UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, March 16, 2009

Nizar Betul Ka? Like Father's Like Son's.

Cheq rasa cukup sedih bila negara di hina, bangsa di cerca, ulama dipandang serong dan ugama ISLAM dipandang rendah oleh bangsa lain, martabat ISLAM diperlecehkan, itu yang membuatkan cheq sedih dan merasa marah sangat ni.

Semuanya berpunca dari buruk kelakuan pemimpin yang dok ada la ni. Entahlah cheq pun dalam dilemma nak percaya atau tidak dengan pendedahan dari blog ini. Sekali tengok macam dia, dua kali tengok macam dia jugak, tiga kali tengok sampai terjegil biji mata cheq, pun macam dia jugak... mungkin super imposed kot... atau profesor klon punya kheja. Lantak pi lah dia... kalau betui dia akhirat nanti tanggung la sendiri.

Hampa toksah la tumpu pada gambaq tu, pasai bukan itu tujuan utama posting cheq ni. Yang cheq nak persoalkan ialah komen-komen dari blog tu yang membuatkan cheq malu nak mengaku sebagai pemastautin tetap negara ni. Semuanya disebabkan perangai sonsang pemimpin negara Islam, bukan pasai dia ni sorang malahan ramai lagi yang sewaktu dengannya yang rakyat ramai tau pasai kisah durjana mereka, tapi cuba ditutup oleh media kawalan depa.

Hampa baca la sendiri komen-komen yang memalukan negara dan bangsa serta ugama kita disini. Dan kalau betui bukan dia orangnya pasai apa dia tak mau komen bila wartawan tanya? Dan pasai apa blog ni asyik kena block, itu yang membuatkan orang mula tertanya-tanya.

Tak berani cheq nak komen lebih-lebih, kalau boleh tunggu la apa penjelasan dari si dia ni, yang pasti cheq tengok anak dia memang dah hanyut teruk, kot bapak borek anak rintik tak tau nak kata la..... takut jadi fitnah pulak... tu yang cheq tak mau.

2 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP