UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, January 10, 2012

Harga Murah, Kualiti Berlendir.


Ahad lepas sempat menziarah sebuah kedai Agro di MAEPS berhampiran Mardi Serdang kerana tertarik dengan satu banner pembukaan Agro Hypermart.

Semasa sampai di sana pukul 9.00 pagi ada sebuah kedai yang diistilahkan sebagai pasar borong Agro ala-ala mungkin 1Malaysia shop kot. Agro Hypermart belum buka tunggu pak menteri mari rasmi pukul 10.30 pagi.

Ada sebahagian barang boleh katakan murah. Setelah membelek-belek, yang berkualiti dan segar harga tetap mahal. Ikan dan ayam harga boleh dikatakan murah di sini tetapi kualitinya agak menyedihkan.

Ayam RM4.50/kg berlendir seperti ayam lama, ikan-ikan pula kulit dah berkedut lembik serta agak menyedihkan. Bawang-bawang yang ditawarkan murah juga lembik dan busuk.

Namun bagi setengah-setengah orang kelihatan membeli sakan yang berharga murah. Mungkin ini yang termampu untuk di bawa balik untuk makan keluarga di rumah. Agak menyedihkan.

Ada seorang pakcik membelek bawang yang berkualiti baik berharga lebih mahal kemudian menukarnya semula dengan bawang lelong yang berair dan lembik.

Apakah kehidupan ini semakin menghimpit begitu sekali?
Apakah keadilan hanya untuk monopoli dan permainan bagi yang berkuasa?

Ya, Allah! Bantulah kami menegakkan keadilan di bumi ini.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP