadbir negara kita lebih mementingkan ekonomi politik. Pandangan dari ahli ekonomi yang bernas dan mampu memacu kemajuan negara akan di ketepikan sekiranya tidak menguntungkan UMNO/BN.

Mustahil kita tidak mempunyai ahli ekonomi yang bijaksana, pastinya kita ada. Cuma kita tidak ada pemimpin yang bijaksana dan benar2 mendengar denyutan nadi rakyat iaitu eleman penting dalam sistem ekonomi.

Pemimpin di negara maju adalah seseorang yang sememangnya bijak sebelum menjadi pemimpin, sebab itulah dia menjadi pemimpin. Tetapi di Malaysia bijaknya pemimpin setelah di lantik untuk menjadi pemimpin iaitu melalui kemenangan setelah menjadi Ketua Bahagian.

Sebab itulah apabila berupaya mencipta retorik "Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan", realitinya rakyat "di kebelakangkan, pemimpin diutamakan".

Lihatlah kepada kekayaan negara, tetapi majoriti rakyat masih dalam linkungan miskin, dan dalam waktu yang sama semua pemimpin politik UMNO/BN mempunyai harta bernilai jutaan Ringgit Malaysia. Amat mudah untuk menjadi kaya-raya di Malaysia. Asalkan ada pengaruh dan sokongan maka anda sudah boleh membuat harta sebanyak mana yang anda mahukan.

Dengan syarat jadilah ahli politik yang berjawatan di dalam UMNO/BN.

Read more...

Sunday, July 24, 2011

Kerenah Birokrasi Puzat Zakat.

Minta pandangan tuan2 dan puan2:

Saya kebetulan berada di sebuah pejabat zakat di Kedah dan terdengar perbualan berikut antara seorang pegawai zakat (nampak macam Pengurus sebab keluar dari bilik = PZ) dengan seorang makcik (kedengaran macam ibu tunggal = IT).

IT : Encik, makcik mai ni nak tanya tentang bantuan zakat tahun ni? Dengag kata kena isi borang, tapi makcik tak dapat borang pun. Tok Imam tak bagi borang pun..

PZ : Ya.. tahun ni kena isi borang, borang dah tutup. Kalau tok imam tak bagi kira tak dapat la. Lagi pun tarikh serah borang dah tutup. Kira tak dak la... tapi pi check tengok dengan imam tu lagu mana...

IT : Tulong la encik... saya sangat harap bantuan ni.... saya bukannya ada apa-apa

PZ : Nak buat macam mana dah tarikh tutup dah lepas... lagipun kita suruh imam pilih sapa yang layak untuk bagi borang.... kena tunggu tahun depan la pulak...


PERSOALAN:

1)Patutkah karenah birokrasi menafikan hak orang yang sepatutnya layak menerima bantuan zakat..?

2)Prosedur pemilihan patut diperluaskan lagi seperti membenarkan penerima yang layak datang mendaftar di pejabat zakat dan seterusnya diberi borang untuk mendapatkan pengesahan dari imam kawasan. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur pilih kasih yang mungkin timbul di pihak imam atas sebab2 tertentu (Imam pun manusia biasa).

Sekian terima kasih.... terpanggil untuk menulis sebab sedih dok dengag makcik tu merayu kat pegawai tu. Pegawai tu pulak macam tak tunjuk inisiatif untuk menolong makcik tu.... nasib baik kat dalam opis.. kalau kat luag, tak tau la apa nak jadi kat Pusat Zakat tu....

Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan dalam hal ini. Wakil dari Pusat Zakat kaaa..

Read more...

Wednesday, June 8, 2011

Dua Kisah Menarik...

Berikut merupakan dua insiden yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman. Satu kisah tentang dosa fitnah walaupun sekadar disuarakan di dalam hati manakala satu kisah lagi ialah tentang kesan pandangan terlarang.

Insiden pertama, peristiwa melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong..?

Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu.

Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.

Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat pada kemaluan mayat tadi.

Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah.


Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah. Allah tidak menyegerakan balasan kepada pemfitnah adalah sebagai satu bala. Sama seperti Allah tidak menyegerakan bala terhadap Firaun.

Allah beri pemfitnah hidup sepuas-puasnya di dunia transisi ini kerana di akhirat sana Allah telah menyediakan balasan yang amat dahsyat dan kekal abadi.

Insiden kedua pula berlaku terhadap Imam Syafie yang terkenal kerana mampu menghafal al-Quran sejak berusia 6 tahun lagi. Suatu ketika beliau telah hilang sebahagian daripada hafalannya hanya kerana terpandang betis seorang wanita secara tidak sengaja.

Kesilapan yang tidak disengajakan pun telah melunturkan ilmunya. Bagaimanakah pula kita pada hari ini yang penuh maksiat dari siang hingga malam? Agaknya mungkin ada yang berkata bahawa dia lebih hebat daripada Imam Syafie kerana walaupun pelbagai maksiat dilakukan, tidak pula hilang ingatannya.

Mustahil kita lebih hebat daripada Imam Syafie. Yang sebetulnya ingatan kita tidak hilang setelah melakukan maksiat kerana tiada sesuatu ilmu yang bermanfaat pun dalam kepala kita. Jadi macam mana mahu hilang kalau memang kepala sudah kosong.

Moralnya ialah maksiat membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan harian kita. Hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana ketiadaan ilmu. Kesan negatif itu adalah bala di dunia. Di akhirat kelak, sama-samalah kita maklumi sendiri.

Posted by tok_aji

Read more...

Friday, May 6, 2011

Rakyat Terbeban

Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat, kata Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.

jacob george cassa 240408 01Katanya, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.

“Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi" katanya dalam wawancara dengan TV Selangor.

Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, negara tidak berhasrat untuk menurunkannya.

Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini.

ringgit money exchange rate 230507 ringgit dollar“Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya.

Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan perdana menteri dengan bangga mendakwa bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.

Malah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh berikutan asas ekonomi yang semakin baik.

Namun kata Lim timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan.

Read more...

Sunday, April 3, 2011

Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850.


Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850.

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat bin Hujan,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.161, Seksyen 18/34-Donkey, Shah Alam. nombor telefon rumah: 03-77726378, No pejabat: 03-51912870 ext 999 dan no telefon bimbit: anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu encik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes" dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa encik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulanan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik.

Pelanggan : APAAAAA.... ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan encik..?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod orang lain sesuka hati ni? ada yang nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....

Read more...

Friday, March 18, 2011

Khasiat Daun Parsli.


Tahukah anda bahawa daun parsli kaya dengan vitamin C dan mineral seperti provitamin A, B, E, K, beta kerotena, magnesium, fosforus, besi, sodium, kalium, sulphur dan kalsium.

Parsli juga boleh menyembuhkan penyakit antibarah, melindungi hati dan usus menetang barah, antireumatik, perangsang penghadaman dan buah pinggang, membuang toksin dan batu buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai antioksidan. Selain daun parsli, bijinya juga mampu merangsang kesuburan dan membantu menentang penyakit tumor otak.


Daun parsli bagus dimakan mentah2 kerana boleh mencuci darah, melarutkan mendapan melekit dalam vena, mengekalkan keanjalan pembuluh darah, memudahkan pembuangan batu karang, dan batu dalam buah pinggang, merawat telinga yang kurang pendengaran (pekak) dan jangkitan telinga.

Oh ya.. daun ini juga berguna untuk sistem seksual dan jika dikunyah mentah2 akan menghilangkan bau busuk mulut. So.. mana yang tak sempat nak gosok gigi boleh ler tarik 2 atau 3 helai daun dan kunyah.

Selain itu daun dan akar daun parsli yang ditumbuk lumat boleh merawat kulit kepala yang gatal, bengkak, calar akibat gigitan serangga, lebam, luka atau sakit tergeliat dan jika di tampal pada payudara ia dapat menghentikan susu badan.

Daun parsli yang direndam dengan air panas kemudian diminum boleh merawat angin dalam perut, diuretik, memulihkan otot rahim, mencuci racun dan tubuh badan, melawas haid dan merawat mata merah.

Cara2 untuk membuat air teh parsli;
Ambil 4 atau 5 helai daun parsli dan 1 gelas air panas
* rendamkan daun tersebut dalam air panas selama 10 hingga 15 minit. Kemudian minum seperti biasa.

Peringatan :
Amalan memakan dan meminum daun pasrli ini tidak sesuai untuk kaum ibu2 yang mengandung atau yang sedang menyusukan bayi kerana boleh menyebabkan keguguran berlaku dan susu ibu akan berhenti.

p/s: Banyak khasiat tumbuhan dari pemberian Allah SWT. Kita jer yang kurang tahu. Jika di kaji tafsir atau ayat2 Al Quran, memang banyak terdapat kehebatan dan kegunaan tumbuh2an atau benda2 yang boleh mengubati penyakit seperti contoh buah zaitun, buah tin dan lain2... Hebat sungguh ciptaan-Nya. Alhamdulillah..

Read more...

Monday, March 14, 2011

Elok benar Akademi Fantasi ditamatkan!

Oleh SYAFIQ KAMARUL

ANTARA perkara yang wajar disyukuri ialah pengumuman bahawa program realiti TV popular Astro, Akademi Fantasia (AF) adalah yang terakhir pada tahun ini.

Sejak dimulakan pada 2003, hanya Mawi yang boleh dianggap sebagai juara yang amat berbekas dalam hati para peminat seni suara tanah air, terutama remaja Melayu Islam (ramai yang mengatakan Mawi sebagai satu fenomena, telah ditentukan rezekinya sedemikian walaupun ada peserta lain yang lebih baik, dan pernah tersingkir pada peringkat awal, tetapi dimasukkan semula).





Dalam AF3 (2005) dengan Pengetuanya, M Nasir, Mawi menjadi juara (meskipun ramai yang mengatakan suara pemenang ketiga, Felix, lebih merdu) dan penyanyi tanah air paling popular setanding Siti Nurhaliza. Sementelah selepas itu dalam album pertamanya, Yang Tercinta, Mawi turut merakamkan lagu "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (lirik oleh Allahyarham Loloq) yang hit bersama Nasir (yang mencipta melodinya).

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, tiada juara AF yang berjaya menjadi legenda. Seperti kata Siso (bekas ahli kumpulan Kopratasa), sia-sia sahaja jika gagal melahirkan legenda.

Mawi sendiri kian tenggelam. Auranya bukan sahaja malap, malah hampir padam. Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, dia langsung tidak tersenarai dalam lima calon akhir kategori Penyanyi Lelaki Popular. Yang tetap teguh dan bertahan iaah M Nasir sendiri (living legend) walaupun sejak sedekad lalu hanya muncul dengan dua buah album (Phoenix Bangkit/2001 dan Sang Pencinta/2006) sahaja – lima tahun sekali.

AF dijalankan selama tiga bulan. Cukupkah tempoh itu melahirkan yang ampuh, apatah lagi menjadi legenda - tanpa mengira siapa pengetuanya. Antara tokoh selain M Nasir yang pernah menjadi Pengetua AF ialah Freddie Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip, Datin Tiara Jacquelina, dan Norman Abdul Halim (Norman KRU).

Tiara sendiri mencetuskan kontroversi dan teguran penonton kerana penampilannya selalu seksi (tidak sopan) di hadapan pelajarnya, sementara Norman mengatakan dia lebih baik daripada pengetua sebelumnya (Norman menjadi Pengetua AF8-2010). AF di bawah Ramli Sarip pula dianggap paling lemah.

Mawi dianggap paling bertuah kerana sangat diminati walaupun dia juga artis "mi segera". Dia kini menjadi sebaliknya selepas menjuarai AF3 apabila tidak lagi menjadi rebutan, dan buruan media. Prestasi semakin tenggelam Mawi dikatakan ada kaitan dengan skandal cinta (?) bersama pelakon/penyanyi Diana Rafar, dan perkahwinannya dengan Ekin.

Filem lakonan keduanya, Jin Notti pula menyerlahkan betapa dia tidak boleh berlakon dengan baik. Mujur Magika (filem ketiganya, juga terbitan KRU Studios) yang diangkat sebagai Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 seperti membantu dia dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Skandal dan perkahwinan, ditambah dengan terbengkalainya filem Aduh Saliha, arahan M Nasir, semakin memudarkan bintang Mawi.

Aura Mawi selepas menjuarai AF3 sangat-sangat mempengaruhi dan menarik ramai remaja mahu menjadi penyanyi, serta mewah sepertinya. Kesederhanaan penampilannya ditambah dengan imej warak (Islam) sehingga timbul anggapan bahawa Mawi itu boleh diterima kerana dia "telur penyu" yang boleh dimakan, sedangkan AF adalah “penyu” yang haram dimakan oleh orang Islam. Lucu!

Namun, tidak semua mampu menjadi sepertinya. Ramai yang menyertai AF. Tetapi, ramai yang tidak menjadi sepertinya, termasuk juara AF4, Faizal, yang kini menjadi pelakon drama TV, dan filem.

Diuar-uarkan AF9 sebagai musim terakhir; adakah hanya sekadar strategi untuk menarik kembali minat penonton yang dikatakan merudum. Jadi, ia hanya gimik dan isyarat akan dteruskan? Memang elok sangat AF dihentikan, tidak kiralah terikat dengan kontrak atau tidak. Sudah terlalu ramai penyanyi di negara kita yang tidak membawa sumbangan bermakna apa-apa pun. Masih tidak cukup-cukupkah? Sudah ada Mentor, One in A Million, dan LG Star.

Tidak cukup dengan itu, ada pula Bintang Kecil di TV9 yang bertujuan mencungkil bakat penyanyi kanak-kanak, tetapi menyanyi lagu yang langsung tidak sesuai dengan usia mereka. Sepatutnya Bintang Kecil digunakan untuk mengetengahkan lagu rakyat yang lebih bermanfaat, ketimbang lsgu komersial dewasa berbaur cinta kecewa hampa memujuk rayu sendu-senduan!

Belum lagi RTM yang berterusan dengan penganjuran Bintang RTM, Bintang Klasik Nasional, dan pelbagai bintang lagi. Cuma, bintang tujuh jula juli sahaja yang belum.

AF, Mentor, dan lain-lain sebenarnya tidak peduli pesertanya akan menjadi penyanyi atau tidak. Yang penting bagi mereka ialah wang masuk menerusi iklan, dan penajaaan.

Mentor, sebagai contohnya, ada antara calon peserta diuji menyanyi di hadapan penyanyi dan komposer, Ajai, misalnya, sebagai penguji. Jika gagal menyanyi dengan baik (meskipun sebenarnya lagu itu tidak sesuai dengan suara calon peserta tersebut – bukankah penyanyi yang menghasilkan album hanya memilih (dipilih oleh penerbit) lagu yang sesuai dengan suaranya sahaja? Bukan semua penyanyi boleh menyanyikan semua lagu). Calon peserta itu gagal dan disuruh pulang begitu sahaja bersama wang tambang!

Jadi, di mana keikhlasan dan kejujuran program realiti itu? Sepatutnya lagu yang sesuai, bukan lagu yang dipaksa (wajib). Sudahlah program hiburan tidak bermanfaat, niat pula tidak baik. Stesen TV dan juri atau mentor yang mendapat "habuan". Jadi penyanyi atau tidak, engkau punya pasallah!

Sebenarnya, yang lebih penting ingin dipersoalkan dalam tulisan ini ialah sejak 2003, telah sekian banyak wang remaja Melayu Islam mengalir ke dalam kantung pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan.

Tidak kira siapa pengetuanya, AF wajar dihentikan. Lucu pula ada yang menganggap penganjur tiada semangat patriotik kerana melantik seniman Indonesia sebagai Pengetua AF9. Sejak bila pula AF merupakan program yang (bertujuan) menyemai patrotisme?

AF akhirnya hanya melahirkan ramai pelakon dan pengacara TV atau penyiar radio swasta. Ramai johannya yang tidak ke mana-mana sebagai penyanyi. Selain Faizal, Vince (juara AF1), Zahid (AF2), serta finalis seperti Marsha Londoh yang akhirnya menjadi pelakon.

Cuma, yang nampak lebih positif sedikit ialah finalis AF1, Farah yang kini menjadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9 (bergandingan dan sering diusik oleh Aziz Desa). Lebih menariknya, Farah bertudung dan mahu kekal begitu.

Read more...

Wednesday, March 2, 2011

Generasi Akan Datang..????


"Saya sampai ke sekolah anak saya pukul 6.30 petang. Banyak kenderaan sudah beratur panjang bergerak sedikit demi sedikit untuk mengambil anak masing-masing. Saya melihat ke luar tingkap. Melihat telatah anak-anak sebangsa dan seagama yang sedang menunggu ibubapa masing-masing. “Oh ALLAH, KAU peliharalah mereka semua, amin…”

Tiba-tiba, saya terpandang 2 orang budak lelaki berumur dalam lingkungan 7 tahun berkejaran di tepi jalan. Lebih mengejutkan, apabila salah seorang darinya menjerit sekuat hati:

“F*ck kau. Babiiiiii!!!!” sambil membaling batu kecil ke arah rakannya itu. Selepas itu dibuatnya pula isyarat tangan yang memberi maksud mencarut.

Astaghfirullah, terkejut saya dibuatnya. Mata saya memandang ke kanan dan ke kiri untuk mencari ibubapanya. Tetapi tidak kelihatan. Belum sampai lagi agaknya.

Dalam hati saya berkata: “Astaghfirullah. Siapalah mak ayah budak ni. Dari manalah dia belajar ni semua?…”

Selepas beberapa saat, barulah saya fikirkan faktor lain. Mungkin faktor TV, internet, kawan dan lain-lain lagi. Saya cuba memadam tanggapan pertama yang masuk ke minda saya. Ah, takkanlah mak dan ayahnya ajar perkara-perkara negatif seperti ini. Tidak mungkin. Jika tidak ajar, mungkin dia tiru. Oh, harap-harap budak itu tidak mewarisi perbuatan-perbuatan buruk dari mak dan ayahnya.

Pengajaran utama

Semua orang tahu bahawa apa-apa perbuatan yang buruk dari ibubapa tentunya akan diwarisi oleh anak-anak. Dan semua tahu juga bahawa anak-anak ini tidak bersalah (innocent). Faktor sekeliling seperti ibuabapa, media, keluarga terdekat dan rakan-rakan akan bisa terpercik memberi warna kepada anak-anak. Anak-anak ini putih asalnya…

Lihat ini: http://muzir.wordpress.com/2008/07/28/kanak2-selalu-meniru-orang-dewasa/

Pengajaran utama yang tiba-tiba terdetik ke dalam minda saya di dalam insiden di atas ialah reaksi saya sendiri terhadap perbuatan budak itu. Iaitu dengan tiba-tiba segera mengaitkan itu dengan ibubapa mereka tanpa sengaja. Mungkin itu respon automatik dan luar sedar. Kemudian barulah lain-lain faktor datang ke minda yang mungkin menghasilkan insiden di atas.

Itulah lumrah masyarakat. Kebaikan dan keburukan perbuatan anak-anak sering dikaitkan dengan ibubapa. Memang tidak dapat lari dari tanggapan ini. Saya yang juga merupakan bapa, tiba-tiba insaf dengan insiden di atas. Terpamer wajah anak-anak saya di minda, entah apalah yang kalian perbuat sekarang ini.

Alangkah malunya saya sekiranya anak-anak saya melakukan perbuatan yang buruk dan melanggar disiplin. Kemudian segera dilemparkan kesalahan itu ke atas saya. Sedangkan saya sudah ajar dan didik anak-anak sesuai dengan apa yang saya tahu dan amalkan.

Justeru, saya mesti memastikan bahawa anak-anak saya dididik dengan baik sesuai dengan kehendak agama. Bukan sekadar ajar, malah mesti juga saya dan isteri sebagai ibubapa menunjukkan contoh yang soleh. Dan juga, mesti mengawal media yang masuk ke dalam minda anak-anak.

Tidak kurang penting, rakan-rakannya juga mesti saya pantaui supaya mereka tidak berkawan dengan orang-orang yang buruk akhlaqnya. Selebihnya, saya serahkan kepada ALLAH diiringi do’a kepada Yang Maha Mengawal dan Menentukan.

Keburukan anak-anak bukan sahaja boleh mencalitkan malu ke muka ibubapa, malah yang paling menggerunkan ialah jika akibat perbuatan anak-anak kita itu mengheret diri kita ke neraka untuk disiksa, na`udzu billahi min dzalik!

Semoga kita semua diberi hidayah dan taufiq supaya dapat menumpukan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap pendidikan dan tarbiyah anak-anak. Mereka adalah waris kita. Bukan sahaja waris kita di dunia, bahkan waris kita yang bisa memberi manfaat buat kedudukan kita di akhirat kelak.

Kepada anak-anak sekalian, semoga kalian semua menjadi hamba ALLAH yang soleh. Diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH sepanjang masa, ditetapkan kalian di atas agamaNYA, amin…

WAllahu Ta`ala A`lam.

- muzir.wordpress.com

Read more...

Monday, February 28, 2011

Filter Rokok + Darah Babi


"Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter (penyendat) rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter (penyendat) rokok.

Buku berjudul Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimiayang berbahaya yang berada pada rokok.

The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) meahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepada Jakarta Globe.

Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penyendat rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”



sumber + video ------> klik sini "

Read more...

Tuesday, February 22, 2011

Jangan Sampai Kena Saman


Hmmm... ada tak isteri yang keluar rumah... berpeluk siap bergambar dengan lelaki lain (tak kira hensem ker tak hensem) berlakon baik depan suami (tak sedar musibah makin dekat) sedangkan anak dan rumah seperti terbiar.

Suami hanya bertindak sebagai seorang suami sedangkan isteri bergayut di telefon dengan pacarnya. Apa hukumnya siapa tahu?

Peringatan kepada anda jangan telefon/bergayut dengan rakan anda yang sudah berumahtangga apa lagi ada anak selepas jam 10 malam atau lewat pun 12malam. Kerana banyak sebabnya selain menganggu pasangan suami isteri (tak kira sahabat lama atau baru).

Jika anda rakan lelaki atau wanita JANGAN buat macam tu sebab selain menganggu mereka tidur anda sebenarnya membuat kesalahan besar. Walaupun si suami atau si isteri cakap tak mengapa anda MESTI menolak pelawaan anda untuk bergayut termasuk SMS/chit chat dengan handphone.

SILAP haribulan gangguan anda (mungkin bagi anda tak menganggu) pasangan yang terganggu akan menyaman anda. Pasti anda kalah dan kena bayar SAMAN itu sebab bukti panggilan dan hubungan anda seperti waktu jam minit serta tarikh merupakan bukti yang boleh ditunjukkan dalam mahkamah.

Jadi berhati-hatilah dan berwaspada dalam setiap perhubungan rumahtangga.

Read more...

Monday, February 21, 2011

Crazy... bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja.
Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!

Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)

Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!

Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI, dan BUKAN LELAKI KAT SINI LA.. hehe :lol: - yang kat sini semua baik-baik, tetapi segelintir… (yang mana marah dan terasa hati tu, haaa dia lah tu!)

Siap suruh girlfriend belanja setiap kali keluar makan dan minum, even tambang teksi, komuter, bayarkan payment kereta, malah top up pun suruh girlfriend belikan! MELAMPAU BETUL!

  • Okaylah dapat girlfriend anak lord…tapi cemburu buta pulak tu, memaki hamun girlfriend pulak setiap kali cemburu. Lepas tu pakai kereta girlfriend lagi…
  • Kalau girlfriend yang hanya makan gaji tapi berkarier tinggi sikit pun kenaaa jugak…minta belikan macam-macam keperluan dia, siap minta bayarkan kereta dia la, minyak kereta la, nak pergi bersiar-siar pun girlfriend yang keluarkan duit. Tak malu ke?
SOMETIMES tu boleh lah girlfriend belanja, bukan tak boleh langsung, tetapi JANGANLAH SURUH BAYAR. Kalau girlfriend nak belanja minum, or belikan Tshirt, Jeans… kadang-kadang tu best la jugak kan, but that’s it la! Apa ke benda sampai bayar macam-macam ni? Mana maruah anda sebagai lelaki?
All this selalunya alasan lelaki-lelaki ini adalah, ‘masih belajar’ – ‘masih menganggur’ – ‘kerja I tak sehebat kerja you’ – ‘I bukan anak orang kaya macam you’ so “Youuu la bayar!”
Yang peliknya,
  • the girl sanggup bayar pulak tu…dan selalu sebab takut boyfriend cari lain. ADOI! Takkan serendah itu martabat anda sebagai wanita?
Kalau kerana anda tak mahu belanja dia, dan dia nak cari lain…BIARLAH! Biar dia cari lain…
  • Some girls pulak maybe fikir, umur sudah lanjut…dah in 30’s so fikir kena suap dengan duit la, kena belanja macam-macam baru lelaki ni nak kat dia…lepas tu dah bertahun-tahun, bamm!! Mamat tu tinggalkan dia!…Beribu-ribu ringgit habis untuk teman lelaki…now tinggal habuk je lah… :(
Pernah tak anda fikir sekiranya keluarga anda dapat tahu, yang anda menanggung segala-gala untuk boyfriend anda? …dimanakah maruah keluarga anda hendak letakkan? Malu ibu bapa anda nanti… Anak gadis yang diasuh sedari kecil dengan berbagai-bagai ilmu kehidupan dan pelajaran yang tinggi…bila dah besar, menanggung hidup laki yang bukan suaminya!! Aduuhh …malunya!
Macamana anda boleh terfikir lelaki sebegitu yang layak untuk dijadikan boyfriend? JAUH SEKALI nak dijadikan suami beb?! Takkan lah sampai macam tu sekali anda tak laku? Malah boleh percaya dengan kata-kata dan janji manis…
  • “Nanti bila I ada duit, I bayar semua okay. Duit I dah nak dapat ni…”
  • “Nanti kita kahwin, I tanggung semua okay sayang…sekarang, you la bayar dulu…”
  • “Kan I belum dapat kerja tetap lagi, you bantulah I dulu. Esok dah dapat kerja, you nak apa pun I belikan!”
  • “Bestnya la dapat girlfriend macam you… sayang kat you tau, nanti kita gi holiday you la belanja okay, you kan kayaaa!”
  • “Kalau you tak top up kat I, I tak nak jawab sms you lagi!”
PLEASE GIRLS! Open your eyes… Inikah lelaki pilihan you all?! Please la beb…

Dalam hukum syarak pun menyatakan suami tidak boleh menyentuh harta isteri. Melainkan isteri merelakan dengan niat membantu suami. Dan semua tanggungjawab memberi nafkah adalah atas suami, mengikut kemampuannya.

Pastinya give and take tu baguslah, saling bantu membantu untuk meringankan beban, TETAPI itu setelah berkahwin, dengan kerelaan isteri!

SEKARANG BELUM KAHWIN!!…
Yang sepatut anda cari adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang ketua rumah yang provide kemudahan dan kesenangan untuk keluarga. Sederhana pun Alhamdulillah asalkan dia layak dan berkemampuan, kalau dapat yang stabil atau berduit tu…or kaya, it’s a bonus la.
BUT…kalau yang sangap tak terdaya nak menanggung diri tu, why la you nak bercinta dengan dia?… kalau diri sendiri pun tak tertanggung macamana nak menanggung anak orang? Lepas tu ada hati nak bercinta pulak tu…

Kalau layan baik, mesra, menghormati, pandai ambil hati keluarga you, menggembirakan hidup you, membahagiakan, tak pa lah jugak, boleh lah beri peluang sedikit masa untuk meningkatkan taraf hidup.…TAPI, layanan buruk pulak tu, kena hina, kena maki, ada yang kena pukul…Guys, kalau tak ada duit tuu, berusahalah bersungguh-sungguh sampai berkemampuan.

Then barulah bercinta! Buat malu kaum lelaki je suruh girl bayar… “YOUUU LA BAYAR!!” :D


P.S : GIRLS, Jangan Biarkan diri anda kesepian tanpa lelaki yang menghormati, menghargai dan menyayangi anda!

Read more...

Saturday, February 12, 2011

Pengangkutan Awam Jelebu..???


KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi. Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital. Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.

"Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. "Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,'' katanya.

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam. "Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.

"Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,'' katanya.

Sumber: Sinar Harian

Menterinya sibuk dengan urusan negara hinggakan terlupa kawasan sendiri. Sebuah negara maju dengan tahap pengangkutan awam seperti tahun 80an. Apakah ini yang dibanggakan oleh orang2 Jelebu - Kuala Klawang.

Menteri entot-entotnya sibuk sesangat ke...?

Read more...

Friday, February 11, 2011

PAS parti yang mengajar keganasan???


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berasa terpanggil untuk menceritakan sesuatu yg 'agak peribadi' dan hanya saya kongsi bersama pelajar2 saya semasa mengajar mereka tentang sistem politik di dalam Islam. Banyak kali saya berfikir ketika hendak menulis kali ini, tetapi rasanya ada baiknya saya berkongsi cerita ini. Terpulanglah kepada sahabat2 dan rakan2 di SIM utk menilai cerita saya kali ini.

Ketika belajar di England pada tahun 1999, saya diajak oleh rakan-rakan saya untuk menyertai Perhimpunan Musim Sejuk (Winter Gathering) di sebuah tempat di Scotland. Saya tidak bertanya siapa penceramah yang akan datang ke perhimpunan tersebut. Niat di hati waktu itu sekadar ingin merehatkan sekejab otak yg letih kerana cuba menyiapkan thesis utk phd saya.

Dan juga kerana ingin berjumpa dengan kawan2 seperjuangan yang berada di Scotland dan kawan2 yg akan datang dari daerah Wales, England dan Ireland. Terasa minda juga perlu diisi dengan sesuatu yg lain dari kajian saya.

Penceramah pertama di dalam perhimpunan tersebut rupanya ialah Ustaz Abdul Halim Abd Rahman. Beliau bercakap tentang senario politik di Malaysia waktu itu. Ketika sessi soal jawab, seorang pelajar lelaki yang masih muda dengan penuh semangat bertanyakan soalan ini.

" Yang dimuliakan ustaz, saya ingin bertanya... jikalau pemerintah negara kita berlaku zalim dan tidak menjalankan undang-undang Islam, adakah rakyat dibenarkan menggulingkan kerajaan atau pemerintah?"


Dewan menjadi riuh sekejab dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Kemudian, Ustaz Abdul Halim menjawab soalan dengan tenang. Jawapan beliau yg masih saya ingat hingga hari ini:

" Menjatuhkan pemerintah atau mengguling pemerintah dengan cara rampasan kuasa adalah HARAM. Selagi pemerintah itu membenarkan kita mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan kita boleh menjalankan suruhan dan ajaran Islam dengan aman, kita wajib mentaati pemerintah tersebut. Dan kita hanya boleh menukar pemimpin dengan cara yang dibenarkan iaitu pilihanraya kerana itulah cara yg digunapakai di negara kita sekarang." Kenapa tidak boleh menjatuhkan pemerintah dengan kekerasan? Beliau menyambung, " Kerana bila berlaku penggulingan kuasa, ia akan menyebabkan huru hara kepada negara. Ekonomi negara akan lumpuh dan menyusahkan semua orang termasuk rakyat yang tidak berdosa. Sistem pendidikan juga akan terkesan akibat penggulingan kuasa secara kekerasan. Jadi, kalau kita ingin menegakkan syiar Islam, kita perlu melakukannya secara betul dan bukan dengan pertumpahan darah."

Selepas perhimpunan itulah, saya selalu tertanya-tanya kenapa masyarakat selalu mengatakan PAS parti yang mengajar keganasan?

Seingat saya, saya tidak pernah mendengar mana-mana ustaz yang menyokong PAS atau menjadi pemimpin PAS mengajar pengikut2nya supaya bersikap ganas atau keras.

Kesimpulan yg lebih penting, apa yg djawab oleh Ustaz Abdul Rahman waktu itu ialah "selagi pemerintah negara kita membenarkan kita menjalankan amal ibadah dengan aman, tidak mengganggu kita bersolat, berpuasa dan lain2, maka adalah HARAM kita menjatuhkan mereka dengan kekerasan. Kerana kekerasan akan menyebabkan berlakunya huru hara di dalam negara kita. kita boleh menukar pemimpin dengan pilihanraya, bukan dengan penggulingan kuasa.

"Apa yang ditulis di atas adalah benar dan tidak ada apa-apa yang tidak benar. "

Wassalam,
Dr Fauziah
(Dari Respeks Group)

Read more...

Mitos Bisul

Bisul pada peringkat serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi.

Elak makan lauk, telur lambatkan proses surut

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya.

Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.

Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.

Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.

Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.

Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.

Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.

Jangkitan bisul bermula apabila bakteria dan parasit merebak pada kulit.

Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.

“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit. Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.

Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.

“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu. Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya.

Rawatan secara tradisional untuk bisul boleh dilihat di entry :

* Bunga keembung
* Pokok jarak boleh jadi ubat
* Khasiat bunga cempaka

Sumber : Suzan Ahmad [suzan@bharian.com.my] di BHarian 30/01/2011

Read more...

Monday, January 24, 2011

Pengkhianat Agama



Sebenarnya mereka ini yang tidak faham tentang ISLAM bukannya MCA

Read more...

Sunday, January 23, 2011

Di Rumah Bos... Di Pejabat Bos Juga


MEMANG jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Perkahwinan adalah penting. Ia adalah permulaan kepada pembentukan sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun.

Oleh itu, merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil.

Malah, Rasulullah SAW sudah berpesan tentang empat syarat yang perlu dilihat ketika memilih isteri iaitu harta, rupa, keturunan dan agamanya.

Namun, sanggupkah seorang suami menerima hakikat isterinya lebih berpangkat daripadanya?

Senario ini mungkin satu perkara biasa kerana lebih ramai wanita yang bergelar isteri berjaya menjawat jawatan tinggi.

Keadaan ini tentulah sesuatu yang membanggakan suami tetapi pada masa yang sama mereka bimbang jika isteri akan lupa daratan kerana terbawa-bawa dengan sikapnya sebagai bos di pejabat.

Namun, bagi isteri yang solehah, bagaimana tinggi pangkatnya tetapi apabila di rumah tugasnya tetap seorang isteri.

Bahkan, kehidupan harmoni yang berlandaskan kasih sayang akan terpancar jika wujud perasaan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Manakala di pihak suami pula patut menyuarakan apa yang dirasakan tidak kena kepada isterinya bagi mengelakkan sebarang kepincangan dalam rumah tangga.

Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali menjelaskan, biarpun ada perbezaan darjat tidak bermakna mereka tidak boleh mencipta kebahagiaan.

Ia adalah acuan kehidupan yang dipilih oleh pasangan tersebut. Oleh itu kebahagiaan dan kedurjanaan dalam rumah tangga kita sebenarnya terletak di bahu kita sendiri.

“Inilah hasil daripada acuan yang kita pilih, maka sudah menjadi tanggungjawab masing-masing dalam menjalankan peranan,’’ ujarnya tegas.

Akui Suzana lagi, perkara pertama ialah sedar dan tahu kedudukan dan peranan sebagai isteri ataupun suami.

“Walaupun isteri lebih bijak dan berpendidikan, bukan bererti si isteri boleh memperbodohkan suami anda sesuka hati. Andai ditakdirkan kita sebagai ketua kepada suami di tempat kerja, tetapi di rumah pula suami tetap ketua rumah tangga.

‘‘Di pejabat kita boleh memberi arahan dan marahkan suami jika ada urusan pejabat yang tidak diurus dengan sewajarnya, tetapi harus diingatkan urusan pejabat hanyalah boleh diselesaikan di pejabat sahaja.

“Keadaan ini berbeza apabila pulang ke rumah, wanita harus berperanan sebagai isteri atau ibu.

‘‘Harus diingatkan bahawa segala yang berlaku di pejabat tidak boleh dibawa balik ke rumah.

“Kepada suami, jangan ada rasa rendah diri. Biar siapa pun anda, anda adalah suami dan ketua rumah tangga, biarpun lebih rendah tahap pendidikan dan berpendapatan lebih rendah berbanding isteri tetapi itu bukan bermakna anda boleh menjadi hamba isteri,” katanya.

Terang Suzana lagi, biarpun pendapatan si suami kurang sedikit namun ia tidak menafikan tanggungjawab si suami dan bapa.

‘‘Suami tetap wajib mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung segala keperluan isteri dan anak-anak. Jika isteri menghulur bantuan, ia adalah bonus tetapi sekiranya isteri anggap ia sebagai hutang maka perlu suami melangsaikan segala hutang tersebut walaupun tidak dituntut,’’ tegasnya.

Terang Suzana lagi, dalam hubungan suami isteri memerlukan keserasian begitu jua dengan kehidupan harian biarpun isteri lebih berpangkat tetapi suami tetap berperanan dalam urusan rumah tangga.

‘‘Untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga, perkara yang penting adalah jangan mengungkit latar belakang masing-masing.

‘‘Isteri jangan sesekali menjadikan latar belakang suami sebagai senjata untuk menjatuhkan air muka dan harga diri suami,” katanya lagi.

Dalam situasi sedemikian, terimalah pasangan kita seadanya, malah jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain

‘‘Jangan pertikaikan ketidakupayaan suami dalam memberikan kehidupan yang lebih sempurna, inilah rentak acuan kehidupan rumah tangga yang dipilih oleh kita sendiri, oleh itu terimalah dengan hati terbuka,’’ ujarnya.

Terang beliau lagi, sebuah perkahwinan adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul tetapi sesuatu yang sangat mulia.

‘‘Dalam menjalinkan hubungan kita perlu ada tiga ciri utama, cinta dan kasih sayang serta komunikasi yang baik. Cinta atau kasih sayang perlu dipupuk agar terus berputik dan disuburkan,” katanya.

Read more...

Monday, January 17, 2011

Malapetaka jika Utusan pecat Hata

Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan ‘mencemarkan’ imej syarikat. Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan ‘profesional’ dari syarikat berkenaan.

Langkah mengadakan siasatan secara ‘rasmi’ ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan ‘penyingkiran konstruktif’ atau constructive dismissal.

Kemungkinan Hata dipecat adalah tinggi: Amalan ‘perbicaraan’ kosmetik ini sememangnya dijalankan di kebanyakan syarikat bagi menutup peluang atau menyukarkan sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi ‘masalah dalam selimut’ mana-mana majikan yang bukan sahaja diamalkan oleh korporat tetapi juga perkhidmatan awam. Jika ada peluang yang lain yang lebih selamat, majikan yang mempunyai banyak cawangan operasinya, cara membuatkan kakitangannya ‘berhenti dengan rela’ ialah dengan memindahkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dalam satu sela masa yang singkat agar kakitangan berkenaan berputus asa dan berhenti atas kerelaan sendiri.

Namun begitu, taktik sebegini tidak mampu lagi digunapakai oleh Utusan kerana kedudukan Hata sendiri sebagai orang yang berpengaruh dalam dunia kewartawanan di negara ini. Ini adalah kerana apa sahaja yang didedahkan olehnya akan terus mendapat perhatian terus media yang berlawanan ataupun media alternatif untuk melaporkannya.

Kedudukan istimewa Hata pastinya menggugat kelangsungan Utusan di dalam pelaporannya. Namun begitu, sejauh manakah Hata selama ini hanya memburukkan Utusan? Kita akan bincangkan nanti.

Tindakan memecat Hata dijangkakan memberikan kesan buruk kepada imej kebebasan akhbar di negara ini yang sesungguhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepentingan majoriti di dalam Utusan Malaysia. Di saat negara berkira-kira bilakah pilihanraya umum ke 13, tindakan kembali ke belakang sekali lagi dibuat oleh BN pastinya memberi padah lebih besar jika benar PRU diadakan pada tahun ini.

Demokrasi Malaysia terus-menerus tercalar: Selain itu juga, pihak negara luar ataupun pelabur asing yang masih berkira-kira untuk menambah atau masuk melabur ke dalam negara ini pastinya melihat situasi ini sebagai satu masalah dalaman ‘demokrasi’ di Malaysia yang masih belum subur. Semasa kebebasan media dinilai oleh sebuah organisasi luar yang dikenali sebagai Freedom House pada tahun lepas, Malaysia masih ketinggalan dengan berada di tangga ke 147 daripada 196 negara yang dinilai.

Negara-negara jiran kita yang dilihat sebagai masih membangun dan kurang membangun nampaknya berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari kita. Antaranya ialah Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134). Hanya kita berada pada paras lebih baik dari Singapura yang berada di tangga 152.

Singapura adalah satu situasi yang berbeza kerana sejarah lokaliti dan saiznya yang lebih kecil di mana urusan demokrasi adalah terkawal. Malah, Singapura secara sejarahnya juga sudah pun menjadi negara maju disebabkan usaha melobi negaranya menjadi negara entreport perdagangan dan pakej ekonomi yang lebih bebas seperti negara-negara di hemisfera barat. Malah, Singapura sendiri sudah menjadi satu keperluan lokasi sejak zaman-berzaman lagi disebabkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah kerancakan ekonomi di Asia Tenggara.

Malaysia yang mempunyai banyak pesaing ekonominya di rantau ini tidak boleh mendabik dada menjadi seperti Singapura di dalam mengawal media dan boleh menjadi negara maju dalam acuannya sendiri sepertimana Singapura suatu hari nanti. Kita yang mempunyai lebih ramai penduduk dan memerlukan banyak industri bagi menjana hasil isi rumah dan ekonomi negara maka isu kebebasan media antara bentuk KPI yang diperhatikan oleh negara-negara barat yang kaya untuk melabur (FDI).

Kebebasan media adalah KPI kemasukan FDI: Meskipun kini Malaysia berbangga kerana menjadi destinasi pelaburan dari Timur Tengah tetapi negara-negara ini yang kebanyakannya negara pengeluar petroleum akan kepupusan hasil sumber bumi itu tidak lama lagi. Ini pastinya lebih buruk apabila pusat ekonomi di Timur Tengah di Dubai kini mengalami masalah ekonomi dan gelembung hartanah yang bakal memberi kesan semula pelaburan dari negara Emeriah Arab Bersatu itu yang kini berada di luar kembali semula ke rantau itu bila-bila masa.

Bukan itu sahaja,pelaburan dari Timur Tengah sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi sudah semakin banyak wang mereka memasuki negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang menyediakan pakej perlindungan pelaburan dan pulangan yang lebih baik dari kita.

Malah, mereka juga memasuki China sepertimana gelombang pelaburan yang turut dikejar oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Pelaburan asing FDI yang masuk ke dalam negara ini telah menjunam sehingga 81 peratus pada tahun 2009. Kini di Asia Tenggara, Malaysia hanya mampu menguasai 3.75 peratus pelaburan FDI yang termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang kaya dari sejumlah besar FDI bernilai USD40 bilion pada tahun lepas. Perkembangan ini adalah sesuatu yang mengejutka. Negara-negara jiran pula seperti Thailand menguasai 23 peratus dan Indonesia pula dengan 28 peratus menggungguli carta penarik FDI di rantau ini.

Oleh itu, negara masih memerlukan kaedah yang lebih terbuka dengan keadaan sosial termasuklah kebebasan akhbar yang dapat menarik perhatian pelaburan asing, Kita tidak boleh menafikan hakikat ini lagi apabila semakin ramai mahasiswa kita sudah menamatkan pengajian mereka hasil daripada dasar kerajaan Malaysia di dalam meluluskan terlalu banyak universiti dan kolej universiti swasta dan awam yang akhirnya graduan-graduan universiti hari ini berjumlah lebih daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan juga didalam mengawal pengambilan pekerja dari negara-negara Arab dan Asia Selatan seperti India dan Pakistan di dalam sektor ekonomi teknologi maklumat, perdagangan dan kejuruteraan lebih memburukkan kadar pengangguran di dalam negara ini. Jika ini terus berlaku, nescaya Wawasan 2020 terpaksa ditunda ke 10 tahun akan datang sepertimana yang kini diakui oleh beberapa pakar ekonomi tempatan dan asing kebelakangan ini sebagai satu impian yang masih ’menjauh’.

NUJ perlu dihormati sebagai badan media profesional: Tindakan Hata yang bercakap sebagai Presiden NUJ sewajarnya dihormati kerana NUJ adalah badan yang bebas sepertimana CUEPACS yang diiktiraf sebagai kesatuan sekerja bagi kakitangan awam dan MTUC bagi kakitangan-kakitangan swasta. CUEPACS tidak dilihat ’tertutup’ mulut mereka pun apabila bercakap tentang hak mereka seperti kenaikan gaji, bonus, kritikan kepada dasar kerajaan sendiri dan sebagainya.

Walaupun NUJ tidak berbentuk kesatuan sekerja, pertubuhan ini wajar diiktiraf sebagai satu think-thank atau penasihat yang dialu-alukan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius di dalam memperbaiki mempertingkatkan kebebasan bersuara dan imej demokrasi negara di persada antarabangsa.

Kemusnahan kebebasan akhbar atau media ini dilihat merosak apabila negara ditadbir oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, maka amat moleknya bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak melihat kepada impak positif ke atas imej BN hari ini jika ruang kebebasan media ini terus diperbaiki setiap masa. Namun perkara ini seperti tidak mungkin kerana baru-baru ini pula Najib mengumumkan kepada keperluan undang-undang bagi mengawal blog dan maklumat di Internet.

Walaupun Hata dilihat mengeluarkan pandangan yang didakwa keras sebagai Presiden NUJ, namun tindakan kenyataan itu tidak boleh kita kaitkan dengan Utusan semata-mata. Ini kerana apa yang dinyatakan oleh Hata sebenarnya turut melibatkan media-media arus perdana yang lain yang condong BN. Sepertimana pepatah Melayu yang menyebut, ’Sesiapa yang makan cili, dia yang merasa pedasnya’ mungkin inilah yang membuatkan majikannya itu terasa apabila selama ini media itulah yang dilihat oleh orang ramai sebagai yang paling mendokong apa sahaja dasar kerajaan walaupun melibatkan sesuatu isu yang buruk bak pepatah Melayu ’menegakkan benang yang basah’.

Mesej keras Hata bukan untuk Utusan sahaja: Yang menghairankan kenapa pengurusan akhbar Utusan yang terlalu terasa ’panas’ dan kurang senang dengan serangan media-media alternatif menyebabkan mereka mengambil tindakan ke atas Hata semata-mata melepaskan kemarahan kepadanya adalah tidak masuk akal sama sekali. Sekali lagi, Utusan dengan degilnya dan lebih bongkak dengan merasakan tindakan mereka berada di landasan betul selama ini kini menghangatkan semula sentimen kebencian rakyat secara langsungnya kepada kerajaan pusat terutamanya di kalangan pengundi di atas pagar.

Apa yang Hata buat sebaik sahaja dipilih menjadi presiden NUJ pada bulan September lalu, beliau telah merayu kepada semua media perdana dan tidak termasuk Utusan Malaysia sahaja tetapi kepada akhbar-akhbar kerajaan seperti Berita Harian, The Star, stesen televisyen RTM, TV3, Bernama dan New Straits Times supaya menjadi lebih bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat yang berkesan dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan mahupun parti politik semata-mata.

Saranan Hata itu dilihat sebagai menegur media-media arus perdana itu supaya jangan mengulangi kesilapan berpuluh-puluh tahun lalu yang mana penyokong BN seharusnya menafsirkannya sebagai antara punca yang menyebabkan kerajaan BN semakin ditolak rakyat yang nampak jelas dengan tsunami politik 2008. Sewajarnya ingatan ini menjadi pedoman kepada BN supaya jangan membuat silap yang sama berulang kali lagi jika mahu terus berkuasa di dalam suasana politik dan keperluan sosial yang sudah berubah pada hari ini.

Walaubagaimanapun, tindakan Utusan amatlah dikesali. Penulis yakin kemampuan Utusan bertahan kini secara ekonominya pada hari ini adalah dengan bantuan kerajaan BN pada hari ini walaupun kedengaran suara-suara kakitangannya yang tidak berpuas hati dengan pakej gaji, kenaikan gaji, bonus dan manfaat yang diterima ekoran prestasi syarikat yang semakin buruk.

Jika dilihat pada tahap penjualan surat akhbarnya yang menjunam dengan teruknya saban tahun sejak dua tahun lalu dan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia untuk mengumpul saham Utusan yang sangat kurang telah menyebabkan sahamnya kini menjadi saham media yang termurah dan kurang didagangkan di dalam Bursa Malaysia dengan harganya terkini 90 sen (harga mutakhir pada 14 Januari).

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan PR di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang ataupun ahli-ahli korporat yang pro-PR untuk mula mengumpul saham Utusan yang murah ini bagi membentuk blok minoriti dalam Utusan bagi meneutralkan sedikit-sebanyak pemberitaan Utusan yang terlalu sangat ’menyakitkan’ pemikiran rakyat yang sudah matang yang selalu dipermain-mainkan oleh bahan-bahan provokasi mereka.

(Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com)

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP