Ekonomi Semakin Menghimpit - Malaysiakini
Memang benar kegawatan ekonomi dirasai oleh semua negara. Malaysia tak terkecuali. Tetapi yang menyakitkan hati ialah pemimpin seperti DS. Najib Razak dan Md. Nor Yaacob (Kementerian Kewangan) yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan impak kepada negara tidak seberapa, ada yang mengatakan "fundamental" ekonomi negara adalah baik dan kesan gawat tidak dirasai.
Kerajaan sepatutnya telus dalam mengkomunikasikan masalah ini kepada rakyat supaya rakyat dapat bersedia secara mental. Stimulus package yang disediakan kerajaan tidak terasa kesannya. Apakah ianya hanya mengkayakan kroni-kroni? atau untuk bail-out orang tertentu?
Wang berbillion sepatutnya digunakan untuk mengujudkan mekanisma perniagaan yang membantu merendahkan harga barangan. Misalnya, sediakan perkhidmatan logistik nasional yang menggangkut barangan dari Perlis ke Johor. Ini akan menggurangkan kos pengangkutan dan harga barangan di samping mengujudkan jaringan pengedaran (distribution network) yang lebih effisien.
Pengangkutan percuma untuk pekerja (konsep seperti bas kilang) patut diwujudkan bagi memudahkan pergerakkan ke tempat kerja disamping mengurangkan kesesakan lalulintas (terutama di bandar besar). Pengangkutan pekerja ini boleh dilakukan mengikut zon - seperti Ampang ke KL. Rawang ke KL dan sebagainya. Ia akan membawa manfaat sangat besar kepada yang berpendapatan rendah dan menengah.
Pakej ransangan ekonomi sekarang hanya bertumpu kepada sektor tertentu, khususnya pembinaan, perlu diingat sektor lain juga perlu diselamatkan. Rangsangan ekonomi perlu dapat dirasai oleh majoriti rakyat bagi meminimakan impak kegawatan ekonomi.
Penyaluran pakej rangsangan melalui Kementerian-kementerian bagi meningkatkan perbelanjaan tidak berkesan, ia hanya melajukan peredaran wang (MVPT - basic economy) tetapi tidak menjana ekonomi sebenarnya.
Penyaluran pakej rangsangan melalui Kementerian-kementerian bagi meningkatkan perbelanjaan tidak berkesan, ia hanya melajukan peredaran wang (MVPT - basic economy) tetapi tidak menjana ekonomi sebenarnya.
Cheq sedaq tulisan cheq ini hanya akan dibakul sampahkan dan tidak akan diambil kira oleh orang-orang dalam Kerajaan. Sekurang-kurangnya cheq dah cuba bagi kesedaran kat depa!
Udanglipan: Apa pendapat hampa pulak…, cheq terasa sangat kehidupan yang semakin menghimpit ni… apakah para pemimpin semua sibuk berpolitik, hingga mengabaikan rakyat.
0 comments:
Post a Comment